Wednesday, June 01, 2011

yang kutahu cinta itu indah




Yang Kutahu Cinta Itu Indah
“Tok!Tok!Tok nak pergi mana.Marissa nak ikut juga”
            Bayangan Nek Salma makin menghilang.Marissa sekuat hati menjerit memanggil neneknya itu sambil berlari mendapatkan bayangan tubuh tua itu.Makin dikejar makin jauh.Hingga Marissa sendiri tidak sedar bayangan itu sudah menghilang.Anak kecil itu terjelepuk jatuh dan terus memanggil neneknya sambil teresak-esak menahan tangisannya.Tiada siapa yang mendengar dan hanya dia saja di situ.

            Nenek!!!!!!!!.Marissa ibarat tersedar dari sebuah mimpi ngeri.Semenjak pemergian neneknya 10 tahun yang lalu.Itulah mimpi yang sentiasa membuai tidurnya.Rindu sungguh dia pada wajah tua itu.Ingin sekali dia mendakap wanita tua itu tetapi itu hanyalah bayangan.Sejak dari lahir,neneknya itulah yang membesarkannya.Bagi Marissa,dialah nenek dialah ibu.Segala rasa semuanya dikongsi dengan Nek Salma.Pemergian Nek Salma di Tanah Suci Mekah merupakan tamparan yang paling hebat untuknya.Segala perasaan sedih itu dipendamnya seorang diri.
            Hari ini genap 10 tahun pemergian neneknya itu.10 tahun jua dia mencari makna cinta yang sebenar.Ini bukanlah sebuah kisah seorang puteri yang hidup bahagia untuk selama-lamanya.Ini ialah sebuah epilog hidup seorang wanita yang mencari apakah makna cinta yang sebelum ini yang dia tahu cinta itu indah.
            …………………………………………………………………………………………………………………………
            Setelah pemergian Nek Salma,Marissa telah dibawa tinggal bersama-sama ibubapanya.Sebuah villa yang sangat indah menjadi tempat berteduhnya.Ibarat kisah dongeng itulah yang dibayangkan oleh gadis kecil ini.Wang ringgit bukanlah masalah baginya.Semua yang diimpikan pasti ditunaikan.Tetapi adakah ini dinamakan sebuah kehidupan.Walapun dia memiliki segalanya tetapi dia tidak lebih seperti orang asing di rumah sendiri.Semuanya dengan hal masing.Mama papa adiknya seringkali bertengkar.Ada saja yang tidak kena.Perangai adiknya yang sangat biadap dan degil.Mamanya yang mudah naik angin.Sikap papanya yang endah tidak endah.Ini semua cukup menyiksa hari-hari Marissa di villa ini.
            Takdir mungkin masih berpihak padanya.Akhirnya Marissa ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Stanford University di California.Ibarat keluar dari sebuah neraka.Itulah yang Marissa rasakan.Selama 4 tahun di sana hanya sekali-sekala dia menghubungi keluarganya.Untuk pulang ke Malaysia apatah lagi.Bukan niat hatinya untuk menjadi anak derhaka.Dia tidak mahu terhimpit dengan kemelut keluarganya.Tiap kali kepulangannya pasti mama dan adiknya akan bertengkar.Marissa sangat terhimpit.Di bumi California ini,dia punya sahabat-sahabat yang sentiasa bersamanya.Marissa ini jauh berbeza dengan Marissa mama dan papa.Marissa ini tidak mengenali apa itu kesedihan.Yang ada hanyalah hari-hari yang mengembirakan walaupun dileteri oleh pensyarahan itu tidak sama sekali mengusik hatinya.
            Yang kutahu cinta itu indah.Perjalanan hidupnya di sini menemukannya dengan seorang jejaka yang bernama Aqil.Aqil seorang lelaki yang sangat sempurna.Bijak,baik dan terlalu sempurna.Kisah cinta kami tidaklah seperti Romeo and Juliet.Kisah cinta kami cukup sederhana.Hingga tanpa sedar kesederhanaan itu menghancurkan hati ini.Siapa sangka selama 4 tahun perkenalan kami itu masih tidak cukup bagi Marissa mengenali siapa itu Aqil.Hari graduasi yang indah menjadi hambar sekali di mata Marissa apabila seorang gadis yang cukup dikenalinya memeluk mesra Aqil di hadapannya.Adakah ini yang dinamakan cinta di mata seorang lelaki bernama Aqil.Adakah peluk cium menjadi syarat untuk seorang gadis menjadi yang istimewa di hatinya.Marissa bangkit dari angan yang dilakarnya sendiri.Cintanya adalah maruahnya.Cintanya bukan untuk diperjudikan.Tamatnya pengajiannya tamatlah jua sebuah perjalanan cintanya.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Mama nak Marissa terima lamaran nie.Ini untuk masa depan Marissa dan syarikat kita juga”
            Kata-kata mama itu cukup memakan hatinya.Inikah makna kewujudan Marissa di dunia pinjaman Allah ini.Hangat air mata mulai membasahi pipinya.Tiadakah episod yang mengembirakan dalam kehidupannya ini.Jika ini yang menjadi taruhan untuk mendapatkan kasih sayang sebenar mama dan papa,Marissa reda.
            Majlis perkahwinan yang gilang-gemilang ini dihadir oleh ramai tamu.Wedding of the year kononnya.Zahid dan Sara menjadi badut sarkas yang tidak henti-henti membuatkan aku ketawa.Dua orang insan inilah yang sentiasa setia mendengar segala rahsia hati Marissa.Digagahkan jua diri ini untuk tersenyum apabila Marissa Dato Muhkriz sah menjadi hak Azri Tan Sri Azaman.Sara yang berada disisi sentiasa meniupkan semangat kedalam hati gadis yang patah hati ini.Adakah ini penamat cerita dukanya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
            3 bulan perkahwinan mereka.Dan 3 bulan jualah dia masih belum mengerti siapa itu Azri.Lelaki yang gila bekerja ini memperlakukan dia tidak lebih daripada sebuah patung yang bernyawa.Pagi mereka ke pejabat malam dengan agenda masing-masing.Bagi Azri “marriage is like a business”.Bagi Marissa “their marriage is like sending her to hell”.Tanpa sedar,Allah itu telah mencampakkan perasaan yang dinamakan cinta ke dalam hati mereka.Segalanya makin pulih hinggalah suatu malam  buat pertama kalinya mereka berbicara lebih dari 5 saat.Bicara yang menjadi pemutus kata buat Marissa meneruskan pengembaraannya.Tomahan yang cukup menghinanya itu ibarat angin halilintar.Kali ini dia nekad untuk bangkit dari mimpi ngeri ini.Dia bukanlah pengemis dan parasit yang hadir dalam keluarga Tan Sri Azaman untuk mengikis kekayaannya.Fitnah yang dilemparkan Julia bekas tunang Azri cukup membangkitkan kemarahan Azri terhadap Marissa.Tidak pernah sekali pipi ini diusik.Kesakitan tamparan ini cukup meninggalkan kesan ke dalam hati Marissa.Dia nekad untuk pergi.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………..
            Permai desa cukup menenangkan hati Marissa.Genap 1 tahun Marissa menghilangkan diri.Puas sudah Azri memujuknya untuk pulang begitu jua mama dan papa.Tetapi hati wanita ini tidak mungkin akan termakan pujuk rayu itu.Dia tahu di dalam hatinya dan Azri sudah ada ruang untuk kami berdua.Namun dia sudah nekad untuk membawa diri.Setahun di bumi Cordova banyak membentuk dirinya menjadi wanita yang tabah dan berani.Dia harus bangkit dari kesakitan dan ketakutan ini.Segala kelengkapan ke tanah suci sudah lengkap.Azri telah bersetuju untuk bertemu di Tanah Suci.Dia tahu lelaki bergelar suaminya itu terlalu ingin sekali untuk bertemunya.Begitu jua dengan dirinya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
            Masjidil Haram menjadi saksi pertemuan dua insan ini.Rindu sungguh hati ini.Namun hatinya sudah tertutup.Pertemuan ini hanyalah menjadi syarat sebelum perpisahan yang sebenar.Wajah lelaki jelas menggambarkan betapa rindunya pada Marissa.Ibadah haji kali ini buat pertama kali aku hadir bersama seorang insan bernama suami.Jelas sifat tanggungjawab dan penyayangnya sewaktu dia mengiringi Marissa di sepanjang menyempurnakan ibadah haji.Terusik hati ini.Di hadapan Kaabah Marissa tidak henti-henti berdoa untuk kebahagiaan suaminya kelak.Lelaki itu bukanlah untuknya.
            Sepanjang berada di Tanah Suci,mimpi yang sering menghantuinya kembali menghiasi lenanya.Namun bayangan neneknya itu makin lama makin mampir.Rindu sungguh dirinya pada Nek Salma.”NENEK!!!!!”.Azri yang berada di sisi terjaga dan cuba menenangkan Marissa.
“I dekat mana nie?”
“You dekat hospital.Semalam you pengsan dalam perjalanan balik ke hotel”
“I tak ingat”
“Jangan risau.Abang akan sentiasa ada di sisi Marissa.Insya-Allah esok mama dan papa sampai”
            Marissa perlahan-lahan kembali berbaring.Tangannya masih mengenggam erat  jari-jemari suaminya.Seolah perpisahan ini akan menjadi perpisahan yang tiada temu lagi.Di dalam hatinya tidak henti-henti memuji Allah.
“Abang malam ni Marissa nak pergi Masjidil Haram boleh temankan?
“Boleh ja”
            Azri yang menanti di luar Masjidil Haram kelihatan gelisah sekali.Entah kenapa hatinya berasa tidak sedap.Marissa masih belum kelihatan lagi.Entah kenapa lama sungguh Marissa bersiap kali ini.Puas jua Azri memujuk Marissa supaya membatalkan niatnya namun kedegilan Marissa tidak berjaya jua di patahkan.Lantas Azri memutuskan untuk menjenguk ke bilik.Bagai ingin tercabut jantungnya apabila melihat Marissa terbaring kaku di atas lantai. ALLAHUAKHBAR!!!!!!!

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

20 tahun sudah usia perkahwinan mereka.Pelbagai suka dan duka telah dilalui.Siapa sangka rencana Allah,Marissa dan Azri tetap bersama.Mama dan papa serta adik Marissa telah banyak berubah.Erti kehidupan berkeluarga yang sebenar akhirnya menjadi milik Marissa.Terima kasih,Ya Allah.Kini kutahu dan pasti cinta-Mu ini cukup indah.

2 comments:

diyana :) said...

cter dye da suspen ar..ak ngt hg nk wt dye mati....heheh...ksah nenek dye 2,,,cm ksah hg er.....hhhmmm....cmna leh msuk nma azaman lam cter nie???hg ngt dye er????hahhahahha....btw best...

amira said...

der,,,nie cer express,,aq pakai ltk ja..huhuhu