Sunday, May 22, 2011

I'M NOT GEMUK!


I’M NOT GEMUKLAH!
            Hai!Nama diberi Liyana Yusof dan bukanlah Liyana Jasmin ok.Kekawan aku yang sempoi habis tu mengelarkan diri ini sebagai Yana.Pelajar tahun akhir jurusan multimedia di salah sebuah  universiti terkemuka di Malaysia ja(tak cukup kelayakan nak belajar seberang laut sebab pendek…akal).Tapi sekarang aku dah kaya-raya sebab dah kerja.Dulu berbajetkan biasiswa yang ciput je.Kisah aku dan bukan kisah kau ni of courselah  pasal aku bukan pasal korang.Kalau nak aku tulis pasal korang kena chargelah.Harga mengikut keboringan cerita kurang.Lagi boring lagi mahallah.Ok,berbalik pada kisah aku yang menarik lagi tetarik nie.Kisah aku bermula time tahun akhir aku.Masa mula-mula masuk tak da cerita lagi.Sekarang dah popular banyaklah sikit cerita.HAHAHA(gelak perasaan taik).
            Alkisahnya bermula apabila aku bertemu dengan sorang cowok gantang nie.Aku nie boleh dikategorikan dalam golongan yang berat berlebihanlah bukan obess ok.Tapi ok pe.Itulah identity aku kalau kurus tak jadilah Liyana Yusof lagi(erti kata nak sejukkan hati sebab malas nak diet+excersise).Pertemuan kitaorang cukup sadis.Yala.Korang kalau ada mamat usha sampai tembus dinding tengok korang of courselah korang nak usha balikkan.Samalah kes dengan aku.Aku ni pantang orang usha-usha nie.Aku mula naik gatal nak usha gak.HAHAHA.So,sedang syok aku dok usha rapat mamat nie.Tup-tup,aku terpeleot jatuh dalam longkang.Siot malu.Dahlah aku ni pop ular.Mamat nie pun dengan muka innocent menghulurkan bantuan mangsa longkang.
            Kusangka sampai di situ saja pertemuan kami.Sekali lagi kami terserempak.Wah macam dalam drama pula.HAHAHA.Kali ni lagi la best kerana plotnya di sebuah restoran makanan mengemukkan.Aku kalau sudah menghadap makanan .Nauzubillah.Ngeri mak kata.Aku pelahap bukan tengok orang kiri kanan lagi.Dijadikan ceritanya,sedang asyik aku melahap.Tak sedar la pula yang tulang ayam yang dimakan aku terpelanting masuk pinggan orang sebelah.Ganas tak.Aku sendiri tak pasti macam mana tulang ayam tu boleh jalan pergi meja sebelah(cerita sebenar aku terlebih bagi pressure masa nak ceraikan isi ayam.Lalu ayam aku slide  pergi meja sebelah).Sumpah mak malu.Mamat tu senyum ja.Dahla hari tu aku memalukan diri depan dia juga.Ada mak kisah.
            Alhamdulillah.Seminggu lebih juga aku tak serempak dengan mamat tu.Dah seminggu tak jumpa faham-fahamlah.Aku pun lupalah pasal kejadian memalukan tu.Hari yang cerah ni tetiba buddies aku yang separa masak nie ajak aku ber’futsal’.Siot dah la aku ni semput.Tapi nak jaga standard aku joinlah juga dengan separa hati.Sedang asyik aku menendang angin tup-tup macam mana dijadikan cerita mak tertendang sorang mamat yang lalu depan gua.Habis tersembam lalu derdarah hidungnya.Dahsyat jugak mak nie.Yang bertambah rasa bersalah mak nie bukannya apa.Mamat yang mak tending tu mamat yang sama.Apa kehal  ejang.Jenuhlah mak jadi nurse merawat mamat nie.
            Lagi sekali mak terserempak lagi  mamat tu.Kali nie kejadian berlaku di perpustakan.Wah.Macam iklan Sunsilk dah.Aku dengan muka poyo buat dek ja dengan mamat tu.Yala.Malu.HAHAHA.Beberapa jenak kemudian bayang mamat innocent tu hilang.Aku pun buat dek jala.So,aku pun berjalan sambil makan angin keluar dari perpustakaan.Adoi.Tiba-tiba mamat innocent tu bergerak ke arah aku(still control cute).Sampai ja depan aku mamat tu berhenti.Memmang patutlah dia berhenti takkan nak langgar kot.Tak pasal-pasal kahwin free pulak.Wah,tetiba dia perkenalkan diri sebagai Adam.Aku  dengan ternganga membalaslah salam perkenalkan daripada Adam.
            Wah makin lama makin mesra.Mula-mula teman tapi mesra sekarang wah memang mesra.Kitaorang dating memang lain dari yang lain.Tempat dating kami taman rekreasi(berjogging),gym,taman Negara(jungle trekking), dan semua tempat yang boleh bersukan.Ya Allah.Sabor jela.Tak masuk lagi part makan.Orang lain makan dekat Pizza Hut,Secret Recipe.Kitaorang kedai mamak.Hari-hari tosai dengan air kosong.Tak pun capati.Aduhai.Memang jaga kesihatan gila.Semenjak aku bercintun dengan Adam aku dah mula menghampiri golongan berat badan ideal.Mau taknya.Wah memang seronok.Tambah lagi nak shopping baju.Dulu nak pakai tu tak boleh nak pakai ni tak boleh(aku still balun gak) tapi sekarang tidak lagi.
            Hampir setahun berlebihan mak bercintun sampai masuk alam pekerjaan jugalah.Adam sekarang sedang berjayanya menguruskan syarikatnya.Adam’s Architecture Sdn.Bhd.Wh.Bukan Adam Nur Kasih.Nie Adam Nur Liyana ok.Yalah sedangkan lidah lagi tergigit inikan orang sedang bercintun(mak tak pernah lagi gigit dia ok).Satu hari kitaorang gaduh besar nasib baik tak perang tak pasal-pasal Malaysia darurat.Memang mak merajuk gila.Selalunya mak  merajuk mesti dia pujuk kali ni tidak.Rasanya Adam pun dah menyampah nak memujuk mak kot.Dijadikan cerita mak pun pergilah cari Adam.Dalam perjalanan jenuh juga mak mereka ayat nak minta maaf.Yalah selalunya bab minta maaf Adam yang selalu buat.Kali ni mak decide nak minta maaf dulu.Jangan tak tahu.Mak siap call kawan baik mak minta ayat nak pujuk orang.Yalah harap mak of courselah lidahku kelu seribu kata.
            So,aku pun bergerak dengan kadar 60 km/jam ke rumah Adam.Yalah pemandu berhemah katakan.Tah kenapa mak rasa tak sedap hati.Sampai ja depan pintu rumah dia aku pun tekanlah loceng.Tak berjawap.Aku pun dengan gaya detektif menghendap masuk.Mengikut undang-undang memang boleh dikatakan menceroboh.Ada aku kisah.Pintu tidak berkunci.Television masih terpasang.Aku mula menyahut.Tapi tak ada jawapan.Aku pun naik ke tingkat atas.Hampir tercabut jantung aku melihat kebenaran ini.
            Rupa-rupanya,Adam ialah Jantayu a.k.a Mak Nyah.Syukur aku belum menjadi isterinya.Tak pasal-pasal suamiku lembut isteriku brutal.Choi.Alhamdulillah,kami masih berkawan dan dah naik taraf jadi best friend.Adam kini tidak lagi perlu mengontrol macho depan aku.Mengingatkan kembali kejadian 2 tahun yang lalu memang lucu rasanya.Aku tidak boleh membayangkan bagaimana Adam dapat bertahan untuk berlakon.Tapi bak kata perpatah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.Adam kini sudah  mula menjadi lelaki sejati hasil lakonannya.Aku.Aku bukan lagi Yana Gemuk.I’m not gemuk ok.HAHAHA. Thank to Adam.
            Allah itu Maha Mengetahui.Semuanya di bawah rencana-Nya.Dia mempertemukan kami berdua untuk memenuhi kekurangan kami berdua.Oh,sebelum terlupa pasti semua tertanya.Apasallah Adam nak ambil aku jadi aweks dia.Inilah ceritanya.Rupa-rupanya,mamat nie desperate.Dijadikan cerita mak dia dapat tahu pasal aktiviti Nyah dia.So,disebabkan aku ni selalu menyusahkan dia.Akulah mangsa  keadaan.Kira aku nak marah pun tak jadilah.Kira bayar hutanglah.Orang kata dalam hidup ni kita kena positif.Kalau putus cinta tu tak payah lah nak telan panadol sedozen.Terjun bangunan.Kak Long,Pak Long bukan masuk Malaysian Book of Record.So,moral of story:hidup kena chillex.Auww.XOXO.

Quote for today



KEBAHAGIAN MEMERLUKAN PENGORBANAN

diari cinta untuk-Nya oleh mierab



Diari Cinta Untuk-Nya
1 Januari 2011
            Selamat tahun baru dunia!!!.Aku jatuh cinta itulah tajuk utama untuk hari ini.Mungkin sudah terlalu lewat untuk gadis berumur 26 tahun untuk melafazkannya.Tapi itulah yang sedang aku alami.Dia bukan lelaki yang sempurna dan bukanlah jua lelaki idaman Malaya.Seorang duda dengan seorang anak.Itulah sebaris ayat yang dapat aku gunakan untuk mengambarkan lelalki istimewa itu.Pertemuan di hadapan Masjidil Haram menemukan aku dengan insan istimewa ini.Pada mulanya kehadiran aku ini hanyalah sekadar memenuhi kehendak syarikat.Aku sendiri tidak mengerti apa hikmah disebalik kehadiran aku ke Makkah.Tapi kini aku pasti kehadiran aku adalah untuk bertemu cinta sejati ku iaitu Qhalis Umar.Debaran di hati pula makin kencang apabila tarikh pernikahan kami makin mampir.Wish me luck.


3 Januari 2011 
    Hari ini aku bersama-sama Qhalis dan anaknya,Adam Darwis menghabiskan masa kami bersiar-siar di sekitar Penang untuk mencari kelengkapan perkahwinan.Mama dan papa menyerahkan sepenuh kepercayaan untukku bagi menjayakan majlis ini.Aku tahu mama dan papa tidak sepenuhnya bersetuju dengan perkahwinan ini.Tapi aku mengambil langkah ‘masuk telinga kiri keluar telinga kanan’.Akhirnya mama dan papa pun yang sudah give up dengan kedegilan aku dan merestui perhubungan kami.Yang peliknya,aku semakin tenang bersama Qhalis.Banyak yang aku belajar darinya mengenai Islam.Setelah hampir 26 tahun aku hidup sebagai seorang Islam baru kini aku mengenali agama ini.Papaku ialah seorang warga British dan mamaku pula ialah seorang wanita Melayu yang sentiasa sibuk dengan businessnya.Kejahilan aku terhadap Islam makin menebal apabila papaku menghantar aku ke Amerika.Hadirmu satu misteri itulah yang dapat aku gambarkan setelah Qhalis muncul dalam hidupku.Berita paling gembira ialah aku sudah mula bertudung.Alhamdulillah.Itulah ayat baru yang Qhalis ajarkan untukku.Terima kasih cikgu.

31 Januari 2011

    Tarikh keramat untuk aku.Akhirnya aku sah menjadi milik seorang lelaki bernama Qhalis Umar dengan sekali lafaz.Alhamdulillah.Itulah yang meniti di bibirku di saat itu.Suasana hiba mula menghantui di saat Qhalis mengucup dahiku.Debar hati ini makin kencang.Aku seolah terjaga dari mimpi.Tanggungjawab terhadap keluarga mula menghantui diriku.Namun kelembutan tangan Qhalis mengusap jauh segala keresahan itu dan seolah memberi kekuatan kepadaku.Di tambah pula,kehangatan pelukan anak kecil,Adam.Ia ibarat mimpi.Titisan air mata kesyukuran mengalir deras membasahi pipiku.Selamat pengantin baru Amanda Melissa Yusuf.

14 Februari 2011
    Sudah setengah bulan kami bernikah.Semuanya berjalan lancar.Walaupun ada sekelumit rasa terkilan kerana Qhalis membatalkan bulan madu kami akibat kesibukannya ia tidak mengapa.Hari-hariku makin sibuk apabila kini aku sudah mempunyai tanggungjawab baru.Syukur Mak Seha ada untuk membantuku.Aku akui ini semuanya cukup baru untukku.Sebelum ini segalanya diuruskan oleh pembantu rumah aku.Belajar itulah yang aku bisikkan ke dalam hati.Pertama kali jua Adam memanggil aku Ummi.Terkebil-kebil aku dibuatnya.Apa itu Ummi.Anak kecil yang petah berbicara itu berbuih-buih men’explain’kan kepadaku.Ummi=mama.Pertama kali aku mendengarnya tapi sedap bunyinya.Hari ini jua kelas pertama fardhu ain aku bersama Mak Seha.Wanita tua ini cukup mesra sekali.Terima kasih.

24 April 2011
    Bulan madu kami yang pertama bukanlah ke Paris atau Bali tetapi Makkah.Tempat pertama aku bertemu Qhalis dan kehadiran aku ke sini bukanlah untuk mencari cinta manusia lagi.Tetapi cinta hakiki iaitu cinta kepada Illahi.Kehadiran aku dalam keluarga ini banyak membawa aku mengenali pencinta yang sebenar.Hatiku terasa tenang sekali.Dalam hatiku tidak berhenti-henti aku memanjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana mengurniakan seorang suami dan bapa yang istimewa ini.Di hadapan Kaabah aku membisikkan rahsia hatiku supaya dikurniakan kebahagian dan kegembiran kepada Qhalis dan Adam.Aku jua berdoa supaya kami sentiasa dihidupkan dan dimatikan dalam Islam.Terik mentari cukup menginsafi diri kerdil ini.
Ya Allah tabahkanlah hati hamba-Mu ini untuk menjadi isteri dan anak yang solehah.Amin

21 November 2011
    Gembira sungguh hari ini apabila doktor mengesahkan aku mengandung.Pelbagai rencana sudah diatur untuk mengejutkan Qhalis.Perasaan teruja cuba dikawal.Kepulangan Qhalis dinanti dengan penuh debaran.Jam sudah menunjukkan jam 11 malam namun kelibat Qhalis masih tidak kelihatan.Tiba-tiba satu panggilan masuk.Qhalis.

25 Mei 2011
    Sudah masuk hari 5 namun aku masih belum dapat memberitahu Qhalis mengenai berita gembira itu.Kesibukkan Qhalis makin menjadi-jadi semenjak syarikatnya mendapat tendor baru.Rasa sedih di hati dipujuk.Tak apa beri ruang kepadanya.Aku rindukan kerjayaku.Takut.Itulah yang perasaan yang menghalang aku untuk meluahkan niat hati ini.Aku mengerti Qhalis tidak mahu aku berkerja.Kerjayanya kini sudah cukup untuk menampung kami sekeluarga.Dari segi wang ringgit,Alhamdulillah.Tambahan pula,Qhalis mahukan aku menumpukan sepenuh perhatian kepada Adam yang sejak dari kecil hidup tanpa seorang ibu.Tapi bagaimana dengan seorang lagi anaknya ini.Sabar.Ya itulah kunci rahsia yang diajar oleh Mak Seha.

1 Disember 2011
    Akhirnya Qhalis tahu jua kehadiran anak barunya ini.Setelah sekian lamanya aku menanti waktu yang sesuai untuk memberitahu.Tapi semuanya sudah terlambat aku mengalami keguguran.Mana ada wanita yang tidak sedih.Doktor memaklumkan bahawa rahimku tidak cukup kuat untuk menampung kandungan ini.Terasa sayu melihat raut wajah Qhalis.Maafkan aku.

2 Januari 2012
    Hari pertama persekolahan Adam.Kesibukan Qhalis menyebabkan dia tidak berkesempatan menghantar Adam pagi ini.Berteman Mak Seha aku menghantar Adam ke sekolah.Sayu hati ini melihat keriangan ibu bapa dan anak-anak mereka pada hari pertama persekolahan.Seronok rasanya andai memiliki zuriat sendiri.Makin hari semakin jauh rasanya Qhalis dari aku.Tidak pernah pula aku mensuarakan rasa hati ini padanya.Cuma kusuarakan moga Allah masih menyimpan sedikit rasa cinta Qhalis untuk aku.


22 Mac 2012
    Gembiranya rasa hati apabila doktor mengesahkan aku mengandung lagi.Qhalis dan Adam gembira sekali mendengarkan perkhabaran ini.Adam pula sudah sibuk mencari nama untu adik barunya ini.Qhalis pula tidak habis-habis member syarahan kepadaku.

22 Oktober 2012
    Sudah lama benar aku tidak menulis.Terlalu banyak yang aku sediakan untuk menyambut bayi pertama ini.Manakan sibuk dengan kelas fardhu ain dan mengaji.Sekarang pula bertambah satu lagi kelas iaitu kelas ibu dan bayi oleh Mak Seha.Qhalis pula sibuk menjadi doktor tidak bertauliah.Jangan makan itu ini.Gembira dan syukur ya Allah.Adam pun sibuk menghiasi bilik baby baru ini.Sebulan lagi aku bakal menyambut kelahiran anak ini.Tunggu Ummi ya sayang.
30 Oktober 2012
    Siapa sangka malam itu menjadi titik tolak perpisahan yang paling pilu dalam hidupku.Kesibukkan Qhalis menyebabkan kami memutuskan untuk pulang pada malam itu jua.Sayup mata ibu Qhalis melambai pemergian kami betul-betul meruntun hatiku.Qhalis kelihatan letih sekali lalu kami mengambil keputusan supaya aku yang memandu.Tambahan pula kami sudah menghampiri Kuala Lumpur.Siapa sangka.Takdir menentukan segalanya.Ketika aku memasuki persimpangan ke Kuala Lumpur tiba-tiba sebuah kenderaan hilang kawalan dan merempuh sebuah treler di hadapannya.Aku dengan sedaya upaya mengelaknya.Malang tidak berbau kami dirempuh oleh kenderaan lain pula.Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya mati di hadapan mata sendiri.
1 Disember 2012
    Hampir sebulan aku terlantar di hospital.Bangkit dari koma aku menerima khabar sedih apabila aku kehilangan anakku dan Adam.Saat itu Allah saja yang tahu perasaan ini.Bayang Qhalis langsung tidak kelihatan yang setia berada di sisi hanyalah Mak Seha.Bertambah sayu lagi hati ini.
15 Disember 2012
    Qadaq dan qadar itulah yang diajar oleh Mak Seha.Semua ini telah menjadi ketentuannya.Aku mula bangkit dari mimpi ngeri ini.YA Allah kurniakan ketabahan kepada hambamu ini.
22 Disember 2012
    Makin hari,kebencian Qhalis makin membara terhadapku.Semenjak aku sedar dari koma tidak sekalipun dia berbicara padaku lagi.Marahnya terhadap kecuaianku masih belum reda.Aku masih berharap dia akan kembali kepadaku dan memberi kekuatan sewaktu pertama kali aku menjadi hak sahnya.

18 Januari 2013
    Qhalis sudah mula berbicara denganku.Namun tiada lagi panggilan sayang.Yang ada hanyalah aku kau.Aku faham dia masih tidak dapat menerima kehilangan Adam anak kesayangannya.Ya Allah hari-hariku sentiasa diuji.Pernah sekali aku terserempak dengan seorang gadis yang bertudung litup yang jauh berbeza dengan aku sewaktu pertama kali aku bertemu Qhalis Umar sedang gembira bergelak tawa dengan suamiku.Hati mana tidak sedih.Keimananku makin diuji apabila doktor mengesahakan aku tidak mampu hamil lagi.Detik itu aku sudah hilang arah tuju.Aku merasakan seolah takdir sedang menghukum segala kekhilafan aku dahulu.YA Allah pada-Mu aku merintih janganlah Engkau jua pergi dari-Ku.Kehangatan air mata dari mata hati ini mengalir tanpa henti.Aku kini ibarat pengembara di tanah gersang.Tunjukkanlah aku jalan yang lurus.

23 April 2013
    Satu ungkapan dari bibir Qhalis cukup merobek hati wantina ini.Hari ini Qhalis pulang awal.Dapat jua aku dan ibu Qhalis makan bersamanya.Sedang sibuk aku menyiapkan air untuk suamiku,kedengaran ibu seolah-olah sedang bertengkar.Pertengkaran mengenai sikap Qhalis kepadaku.Selaju angin lintar Qhalis melafazkan perasaan bencinya padaku.Habis terhempas gelas yang dipegangku.Sedih.Apa salahku?Ya aku memang salah kerana aku Adam mati.Tapi bukankah ini kerana Qhalis jua yang ingin pulang pada malam itu.Tapi adakah aku yang salah kerana tidak mengelak dari kemalangan itu.Hati aku ibarat dirobek.Sakit sekali.
20 Mei 2013
    Bersyaratkah aku mencintaimu.Tidak.Tapi mengapa aku dikenakan syarat untuk mendapatkan cinta daripada seorang suami.Hari ini sekali lagi hatiku dicarik-carik apabila Qhalis menyuarakan niat hatinya untuk menikahi wanita lain.Aku diberi syarat supaya merestui pernikahan ini jika aku masih mahu menjadi isterinya.Bersyaratkah cintaku ini.
30 Mei 2013
    Selamat pengantin baru abang.

1 April 2013
    Buat pertama kalinya aku melangkah pergi tanpa izin seorang suami.Pergi yang tidak mungkin akan kembali lagi.Aku tidak perlu memperjudikan cintaku ini kepada seorang lelaki yang boleh melukakan hati.Kerna aku mencari cinta hakiki yang tidak mungkin akan melukakan hati hamba-Nya,Allah Hurabbi.Segala dokumen penceraian telah siap disediakan dan hanya menunggu perintah mahkamah.Hari ini aku bangkit mencari keadilan dan janji suci yang abadi.

1 April 2015
    Langit Jordan menjadi saksi seorang wanita mencari kebenaran dan kekuatan dalam hidupnya.Terima kasih ya Allah kerana masih mencintai hamba-Mu ini.Kini aku kembali mencari yang hakiki.Penerbangan kembali dari Tanah Suci terasa singkat sekali tidak seperti perjalanan dari Malaysia.Alhamdulillah pengembaraan aku ke sini menemukan dengan seorang insan bernama Umar Tahfiz.Hasil cinta dua insan ini lahirlah seorang putera.Kuasa Allah siapa yang tahu.Seorang wanita yang disahkan tidak mampu melahirkan anak akhirnya menjadi seorang ibu hari ini.Semuanya dengan kehendaknya.Sehebat mana kuasa sains tidak mampu menyangkal kehebatan Allah.Syukur Ya Allah.

3 Jun 2015
    Suara garau itu sudah lama tidak aku dengari.Qhalis Umar.Wajah itu masih sama cuma kelihatan sedikit cengkung.Matanya kelihatan sayu sekali.Secalit senyuman sahaja yang mampu kuhadiahkan.Kehadiran Muhammad Adib menarik tanganku mematahkan bicara yang terkunci di kerongkongku.Ucapan selamat tinggal mampu kuhadiahkan dengan lambaian sepi.Mungkin engkau bukanlah untukku tetapi dia menciptakan dirimu untukku supaya menunjukkan kepadaku kebesaran-MU.Dan mungkin cinta kau dan aku tidak akan bersatu di dunia ini dan mungkin kita akan bersama di atas sana.Insya-Allah.


Saturday, May 07, 2011

Blood personality



Tgh Cik Amira update blog + fbing + googling

tup2 Cik Amira terserempak ngan satu website nie


tak da keja la katakan 

so Cik Amira nak la kongsi apa  yang cik Amira dapat

boleh la tambah knowledge kita smue + sambil release tension 

Japanese Blood Types and Personality



Every Japanese celebrity writeup and every anime character description with any claim to authority gives the person's (or character's) blood type. Why? Because, thanks to a remarkable bit of Science! by a gentleman named Furukawa Takeji, the Japanese believe that a person's blood type affects their personality.
Each blood type has a personality profile. These profiles—which I took from a site whose location is long since lost in the mists of time, my apologies—are:
Type A

People with blood type A have a deep-rooted strength that helps them stay calm in a crisis when everyone else is panicking. However, they tend to avoid confrontation, and feel very uncomfortable around people. A types are shy and sometimes withdrawn. They seek harmony and are very polite, but all the same feel that they never really fit in with others. A types are very responsible. If there is a job to be done, they prefer to take care of it themselves. These people crave success and are perfectionists. They are also very creative, and the most artistic of all the blood types, most likely because of their sensitivity.
People with blood type A are also likely to be considered classic "type A's": stressed and conscientious. In anime, people like Hotohori are type A's.
The Third Hokage, Haruno Sakura, Hotohori, Heero Yui, Keiko (Kayko) Yukimura 
Type B

People with blood type B are the most practical of the blood groups. They are specialists in what they do. When they start a project, they spend extra time understanding and trying to follow directions than others might. When they are doing something, all of their attention is focused on it. They tend to stick to a goal and follow it through to the end, even if it seems impossible. They tend to be less than cooperative, as they like to follow their own rules and their own ideas. They are individualists. B type people pay attention to their thoughts a little more than their feelings, and therefore can sometimes seem cold and serious.


People with blood type B are often considered more relaxed, freewheeling, and unconventional than other types, although not necessarily to an unacceptable degree. In anime, the genki, off-the-wall types are type B, along with any kind of well-intended character who's ruled by their impulses.
Naruto, Duo Maxwell, Miaka, Nuriko, Tasuki, Sagara Sanosuke

Type O


People with blood type O people are outgoing, energetic and social. They are the most flexible of the blood types. They easily start up projects but often have trouble following through because they give up easily. They are flighty and not too dependable. O types always say what's on their mind. They value the opinion of others and like to be the center of attention. Also, people with O blood are extremely self-confident.
Type O, the most "average" blood type, is considered the best type in Japan.
Quatre, Sailor Moon, Saito Hajime, Kamiya Kaoru, Tamahome

Type AB

People with blood type AB are hard to categorize. They can have characteristics on both ends of the spectrum at the same time. For instance, they are both shy and outgoing. They easily switch from one opposite to another. AB people are trustworthy and responsible, but can't handle it when too much is asked of them. They don't mind doing favors or helping out, as long as its on their own conditions. People with this blood type are interested in art and metaphysics.
AB is considered the worst blood type. In predictability-loving Japan, they're loose cannons. They also like to set their own conditions and reserve the right to drop out when things don't meet their expectations. They're known to be sensitive and considerate—at times—but it just isn't enough to balance out the flaws in this blood type. For a while, some companies tried dividing their employees into work groups based on blood type, and no one wanted to work with the AB group. Anime villains are likely to be type AB.
Uchiha Sasuke, Hongo Yui, Tomo, Trowa Barton, Kenshin
A is most compatible with A and AB.
B is most compatible with B and AB.
AB is most compatible with AB, B, A, and O.
O is most compatible with O and AB.

The idea that blood type determines personality has been dying out slowly in Japan. At the same time, the West has finally noticed the potential of blood typing. We haven't quite cottoned onto the idea that blood type is related to personality, but there's a growing belief in fad diets that teach that each blood type evolved at a certain point in human history, so people with that blood type should eat the diet most common among humans at that point. Instead of balanced, nicely average O's, we have savage cavemen hunching around the fire and tearing at hunks of meat; solid-citizen type A's become "docile vegetarians" as well; bouncy type B's get to indulge in ice cream and cheese; and type AB's, as always, are half one thing and half another, and get to eat vegan food or dairy-and-everything-else—IF it suits them. Blood type diets are worth looking into if only to imagine your favorite characters' reactions to their new diets.
Sailor Moon, cavewoman. That image puts me in a happy place.

Friday, May 06, 2011

~ENCHANTED~ BY MIERAB





            KLIA kelihatan sesak sekali.Orang ramai sibuk dengan agenda masing-masing.Gelagat orang awam di sini sedikit sebanyak dapat merawat gundah gelana dihatiku ini.Mangkuk tingkat punya Sara.Kata nak jemput aku.Cis,dah dekat 2 jam aku bertapa kat sini.Bukan setakat poke.Aku rasa macam nak hempuk ja amoi ni.Kata nak buat surprise kat parent aku.Wahai Cik Sara ni bukan surprise tapi suspens.Gomel Amanda sambil mengarang berbuku-buku sumpahan ALMIRA AMANDA ARMAND.Setelah 5 tahun tercampak di Russia akhirnya Cik Almira Amanda selamat mendarat di Malaysia sebagai seorang doktor yang bakal berjasa kepada  negara tercinta  akan tetapi disebabkan buah hati pengarang jantung pisangnya,CIK SARA a.k.a SIPUT Amanda masih di sini.Pelayan di restoran nie pun dah pandang pelik sama tuan puteri.Memang kau cari nahas betul Cik Sara.
            Sedang matanya meliar mencari kelibat CIK SIPUT,matanya terpaku melihat seorang mamat yang sedang melintasinya.Emm,not bad tinggi macam model.Badan not bad.The most interesting part, he is a pilot.Wow.Tapi chop,chop,chop.REJECT. Handkerchief.Bahaya.Menurut kamus dewan lelaki buaya  maka mana-mana lelaki yang membawa sapu tangan bersama dia bolehlah diklasifikasikan sebagai gentleman atau bahasa saintifik Cik Almira Amanda Armand “buaya tembaga”.Amanda jangan serabutkan diri anda dengan masalah dunia sang Tembaga.Pencarian Cik Siput diteruskan.
“Hai sorang ja?.May I have a seat?”
Terkejut Bigfoot aku dibuatnya.Baru ja aku mengutuk mamat buaya tembaga tu tadi.Tup,tup,dia dah muncul depan aku.Chill Amanda.Small matter ja.

“Duduklah”, respons Amanda acuh tak acuh.
“Hai tunggu sapa ? Saya Aqil Darwis Hakimi”
Aku tak tanya pun nama dia .Memang dasar anak jati Melayu.Mara tak takut mati.Wah, not bad mamat nie.Cukup sifat pahlawan Melayu.Ko ingat senang nak tumpaskan Puteri Gunung Everest nie.No waylah.
“I’m waiting for my hubby”,ambik ko.Omel Amanda sambil tersenyum sinis.
“Fantastic.You look too young to be someone’s wife”, balas Kimi sambil tangannya melambai mesra kepada stewardess yang melintasi kami.Miang tetap miang.
“Age is not an obstacle for someone to be a wife or even a grandmother Cik Abang oi. But the way, I get to go Mr.Whatever”,balas Amanda sambil tangannya pantas mencapai bagasi.”And one more thing thanks for accompanied me today. Glad to see you”,daa.Tolonglah Amanda.
“You’re welcome my dear. Send my regard to your husband”,balas Kimi sambil mengenyit matanya  ke arah Amanda.Saiko a.k.a miang.Tolonglah.Kutuk Amanda dalam hati.
            Dari kejauhan Amanda hilang dari pandangannya. Oh my God. Her name? Senyuman Encik Buaya masih berbaki.She got a gun to screw me down. She’s really something.We gonna see again.Kimi pun bergerak lalu apabila menyedari kelibat wanita yang baru dikenalinya tadi sudah hilang ditelan lautan manusia.
.………………………………………………………………………………………………………………………….
“Sorry Amanda. Bos akulah punya pasal.Tiba-tiba dia nak wat urgent meeting.SORRY sangat.Amanda jangan bunuh aku na. “,ujar Sara separa merintih.Amanda cuba  menahan ketawa apabil melihat muka temannya yang begitu cuak macam gajah jumpa tikus.Lebih setengah jam Sara memujuk Amanda yang keras membatu macam iceberg itu.Tangis Sara mula kedengaran.Dah dia mula dah drama Hindustan dia.”Baskin Robbin”.Amanda berlalu meninggalkan Sara dan menuju ke arah kereta Sara.Dari kejauhan Sara menjerit keriangan sambil meluru ke arah Amanda.”Sayaaang ko”.Satu kiss melekap di pipi Amanda.”Eiu,aku straight kay.Saat gi calon laki aku nampak tak ke parah aku nak explain kat dia”.”Tak pa laki ko tak kisah pun ko straight ka bulat ka  bila dapat bini cun macam ko”.Satu tamaparan Adrenaline singgah di lengan Sara. Serve your right.
……………………………………………………………………………………………..

            Suasana pagi cukup indah.Burung-burung bernyanyi riang menyambut kepulanganku ini.Namun semuanya  berakhir  pabila……”Ammmmmmmmmmannnda”.Aduh bila mama test vokal macam nie la jadinya.”Almira Amanda Hj Armand.Silalah bangkit  tuan puteri.Awak dah lupa ke.Hari niekan Amanda ke lapor diri  kan sayang”,leter Puan Marissa a.k.a bonda tercinta.Ok where is my SWATCH.Tangan Amanda meraba-raba mencari lokasi jamnya.Ok  this is not funny.I’m really in trouble .Sepantas kilat dia bangkit dari singgahsananya dan meluru ke bilik air.
“Ma.I get to go”,ujar Amanda sambil cuba membetulkan tudungnya.
“Have your breakfast first. Kang perut kosong pulak.Mulalah nak mengadu,gastrik la gas beracun.Bla.Bla”
“Bye Ma.I love you”,balas Amanda sambil cuba menyelamatkan dirinya dari leteran mamanya yang lebih bahaya dari peluru  berpandu itu.Almira Amanda steady don’t get nervous.Huh .Mini Copper merah itu dipandu laju.Belum sempat Puan Marissa melangkah keluar Amanda telah lesap disebalik kabus pagi.
………………………………………………………………………………………………………………
“Harlina.Let me introduce you.Almira.This is your mentor,Dr.Harlina”,ujar Dr.Josh memperkenalkanku.
“Hai.I’m Almira Amanda.A fresh graduated from Volgograd State Medical University .Nice to meet you miss”
“Nice to meet you Almira.I have waiting for you.But the way some correction.Madam not miss”
“Please forgive me”
I think I might leave all of you now.So,Almira welcome my daughter and be please to ask ”,ujar Dr.Josh sambil berlalu pergi.
“Ok Almira. How about I buy you a lunch ?”
“Tak pa la ma’am”
“It’s  okay,Almira.Dah lama saya tunggu kedatangan awak”,Dr.Harlina dengan pantas bangkit dan mencapai lengan Almira.Almira Amanda you are so lucky.Hahahaha(gelak version Shin Chan).Langkah diatur serancak bunyi perutnya.
……………………………………………………………………………………………………….
“Abang,Lin rasa Lin nak introduce Almira dekat Aqil la bang.I believe she can handle him.Lin pasti cerita diorang akan jadi kisah epic yang terulung”,ujar Harlina.
“Gila ka apa awak nie.Awak pun tahu sepupu kesayangan awak tu macam mana.BUAYA.Awak janganlah nak penanya Almira tu.Dari awak sibuk-sibuk nak match makerkan diaorang lagi bagus awak matchkan dengan saya”,balas Adib sambil mengangkat kening double jerk.
“Ewah,ewah.Banyak hodoh punya orang tua.I don’t care Dr Adib oiii.I want both of them TOGETHER.As a first move ,saya dah tempah tiket teater muzikal CHINTA atas nama kita berdua”
“Boring la Cik Harlina oi.Apa kata kita pi date dekat Eye of Malaysia lagi best ka dekat warung burger depan klinik Kamal ok jugak”
“Sape kata saya nak ajak awak.Saya nak Aqil and Almira yang pergi for behalf of us .Sepupu kesayangan abang tu kan tak pernah tolak permintaan abang.So,abang tolonglah pujuk dia kay.As a reward Lin akan masak cocktail satu peti ais untuk abang”
“Serius.Ok set.Awak jangan nak kelentong erk.Tapi are you that serious? ”
“Promise and I’m serious”
            Bulan sabit separa masak menjadi saksi perjanjian berdarah mereka berdua.Almira dan Aqil.Dua insan dan dua dunia yang  sangat berbeza.Mampukah ianya menjadi kenyataan.Seorang gadis yang sarkastik dan mamat romea.Satu sketsa drama yang cukup mustahil tetapi itulah hakikatnya.
……………………………………………………………………………………………………………………..
            Jam sudah menunjukkan jam 8.00 malam. Kelibat Dr.Harlina belum kelihatan.Amanda yang menanti sudah gabra zebra dibuatnya.I smell something fishy.Bisik Amanda di dalam hati.Beberapa tika kemudian alunan ringtone I’ll Back(2pm) kedengaran.Incoming call-Dr.Harlina.
“Hello Almira.I’m so sorry.Saya tak dapat datang.I hope you will enjoy the theater.Sorry I have to  leave now.Bye dear”
Apa kejadah ini semua.Dahlah suruh aku tengok teater.Boring kot.Lainlah kalau suruh aku tengok Madagascar ka.Syoklah jugak.Nasib baiklah sense of respect aku still tinggi.Kalau tak mau tak aku hambur macam pasembor padang Kota.Sumpah Amanda.
5 minit baru saja berlalu.Mata Amanda sudah mulai terkulai layu.Berbajetkan cun.Amanda cuba bertahan hinggalah muncul sebuah objek besar menghempas punggungnya ibarat jet pejuang terhempas.Mak ai.Cubalah duduk elok-elok.Ikut dan dia ja.Harap muka handsome tapi sopan satu=ZERO.Kiritik Amanda.Perhatiannya  kini kembali fokus ke arah lakonan pentas yang dia sendiri tidak pasti hujung pangkalnya.
“Love story,CHINTA”,ujar lelaki jet perjuang terhempas tadi.
Bendul ka apa mamat nie.Dah terang lagi berspotlight.Terang-tantang dia tulis teater CHINTA.Getus Amanda.
“Barney and Friends show”,balas Amanda dengan nada sinis.
“Wah.Amazing. I thought pementasan Sesame Street ka”
Loya buruk nampak.Aku dahlah hot and spicy nie.Dok perapi nampak.Mengikut kamus lelaki buaya.Lelaki yang gemar berjenaka ini merupakan spesies yang bermulut manis dan patut dijauhi.Cik Amanda Almira.Be prepare to make a bitter escape.
“Hi.I’m Aqil.And you?”
Tanya nama pula.Buta ka apa. Obvious gila yang aku buat muka meluat dekat dia.Tak boleh ka ko berhenti bercakap even a second.Getus Amanda .Semakin lama semakin hangit Amanda dibuatnya.Dengan berbajetkan muka tembok besar China.Amanda melangkah pergi meninggalkan burung murai a.k.a jejaka jet pejuang terhempas tadi.
Kelihatan Aqil terkebil-kebil melihat reaksi gadis yang baru dikenalinya tadi.Miss your ticket.Tapi suaranya ibarat ditelan sesuatu.Sekeping tiket yang tertera nama Harlina Mukhriz atau lebih sainstifik sepupu tercinta dan apa kaitan dengan gadis tadi?.Aqil cuba mencari konklusi.Di tangannya pula,tiket yang tertera nama Adib a.k.a suami Kak Lin.Akalnya makin ligat berputar.BINGO. A love game by Harlina and Adib.Fantastic.Aku hero dan gadis sebentar tadi adalah heroinnya.Interesting.If you want to play this game. I’m in. Kepingan puzzle yang terpisah kini telah berjaya dicantum kembali.Aqil sepantas cheetah mengejar bayangan heroinnya.Sepi.Itulah satu ayat yang terpancul dari benak hatinya apabila menyedari gadis itu telah lenyap bersama terang malam.I’ll catch you. This is my promise dan jauh di sudut hatinya Aqil sendiri masih tertanya pada dirinya mengapa dia terlalu teruja untuk mengenali gadis itu.Hatinya tidak berhenti berdebar.A’ah,kacau.Omel Aqil sambil berlalu pergi.
……………………………………………………………………………………………………………
            Perkarangan rumah teres dua tingkat itu kelihatan indah sekali dengan dekorasi yang cukup ceria.Sesuai dengan istilah tadika.Langkah diatur berhati-hati.Kuih nie kalau jatuh mahu tak mama cincang aku.Ujar Amanda di dalam hati.      
“Kak  Zalikha mana nak letak kuih nie”,ujar Amanda.
“Kau letak ja atas meja dekat depan tu,Kang kak susun”,balas Zalikha.
“Nak Manda tolong tak”
“Kau tak keja ka”
“Hari nie off”
“Mati tunggu doktorlah pesakit kau dapat doktor asyik off but the way makasih ya”
“Welcomel Kak Zalikha”
Tangannya pantas mencapai bekas berisi kuih itu.Maljis perasmian tadika itu bakal bermula lebih kurang 2 petang tetapi ibu bapa sudah mula memenuhi perkarangan tadika itu.Telatah anak-anak kecil mencuit hati Amanda saat itu.Akan tetapi perasaan itu pantas dirosakkan oleh sebuah objek yang sangat hodoh.
“Nak saya tolong”,ujar objek tersebut.
“No.Thanks”
“Cik Almira Amanda janganlah jual mahal.Bukan senang ‘objek’ se’handsome’ saya nak bagi perkhidmatan free of charge”
Terkezut beruk Almira Amanda dibuatnya.Mana dia tau nama aku pulak.Bahaya.Stalker.Amanda keep yourselves away for that guy.But aku macam familiar ja ngan mamat nie,Lantakla.Bukan masuk exam pun.Omel Amanda.
           Suasana sepanjang majlis perasmian itu sangat meresahkan.Mamat pelik tadi tidak henti-henti menyerang hendap Amanda.Saiko.Menakutkan.Itulah istilah yang dapat mengambarkan mamat pelik tersebut.Tak habis-habis ‘hai saya Aqil’.Tolonglah.Ya,Allah apa ke hal la mamat nie.Omel Amanda.Usai solat Asar Amanda bersiap untuk pulang dan mamat ‘Hai saya Aqil’ itu masih disitu.Kelihatan dia sibuk membantu Kak Zalikha membersihkan perkarangan tadika.Mulut  ini ringan saja untuk bertanya kepada Kak Moin a.k.a assistant Kak Zalikha,”kak Moin,sape budak laki tu”.”Oh,Kimi.Aqil Darwis Hakimi.Dia sepupu Kak Zalikha”.”Yaka.No wonderla muka dia bersepah kat sini”,ujar Amanda separa berbisik.Misi selesai.Amanda pun berlalu pulang sesudah bersapa dengan Kak Zalikha.Namun mata Aqil masih nakal mengusik Amanda.Amanda dengan gaya jual mahal ala Puteri Gunung Ledang berlalu pergi melintasi mamat ’hai saya Aqil’ itu.Tetapi Amanda kurang pasti mengapa masih ada senyum yang terukir di bibirnya tika melintasi Aqil.Aku pun dah dapat angin saiko dia kot.
………………………………………………………………………………………………………………….
                        Suasana di Borders kelihatan lengang sekali.Mungkin kerana hari ini hari bekerja dan tidak ramai yang datang seperti selalu.Penat seharian bekejaran di hospital akhirnya terbayar.Suasana seperti inilah yang dinantikan oleh Amanda.Akhirnya dapat juga dia menghabiskan novel kegemaran dalam keadaan yang tenang.Novel Cecelia Ahern If You Can See Me Now dihayatinya dengan penuh khusyuknya hingga kehadiran mamat ‘hai saya Aqil’ tidak disedarinya.
                        Aqil yang duduk disisi Amanda tanpa sepatah kata memerhati telatah Amanda tanpa jemu.Dia sendiri tidak pasti mengapa tetapi matanya tidak henti meneliti wajah wanita itu.Dah kena sawan dah aku  nie.Omel Aqil sambil kembali membaca novel di tangannya apabila menyedari Amanda memerhatinya
                        La,mamat nie lagi.Apa kes la dia nie.Menakutkan.Dia berani dekat memang nak kena.Aku pandai yoga.Apa pulak kena mengena yoga dengan kes nie.Dah sudah,masak.Angin saiko aku sudah mali.Omel Amanda seorang diri.
“Baca novel ka?”,ujar Aqil memulakan perbualan.Apa punya bodohlah soalan engkau.Sumpah Aqil kepada dirinya.
“Taklah tengah masak”,balas Amanda dengan muka slamburnya.
“Patutlah sedap ja bau.Orang cantik masak memang sedap.Opss”,balas Aqil sambil tersenyum kambing.
“Ha.I rasa I pernah jumpa you.Airport and theater right.Awak nak apa.Awak stalker ka?”,ujar Amanda sambil mengajukan novel yang dipegangnya ke arah Aqil

“Opss.Miss saya bukan stalker but joker.Joker yang akan sentiasa mewarnai hidup cik adik manis”
“Mana awak tau saya manis.Ada tester ka yang awak dah try.Dah la.Stay away.Kalau tak awak makan sup bola mata lembam arini”,rengus Amanda sambil berlalu pergi.Darah tinggi aku dibuatnya.Aku patut buat police report nie.Dari kejauhan Aqil membuntuti langkah Amanda sambil tangannya mencampak buku cerita kanak-kanak yang diambilnya tadi ke dalam rak buku berdekatan.
…………………………………………………………………………………………
Amanda menyangka pertemuan di Borders itu merupakan yang terakhir namun Allah miliki rencana yang lain.Setiap hari pasti mamat ‘hai saya Aqil’ akan muncul dan mewarnai hidupnya yang agak membosankan ini.Bak kata pepatah ‘absence makes heart grow fonder’.Semakin hari hati Amanda makin berbunga.Kehadiran mamat ‘hai saya Aqil’ itu banyak membuka pintu hati Amanda untuk mengenali insan bernama lelaki.Tiap kali Amanda keresahan pasti Aqil datang dan memghiburkan hatinya.Amanda sendiri tidak pasti  mengapa.Tapi Amanda kian selesa dengan kehadiran Aqil.Hingga dia sendiri tidak pasti bagaimana sebuah ruang sudah tersedia untuk Aqil.Dengan mudah insan bernama Aqil mengoyahkan prinsip  Amanda ‘no man no cry’ dan melafazkan ucapan keramat I love you kepadanya.
                        Ibarat  kata pepatah ‘kusangkakan cerah hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari’.Siapa sangka segalanya akan berubah dalam sekelip mata.Pertemuan yang tidak dirancang pada petang itu merubah segalanya dan cukup meremukkan hati Amanda.Kenyataan Aqil Darwis Hakimi itu cukup menghancurkan hati Amanda dan mengejutkan Amanda dari mimpinya.
“Are you serious ka”,ujar Adam kawan baik Aqil
“Adam.Kau ingat aku serius ngan Amanda tu.Aku just nak realisasikan impian Kak Harlina aku ja”,ujar Aqil
“Gila ko.Tak pasal Amanda tu flying kick ko”
            Terketar seluruh tubuh Amanda mendengarkan pengakuan eklusif Aqil Darwis Hakimi itu.Almira Amanda apasal la kau bodoh sangat.Macam mana aku boleh terpedaya.Amanda apa punya bengaplah kau nie.Sumpah Amanda sambil tanpa disedari ada butiran air mata yang mengalir.Ibarat renjatan elektrik Amanda bangkit dari mimpi ngeri tersebut. .Habis terbantut niatnya untuk berjumpa Sara dan semuanya kerana Aqil.Amanda pun berlalu pergi tanpa mengetahui hakikat sebenar.Hakikat rahsia hati seorang lelaki bernama Aqil Darwis Hakimi.

“At first memang aku nak main-main ja.At last,aku terjerat.Amanda tu lain.And she is special to me dan aku tak main-main”,ujar Aqil dengan riang.
“Saikolah.Aqil cepat-cepatlah ikat Amanda tu.Kang disambar orang”
“Yang nak sambar tu aku tau sapa”,ujar Aqil smbil mengangkat kening double jerk.
“Siapa”,aju Adam dengan penuh kebinggungan.
“Kaulah”
“Choi.Mulut tak da lesen”
                        Itulah yang akan Aqil lakukan.Tetapi dia tidak sedar semuanya makin jauh dari angannya.
………………………………………………………………………………………………………………………………
            Suasana bangle mewah itu kelihatan sepi sekali.Khabar niat Amanda untuk menyambung pelajaran ke Ireland cukup membuatkan seisi keluarga tergamam.Tetapi itulah yang terbaik untuknya.Dia perlu bangkit dari kekalahan ini dan dia perlukan ruang yang baru untuk bangkit semula.Sudah berbuih Dr.Harlina dan Puan Marissa memujuk Amanda.Namun segalanya sia-sia.Amanda tetap dengan keputusannya.

“Amanda sayang pasti ka nak sambung belajar nie.Manda kan baru ja keja ‘bout a year kan?”,ujar mama lembut.
“Ma.Manda pasti.Tumpang tak da tanggungan nie.Kang dah kahwin susah pulak nak sambung belajar”,balas Amanda memujuk mamanya.
“Ikut kamu la.Passport semua dah siap ka?”
“Dah ma”
“Mama tidur dulu”
“Nite Ma”
            Sepi malam seolah mengerti hatinya.Dia masih berharap Aqil akan muncul dan menghalang dia dari pergi.Amanda masih berharap bahawa semua ini hanyalah mimpi dan semua kenyataan Aqil itu adalah palsu.Sedaya upaya dia memaksa dirinya untuk lena namun resah di hatinya menguasai lenanya.
……………………………………………………………………………………………………………………………

“Amanda.Janganlah pi.Hang sendiri dah dengarkan Adam dah cerita yang sebenar.Amanda…”,belum sempat Sara menghabiskan kata Amanda berlalu pergi.”Ish budak nie”,gertu Sara.Amanda berlalu meninggalkan Sara apabila penerbangannya diumumkan.Berat rasa hati tapi Amanda masih gagah mengukir senyuman perpisahan.Dari kejauhan Sara,mama, papa,Dr.Harlina dan Dr.Adib melambai sepi mengiringi pemergian Amanda.Tapi di mana lambaian Aqil.Enough Amanda.
Langkah diatur penuh rapi ke balai pelepasan.Hatinya masih berharap Aqil akan muncul.Ibarat mimpi,Aqil muncul di hadapannya.Mimpi dalam sedar.Amanda tertawa sendirian.Siang hari pun aku boleh berangan.Wake up Amanda.
“Amanda”,ujar Aqil mematikan langkah Amanda.
“Amanda nie semua mimpi.Halunasi.Relaks”,ujar Amanda sambil berdialog  dengan dirinya sendiri.
“Almira Amanda”,jerit Aqil menghentikan langkah Amanda.
“Apa lagi Aqil”,jerkah Amanda sambil menoleh ke arah Aqil.
“I’m sorry for hurting you.I tahu I salah and I admit it.I’m sorry”
“I’m sorry?You tahu tak betapa berharganya istilah I’m sorry.And I don’t know why,people senang ja cakap I’m sorry.Dahla Aqil.You tak salah pun.Cuma masa ja yang tak kena.We shouldn’t have to meet.Tu kesilapannya”
“No.Almira Amanda.I admit I’m a real player.Tapi everything totally different when it’s come to you.And I’m really mean it”
“Ha.Pleaselah.Ayat basi.You simpan ja”
“Almira Amanda.I tak kisah you nak marah kat I.But I nak sangat you dengar semua nie.Just give a moment to hear this”
“Go ahead”,ujar Amanda dengan nada sarkastik sekali.
“Amanda.Please stay and marry me”,ujar Aqil sambil mengeluarkan sebentuk cincin dari poket seluarnya.
            Keliru.Itulah satu perkataan yang muncul di kotak fikirannya.Dia ingin saja menjerit satu perkataan iaitu ‘ya’.Tetapi egonya mengatasi segalanya.Tak mungkin dia akan  membenarkan lelaki itu melukakan hatinya lagi.Tanpa menoleh ke arah Aqil,Amanda berlalu pergi tanpa sepatah kata.Dari kejauhan Aqil bangkit dari angannya dan meluru ke arah Amanda tetapi di halang oleh pegawai bertugas.Itulah perjumpaan terakhir yang dilakar oleh Amanda bagi menamatkan sketsa ini.Penamat kisah mereka.The end.Sadis tapi itulah hakikatnya.

……………………………………………………………………………………………………
Salji pertama di bumi Ireland.Aku,Almira Amanda dengan bangga seorang diri bersama laptop buruk dan again facebooking.Jejari  Amanda pantas menekan papan kekuncinya membalas mesej  dari sahabat-sahabatnya.Tapi gerak tari jejarinya terhenti apabila melihat imej  yang di’tag’ oleh Sara  kepadanya.
                                                                                    Alda
Undangan Majlis Perkahwinan

Aqil Darwis Hakimi
 






Lawaking apa Sara buat nie.Amanda mula berdialog dengan dirinya sendiri.Adakah dia patut pulang?.No.Tangannya tetap pantas mendail Sara.Dia sendiri tidak pasti apa yang sedang dilakukan.Tapi apa yang pasti Amanda perlukan kepastian.Dan menghalangnya.
………………………………………………………………………………………

“Manda.Lawak pebenda.Dah terang lagi bersuluh dekat kad kahwin tu.Aqil tu bukan umur 3 tahun lagi.Dia dah 30 tahun sayang.Dah memang patut kahwin.Amanda.Aku bukan nak perli kau.Tapi dalam kes nie kau memang bodoh.Sorry to say”
“Sara.Bila weeding tu?”
“Next week”
Sepantas kilat Amanda mematikan talian.Dia bergerak mencari bagasinya dan passport.Dia perlu mencari kepastian dan dia perlu berterus terang mengenai hatinya.Itulah yang perlu dilakukannya 3 tahun yang lalu.
            3 tahun mencari jawapan dan yang pasti Aqil adalah istimewa sekali.
……………………………………………………………………………………

Perjalanan dari KLIA ke Masjid Putra  terasa lama sekali.Pekat malam menambahkan lagi resah hati Amanda.Di dalam hatinya tidak henti-henti berharap perkahwinan ini hanya suatu mimpi.Sekeping jemputan perkahwinan atas nama Aqil Darwis Hakimi cukup meluruhkan seluruh hati Amanda.Ketika itu Almira Amanda ingin sekali masa terhenti walaupun sesaat pun sudah cukup baginya.Andai diberi peluang untuknya kembali  ke masa lalu,Amanda ingin sekali kembali di saat sewaktu Amanda menolak lamaran Aqil dan memilih untuk menyambung pelajaran ke Ireland.Aqil.Itu saja yang mampu diluahkan Amanda.Tanpa sedar air matanya mula mengalir.Untuk kesekian  kalinya Amanda menangis untuk seorang lelaki lagi.Dan ia bukanlah sebuah lakonan.Bukan sebuah lakonan lagi.
Perkarangan Masjid Putra terang- menerang bermandikan cahaya lampu.Bulan penuh menambahkan lagi keindahan malam itu.Langkah Amanda ibarat terhenti.Mulutnya ibarat terkunci.Dengan kudrat yang berbaki  Amanda melangkah menghampiri pintu masjid.Aqil.Itulah perkataan pertama yang terpancul dari bibir seorang wanita bernama Almira Amanda.Air matanya kian laju membasahi pipinya.Ini bukan lagi mimpi.Aqil tersenyum riang dalam pakaian melayu serba putih  menghadap Tok Kadi.Dan aku hanyalah penonton di situ.Amanda ingin sekali menjerit tetapi mulutnya terkunci rapi.Dengan hati yang luruh,Amanda mengundur diri.Dengan kekuatan yang berbaki,Amanda berlari sepenuh hati.Amanda sendiri tidak sedar sudah sejauh mana dia sudah berlari hingga akhirnya  terhenti pabila dia terjelepuk jatuh.

“Amanda”
Sahut seseorang memecahkan kesunyian malam.Namun suara itu seolah ditelan oleh kegelapan malam.”Amanda”,sapa Sara sambil tangannya menyentuh lembut bahu Amanda.Tanpa berfikir panjang Amanda menolah ke arah Sara  dan memeluk erat Sara.”Sara.Aku sayangkan dia.No.Aku cintakan dia.Aku tahu.Aku silap.Aku ego.Aku takut aku kecewa.Aku tak nak orang sakitkan hati aku lagi.Tapi Sara.Aku sayangkan Aqil”,ujar Amanda.Hari ini terluah segala rahsia di hati seorang gadis bernama Almira Amanda.6 tahun dia menolak cinta.Peristiwa kematian Anuar bekas tunangnya,cukup menjadikan dia fobia untuk bercinta.Bukan kerana lelaki itu melukakannya.Tetapi Amanda tidak mampu untuk menghadapi sebuah kehilangan.Kerna itulah dia menanam perasaan benci terhadap kaum Adam.Tapi segalanya berubah di saat Aqil muncul.Namun lelaki itu muncul untuk mempermainkan hati saja.Tapi Amanda tak mampu untuk menipu lagi.Dia sayangkan lelaki itu walaupun lelaki itu telah melukai hatinya.
“Amanda.Janganlah menangis”,pujuk Sara tetapi seolah-olah tiada apa-apa yang boleh memujuk hati Amanda lagi.Perlahan-perlahan pelukan itu dileraikan.Sekujur tubuh berdiri di sisi Sara menghulurkan tangan untuk membantu Amanda.Sara bergerak ketepi memberi ruang kepadanya.Amanda masih tertunduk dan teresak-esak.
“Almira Amanda sudikah awak menjadi pemaisuri di hati insan kerdil bernama Aqil Darwis Hakimi?”,ujar Aqil sambil tangannya mengenggam erat tangan Amanda.
Amanda ibarat tersedar dari mimpi.Perlahan-lahan dia mengangkat mukanya sambil mencari kekuatan untuk menatap wajah yang dirinduinya itu.Perlahan-lahan jua Aqil menyeka air mata yang masih berbaki di wajah wanita kesayangannya itu.”It’s for true”,ujar Amanda.Aqil dengan penuh kelembutan mengiakan.”Kalau awak katakan bulan itu segi empat pun saya masih percayakan awak.I don’t know why.But Aqil.It’s enough.I dah penat”,perlahan-lahan Amanda melepaskan genggam Aqil.Amanda bangkit dari kesakitannya.Perlahan-lahan dia mengatur langkah meninggalkan Aqil.Namun Aqil lebih pantas menarik pergelangan tangan Amanda.
“Amanda sudikah awak menjadi isteri saya”
“AQIL!!!! It’s enough.Cukuplah.I tak tahu permainan apa yang awak main nie.But please jangan libatkan I lagi”
Tak faham bahasa ka.Amanda relaks.Mamat nie dah la suasana dah cukup sadis nie.Omel Amanda.Tetapi sekali lagi mamat nie berjaya membuatkan Amanda mengalirkan air mata.Sebentuk cincin bertahtakan permata Ruby tersergam indah di dalam sebuah kotak cincin yang dipegang erat oleh Aqil.”It’s for real Aqil”,ujar Amanda.
“Almira Amanda Hj Armand.Dah la Tok Kadi tunggu pengantin perempuan.Penat saya kejar pengantin perempuan saya nie”,ujar Aqil sambil tersenyum manis.
“Saya pengantin tu?”
“Ya.Awak.Dan takkan ada orang lain yang boleh ambil watak awak tu Cik Amanda”

……………………………………………………………………………………………

Satu ungkapan syukur meniti di bibir Amanda.Mati hidup semula itulah rasanya.Amanda masih tidak percaya masih wujud cinta seorang lelaki untuknya.Sejak pemergian Anuar hatinya telah tertutup rapi.Fobia itulah yang menghantui gadis itu.Tetapi hari ini Aqil datang dan menghapuskan segala ketakutan itu.Walaupun hati ini pernah ditipu tetapi kuasa Allah.Segalanya di bawah rencananya.
Deruan ombak pantai mendodoi Amanda.Wajah tua itu tersenyum riang walaupun dalam lena.45 tahun sudah usia perkahwinan mereka.Wajah tua itu cukup menceritakan segala kebahagian yang mewarnai hidupnya.5 tahun juga Aqil pergi menyahut seruan Ilahi.Tetapi Amanda puas kerana Allah telah memberinya kesempatan yang cukup panjang untuk berkhidmat kepada seorang insan bernama suami.Cukup  puas.
“Ibu,mari masuk Bu.Dah nak senja nie,Bu.Ibu”,ujar Anisa.Tangan ibunya digenggam.Sejuk.Nadi ibunya jua sudah tidak kedengaran.Sekuat hati Anisah berlari mendapatkan adik-beradiknya yang lain.
……………………………………………………………………………………….............
ENCHANTED

~the End~