Sunday, October 31, 2010

recover from a worst fever

After dua hari terlantar atas katil,,at last i can woke up already...hopefully soon i'll have a chance to write a new short story..

Friday, October 29, 2010

~sob3~


Sob3~
family aku terpaksa mepostpone vacation km ke Langkawi As my bro terpaksa attend seminar spm,,,,
so buat adik tersayang make sure dpt result yg gempak for dis becomin' spm,,,
otherwise...i'll kill you....

Thursday, October 28, 2010

cerpen:DENGARKAN AKU,KUMERINDUIMU oleh mierab


Angin sempoi-sempoi bahasa berserta kicauan burung  sudah cukup membuat hatiku bernyanyi riang.Perjalanan yang sangat meletihkan terubat apabila terlihat anak-anak kecil berlari-lari di padang permainan.Akibat penyakit nyanyuk driver papaku a.k.a Pak Man terpaksalah aku berjalan pulang dari sekolah ke rumah.Pak Man,oh Pak Man siaplah engkau.Oh my Converse,I’m so sorry lalink.Sedang asyik aku menghayati keindahan alam semulajadi tiba-tiba muncul objek yang cukup hodoh menghalang perjalananku.
 “Oit Lisa”
“Ape oit-oit”
“Oit buat-buat tak faham plak.Cantik tapi nyanyuk”
“Wow bro.Tak sayang mulut ke?”
“Gua tak suka U-turn.So gua straight to the point.Mana duit pelindungan lu”
“Hello xcuiss.Bila tahun plak lu jaga gua.Mak bapak gua pun tak minta duit kat gua.So what the point I give you my money??Hello??”
“ Wow relaks.Aku nak D.U.I.T aku.Faham.Simple right ? .Ke ko nak aku panggil translater untuk ko”
“Woow bro.Lu bikin gua hangit”
“ So,ada gua kisah ?”
                Somebody call 911.Kubu aku telah dikepung.Zara Alisa engkau memang cari penyakit.Cabut or stay??Sewellah aku kalau aku stay.Cantik tapi sewel.Oh my Gucci.Dol Sharif a.k.a Dolah cantik.Arghh.Alangkah bahagianya andai  mak kau tak kahwin.Pasti kau tak lahir ke dunia ini dan menyusahkan makhluk di planet Bumi.What should I do.Nampaknya Mr.Creativation aku sudah melepasi tahap maksimum gara-gara aku terpaksa membakar malam aku untuk menyiapkan projek senireka Madam J.Konklusi yang paling hebat daripada Zara Alisa Zainal Ariffin: Oh my Vior,I stay.(Pause)Hampir terlupa  setelah penat membebel,hai nama  diberi Zara Alisa Zainal Ariffin.Anak ketiga dari tiga adik beradik.Pemegang black belt dalam taekwando dan juga  satu-satunya yakuza wanita di daerah Ampang.Dolah Cantik.Sahabat lama a.k.a pisau dalam pizza aku.Terlalu panjang kisah kami berdua jadi sebagai watak sampingan kita lupakan saja watak Dolah.(Play).
              Langkah Dolah makin galak menghampiri  Zara.Zara mula  menjarakkan diri namun Dolah makin galak melangkah .Satu hanyunan penumbuk cap kopi jantan mula meluru ke arah Zara.Zara sudah bersiap sedia dalam posisi menyerang,namun belum sempat  aksi ala filem Ong Bak ini bermula sekujur tubuh gagah menepis hanyunan penumbuk tersebut.Waktu ibarat terhenti,sinar mentari  terus-terusan memancari  sang  arjunaku.Daun-daun kering seolah-olah membentuk notasi  muzik  musim luruh.Burung –burung berkicauan seolah menyorak kemenangan di pihakku.Aku pula tersangkut di dalam anganku sendiri.
“Awak ok ke?. Hello? Assalamualaikum .”
“Hah.I’ll”
“What?Awak ok ke?”
              Merah padam aku dibuatnya.Aduh!Malunya.Ok Zara gentlewoman.Berlagak cool.
“Sorry.Oh saya?Ok je.Terima kasih ya,”balasku.Aku tergamam sebentar tatkala aku melihat wajah sang arjuna yang baru saja menyelamatkan aku.Kacak.Zara Alisa cool,cool,cool.
“Aqil Zarwan Ahmad Zizan.Panggil anak Pak Jijan ja”
                            Percubaan yang cukup berani untuk memperkenalkan diri tapi maaf ya wahai Encik Romeo bukan untuk Zara Alisa.Sebagai memenuhi syarat terhutang budi berbajetkan senyuman separa ikhlas, aku memperkenalkan diri sebagai Nur Aminah.Identiti diri satu asset yang sangat penting untu dilindungi.Sebelum kita bergerak ke plot seterusnya,sebenarnya Aqil a.k.a anak Pak Jijan merupakan ketua pelajar di tempat aku bersekolah.Memang diakui ramai wanita yang telah dikecewakan tatkala di’reject’ bulat-bulat.Ok,cukup.Let we move on. Berkreditkan alasan basi, aku berjaya mengangkat kaki belah dari lokasi jenayah.
 …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

                          5 tahun berlalu dengan cukup pantas sekali.Percaya atau tidak aku sudah berada di bumi UTM(Universiti Teknologi Malaysia) sebagai mahasiswi  jurusan kejuruteraan kimia.Hebat tak bunyinya.Gara-gara aku hendak melarikan diri daripada Akashah a.k.a sepupu aku yang separa  sewel  atau bahasa saintifiknya obsess tahap dewa sama Zara Alisa,aku telah mengambil keputusan paling genius dan terbaik dari kilang untuk menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke Russia .Hampir sebulan mama dan papa merajuk  tapi sorry to say Zara Alisa tak mungkin berjaya untuk ditumbangkan.Oh ya,untuk pengetahuan am  keluarga aku merupakan keturunan yang tidak henti-henti melahirkan doktor.Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap negaranya aku telah mevariasikan keturunan aku agar lebih ampuh terhadap serangan bacteria dengan melahirkan bakal jurutera.Moral of the story jangan mimpilah aku nak kahwin dengan Mr.Doc.Seterusnya,sahabat dunia akhirat aku:Alia Azween Iskandar Shah.Manusia yang paling sabar di planet Bumi ini.Waktu susah dialah manusia pertama yang akan aku cari.Kejikan.
              Back to the story.Tahun pertama  aku cukup bahagia kerana tidak ada seorang senior pun yang berani buli aku gara-gara kes aku membelasah seorang senior  lelaki yang sangat kurang cuka.Akan tetapi hidup aku diselubungi misteri tatkala anak pak cik Jijan tiba-tiba muncul kembali . Oh my Prada. Mengimbau kembali saat pertama aku bertemu denganmu engkau tidaklah sekacak sekarang.Memang tidak disangkal lagi sesiapa saja yang bersilih dengan  jejaka yang mengelarkan dirinya sebagai anak Pak Jijan ini mampu mengigit jari hingga tidak sedar yang jari mereka hampir putus .Termasuklah aku.(Dengan reaksi muka yang sangat mulia).Aku bukanlah tertawan dengan kekacakan dia tetapi kerana Aqil selalu akan muncul disaat aku berhadap dengan saat genting.Satu kebetulan yang seolah dirancang tetapi benar.Mungkin itulah asset yang menjadi senjata rahsia untuk Aqil menumbangkan Zara Alisa.Dalam masa yang sama(muka  berlagak cun),aku juga merupakan rebutan ramai dikalangan pria-pria di sini.Bukan hendak berbangga tetapi kenyataan ini turut diakui sendiri oleh sahabat baikku,Alia.Berdarah kacukan Ciyu(Cina+Melayu),berlesung pipit dan bermata hazel.Tiga asset terpenting Zara Alisa yang sentiasa dicemburui oleh semua Jantayu(jantan ayu).Dalam kegembiraan yang sentiasa memenuhi ruang hidupku,segalanya berubah menjadi satu epilog citra hidup yang tak mungkin akan kulupai.
.............................................................................................................................................................

“Zara ko tolong jap jumpa Aqil minta tandatangan dia “,pinta Helmi.
“Asal plak aku?”
“Sayang buah hati abang boleh tak adinda ketemu dengan abang Aqil.Kanda Helmi perlukan tandatangan dia untuk program Festival Makanan persatuan kita”
“Stop calling me your sayang.Jijik aku dengar.Bak la sini”,omel Zara dengan muka separuh mencuka.
                             Helmi a.k.a merangkap kawan baik kedua Zara Alisa.Dia sudah masak benar dengan perangai Zara yang memang pantang andai ada mana-mana lelaki yang berani menggunakan panggilan seperti sayang dan seangkatan dengannya.Tetapi bagi Helmi inilah asset utama untuk memperkenakan Zara.Kena memperkena sudah menjadi asam garam persahabatan mereka.Hingga ke satu tahap ada pihak yang menyangka mereka merupakan musuh ketat.
                           Berbalik kepada cerita kita.Zara dengan hati gugupnya pun melangkah masuk ke dalam bilik gerakan di mana Aqil selalu menghabiskan masa meneliti kertas-kertas kerja.Almaklumlah orang penting.Ops sebelum terlupa,Alia juga merupakan salah satu ahli sidang wakil pelajar di universiti kami.Oleh itu bertemankan akal fikiran aku yang sangat genius gila ini,aku pun mengambil tindakan bijak dengan meminta pertolongan Alia untuk mendapatkan  tandatangan Aqil.Bukannya aku hendak melepaskan peluang tetapi lakonan aku untuk berlagak cool sentiasa terkantoi di hadapan Aqil.Setiap kali mataku bertentang dengan matanya,aku dapat merasai jantungku bergerak 1200km/j.Satu keajaiban sains yang tak dapat dirungkai.Pelik tapi benar bagi insan bernama Zara Alisa.Dalam keasyikan aku meneliti setiap inci wajah Aqil .Sayup-sayup dari belakangku kedengaran suara Ketua Nates  a.k.a  Adib Bajet meluru ke arahku.

“Hai cik adik manis.Boleh kita keluar bersama??Apa macam?Abang Adib sudah lama angau sama adik manis,”luah Adib berslangkan bunyi seorang Bangla.
“Em,boleh”
“Dia kata boleh babe”
“Boleh blah”,balasku sambil berlalu meninggalkan mamat nates separa tiga suku itu.Potong line ja,omel Zara di dalam hati.
“Zara akan kutunggumu”,sahut Adib sambil tersenyuman kambing  menemani pemergian Zara.
                             Sewel satu istilah yang cukup sepadan untuk mamat tidak sedar diri atau nama famousnya Encik Adib Melvin Bin Iskandar Melvin.Satu lagi watak yang tak penting dalam plot cerita aku ini tetapi buat pengetahuan  am Adib merupakan mamat paling sengal dan budak nakal di kampusku ini atau lebih tepat klon Dolah Cantik a.k.a sahabat lamaku.OK cukup,cukup,cukup.
                Dengan hati yang riang aku pun membonceng skuterku pulang ke rumah sewa.Habis lenyap segala perasaan sengal terhadap Adib,yang tinggal hanyalah sebaldi perasaan aneh terhadap Aqil.Indah dan cukup sukar untuk aku luahkan kepada pembaca sekalian. Namun sedang asyik aku dibuai mimpi dalam jaga tiba-tiba aku hilang kawal apabila dihon oleh seorang amoi yang cukup kurang asam.Habis bercalar-balar badn aku dibuatnya.Seperti biasa Aqil pun muncul menghulurkan bantuan untuk kesekian kalinya.Macam ala-ala filem Spiderman,setiap kali Mary Jane dilanda masalah Peter akan muncul untuk menyelamatkan.Cuma yang berbeza dalam cerita ini,akulah Mary Jane dan Aqil sebagai  Peter Parker dan mungkin Adib Bajet sebagai Harry.Wink~
“Awak tak apa-apa,”ujar Aqil sambil menghulurkan tangan untuk membantu aku yang tergolek di bahu jalan.
“Tak apa-apa.Terima kasih ya”
“It’s okay.Dah memang tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia membantu mereka yang memerlukan”,balas Aqil sambil disahut oleh hilai tawa daripada Zara Alisa.
“Kalau awak tak da sampai keesoklah saya tertiarap kat sini”
“Jangan risau saya akan sentiasa ada”
            Ayat yang cukup mendalam tetapi untuk manusia se’blur’ Zara mungkin sukar untuk diterjemahkan.Seperti biasa untuk mengelakkan mata mereka saling bertentangan dalam range masa yang lebih panjang atau lebih tepat lagi wujud suasana makhluk asing , sekali lagi Zara Alisa membuktikan kegeniusannya dengan memberi alasan zaman tok Nadok sebagai  asset  untuk melepaskan dirinya daripada Aqil.Dari kejauhan kelihatan Adib merenung penuh bermakna kepada Aqil.Aqil mengambil langkah berhemah untuk berlalu pergi meninggalkan Adib yang seolah terbakar melihat kejadian sebentar tadi.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

           Habis  seluruh rumah telah diselongkarnya.Diari miliknya masih belum diketemui juga.Zara sudah buntu  hendak mencarinya.Hanya air mata yang mampu menjadi teman setianya di ketika itu.Baru beberapa langkah Zara menuju mendapatkan Alia,tiba-tiba  telinga Zara menangkap bunyi tangisan Alia.Langkah dan kata diatur penuh teliti.
“Alia.Boleh aku masuk”
          Tanpa sebarng jawapan Alia terus mendakap erat Zara.Itulah kali pertama aku melihat Alia sesedih itu.Dalam situasi begini aku harus bijak memainkan peranan.
“Menangislah Alia kalau menangis itu lebih baik”
“Zara”,sahut Alia dalam sedu senda.
“Cakaplah.Aku sudi dengar”
“Mama dan papa.Mereka nak berpisah.Aku buntu Zara”
            Bagi hendak tercabut jantungku mendengar perkhabaran itu.Alia hanya simpati yang dapat aku hulurkan di saat ini.Memang keluarga kita cukup berbeza.Alia sejak dari kecil tidak pernah kurang dengan kasih sayang.Dia dibesarkan dalam suasana yang cukup mewah,namun semuanya berubah tatkala Papanya menikahi wanita lain.Bermula detik itu segala gelak tawa terhenti.Akulah sebagai kawan baik merangkap badut sarkas memainkan peranan menghidupkan kembali senyuman di bibir Alia.Zara Alisa.Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang boleh dikatakan senang,namun papa dan mama tidak suka kami merasai erti kesenangan yang sebenar dengan cara yang senang.Setiap kali hendak meminta duit pelbagai peringakt temuduga yang terpaksa  dilalui oleh kami atau lebih tepat aku seorang saja.Boleh dikatakan sukar sekali untuk menemui erti dimanja dalam kamus adik-beradik kami(Especially,Zara Alisa a.k.a budak paling nakal dalam keluarga).Di saat inilah aku perlu memainkan peranan untuk menenangkan Zara(muka yang sangat mulia+sayu).
       Hari ini terasa panjang sekali.Alia telah nyenyak lena di pangkuanku.Kusimpankan saja niatku untuk bertanya koordinat dan latitude diari kesayanganku.Be positive Zara.Esok pagi mesti dia ada.Omel  Zara.Esok masih ada.
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Dear ZAZA,
                                                                   ******                        ******
                                                        **                     *                     *               **
  I                              **                                   *                                   **    AQIL
                                                         **                                                        **
                                                                        **                                   **
                                                                                            *

P/S:help me!!!Sumbdy call 911..

         Satu ungkapan yang cukup bermakna.Diari itu ditutup rapi.Cukup padat jawapan yang diberi mengungkap segala rahsia.Semua ini harus ditamatkan.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………….


         Kesibukkan banyak membuatkan Alia terleka sebentar dengan masalah yang menimpa namun dalam masa yang sama ia seolah mengundang satu pertanda buruk kepada Zara.Hal yang tidak sepatutnya dirisaukan oleh Zara iaitu Aqil dan Alia.Zara ibarat dipanah petir cemburu.Berbicara mengenai perasaannya terhadap Aqil kepada Alia.Oh!Kerja gila namanya.Buat sekian kalinya Zara terasa amat dungu sekali. Perbuatannya ibarat keluar kedai Gucci  masuk kedai Padini.Tak da maknanya Zara.Keadaan bertambah kusut tatkala pada satu malam tiba-tiba Alia meluahkan perasaannya terhadap Aqil.Pada saat itu Allah saja yang mengerti perasaanku.Sahabat baikku menyukai lelaki yang sama.Sepanjang minggu itu aku banyak menghabiskan masa mengelamun hingga Helmi menggugut hendak membawa aku berjumpa bomoh siam andai keadaanku masih berlanjutan.Helmilah yang banyak membantu aku untuk bangkit semula disamping bantuan free of charge badut sarkas a.k.a Adib Bajet.
         Sehingga kesatu tahap aku telah membuat keputusan untuk melupakan Aqil.Alia.You desire him.Aku punya keluarga yang bahagia lagi saiko(aku seorang ja).Apa salahnya aku beralah.Pujuk Zara memujuk hatinya.Bayu laut terasa dingin sekali.Keputusannya untuk bersendirian di pulau yang sangat jauh(dalam Malaysia jugak) amat mengejutkan ramai pihak.Zara Alisa dalam sebuah pulau.Zara Alisa yang sukakan cabaran tersangkut dalam sebuah pulau.Pelik tapi benar.Biarlah makna sebenar di sebalik pemergianku ini menjadi rahsia.Semester mendatang pasti memerlukan focus yang lebih tambah pula ia adalah tahun terakhir.Everything will over.No Aqil.No love.Ajaja hwaiting Zara.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Zara Alisa Zainal Abidin.Mencintai awak sekadar dalam mimpi ia sudah cukup membahagiakan saya”
“Saya…”
                Dari kejauhan tiba-tiba sebuah kenderaan merempuh Aqil dan berlalu pergi.Aqilllllllll!!!!!!!
                       “Aqil!!!!!!!!!”,Zara tersentap dari mimpinya.Apakah makna disebalik semua ini.Hatinya berasa tidak keruan dan dapat merasai sesuatu yang buruk telah terjadi.Lantas tangannya pantas mendail nombor Alia.Out of service.Berulang kali Zara cuba menghubungi namun jawapannya masih sama.Helmi.Zara pantas menghubungi sahabatnya tersebut.Tut,tut.
“Hello Helmi.Aku ni Zara.Kau kat mana.Alia mana.Aku try call dia tapi tak dapat”,usul Zara dengan penuh cemas.
Satu helaan nafas yang sangat berat dilepaskan oleh Helmi.”Zara.Alia kemalangan.Dia dekat ICU sekarang”.
                  Hampir luruh jiwanya mendengar perkhabaran itu.Malam ini juga aku harus berangkat pulang.Ya.Zara dapat menghidu sesuatu yang lebih buruk sedang dirahsiakan.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
                  Perkuburan Islam ini terasa sunyi sekali.Yang tinggal hanya aku.Ya aku masih di sini.Hanya air mata dan sebuah diari lusuh serta sehelai daun kering yang sangat berharga buatku.Daun kering yang sangat berharga,
Aqil Zarwan Ahmad Zizan
 sayang awak juga
Zara Alisa Zainal Abidin

          Walaupun ringkas saja kata yang diluahkan,ia sudah memadai membuat Zara Alisa tersenyum.Tetapi semua itu sudah terlambat.Cukup terlambat.Ya Allah andai aku diberikan peluang untuk kembali ke masa lalu,izinkanlah aku mendengar sendiri lafaz itu daripada dirimu,Aqil.Maafkan saya,hanya itu yang mampu Zara suarakan.Alia.Maafkan aku kerana muncul terlebih dahulu ke dalam hidup Aqil.Bukan maksudku,maaf.Hanya itu saja yang mampu aku suarakan.Aku kehilangan keduanya sekali.Suatu berita yang sangat berat untuk aku terima.Benar kata mama,kerana cinta manusia sanggup berbunuh sekalipun.
            Masih segar di ingatanku,peristiwa yang menjadi titik tolak kemalangan ngeri ini.Walaupun perkhabaran itu hanyalah digambarkan oleh Helmi ia cukup meninggalkan impak terhadap aku.Pada malam itu,sepatutnya aku berada bersama Alia sambil memujuknya agar terus tabah apabila mama dan papanya telah disahkan bercerai.Tetapi aku berada jauh dan terlalu jayuh untuk mendengar rasa hatinya.Alia yang terlalu tertekan telah berjumpa Aqil untuk meluahkan rasanya,namun hanya perkhabaran yang lebih perit diterimanya.Sehelai daun kering yang tertera dua nama yang cukup menghancurkan perasaan Alia .Alia maafkan aku.Zara dan Aqil.Aku benci mendengarnya walaupun itu yang aku inginkan.Alia memandu dengan meluru dan terlibat dalam kemalangan.Aqil yang sempat sampai cuba menyelamatkan Alia yang sudah berlumuran darah.Malang tidak berbau.Kereta tersebut terbakar.Aku kehilangan kedua-duanya.Yang terselamat hanya sebuah diari lusuh’Hak Milik ZAZA’.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
“Helmi.Zara mana?”usul Aqil yang terpinga-pinga semenjak seminggu Zara tidak muncul ke kuliah.
“Aku pun tak tahu Bro.Sorry banyak-banyak”,ujar Helmi membohongi Aqil
“Aku merayu Helmi.Please tell me”
Satu helaan nafas yang berat dilepaskan oleh Helmi.
**********************************************************************
              Aqil berlari sekuat hati mengejar penerbangan Zara.Aku harus terangkan segalanya.Helmi terima kasih kerana sudi berkongsi rahsia hati Zara kepadanya.Aqil berlari sekuat hatinya sambil memegang sebuah diari.Ya sebuah diari yang harus sampai ke tangan Zara.
“Zara Alisa Zainal Abidin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

 
               ‘Dengarkan aku.Aku merinduimu Aqil Zarwan Ahmad Zizan’.Sebuah perahu kecil yang tertulis bait kata rindu itu aku lepaskan bersama sehelai daun kering yang sangat berharga kepada aku suatu ketika dahulu.Aqil awak sihat ka,omel hatiku sambil memandang langit Melbourne.
“Hah,ibu berangan ya”,omel anak perempuanku,Cahaya Batrisya.
“Ibu teringat boyfriend la tu,”sahut suamiku Adib Melvin.
“Nak kena papa nie.Mana ada ibu teringat bila papa nak bawa kita pergi shopping”,ujar Zara sambil mengenyit mata ke arah Cahaya.
“Botakla papa”
                     Aqil saya harap awak bahagia di sana.Terima kasih untuk segalanya.Saya bahagia bersama Ketua Nates.Terima kasih merestui kami.Awak adalah sekeping puzzle yang tak mungkin saya lupakan.Selamat tinggal Aqil Zarwan Ahmad Zizan.Terima kasih.
                  Alia,engkau adalah kenangan terbaik untuk aku.Terima kasih kerana menjadi sahabatku.Moga rohmu dan Aqil dicucuri rahmat.
                    Helmi terima kasih untuk segala bantuanmu.Selamat pengantin baru dan maaf kerana tidak sempat pulang ke Malaysia untuk perkahwinanmu.
                  Adib Melvin a.k.a Adib Bajet.Terima kasih kerana sanggup bersabar dengan kerenahku dan sanggup menjadi ayah,abang dan suami yang baik ketika aku memerlukan.
                  Terima kasih semua.Akan kuabadikan semua ini di dalam setiap nafasku.



*********************Berakhirnya sebuah epilog:Dengarkan aku,kumerinduimu**************

~kekeringan idea~

~kebluran untuk menyiapkan my cerpen,,,oh mr.creativation plez come back...Apart from tat,,still terpinga-pinga wat should i wear for my vacation in langkawi...it'll be a great holy as i had spent 'bout a month to prepare myself for pspm,,so let we having a fun~

~wink;)~

Welcome to Facebook

Welcome to Facebook

~rainy day~

~trying to finish my first short story....but it seem to face a difficulty as a weather so lovely lol~