Monday, August 29, 2011

Saya malas.FINE .version selamat hari raya

Merujuk title di atas,
sah bin confirm saya memang malas nak update belog nie.
Orang lain merdeka raya saya terpaksa universiti raya.


So,
dikesempatan ini saya dan keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA..& happy Eid Mubarak& minta ampun bebenor dari atmosphere luar bumi sampai ke pusat bumi.


Buat warga M'sia yg beraya diperantauan.
Sila jealous dengan saya.
SILA JEALOUS
Kami di M'sia sedang enak menjamah lemang,ketupat,rendang,serunding dan seangkatan dengannya freshly made in MALAYSIA sambil riang ria CORNFLAKES bermain bunga api..atau bahasa kanak-kanak sudah baligh meriam buluh made from buluh in MALAYSIA.


Sekian,


Yang Sengal lagi Malas,
thetheAmira 

Monday, August 15, 2011

hanyeo 33-bab 8


Bab 8
            Dingin hujan yang mencurah-curah membasahi alam ciptaan Ilahi ini membuai hati Mia yang kesepian ini.Nyanyian sumbang Mr.Froggie mencuit tetingkap rindunya pada Izz Rayyan.
            Tiga hari sudah Izz menghilang.Rindu sungguh dengan tempikan maut Izz ”weyh minah hodoh” itu.Kemanakah kau menghilangkan diri.Sunyi pula aku dibuatnya.
            Fikiran aku melayang sebentar.Tangan sibuk membilas pinggan mangkuk,tapi mata aku tidak henti-henti meng’usha’ kelibat Izz yang tak kunjung tiba.
            Merajukkah dia.Aku bukannya buat apa pun dengan dia.Aku just pengsan depan dia.Ke.Takkan aku ternodai dia…Astgafirullahhalazim.Syaitan amazon sekalian sila berambus daripada fikiran saya.
Sedang asyik aku termenung ibarat Doremon rindukan Michan.Tiba-tiba telefon bimbit cokia aku bernyanyi merdu irama lagu Ring Ring Dong(Shinee)
Ring ding dong
Ring ding dongRing diggi ding diggiDing ding ding (x2)
Private number.Who’s this.Takkan anak sultan nak masuk merisik aku.Perasaan taik punya anak Latif.
“Helo bin hai.And.Assalamulaikum”,sapa aku dengan penuh kelembutan seperti perempuan Melayu terakhir.Sempat juga aku loya buruk.
“Waalaikummusalam bin selamat sejahtera ke atas kamu jua .Cik Eryna Damia ke ni?”,ujar suara di hujung panggilan itu.Melayan jugak minah ni.
 “Yes.This is me speaking to you right now.May I help you?”.Wah.Spoking plak aku.
“Mia.Ni Kak Cham la “
“Oh Kak Cham.Ingat anak sultan mana tadi.Kecewa dinda .Ada apa hal yang Kak Cham call Mia ni?”
“Anak sultan pun fikir seribu kali dulu nak mengorat kamu.Macam-macamlah kamu ni.Ni kak Cham just nak confirmkan dengan Mia pasal pameran buku dekat PWTC tu.Mia boleh datang tak .I just nak confirmkan kehadiran Mia ja”
Mia terdiam sebentar.Jarinya pantas membelek kalendar yang melekat di dinding fridge.
“Insya-Allah.Mia boleh join”.Entah mengapa berat saja bunyi nadaku.Seolah ada sesuatu yang menghalang aku pergi.
“Baguslah macam tu.Kak Cham akan uruskan hal penginapan Mia and so on.So just prepare for that day ok.So anything you’ll like to ask?”,ujar Kak Cham.
“Tu je kot Kak Cham”
“Ok.If you have something to ask.Just call me .You know how to contact me right?And one more thing.I have email you a detail about the program .Go and check your email .Oklah.Assalamualaikum”,ujar Kak Cham panjang lebar sebelum mematikan talian.
“Waalaikummusalam”.
            Sekali lagi aku membelek kalendar itu.Satu keluhan dilepaskan.
            2 hari saja lagi yang tinggal untuk aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku di rumah agam ini.
Satu persatu gambaran rumah agam itu dikutipnya.Berat sekali rasa hati ini untuk melepaskan semua kenangan di sini pergi.Pengalaman di sini banyak mengajarnya untuk menjadi seorang yang lebih dewasa.Dia kini bukanlah lagi Mia yang dahulu.This is a new Mia.Mia yang lebih dewasa dan bukanlah lagi a Very Important Princess
(VIP) yang sentiasa dibelai oleh mama lagi.

Foto keluarga Tuan Akram ditatap sepi.Entah mengapa air matanya mula mengalir.Hiba sekali rasa hati.
Sedang asyik aku melayan perasaan, bunyi hon kereta milik Izz mengejutkan aku.Jamban betul punya mangkuk.
“Hai cik adik manis.Layan perasaan nampak.Ingat boyfriends ke?”,seloroh Izz.Debaran dihatinya cuba disembunyi sebaik mungkin.
Dada aku mula berombak rindu.Cool Mia.
“Ha’ah.Ingat’ boyfriends’”,bentak Mia.Malas hendak melayan orang bangang.
Siapalah yang nak dekat minah hodoh ni.Dahlah garang macam cheetah lapar.
“Kirim salam takziah akulah dekat boyfriends engkau tu.Ni tolong buatkan aku kopi ‘o’ kaw punya.5 minutes from now ok.Lembab”,arah Izz sambil berlalu masuk ke dalam kamarnya.Sempat juga dia menjelir lidah ke arah Mia.
“Lembab.Bangang punya mangkuk.Dulu hodoh.Sekarang upgrade jadi lembab pulak.Siap engkau”,ujar Mia separa berbisik.Mamat ni memang tak sah nak cari gaduh.Fine.2,3 kucing berlari,nak fight mai sini.
…………………………………………………………..
            Aroma kopi ‘o’ air tangan Mia itu mencuri perhatiannya.Makin Mia mampir,makin bergelora jiwa ini.Izz Rayyan.Sabar.
“Jemput minum Tuan Muda”,ujar Mia sambil meletakkan tray yang berisi kopi ‘o’ dan karipap sardine favourite  Izz.
Tuan muda?Buang tabiat ke budak perempuan ni.Izz mula pelik dengan perangai Mia.
“Terima kasih”,sambut Izz sambil menghirup kopi ‘o’ ‘special Mia.
Perhh.Masin nak mampus.Minah ni memang nak cari pasal.Sabar Izz.Ini hari engkau Mia.
“Emm.Sedap.Pandai awak buat.Saya kena suruh papa extend kontrak ni”,puji Izz tapi dalam hatinya Tuhan saja yang tahu.
“Sedap ke Tuan Muda.Kalau macam tu nak saya buatkan lagi ke?”.Padan muka engkau Izz Rayyan.Fire is a good friend,but a bad master.HAHA.
“No.Thanks”.Noktah Izz.Rasa masin yang maha masin itu cuba ditahannya.Apa lori garam terbalik ke.Siap kau Mia.
“Kalau macam tu.Saya sambung kerja dululah tuan muda”.Yes.Kemenangan milik Mia.Mampus kau mangkuk.
“Wait.Esok saya nak awak hantarkan lunchbox dekat office saya.Sharp 12.00 tengah hari.Bukan 12.01.Or 12.02.12 o’clock sharp.Ok.If awak gagal.Kita akan sambung kontrak anda for another 33 days”.HAHA.See Mia.You’ll not always win.Padan muka engkau.Baru kau tau. Eiffel Tower tu lagi hebat dari KLCC.
Mangkuk punya monyet.Fine.If you wanna play a game.I’ll do it.Hwaiting Mia.
“Ok.It’s a deal?”
“Deal”.
………………………………
You're My superstar 
Namanui meotjin heoniheoniheoni 
Eonje eodiseona nal jikyeojun jinijinijini You're My shining star Naemaeumsogeul hwanhi bichwojul dan han saram Sesangeseo yuilhan geudaeneun namanui superstar “
Wah. Talented gila kak Mia”,puji Maisara.Mia yang sedang asyik berkarok sedikit terkejut dengan sapaan Mai.
“Tak pergi sekolah lagi.Dah pukul 9 pagi nie.Awak ponteng erk”,leter Mia.Wah sudah gaya ibu berleter pulak.
“Kak Mia ni.Orang balik nak ambik fail projek tertinggallah”,jelas Mai.
“Oh.Ni ada permission tak?Ke ‘fly’”
“Tolong Bin Please sikit.Cikgu Mai temankan Mai.Dahlah kak Mia orang gerak dulu.And lagi satu.Orang kata kalau nyanyi dalam dapur nanti kahwin dengan orang tua.Bye”,seloroh Mai.Sempat juga budak mentah itu merembat ayam goreng yang baru diangkat Mia sebelum berlalu pergi.
Ngongek punya budak.Mahu aku ketuk dengan senduk ni.
Jam sudah menunjukkan jam 9.15 pagi.Awal lagi.Jangan risau pukul 11 pagi lunchbox kau siap Izz Rayyan oi.Jangan mimpi aku nak extend kontrak dengan kau.
se jam ++ kemudian…
Aku bernyanyi riang.Esok tinggal sehari lagi untuk dia berkhidmat dengan Tuan Akram.Selepas ini dia bebas.No Izz.No Izz.No Izz.Hiphip hooray.
Sedang aku cuba untuk menghidupkan enjin vespa aku.Sesuatu yang ganjil menghantui aku.
Asal tak boleh jalan ni.Cis.Izz Rayyan Tongek.Mangkuk jamban bin monyet punya jantan.Dia cabut tayar vespa aku.Macam mana vespa ni nak jalan pakai tayar cap ‘bata’.
IIIIIIZZZZZZZZZZZZ RRRRRAAAAAAAAAAYYYYYYAANNN.
Memang mangkuk ni cari pasal.
Kereta ‘mahal’ Tuan Akram habis dihantar untuk diservis.Bijak satu.
Vespa aku tersadai macam boya Amazon mati kering.Bijak dua.
Yang tinggal hanya basikal buruk yang penuh dengan peluh buntut Izz.Bijak tiga.
Jawapannya:Izz Rayyan Datuk Akram Williem memang bijak.
Jam di tangan sudah menunjukkan jam sebelas suku.Masak aku.
Tanpa berfikir panjang lagi basikal buruk itu ditunggangnya.Hampir tercabut nyawanya mengharungi jalan raya yang berbukit bakau lagi berliku itu.Sampai saja di jalan utama Mia menahan sebuah teksi.
“Mahu ke mana adik manis??”.Galak punya pak cik.Aku penampor seminggu tersadai dekat ICU.
“Tanjung”
“Mau shopping ke dik?”.
Banyak songeh punya pak cik.Aku dahlah lambat dah ni.
Jam menunjukkan jam 11.40 pagi.Kesesakkan lalu lintas menambahkan ke’gabra’an Mia.Kelembapan pak cik ini memandu menambahkan lagi gabranya.
“Pak cik stop dekat hujung jalan ni jap”,arah Mia.Dia nekad.
Ternyata pak cik teksi itu bertambah bingung lagi pabila Mia mengarahkan dia untuk keluar dan masuk ke seat penumpang.
Mia mula mengambil alih pemanduan.                                                                                      
Tanpa sebarang kata Mia men’drift’ laju teksi tersebut.
Pak Cik teksi itu ternyata kecut perut.Mulut lelaki tua itu tidak henti membebel dan berishgtifar.
Sampai saja ke Wisma Williem.Pak cik teksi itu berlari keluar mencari longkang untuk termuntah.Mia yang sudah kelewatan itu berlari menuju ke arah pejabat Izz.
Maaflah pak cik.
Sampai saja di hadapan lif.Ciss.
‘Haraf maaf sedang diselenggara’.
Masak bin mampus aku.Jam sudah menunjukkan jam 11.54 pagi.
Mia dengan segala kudrat yang berbaki berlarian mendaki tangga menuju ke tingkat 14 bangunan itu.
…………………………………………….
                Wahai Eryna Damia oi.Welcome my servant.Haha.Baru kau tahu.Betapa hebat lagi handsomenya lelaki bernama Izz Rayyan ni.
Jam sudah menunjukkan jam 11.58 pagi.Kontrak ‘Maid No.1’ sudah siap dicetak.Hanya menunggu kehadiran Mia untuk menandatangani kontrak ini.
Sedang asyik Izz bersenang lenang menikmati secawan teh cap Lipton.Mia merempuh masuk dan berlari menuju ke arah Izz.
“Siap.Lunchbox awak.And.I made it.11.59 pagi dan 55 saat”,ujar Mia sambil termengah-mengah.
Cheese bin keju punya minah.Macam mana kau boleh sampai on time.Tak boleh jadi ni.This is ridiculous man.I never lose.
Izz masih tergamam.Mia dengan senyuman kegembiran berlalu pergi meninggalkan Izz.
“And one more thing tuan muda.LOSER.HAHA”,ejek Mia sambil mengayakan gaya ‘loser’ nya.
Damn it.
Izz menumbuk mejanya.Tangannya meraup wajahnya yang ternyata merah padam itu.Alkmaklumlah anak mat Melayu celup pewarna Mat Salleh dengan Apek.
You wait for tomorrow Mia.I promise that I’ll not let you go.
………………………
Usai solat Isyak berjemaah bersama mama ,aku menyalami dan memeluk mama dengan sepenuh hati.Entah mengapa hatinya terasa sayu sekali.Bagaikan inilah kali terakhir kami akan bersama.
Setelah selesai solat mama mengajak aku menonton bersamanya.Tetapi aku menolaknya.Rindu sungguh dia pada kakaknya.Pantas nombor Kak Mel di dial.
Tut..tut..tut.
“Helo.Assalamualaikum.Adik Along.Asal call ni.Rindu erk?”,sapa Melissa dengan penuh riang.
“Mana ada rindu.Silap diallah.Orang nak call orang lain”,seloroh Mia.
“Nak call siapa?Ryan?Opss”,usik Melissa.Bukannya dia tidak tahu.Mia memang tidak suka apabila dia  diejek  dengan Ryan.
“Along ni.Asyik-asyik Ryan.Orang tak naklah dekat dia.Bagi along jela”,rajuk Mia.
“Ala busuk-busuk.Buruk bebenor kamu merajuk Mia.Back to the point.Asal kamu call along ni?”,pujuk Melissa.
“Saja ja.Orang rindu.Along bila nak balik bawa abang Chad Evans tu.Mama tak habis-habis tanya bila along nak bawak balik mat salleh tu jumpa mama”
Melissa tertawa.
“Nantilah.Dah confirm dia nak jadi laki along.Along guarantee bawa dia balik jumpa mama.Sekarang ni dia sibuk”,ujar Melissa panjang lebar.
“Alhamdullilah.Seronoknya nak dapat brother-in-law anak mat salleh”
“Insya-Allah Mia.Sekarang ni pun dia sibuk dengan kelas agama dia.Alhamdullilah dik.Dia suka dengan Islam bukan sebab along.Tapi sebab  Allah”
“Bertuah akak Mia sorang ni.Jelouslah Mia”
“tak payah kamu nak jelous Mia.Along lagi jelous dengan kamu”
“Why???”
“Because you have Aryan Qaiser. A man that willing to die for you”
“Choiii.Topic change”
“Whatever.Oklah along kena gerak dulu.Ada class.Kirim salam dengan mama ya.And.Pesan dengan mama.Masakkan rendang tok kegemaran along untuk raya ni tau.If tak ada aral melintang .Seminggu sebelum raya along sampai Malaysia ”,pesan Melissa panjang lebar.
“Baik boss”
“Oklah Assalamualaikum”
“Waalaikummusalam...Along.Mia sayang along tau.Mia minta maaf juga kalau Mia ada buat silap dengan along”,sayu Mia mematikan panggilan.Entah mengapa hatinya terasa kosong sekali.
Melissa terkedu.Suara dan nada adiknya yang nakal itu terasa lain sekali.Hatinya tidak sedap.Bagai ada sesuatu yang bakal terjadi.
‘Ya Allah.Lindungilah keluargaku daripada segala bencana dan kecelakan’.Amin.
…………………………
Matanya tidak dapat lelap.Mia bangkit dan membuka emailnya.Satu persatu mesej dalam mailbox yahoo diperiksa.Seperti dijangka.Email daripada Ryan memenuhi inbox.Salah satu email terbaru daripada Ryan diklik oleh Mia.

"Finding someone you love and who loves you back is a wonderful, wonderful feeling. But finding a true soul mate is an even better feeling. A soul mate is someone who understands you like no other, loves you like no other, will be there for you forever, no matter what. They say that nothing lasts forever, but I am a firm believer in the fact that for some, love lives on even after we're gone." 
-Cecelia Ahern(p/s I love you)
P/s: I will always be with you
Love & kiss
Ryan.

Sekali lagi Ryan menyentuh hatinya.Lelaki ini terlalu menyayangi aku.Tapi entah mengapa aku sukar untuk menerima kehadiranmu lebih daripada seorang teman.Maafkan aku Ryan.
Email Ryan akhirnya dibalas jua oleh aku.

Thanks a lot for sending me such a great quotation every single day. I’m sorry for not being a person that care for you like you did to me. I just want to say that ‘I’m so sorry’ .And I really mean it. Go and find someone that will love you just like you love her.
"You deserve someone who loves you with every single beat of his heart, someone who thinks about you constantly, someone who spends every minute of every day just wondering what you’re doing, where you are, who you’re with, and if you’re OK. You need someone who can help you reach your dreams and protect you from your fears. You need someone who will treat you with respect, love every part of you, especially your flaws. You should be with someone who could make you happy, really happy, dancing on air happy." 
-Cecelia Ahern
P/s: I’m sorry.
Love,Mia.


" Close together or far apart, you're forever in my heart."



Tuesday, August 09, 2011

Hanyeo 33-bab 7



BAB 7
                          
                        Mata Mia yang sememangnya sepet itu dibuka perlahan-lahan.Kepalanya terasa berat sekali.Rasa seperti baru lepas dipukul dengan kayu besbol saja rasanya.Digerakkan tubuhnya yang makin keding itu agar dapat bersandar.Aroma sup ayam air tangan mama membuka seleranya.Entah bila dia menjejakkan kaki ke rumah.Dia tidak pasti.Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.Jam loceng berbentuk lembu yang berada di atas meja lampu dicapai dengan kasar.10 pagi.Kau nak mampus Eryna Damia.Terkocoh-kocoh Mia bangkit dari katilnya.Namun kudratnya tidak mampu menampung berat tubuhnya.Kedebuk.
“Ya Allah,Mia.Sayang ok”.Mama yang baru saja masuk bersama segelas air kosong dan ubat terus berlari mendapatkan anaknya itu.
“Dah tak sihat tu buat apa nak bangkit.Just rehat hari ni”.Pujuk mama
“Ma.Mia dah lambatlah.Nanti bising pulak komander dekat rumah tu”.Mama tertawa kecil.
Mia terpinga-pinga.
“Sapa?I guess Izz.Dia bagi cuti dekat kamu hari ni.You should thanks him.Penat dia jaga kamu semalaman.Ni pepagi buta dia dah terpacak depan rumah kita sebab nak hantar Mia balik.How nice employer Mia tu ”,ujar mama panjang lebar.Sempat jua mama tersenyum penuh ‘bermakna’.Entah apa yang berdrama dalam minda mama.Mia pun tidak pasti.
            Perlahan-lahan nostalgia drama duka semalam menari di ingatan aku.Terkedu lalu malu.
            Part nice tu penipuan yang jelas nyata.Don’t lie to me.Please.
            Dapat juga nafas seketika.No Izz.No gila-gila punya tasks.No.And no.Satu senyuman lebar terukir dibibirku.Hip hip horaaay.
“Mama keluar dulu.And.Don’t forget to take your medicine.Jangan nak buat drama air mata tak jadi awak tu pulak.If mama find Mia sorok your medicine .Siap kamu”.Warning mama.
Mama sudah masak dengan perangai Drama Queen Mia yang suka berdrama untuk mengelak memakan ubat.Sejak kecil hingga sekarang.Perangai hodoh tuan puterinya itu masih belum berubah.
“I don’t want”,bentak Mia sambil bercekak pinggang
“Mia”.Tarik mama panjang.Siap bertaranum lagi.
“I don’t want”.Muncung 14 Mia sudah ditarik dengan pose paling terbaik.
“Tarik-tarik nanti Allah bagi muncung kekal baru tau”.Ugut mama.
“Fine.Mia makan”.Akhirnya Mia mengalah jua.Mama ni suka guna psycho.
Setelah selesai menghabiskan suapan sup ayam kegemaran made by mama sayang. Paracetemol yang sebesar duit syiling 5 sen itu ditelan dengan penuh azab.
Perhh.I hate medicine.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
            Pulau Langkawi menjadi lokasi ‘mencari ketenangan’ Izz.Entah mengapa semenjak perisitiwa semalam, jiwanya menjadi kacau bilau.Walaupun di dalam tidur ,bayangan minah hodoh itu terus menghendap dirinya.Sakitkah aku?Sakit cinta?Gila.
Nyahlah kau minah hodoh.Stop bothering me please.
Izz meraup wajahnya dan kembali berbaring.
Sihat sudahkah minah hodoh itu.Patutkah aku call minah tu.
Izz Rayyan again you thinking about that minah hodoh.
Dalam hatinya mengatakan tidak.Tetapi tangannya sejak dari tadi tidak henti-henti membelek foto Mia yang ditangkapnya semalam.
Jiwa kacau betul kau ni,Izz Rayyan.
Tut..tut..tut..
“Helo bro”
“Wazien.What’s up”
“What’s up?Hoi mangkuk aku dah berjanggut tunggu kau.Hey,come down A.S.A.P.You need to see something.Hurry up”,arah Wazien sahabat akrab Izz.
“Fine I’ll .Just give me ‘bout 10 minutes ok .And.Stop calling me mangkuk.I hate it.SO MUCH”
“Woo.Chill babe.Ok”,ujar Wazien sambil mematikan talian.
Mangkuk.Ah.Mia.Mia.
………………………………………………………………………………………………
            Jejari Mia asyik membelek novel-novel kegemarannya yang tersusun rapi di rak kecil berwarna hijau apple kesayangan.Fanatik hijaulah katakan.Mahu semua di dalam kamar Princess Mia ini hendak diwarnakan dengan hijau.Nasib baik vespa yang sering digelar ‘moto buruk’ oleh Izz tidak diwarnakan hijau juga.Ini gara-gara kakaknya yang pepandai mewarnakan vespa kesayangannya itu dengan warna pink.
Pink=eiiiuu.Tak maskulin langsung.
            Apa nak dikata.Reda jala.Hendak dibantah.Oh no.Usah diganggu daerah Ratu Kuat Merajuk(kakak sayalah tu)itu.Tak pasal perang dunia.
            Matanya tertarik dengan sebuah novel berwarna pink biru itu.P/s I Love you.Novel yang dirembatnya dahulu.Niat hati hendak dipulangkan kembali sebelum SPM.Apakan daya nyanyuklah katakan.
Tergamit memorinya pada peristiwa beberapa tahun yang lalu.

“Ketibaan Miss Heartbreaker.Eryna Damia Latif”.Satu tepukan gemuruh diberikan menyambut ketibaan aku.
Jamban punya Izhan.Mahu aku smack down ja pak cik ni.
“Siapa Miss Heartbreaker???”.Izhan tunduk sambil membuat asyik memohon ampun apabila Mia naik berang.Pose ‘Along’ daripada Mia itu cukup membuatkan Izhan cuak.Jangan cari pasal.Buruk padahnya.
“Siapa lagi kau la.Eryna Damia adik Eryna Tetye To Minah Joko”.Perhh.Berani sungguh engkau Zty Terteyeh To Mamat Bangla.Sya-I dan Ekin pula sudah tertawa seperti beruk kena belacan.Izhan Si ‘Miss’ Gila Publisiti itu pulak sudah terguling-guling seperti drama Hindustan.
“Apa yang kelakar sangat ha.Ce cete.Nak jugak teman dengor cete kome semua”,sindir Mia dalam dialek Perak tak menjadinya.
“Apa tak kelakarnya.Miss Eryna Damia Latif dengan jayanya me’reject’ atau bahasa Malaysianya.Menghancurkan hati Aryan Qaiser anak Datuk Adam Lee.Iaitu anak koparat ternama Asia.Dan juga lelaki idaman Malaya”,hujah Izhan panjang lebar.
“Ya Allah lawaknya Mia.Kau gila ke Mia.Orang lain menitis air mata darah nak kan Ryan tu.Kau pulak.Pandang dia macam kucing kurap terbabas masuk longkang ja”.Hujah Zty mempertahankan pujaan hatinya iaitu Aryan Qaiser.
“Kes ni aku sokong.Ryan.Kaya tu tak payah cerita.Semua dah sedia maklum.Handsome.Tu asset terbesar.Ya Allah.Mana kau nak cari mamat yang muka macam mamat Korea tersesat beranak dekat Malaysia macam si Ryan tu.Pandai pulak tu.Bertanggungjawab.Caring.Sweet.Pendek kata.Prefect la.Mia mata kau bermasalah ke?Ka hang tak straight”.Mia sudah tersembul bijak mata mendengar statement Ekin.
Aku ‘bengkok’.Memang mulut loji kumbahan punya kawan.
“Cinta mana boleh dipaksa.Dia hadir dengan sendirinya.Cinta yang dipaksa ni pasti at the end.Bertepuk sebelah tangan.Lagi sedih macam tu”.Perhh.You’re my friend Sya-i.
“Dah habis korang membebel.Malas aku nak melayan korang.Lagi hangit aku lepak ngan korang.Baik aku heart to heart dengan si kurap(kucing sesat di maktab kami).Adios.Aku berambus”.Aku bangkit dan berlalu pergi.Ingatkan sahabat-sahabat ‘dunia akhirat’ aku ni akan  menyokong aku.Ciss.Rupanya nak perapi aku ja.

Naskah novel ‘P/S I love you’ itu ditutup kembali.Pantas sungguh masa berlalu.Baru rasanya dia melangkah ke alam persekolahan.Kini mereka semua bakal melangkah pula ke alam universiti.
Ryan.Apa khabarmu di bumi UK.Sihatkah kamu.Marahkah kamu.Entah.Mia tidak pasti.
Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya berdering.
“Helo.Mia speaking”
“Assalamulaikum”,perli Zty.
“Waalaikummusalam”,sahut Mia
“Amboi sejak keja dengan anak Mat Salleh celup perwarna Melayu pemanis dengan perisa Cina tu.Kau bukan main lagi”
“Awat you jelous ka?You nak I tolong promote you dekat dia ka?”
“Choi.Tak mau aku.Aku setia pada Ryan”.
Again Ryan.
“Ryan.Ryan.Ryan.Tak da nama lain ka hang nak sebut.Sebutlah Chad Michael Murray ka ,Yoseob oppa aku ka..”.Belum sempat aku menghabiskan penceritaan aku.Zty terlebih dahulu memotong.
“Izz Rayyan Datuk Akram Willem ka?Opss.Sorry”.
Lubang jamban punya kawan.Nasib baik dalam telefon.Kalau tak mahu aku cekik sampai mati minah senget sorang ni.
 “Out of topic.Asal hang call aku tetengah hari buta ni”.Malas hendak dilayan ragam Zty.Bertambah mental aku dibuatnya.
“Aku just nak bagi tahu hang.Ryan nak balik hujung bulan ni.And dia invite hang ke majlis kahwin Along dia”.
“So?And kau ja la pergi kenduri tu.Kaukan dok syok tahan gaban dengan dia kan,Ni aku bagi can kat hang.Just go.Ok”.Sebolehnya aku hendak mengelakkan diri daripada Ryan.Bukannya aku benci.Tapi..aku perlukan ruang.
“Kalau dia nak dekat aku dah lama aku terkam dia.Masalahnya,dia suka dekat hang.Hang kan mix.Cantik.Bijak.Sama padan dengan dia.Aku ni dah lah buruk.Hodoh pulak tu”.Zty sudah mula berdrama.Inilah kawan-kawan aku.Semua drama Queen.
“Jangan dipertikaikan cipta-Nya.Buruk tak semestinya busuk.Cantik tak semestinya wangi. Who’s know.One day nanti kau jumpa dengan lelaki yang lebih baik daripada Ryan kau tu”,pujuk Mia.Walaupun maskulin hati tetap jambu.
“Drama.Da~.Dahlah.Aku just nak inform hang tu ja.Just in case takut hang terserempak dengan dia.Hang kan allergi dengan Ryan”
“Ala my busuk-busuk. Thanks ok .Oklah aku nak berwangi-wangian dulu”
“Eiuu.Tak mandi lagi.Dahlah.Pi mandi.I don’t like to talk with busuk people”,ejek Zty sambil mematikan talian.Ngongek punya kawan.
Ryan.Sekali lagi.Dan.Sekali lagi aku terpaksa melarikan diri.
……………………………………………………………………………………….
            Suasana di bistro milik Wazien itu sungguh klasik .Dekorasinya cukup hebat untuk membawa imiginasi pengunjungnya untuk kembali sebentar ke kota Paris si bumi cinta .Aroma cappuccino kegemarannya itu cukup menyegarkan.Sebuah piano antik yang terletak di atas main stage mencuri perhatian Izz.Jejarinya terasa ingin menari-nari dan menyanyikan lagu jiwanya.
Izz dengan tidak semena-menanya bangkit dan menuju ke arah piano antik itu.
Perlahan-lahan piano antik itu memainkan lagu One in Million Cover Version.Semua mata mula terarah pada Izz.





Jetsetter
Gogetter
Nothing better.

Call me Mr. been there done that
Top model chick to your every day hood rat
Less than all but more than a few
But I've never met one like you

Pemuzik iringan  yang berada disitu turut mengalunkan rentak melodi lagu yang dimainkan oleh Izz.

Been all over the world
Done a little bit of everything
Little bit of everywhere
With a little bit of everyone
All the girls I've been with
Things I've seen it takes much to impress
But sure enough your glow it makes your soul stand out from all the rest, baby.

I could be in love
But I just don't know (don't know, girl)
Baby one thing is for certain
Whatever you do is working
Other girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you 

Pengunjung di situ turut sama bertepuk tangan sambil mengikut rentak Izz.Wazien yang baru sampai jua ternyata terkedu dengan aksi sahabatnya itu. Nice shot friend.Satu senyuman dihadiahkan pada Izz.

Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

You're not a regular girl
You don't give a damn about the loot
Talking about I can't do for you
But you can do for yourself
Even though that ain't so
Baby cause my dough don't know how to end
But that independent thing I'm with it
All we do is win baby

I could be in love
But I just don't know (don't know, girl)
Baby one thing is for certain
Whatever you do is working
Other girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you

Baby you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Diamond girl,
Only one in the world,
Just one of a kind,
She mine.

Ooh all that I can think about is what this thing could be
A future baby
Baby you're one of a kind
That means that you're the only one for me
Only one for me

Baby (girl) you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Satu tepukan gemuruh dihadiahkan kepada Izz oleh para pengunjung.Ternyata alunan piano dan suara merdu Izz yang ala-ala Ne-yo itu mencuit hati pengunjung.
“Nice job bro.What’s up?Who is the next top women yang dah curi hati Mr.Heartbreaker kita ni?”,ujar Wazien sambil mengangkat kening double jerk.
“Next top women?Tah lah.I’m not sure”.Izz keliru.Mia.Tah apa yang telah gadis itu telah lakukan padanya.
“I’m not sure.Woo.Who’s the lucky one tu”.Wazien cuba mengorek rahsia hati jejaka tampan ini.
“Out of topic.Apa hal kau ajak aku turun ni.Apa yang kau nak tunjukkan sangat tadi”.Izz mula mengalih perhatian Wazien.Bukan dia tidak tahu trick-trick Wazien untuk mengorek rahsianya.
“I don’t think you need it right now”.Tidak perlu kerana sudah ada wanita yang berjaya mencuri hati sahabatnya ini.
Tapi dia masih tidak berpuas hati.Siapakah wanita bertuah itu.Walaupun pelbagai trick digunakan.Semuanya sia-sia.Izz.Izz.
“Aku nak lepak sini dua tiga hari lagi.You don’t mind kan”
“Don’t mind selagi hang bayaq”,seloroh Wazien.
“Berkira punya kawan”
“Bukan berkira.Kau kaya raya.Aku kaya tak raya-raya”.Izz hanya mampu tertawa.Senyuman itulah yang berjaya menundukkan beribu hati wanita.
“Asal lama sangat hang nak lepak kat sini.Tempat macam ni kan bukan taste hang.Selalunya kalau hang nak terperuk lelama hang pilih nak pi London,Australia,New York.Ni apa kes bro”.Sekali lagi Wazien mencuba nasib.
“Aku nak jawab teka-teki hatilah”.Izz bangkit sambil berlalu pergi.

Biarlah hatinya berteka-teki sendirian.

" Love is missing someone whenever you're apart, but somehow feeling warm inside because you're close in heart."


Saturday, August 06, 2011

I hate you

I hate you when you come to me.
I hate you when you  lean on me.
I hate you when you control my life completely.
I hate you when you  when you  don't want to leave me.
I hate you when you make me can 't  lying on the bed all day and nite thinking 'bout you.


I really HATE YOU mr.FLU

Please go away and  don't ever come back again in this short time.
Because.
I'm not ready to face you now.
I'm sorry

love,theteheamira
xoxo

Itulah 'lelaki' yang thethe benci sekarang.Memang menyakitkan hati betul apabila semua kerja terbantut.Apa yang boleh thethe buat.Baring.Tidur.

Dah macam dugong ja.Asyik bersidai ja.

untuk readers yang follow novel thethe.Maaf sesangat.Buat sementara waktu.Saya MC.
Insya-Allah by hoop or by crook.thethe akan post bab seterusnya,
Sabar membawa berkat.
Selamat berpuasa.
And.
Paling penting jaga kesihatan anda.
Sekarang ni musim sakit.
My sedara baru semalam masuk ward sbb food poisonous. 
Masa nak membeli-belah dekat bazaar tu.
Korang tengok2 la dulu tahap ke hygiene an stall tu. 
Jangan main redah je.ok.sekian

Assalamualaikum.

Thursday, August 04, 2011

hanyeo 33-bab 6

Bab 6



Mia menghempas tubuhnya di atas tilam bersaiz queen bercadar hijau apple kegemarannya itu.Sakit sungguh hatinya pada makhluk Allah bernama Izz Rayyan itu.2,3 kucing berlari,naik fight mari.Habis longgar skru skeleton aku dibuatnya.Izz Rayyan kau memang nak mati.
            Jejari Mia pantas mendail nombor Izhan.Hanya mamat separa sutun itu yang mampu mendengar rintihan batin Mia yang ketandusan kasih sayang ini.
Tut..tut..tut..
“Helo”.Angkat Izhan dengan separa malas.Bengkeq(bengang) juga dibuatnya apabila minah senget ini menganggu tidurnya.
“Nyyyyahhh!!!!!!!!!!!!!Geramnya aku.Macam nak cekik-cekik ja orang”.Mia tanpa salam menyerang Izhan yang ternyata masih mamai.
“Oit.Choi.Gee~.Kau ingat gegendang telinga aku made up of besi ka.Why?What happen?Ha..aku tau.Izz Rayyan your soulmate tu la ni buat kes.Ce cete”.Ikutkan hati mahu saja Izhan menengking Mia yang memekak pepagi buta yang aman damai itu.Tapi..apakan daya merajuk aku yang pening nak pujuk.Perempuan.Sabor jala.
“Kau tau tak Nyah.Sabor jela.Seminggu ni aku dah macam hamba abdi merangkap pencaci pengangkat najis, kau tau tak.Izz mangkuk tu.Eiii..Geramnya.Adakah patut.Dia bagi cuti dekat Pak Harun tukang kebun kami tu.Then dia suruh aku buat semua keja pak Harun.Dah la kawasan rumah tu besaq gedabak.Dah la siap buat jadual waktu tugasan dekat aku.Geramnya.Ikutkan hati nak ja aku maki dia.Tapi nanti tak pasal-pasal aku kena fire”,leter Mia.
“Tak patut”.Izhan yang separa sedar itu dalam keadaan mata yang bertutup hanya mengiakan kisah ‘sedih’ Mia yang penuh drama itu.
“Lagi satu yang aku hot.Kau tak hari ni dia buat mangkuk apatah.Ada ka patut dia sengaja jatuhkan jam tangan dia yang mahal kononnya tu dalam lubang jamban.Then kau tau.Dia suruh aku amik jam tangan dia yang konon harga billion tu.Cis.Sumpah seminggu aku tak lalu makan.Gee~..geram tau”.Izhan diam membisu.Tiada respon.
“IZZHAAAAAAAAAAAAAAAAN”.
“Mak Oiii.Pecah gegendang telinga aku.Ni habis cair taik telinga aku.Chillex babe.Aku tahu.When it’s come to right point.Kau mesti boleh tumbangkan putera mangkuk kau tu.Mia the great.Sekarang just bertenang.And think like Einstein”.Hujah Izhan panjang lebar.Mia yang mengharapkan sesuatu yang extraordinary daripada Izhan ternyata kecewa.Kau pi lah geng dengan mangkuk tu.
Hatinya bengkeq.Niatnya ingin menagih kasih pada Izhan terus dinoktahkan.Talian dimatikan.
            Yang Izz Rayyan mangkuk.Izhan jamban.Boleh geng.Mia terus menarik comforternya yang berlatarkan lembu comel itu.Sakit sungguh hatinya.Sabar Mia. 15 hari lagi.Last day,bukan setakat sound.Aku bagi penyepak anak mak dara sekali dekat kau mangkuk.’Pakej Kasih Sayang Eryna Damia’.
            Izhan nyata terpanar dengan reaksi Mia.Marahlah tu.Gasak kaulah Mia.Jangan last-last kau end up sangkut dengan dia sudah.Syaitan yang menyelimuti tubuhnya habis lari bertaburan gara-gara jeritan maut Mia.Izhan bangkit dari pembaringan dan bernyanyi riang lagu Itulah Sayang sambil menuju ke bilik air.
Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

...............................................................................................................................................................
Nottingham, United Kingdom.
            Foto-foto lama itu direnung sepi oleh Ryan.Hatinya ternyata sangat..bukan..tetapi..teramat merindui gadis  bernama Eryna Damia itu.Foto sewaktu zaman sekolah itu masih tersimpan rapi di dalam diari berwarna hijau itu.Hijau.Itulah warna kegemaran Mia.Satu hari nanti pabila hati gadis itu berjaya dicurinya, dia ingin sekali menyerahkan diari ini kepada Mia.Supaya Mia tahu dia bukan sekadar menyukai gadis itu tetapi....dia..Ah.
            Pandangan mata tertacap pada kanak-kanak yang sibuk membina ‘Mr.Snowmen’.Apakah khabar Mia.Sudah 2 tahun kita tidak berjumpa.Seketika dirinya melayang pada memori dahulu.
            Suasana di dalam perpustakaan sepi.Namun kesepian itu tidak dapat meredakan gelora hatinya.Jantungnya bagaikan ingin tercabut dek kerana gadis di hadapannya.Eryna Damia.Dia bukanlah berjawatan besar atau hartawan.Tapi dialah jelitawan yang telah mencuri hatiku.Hati insan bernama Aryan Qaiser.Sejak kali pertama bertentang mata sewaktu orientasi di tingkatan 4 ketika pertama kali kami menjejakkan kaki di MRSM.Eryna Damia telah mencuri hatinya.Setiap hari pasti Ryan akan curi-curi mengintai Mia.Namun Mia tidak pernah sekali pun menyedari kehadirannya.Gadis itu terlalu kebal dan exclusives untuk didekati.Bukannya Ryan tidak memiliki rupa dan harta.Beratur gadis-gadis yang ingin mendampingi dirinya.Ada yang hingga sanggup bergaduh gara-gara ingin bertakhta di hatinya.
            Pagi itu aku nekad.Diselitkan sekeping daun maple kering yang dikarang indah dengan kata-kata hati aku ke dalam buku kegemaran Mia.P/S I love you.Novel itu memang menjadi kegemarannya.
If I could reach up and hold a star for every time you've made me smile, the entire evening sky would be in the palm of my hand.
            Mia hanya tersenyum melihat nota tersebut.Tangannya sedang menulis sesuatu di dalam secebis kertas lalu diselitkan kembali ke dalam novel tersebut.
Hold it and give it to another girl. I’m just a jar of tears if I kept making you smile.

Ryan,

                I love you.

Mia,

                Hate me .
            Perbualan melalui nota itu berlangsung selama berbulan-bulan.Akhirnya kami bersemuka setelah kami mengambil keputusan untuk bersua muka.Ternyata jawapan masih menghampakan hatiku.
 Meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you I had no control over”
“Then just choose me as a friend and don’t fall with me”
“Why Mia.That I am too bad for you”
“You are prefect.But..orang kata cinta tak boleh dipaksa.Dia hadir dengan sendiri.Ryan you deserve a better woman”
“I’ll wait for the moment cinta tu datang dalam hati you”
“Then wait..but..without hoping anything”
Mia mula mengeluh.Dia tahu kata-katanya mungkin menguris hati lelaki itu.
“I’m sorry.Why not kita jadi kawan dulu.It sound betterkan.And.I taklah rasa awkward sangat.At the same time, kita still a school kid man.Geli la cinta cintun nie.It’s to early dude.FRIENDS ok”.Mia menghulur salam persahabatan.Hati aku berat sekali.It’s okay.Mungkin ini akan jadi salah satu jalan untuk mendekatimu,Mia.
            Lamunan Ryan terhenti apabila telefon bimbitnya berdering.Incoming call-Zty.
...............................................................................................................................................
            Apa pula yang bakal terjadi hari ini.Entah.Mia sendiri tidak pasti. Satu keluhan yang maha berat dilepaskan Mia apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.10 hari lagi.Hampir 23 hari dia dikejan seperti kuli batak.Dah macam kem tentera rasanya.Ikutkan hati mahu saja dia smack down Izz.Tetapi apakan daya tak pasal-pasal Izz me’fired’ dia pulak.Sudah setengah jalan dia diharungi.No way.Aku tak boleh give up.Wake up Mia.
            Bayang Izz sudah tidak kelihatan.Adik-adiknya juga sudah ke sekolah.Hari ini aku memohon izin Ummi untuk datang sedikit lewat.Entah mengapa badannya tidak begitu enak rasanya hari ini.
            Baru saja dia ingin mencapai pintu fridge sekeping nota maut sudah ditinggalkan oleh Izz Rayyan.
Weyh hodoh,jangan lupa perisi taik ikan bilis dalam stor tu.
            Weyh hodoh.Buat itu ini.ARRRRRGGGHHHH.Aku makan jugak mangkuk ni.
            Dalam mood bebai Mia menuju ke stor perkasa dapur.
            Mak datuk nak bunuh aku ke.
            Guni yang berisi ikan bilis itu ditenung Mia tanpa berkelip.
            Nak buat kenduri ikan bilis ka mangkuk ni.
 Badannya terasa panas sekali.Tapi masih digagahi jua kudratnya sebagai seorang wanita untuk menyudahkan semua tugasan tak masuk akal Izz Rayyan si putera mangkuk itu.Lambat sungguh masa berlalu.Bila nak Maghrib nie.Aku nak balik Ya Allah.
            Idea nakal sudah bermain dimindanya.Usai memberitahu Puan Sabrina mengenai hajat adiknya Qaisara supaya meminta Mia membantunya malam ini menyelesaikan tugasan,Izz kembali berbaring.Malam nie nahas kau Mia.Tak tidurlah kau malam ini.Readers jangan fikir yellow.Maaflah aunty kerana berbohong tapi ini untuk kebaikkan semua jua.
            Pancitkan tayar moto Mia.Check.Rancangan menumbangkan Mia.Check.Mental and physical preparation Izz Rayyan yang handsome.Check.Mission mode=ready.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………..
            Aku masih terpanar melihat kedua-dua tayar moto aku yang kempis macam boya tak makan sebulan itu.Jahanam kau Izz Rayyan.Dahlah aku tak sihat ni.Tangan aku ni pun dah lama nak pelempang orang.
“So?”.Soal Izz.
So.Sotong.Ni tak lain tak bukan kerja kaulah Izz.Boleh pulak buat muka tak bersalah.Kalau kiut tak apalah juga.Dah macam hippo tahan cirit ja aku tengok.
“Nevermind I take a cab jala”.Mia memang tidak ada mood langsung untuk bertekak.Di tambah pula,badannya yang seram sejuk ini.
“Susahlah nak dapat public transport dekat sini.Kau tido ja dekat sini”. Ridiculous man .Mahu mama aku pelempang aku.
“Don’t worry I have told her.She said ok”.HA.Bangang. Obviously ini idea mangkuk tak berguna tu.
“Fine sekarang ni dah habis time keja kan.Gud nite.Annyeo”.Mia berlalu pergi tetapi Izz pantas memintas langkahnya.
“Buatkan aku pancake with syrup maple and aku nak hot choc sekali.Hantar dekat bilik aku.15 minutes from now.Annyeo”.Izz berlalu pergi mendaki tetangga ke biliknya.
Mangkuk hayun punya monyet.Kau siap nanti.Aku letak racun tikus dalam makanan kau.Biar mampus kau malam ni.Aku tak kisah dah kalau meringkup dalam penjara.Lagipun dalam penjara makan free and tak ada makhluk bernam Izz Rayyan.Jaga kau Izz.

………………………………………………..
            Hati Mia sebal sekali.Nyaris-nyaris dia ingin menuang racun tikus ke dalam pancake yang dipesan Izz.Nasib baik imannya masih kuat.Jika tidak neraka jahanamlah tempat kediaman aku.Nauzubillah.

            Izz kelihatan sedang bersenang-lenang bersantai dibawah sinaran rembulan sambil menikmati alunan dari gramophone kesayangannya.Mia juga tidak pasti lagu klasik apa kejadah  yang sedang memekik dari besi buruk itu.Selesai menyajikan santapan sang mangkuk ,Mia melangkah untuk pergi.Belum se’centimeter’ aku melangkah.
“weyh hodoh tolong salinkan cadar katil aku.Kotorlah”.Jamban punya mangkuk.
            Hatinya makin bernanah. Jika selepas ini Izz masih tidak membenarkan dia untuk berehat memang perang dunia ke-33 lah akibatnya.
            Usai menukar set kamar tidur Izz,Mia pun memohon diri sekali lagi.
“Weyh hodo…”.Belum sempat Izz menamatkan bicara,Mia terlebih dahulu mematahkan sendi kata Izz.
“Weyh mangkuk bin monyet.I’m not hodoh.And I’m not been paid untuk layan awak sorang.Saya dibayar untuk jaga adik-adik awak.And not you ,monyet.And I…”.Belum sempat dia menamatkan dramanya.Kepalanya terasa berat dan berpinar-pinar. Makin lama pandangannya makin kabur.Gelap.
………………………………………………………………………………………………………………………………………..
            Happy.Itulah satu perasaan yang dapat menggambarkan dirinya sekarang.Penat Zty berceloteh alkisah hidup Mia.Satu persatu kisah hidup Eryna Damia diperinci oleh Zty.Hampir sejam lebih juga kami berbual.Setelah menamatkan panggilan daripada Zty.Seketika kemudian ibunya,Puan Mona menghubunginya untuk menyampaikan perkhabaran perkahwinan Alongnya pada hujung bulan ini.Apa yang pasti kesempatan ini bolehlah dia pulang ke Malaysia dan..apalagi bertemu dengan buah hati pengarang jantung emasnya,Cik Eryna Damialah.
            Foto Mia yang baru die-melkan oleh Zty diupload masuk ke dalam I-Phonenya.Rindu sungguh dia pada gadis ini.Mia ni dah mandrem aku pakai bomoh manalah ni.Hatinya tersenyum riang.Tidurnya pasti diulit mimpi yang indah belaka.Eryna Damia.
……………………………………………………………………………………………………………………………………
            Aku yang nak perkena dia layan aku malam ni,at the end aku yang layan dia pulak.Leter Izz.
Sedang asyik minah hodoh itu menyembur aku dengan bahasa ‘indah’nya tiba-tiba saja dia jatuh pengsan.Ketar lutut aku dibuatnya.Niat untuk membuli minah hodoh ini terus terbantut.
            Izz perlahan-lahan menyelimuti tubuh Mia dengan comforternya.Kain yang terlekap di dahi Mia diambil dan dibilas dengan air sejuk. Bersusah payah Izz meredah hujan untuk mencari ubat untuk Mia.Nyaris-nyaris dia hampir jatuh terjelupuk di hadapan farmasi.Kalau tak jatuh asset kehandsomean aku.You owned me Mia.
            Dengan berhati-hati jejari Izz yang runcing itu mengais rambut Mia yang menyelimuti leher gadis itu.Cantik.
            Jantungnya berdegup dengan kencang sekali.Dia kaku di hadapan gadis ini.Entah mengapa.Semenjak gadis ini muncul segala kesedihan aku seolah hilang satu persatu.Magis apa yang dimainkan engkau,Mia.Kau dan hanya kau.Dan Mel.Tiada lagi.Hanya Mia
Tut..tut..tut.
Telefon bimbit Blackberry  milik Izz melalak minta diangkat.
“Hai baby”.Suara lunak Luna kedengaran manja menyapa Izz.
“Hai.Tak tido lgi ke?”.Izz malas hendak melayan buah hatinya itu.Apa yang risaukan adalah Mia dan Mia.
“Tak boleh tido la baby.Why not you come and overnite dekat apartment I.I miss you like hell you know”.
Go to hell Luna.
“I’m not in the mood la.Next time ok.I need to go.Bye”.Noktah Izz.Malas dia hendak melayan perempuan murahan yang sanggup mempertaruhkan maruah mereka pada lelaki yang menabur janji palsu sepertinya. Desperate.
Damn it.How dare you Izz Rayyan.Like I care macam aku kebulur sangat dengan kau.Gertu Luna.Jejarinya pantas mendail nombor Tan Sri Eli.Pasti si tua itu tidak akan menolak pelawaan untuk bermalam di rumahnya.Nombor Izz di delete.Bye.Have a nice journey at the hell,Izz Rayyan Dato’Akram Willem.
            Izz kembali mengusap dahi Mia.Sudah kebah sedikit demamnya.Naga Tasik Chini.Gagah sungguh engkau Mia.Kenapalah aku tak sekuat engkau

            Tanpa disedari beberapa foto Mia ketika tidur berjaya ditangkapnya.
Cantik.Selamanya aku terlalu alpha dengan dunia luar hingga aku sendiri tidak sedar ada gadis yang secantiknya di hadapanku.Hatinya tidak keruan.Tiada benci.Tapi dia sendiri tidak pasti apa rasa itu.


“ Gravitation cannot be held responsible for people falling in love." 
Albert Einstein