Wednesday, August 03, 2011

hanyeo 33-bab 5

Bab 5



…Aqil.
Tanah yang basah berwarna merah semerah mawar dan jua rindu itu menjadi saksi tangisan hati seorang lelaki bernama Aqil.Satu penyesalan yang maha besar sedang menghimpit jiwanya dan menghukumnya .Ingin digapai  wanita seolah mengapai bayangan di dalam air.Penat dan perit.Lia kini sudah kembali pada Pencipta-Nya.Terlalu banyak dosanya pada wanita itu ibarat pasiran di tepian pantai.Kini apa yang mampu Aqil bicarakan pada pusara yang masih merah itu hanyalah kalimah maaf.Maaf dan maaf….untuk segalanya  Nur Amelia Adawiyah.Tamat epilog Diari Cinta Untuk-ya.
            Setelah selesai mengepos bahagian akhir novel Diari Cinta Untuk-Nya di blognya,mata Mia terarah untuk meneliti komen para pembacanya di Shoutmix Widget Boxnya yang berwarna-warni itu.
Para-para sakura:Luluq tak nak publish kew novel nie.Sdihlah ending.Bt I still like it.Yes not every story end up with happy ending.n.n

Akubukankau:Luluq thumbs up for ‘Semanis Nutella’. Curious gla dengan identity Luluq.Hope to see u in this be coming book festival.

Xoxo:Luluq..suka3..semanis nutella..sweet sangat..Diari hati untuk-Nya..best juga,,sedih,,and make people realize about the reality…luluq tak nak tulis novel baru lagi kew,,,hoping to see another side of you again…(=

            Mia tersenyum sendirian.Kata-kata peransang daripada peminatnya ini cukup memberi semangat padanya untuk terus menampak dalam bidang penulisan ini.Luluq.Nama itulah menjadi penanda aras siapa dia pada tika ini .Minat dan bakat itulah anugerah Ilahi yang cukup besar baginya.Dalam hatinya dia tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana mengurniakan bakat sebegini.Terima kasih dan terima kasih.Setelah muscle pipinya penat tersengih sendirian akhirnya jejari-jemarinya kembali berdansa di atas papan kekunci komputer ribanya yang berwarna hijau itu.
Luluq:Thx semua…mmg Luluq ada plan nak sambung novel seterusnya.Tapi buat masa nie..hajat terpaksa dibekukan dalam bilik kebal.Luluq sekarang sedang berada di tengah  medan perang bersama-sama skuad Power Rangers,Ultraman dan Doremon & the gang.Doakan raksasa hodoh itu dapat ditumpaskan.

            Setelah selesai mengemaskini blognya,Mia pun kembali berbaring di atas singgahsananya.Jantungnya tidak berhenti berdengup sejak dari siang tadi(apalah punya bangang kalau berhenti berdengup matilah aku..maaf Mia sedang menghadapi tekanan mental).Izz Rayyan.Meter of kecuakkannya kini sudah berada pada paras bahaya.Mia sepatutnya dia harus mengawal api kemarahannya pada hari itu tetapi apakan daya sudah menjadi pantang larang Mia.Pantang sekali andai ada lelaki yang tidak ada kena mengena dengan salahsilah keturunannya menyentuh dirinya dengan erti sengaja.Esok pasti tidak akan menjanjikan ending yang indah belaka seperti buah Melaka.Mia hwaiting~..I’m daebak..*Daebak=the best.
            …………………………………………………………………………………………………………………
            Usai Subuh Mia terus merempit  ke rumah agam Tuan Akram.Konflik emosi semakin meruncing.Lagu Russian Roulette daripada Raihana memenuhi suasana yang cukup getir itu.Langkahnya diatur satu persatu.Tari yang diaturnya tidak harus sumbang.Sampai saja di hadapan pintu rumah agam itu,Mia mengambil langkah berhati-hati dengan melakukan pengintipan bagi mengesan kedudukan musuh ketatnya,Izz Rayyan terlebih dahulu.Musuh=undefined.Masak aku.Sedang asyik dia tertongek-tongek mengintai, datang sebuah objek menakutkan menyergahnya dari arah belakang.
“Oppocot mak engkau kau kahwin dua tiga.Ya Allah Ummi.Mia ingat penyamun tadi”.Mia yang terkejut gorilla itu mula membuka silat apabila disergah Ummi.Hampir pengsan dia dibuatnya.Ummi pula tidak henti mentertawakan Mia.
“Lawaklah Mia ni.Nak tercabut gigi palsu Ummi ni dibuatnya.Dia yang terintip-intip macam penyamun kata Ummi pula penyamun.Ni asal dah macam James Bond nie”.Ummi masih tidak berhenti ketawa.Mia sudah merah padam menahan malu.Nasib baik Ummi,kalau Izz lagi malu aku.
“Dak Mia allergi sikit dengan ayam katik yang selalu sesat masuk laman Tuan Akram tu.Tu yang Mia intip dulu kedudukan ayam tu.Sediakan payung sebelum hujanlah orang kata”.10 bintang untuk anda Mia.Tak pasal-pasal ayam katik tu jadi sasaran kau.Tipu sunat tak apalah kot.Mulia sungguh kamu Eryna Damia menipu orang tua.Ewahewah.
“Macam-macamlah kamu Mia”
“Mia masuk dululah Ummi.Nak siapkan breakfast dulu”.Mia pun berlalu pergi setelah memohon izin daripada Ummi.Mia masih mengumpul kembali semangatnya yang terbang bersama-sama kuman di udara akibat di sergah Ummi.
“Mia,mia”,ujar Ummi sambil tergeleng-geleng kepalanya.Langakh tua Ummi diatur menuju ke kamar Izz.Sudah lama dia tidak menjenguk anak kecil itu.Gerak hatinya berkata anak kecil ini pasti dalam kesusahan lagi  dan dia harus memastikannya.

…………………………………………………………….
“Morning Kak Mia”,sapa Maisara.
“Morning.Yang lain mana?”,soal Mia.
“Angah dengan Danish baru bangun..Along tak bangun lagi.Mabuk tak hilang lagi kot.Semalam pukul 4 pagi baru dia balik dari pub”,jelas Maisara panjang lebar.
“Selalu ke dia macam tu?”.Wah Eryna Damia tajuk berita utama ni.
“Yang tu dah biasa.Nak luar biasa kalau Along tak balik”.Mia makin tertarik dengan laporan pagi Maisara itu.
“Luar biasa macam mana tu.Ce cite?”.Mia mula mencucuk Maisara supaya membuka pekung Izz.
“Kalau dia tak balik tu.Maknanya,Kak Mia pepahamlah.Dia overnite dekat rumah girlfriends dialah tu”.Bravo.10 bintang untuk anda Encik Izz Rayyan.Hebat juga mangkuk tu.So nampaknya list of people that I should avoid makin bertambah.Tangga pertama.Jeng,jeng,jeng.Izz Rayyan Dato’ Akram.Bravo.Excellent.
“Mia.Tolong masakkan bubur ayam untuk Izz sekejap”,arah Ummi.Maisara mula memberi isyarat menyatakan Izz pasti mabuk teruk semalam.
“Baiklah ummi.Sekejap”.Mia pun berlalu pergi.Dalam fikirannya pelbagai gambaran ganas Izz bermain di mindanya.
…………………………………………………………………………………………………….
Kamar Putera Mangkuk a.k.a Izz
            Wah.Itulah ayat yang terpacul daripada mulut Mia.Bilik lelaki itu cukup kemas dan rapi.Kalah aku kemas.Patutlah dia tak bagi aku memijak lantai biliknya.Cis.Sarkastik lagi patetik punya mamat.Cukup ,cukup.It’s enough.
“Ummi.Oh ummi”,sahut Mia sambil mencari bayangan ummi.Lepas ni kena bawa GPS masuk bilik mangkuk ni.Omel Mia.
“Mia sini “,sapa Ummi.
“Nah ummi buburnya”
“Terima kasih Mia.Apa nak jadi dengan budak Izz nie tah.Mia boleh sambung kerja.Biar ummi brain wash budak ni”,arah Ummi.
Mia tanpa melakukan bantahan suara serta demonstrasi haram pun berlalu pergi.Izz masih separuh sedar.Bau alkohol memenuhi segenap ruang.Mia hampir termuntah dibuatnya.Kelihatan botol-botol wain bersepah di atas lantai bilik Izz.Pasti mangkuk ini mabuk teruk.Cis.Kritik Mia.  
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
            Usai solat zuhur dan makan tengah hari Mia pun bersidai di hadapan televisyen sambil menanti jam 3.Mia sudah berjanji akan membantu Qai dan Mai untuk menyiapkan tugasan mereka.Dia sendiri tidak pasti sama ada dia masih mengingati segala mak nenek yang dipelajarinya sewaktu di bangku sekolah dulu tetapi janji tetap janji.
             Kita redah aje.Baru saja punggungnya berlabuh di atas sofa Tuan Akram yang bernilai ratus ribu hinggit itu.Tiba-tiba...
“Ewah-ewah.Sedapnya berbaring.Dah macam dugong hodoh yang bunting aku tengok.Eh!Manusia hodoh.Pergi siap cepat.Ikut aku.Lagi satu wear your sport attire kalau tak da hang pakai ja tukang kebun attire hang”.Arah Izz tanpa sedikit noktah pun.
Mangkuk segala mangkuk punya mamat.Muka sikit punya cun macam Natasha Hudson lepas accident hang suruh aku pakai tukang kebun attire.Dahlah dok mengarah aku macam aku kuli dia.Bangang bin bengong punya Izz tongek.
“Tapi...saya dah janji..”.Belum sempat aku menjelaskan Izz terlebih dahulu memincang kataku.
“Apa dia aku tak dengar.Pukul 3 bukan 3.01 orr 3.02.3 o’clock sharp.Dalam kereta aku”.Mia tidak mampu membangkang lagi.Semua arahan Putera Mangkuk perlu dipatuhi .Nasiblah kau Mia.Ya Allah tempatkanlah aku dikalangan orang beriman.Amin.
            Pasti Izz ingin mem’brain’ wash aku gara-gara kejadian Genting Highland hari itu.Mia memukul mulutnya.Benar kata orang telajak kereta boleh reverse,telajak kata ‘batu dua’lah alamatnya.
..............................................................................................................................................
            Mak datuk.Hampir tercabut skru lutut aku dibuatnya apabila Putera Mangkuk tak guna ini mengajak aku menemaninya bermain tenis.Habis aku dihentamnya.
Ini kes nak balas dendam sambil lepas geramlah ni.
Bertubi-tubi serangan daripada Izz terpaksa dihadapinya.Mahu naik lembab badan-badan aku dibuatnya dek mamat slanga ini.
Setelah hampir 3 jam aku menghadapi azab siksa di court tennis itu,akhirnya Izz berhenti juga.Ingin ditengking.Tidak berani.Mahu dia tinggalkan aku berjalan kaki pulang ke villa.Sabarlah Mia.2,3 kucing berlari,engkau tunggu esok hari.
Izz masih tercungap-cungap kepenatan.Apa yang difikirkan lelaki itu dia tidak pasti.Apa yang Mia pasti Izz bukanlah lelaki idaman a.k.a suami idamannya.He is nappeun namja(bad guy).And.He’s totally out of the list.
Seketika aku terpaku pada raut wajah Izz.Entah mengapa mata ini gatal sekali untuk meratahi wajah kacukan Cina Irish Melayu Belanda itu.Banyak sungguh genetic yang diangkut oleh mangkuk ini.Arwah mamanya setahu aku berdarah kacukan Cina Irish manakala Tuan Akram Melayu Belanda.No wonder darah barat memberati gene Izz.Cuma matanya sahaja yang sepet menandakan dia berdarah kacukan Cina.Badan yang sasa macam badang versi moden.Kulit yang putih gebu.Tinggi yang cukup ideal untuk menjadi model.Pulah wekk.Kacak.
Astgafirullahhalazim.Eryna Damia.Gilakah engkau.Ni mesti kemaruk lama tak tengok lelaki.Just stop it Mia.
Izz yang perasan akan renungan stim Mia mula bergerak mencari ruang privasi.Gila seks punya minah hodoh.
“Apa kau tengok-tengok.Aku bagi penampar baru tau.Peraturan ke-5.Ke-5 ka??Apa-apa jela.Orang hodoh dilarang meng’usha’ orang yang handsome.Faham.Dah jom ikut aku”
“Pi mana pulak.Kaki saya ni dah nak tercabut rasanya”,rintih Mia sayu.
“Wei hodoh jangan banyak komen.Aku bayar kau hari ni.Just temankan aku and keep your mouth shut up.Faham.Ke aku nak kena cakap dengan lutut”.Bayar.Mia ternyata mata $$$ yang tak boleh blah.
Mia hanya mengangguk tanda setuju.Lagi dibantah lagi menjadi.Ikut sajalah.Lagipun tak lama dah aku nak kerja dekat sini lagi 20 hari lebih lebih.Lama tu.YA Allah lindungilah aku dan matikanlah aku dalam keadaan yang sempurna.
............................................................................................................................
Angin sepoi-sepoi bahasa di tambah dengan keenakkan deruan ombak cukup menenangkan jiwa insan-insan yang serabut seperti Izz.Pantai Batu Feringghi itu direnung sepi oleh lelaki itu.Seolah sejuta kesedihan dan kesepian mencengkam jiwanya.Apa yang aku tahu melalui Qaisara.Izz sangat membenci aku dan orang gaji yang lain kecuali Ummi kerana maidlah mama dan papanya bercerai.Ratna Inderawasih.Wanita itulah yang telah mencuri hati papanya hingga tegar meninggalkan mama Izz.Orang gaji berdarah Indonesia itu telah merampas kebahagiaan mereka sekeluarga.Dan.Kerana itulah dia benci akan semua orang gaji yang hadir dalam hidup mereka dan..juga..dia bencikan Danish Zacry.Kerana di dalam tubuh Danish mengalirnya darah Ratna.
Benci.Pasti itulah yang ditanggungnya.Aku seperti ingin menepuk bahunya.Dan..

Izz it’s okay to lean on me.I’ll be there for you.


Mia kau dah sewel ke.Nyah kau.Mia mula mematikan angan ngerinya.
Izz masih berdiri di atas tunggul batu itu.Sepi.
“Mia engkau pernah ditinggalkan”.Buat kali pertamanya Izz memanggil namaku.Ibarat mimpi di siang hari.Apa sudah disampuk syaitan ke mamat ni.
“Mia”.Izz mematikan lamuanku dengan panggilan yang cukup lembut.Hampir cair hati gadis ini dibuatnya.
“Apa”.Dingin sungguh engkau Mia.Lantaklah.Lelaki ni kalau kita cakap lembut-lembut.Tunjuk caring gila-gila nanti perasan kita syok dekat dia pulak.
“Kau pernah ditinggalkan tak”.Mia diam sambil berfikir.
“Pernah”
“Apa yang kau rasa”
“Sakit.Sedih.Sepi”
Izz hanya tertawa.
“Asal kau gelak.Kau pulak apa yang kau rasa”
“Mati”.Mia tergamam.
“Yang pergi tetap pergi Izz.Allah pinjamkan rasa sayang itu.Dan apabila Dia kehendaki rasa itu.Kita kena lepaskan ia pergi.Sebab semua yang ada atas muka bumi ini hanya pinjaman-Nya”
“Ha.Perempuan macam kau ni pun pandai nak bagi ceramah agama.Amazing”.Izz seolah mempersendakan nasihatku.
Berdosakah wanita yang tidak berhijab itu menyampaikan sesuatu yang baik.Mungkin dari segi penampilan mereka tidak sempurna.But.Don’t judge the book by it cover.Tak semua yang tidak sempurna itu busuk.
“Saya sentiasa memohon supaya Dia akan menurunkan hidayah-Nya dan dihidup serta matikan dalam iman”,bahas Mia mencantas kepincangan kata Izz itu.
            Ternyata Izz kelu dengan kata-kata anak kecil ini.
“Kenapalah saya tak fikir macam awak”.Bahasanya makin lembut.Hari ini Mia melihat seorang lelaki bernama Izz Rayyan yang sangat berbeza.Ingin sekali dia selami lautan hati lelaki itu.Entah kenapa.Dia sendiri tidak mengerti.
            Petang itu,kami berbual mesra.Buat pertama kalinya aku mampu bergelak tawa dengan lelaki sarkastik lagi patetik itu.Perasaan dan suasana yang cukup berbeza.Kuselami hati lelaki itu.Tapi ada sesuatu yang menganggu fikiranku semenjak perbualan hati ke hati kami.Siapakah Melissa.Apakah kaitan wanita itu dengan kesakitan Izz.Adakah aku cemburu.Stop it Mia.Fullstop.

If you love something, let it go. If it comes back to you, it’s yours forever. If it doesn’t, then it was never meant to be.

8 comments:

ezzati said...

keyboard wana hijau . aku suka aku suka . haha

adehh kmpelik jiwa toi la mia ni . x behijab ka ? hg saja kan soh aku tggu bab bab seterusnya T.T

amira said...

well..novel,,kne la ltk konflik...nak tau kne stay tuned la..

ezzati hamid said...

T,T okela aku stay tuned ikot cakap hg . T.T (nak buat muka sedih banyak banyak) haha

ezzati hamid said...

weh . nak bg cadangan ni , . nanti tukaq la komen ni ke pop out window .(senang aku nak ngumen) .

amira said...

okie..insya-Allah..yg macam hang buat dekat blog hang u ka

ezzati hamid said...

yaya . hg dh buat . yeayy lagi besemangat aku nak ngomen . hihi
tq

amira said...

likelike..asal dkt blog takda button like

dyana said...

wahh,,,ak ska....putera mangkuk....hehe