Saturday, June 25, 2011

Hanyeo 33(1)

Bab 1



“Mia!Mia!Bangunlah cepat tuan puteri oi.Tidur apa bendanya.Matahari dah terpacak atas kepala.Macam ni sampai ke tualah tak ada orang nak masuk meminang kamu.Eryna Damia Latif.Kamu dengar tak”,bebel mama panjang lebar.
Mia yang masih berselimut rapi itu tidak bergerak walaupun seinci.Semuanya gara-gara drama maratonnya semalam.Gara-gara tidak sabar mengetahui penamat drama Secret Garden itu,Mia sanggup bersengkuang(bersengkang) mata hingga ke pagi untuk menontonnya.Panahan Korean wave lah katakan.
      Kedengaran tapak kaki mama mula berirama mendaki tangga menuju ke bilik Mia.Namun tuan puteri Mia masih sedap dilamun mimpi.Ah!Biarlah.
”ERYNA DAMIAAAAAAAAAA”
Mama yang sudah berada betul-betul di hadapan Mia,dengan menggunakan seluruh kekuatan, dia menjerit sekuat hati mengegarkan gegendang telinga Mia.Namun seperti biasa masih tiada respons.
YA,Allah apa punya keballah anak Latif ni.Omel mama sambil menahan geramnya.
                                    “Fine!No more Indulgence’s cake”.Noktah mama
                                             “Ok.Ok.Ok.Mia dah bangkit ma’am”.
Bangun Mia serta merta apabila mama ingin membatalkan niat untuk membawa Mia ke Secret Recipe.Sudah hampir setahun dia tidak merasai keenakkan kek disana.Ini gara-gara masih tiada Secret Recipe di daerah Changlun.Mia sepantas cheetah yang cun berlari masuk ke dalam bilik air.Mama yang masih berdiri di hadapan birai katil Mia tersenyum melihat gelagat anak bongsunya itu.Bagi Puan Sabrina,Mialah racun dan ubatnya.Dia tidak dapat membayangkan bagaimana andainya Mia jua diambil kembali oleh Allah daripadanya.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Bilik air tempat bersiram Eryna Damia
  Hai.Hello.Annyeo.Paling penting Assalamualaikum dan selamat pagi.Opss tengah hari.Nama diberi Eryna Damia Binti Latif.Nombor kad pengenalan 310892-07-xxxx.Jangan jelous saya anak merdeka.Pelajar lepasan jurusan sains fizikal Kolej  Matrikulasi Kedah.Anak kedua daripada dua orang adik beradik.Mempunyai seorang kakak yang cun lagi digilai ramai iaitu Eryna Melissa Binti Latif , 24 tahun.Walaupun kakak saya cun tetapi saya paling cute.That the different(bagi sejuk hati yang hakikat sebenar aku tak cute langsung).Mama saya Sabrina.Bukan Sabrina The Witch tetapi Ros Sabrina Ibrahim Lee.So pepahamlah.Of courselah keturunan kami mewarisi kecinaan mama kami.Mama saya merupakan pegawai bank di salah sebuah institusi kewangan di Malaysia.Kisah cinta mama dan abah cukup sweet.Mereka bertemu di Jeju-do.Ketika itu abah bercuti bersama keluarganya manakala mama mengikuti kursus di sana.Everland menjadi saksi cinta pandang pertama mereka.Cukup sweet dan indah.Saya pun berharap akan mempunyai sebuah kisah cinta yang seindah kisah mama dan abah.Ok cukup kot.So,mari kita berbalik  kepada cerita kita
   Krisis pengangguran yang terlampau telah membuatkan mama tidak senang duduk melihat saya bersidai di hadapan televisyen.Mama yang kebuntutan akhirnya telah meminta bantuan Aunty Mar untuk menyelesaikan krisis rumahtangga Cik Mia.So,pakat mai ikut saya mengetahui kisah selanjutnya.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
Secret Recipe,Queensbay Mall,Penang
  Sudah menjadi lumrah.Apabila tiba hujung minggu setiap mall di seluruh pelusuk dunia akan dipenuhi orang ramai.Aroma cappuccino dan indulgence’s cake cukup memukau .Hinggakan Mia tidak menghiraukan lagi kesesakan di pusat membeli belah tersebut.Bayang mama masih belum kelihatan.Apa lama sangat mama buat dekat dalam toilet tu.Omel Mia.Seketika kemudian kelihatan mama datang diiringi seseorang.Siapa pula tu?Mia mula berteka kentut.
“Ni mesti Mia kan?Dah besar anak kau Sab.Cantik macam mama dia juga”,ujar aunty Marissa.Mia sudah mula melakukan pengembangan.
“Perli aku ke perempuan ni.Ni dah mencabar krebiliti aku sebagai Mia Cute”.Mia berdialog seorang diri sambil tersenyum separa ikhlas.
“Well.Sapa mama dia.Come let have a seat Mar.Oh.But the way,Mia.This is aunty Marissa.She is my schoolmate dulu-dulu kala.And Mar this is Mia”,terang mama dengan penuh bersemangat.
“Hai aunty.Mia”.Mia menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan aunty Mar.
Seperti yang diramalkan oleh tukang tilik Mia Cute.Aunty Mar dengan gaya diva menyambutnya.Omo.
“Hai.You are such a very nice girl.Tapi dulu bukan ke Mia kurus lagi and anak mata dia bukannya grey like you ke Sab?”
Mia yang sedang menahan anginnya sudah tidak senang duduk.Perempuan hodoh ni kata aku gemuk. Ridiculous and nonsense man. Mau nak je aku simbah cappuccino ni dekat muka plastik dia.Sabar Eryna Damia
“Oh.Hari tu I bawa her sister lah Mar.Melissa.Sekarang dia ada dekat Ireland.Buat medic dekat sana”,jelas mama panjang lebar.
Mama yang melihat reaksi Mia cuba menenangkan Mia.Bukannya dia tidak kenal Mia.Mia memang pantang apabila ada manusia yang berani men’complain’ saiznya.
“Oh.I see.Oklah.You nak jumpa I hari ni kenapa Sab”.
Mata aunty Mar masih mengejek-ejek Mia.Apa masalah mak cik ni.
Mia yang masih dalam keadaan separa waras cuba menahan api kemarahannya.Mama sambil itu mula memberi  isyarat supaya Mia bergerak ke tempat lain.
Aku pun bangkit dan berlalu pergi.Memang itu yang ingin dilakukan sejak 5 minit yang lalu.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
PADINI
                Mata Mia mula berpinar-pinar melihat kolesi musim panas yang baru saja dipamerkan.Sudah hampir  10 kali dia menjelajah seluruh Padini.Cantik tapi tiada yang mencuri hatinya.Tangannya masih ligat mencari sesuatu yang boleh dibawa pulang sebagai ‘baby’nya.
Sedang asyik dia meng’usha’ matanya terpaku pada sepasang merpati dua sejoli yang sedang asyik berpeluk-pelukan  di dalam kedai yang sememangnya sejuk.
Eiii.Jijik aku. Apa buta ke laki tu.Lelaki tu dahlah handsome.Mat salleh look plak.Perempuan tu sikit punya huduh.Aku lagi cun tapi tu pun kalau Kak Mel tak da.Kritik Mia.Misi pencarian diteruskan.
Usha.Itu sudah menjadi hobi sampingan sebagai seorang penulis.Gerak geri manusialah yang menjadi sumber inspirasi penulisannya.
Setelah habis seluruh Padini diselongkarnya,akhirnya gaun musim panas berwarna putih itu berjaya menduduki carta tertinggi hati Cik Mia.
“Yes miss.Ini saja”,ujar cashier jambu itu dengan senyuman menawannya.Sabar Mia.Sabar.
“Yes.Ni ja.How much”.Aku cuba untuk control ayu.Nanti jatuhlah saham
“129.99 miss.You want plastic a bag?”.Aju cashier tersebut.Makin cair aku dibuatnya.Miaww.
“No.Thanks”.Sedang aku mengeluarkan sejumlah wang.Di kaunter sebelah.Lelaki ‘buta’ tadi.Not bad.Tapi muka macam nak sepak ja.
“Hai Encik Izz Rayyan.Long time no see”,sapa cashier yang menjaga kaunter di mana lelaki tersebut berdiri.
“Oh.Hai my baby Mei Ling”,ujar lelaki bernama Izz tersebut sambil tersenyum nakal.
Eiuu.Baby.Perempuan yang dia usung tu apa pulak.Honey.Bunny.Harap muka handsome tapi playboy.Siapalah bakal isteri dia.Sikit punya malang.
Sesudah siap melakukan pembayaran aku pun berlalu pergi .Pemergiannya diiringi oleh jelingan manja daripada pemuda playboy tak matang bernama Izz.
You are such a wild wind that passes through my space
Once you passed you never turn back anymore

Ruang makan
            Bau masak sambal udang kegemaran Mia memenuhi seluruh ruang rumah mama.Mia yang sedang asyik ‘bersidai’ di hadapan televisyen bangkit serta-merta mencari arah bau masak sambal udang kegemarannya.Mama yang berada di dapur hampir menyimbah minyak panas yang dipegangnya ke arah Mia pabila Mia mencuitnya dari arah belakang.
“Ya Allah.Eryna Damia Latif.Kalau mama tersimbah tadi macam mana.Ada gak yang makan sambal udang hospital”.Mama yang masih kecut perut itu sudah naik hantu dibuatnya.
“Alah mama.Ok juga.Tak payah Mia nak kena kemas rumah.Tolong mama masak.Duduk kat hospital ada nurse layan”.Ujar Mia sambil ketawa terbahak-bahak melihat riak wajah Puan Sabrina.
“Yela tu.Nanti kalau muka tu kena minyak panas ni.Habis jatuh asset baru tau”,tambah Puan Sabrina
“Alah mama.Buatlah pembedahan plastik.Asset naiklah balik.Nanti Mia boleh request nak muka lagi cun daripada kak Mel”
“Pandainya.Mama simbah betul baru tau.Sabor jela”
“Ehem.Mama.Hari tu mama bincang pasal apa dengan Aunty Mar yang sengal tu?”,soal Mia
“Pandailah kata orang sengal.Awak tu apa?Mama cakap pasal kamulah”.Mia yang sedang enak menikmati sambal udangnya terus berhenti melahap.
“Pasal Mia ma?Mama mia tak ready lagilah nak kahwin ma.Mia nak juga belajar pandai-pandai macam kak Mel”,ujar Mia meraih simpati Puan Sabrina.
Mamanya sudah hampir tersembur air yang diminumnya apabila mendengar statement berani mati Mia.
“Kamu bangkit jap.Pergi ambil fail atas fridge tu”.Mia pun dengan lemah gemalai bangkit mengambil fail yang dimaksudkan mamanya.
“Nah”
“Bacalah”
“Kontrak 33 ma?Malaslah nak baca.Apa yang Mia tau.I don’t want to get involved in any nonsense-nonsense things like this.Dot.Noktah.Araso oma”.
“Ara.Mama pun tak ingin bagi kamu kahwinlah Mia.Kesian dekat suami kamu dapat isteri pemalas macam kamu.Kontrak tu .Kontrak kerjalah Mia”Mia yang tadi hampir sudah hampir tidak boleh bernafas.Akhirnya hidup semula.
“Kerja?Dekat butik mana?Salon mana?”,aju Mia dengan penuh bersemangat.
“Banyaklah kamu punya butik”
“Habis tu ma??”.Mia makin resah.Dia dapat merasai kuat jahat memenuhi ruangan ini.
“Orang gaji pakej jadi pengasuh sekali”.Noktah Puan Sabrina.
“WHHAATTTT???.Hanyeo??Orang gaji ma? Ridiculous.Objection”.Noktah Mia juga.
“Anak Melayu perasan Korean ni.Yala.Orang gaji untuk 33 hari dan RM 3000.Awak tak nak Mia”.Puan Sabrina mula bermain saiko dengan Mia.Dia tahu anaknya itu pantang disebut mengenai duit yang banyak.Walaupun terpaksa merentasi lautan dalam,anaknya itu pasti melakukannya.
 mata duitan Mia.
“Ni kontraknya.Mia go through first.Esok by 8 o’clock get ready.Nanti Aunty Mar akan bawa Mia jumpa Tuan Akram”,arah Puan Sabrina.
“Here I’m captain!!”.Mia seraya bangkit dan bertabik hormat.Mama pun tidak kurangnya 
melayan kerenah anak bongsunya itu.
“Oh my Chanel!3000 ma.Saya terima nikahnya ma”.Mama yang sudah mengagak jawapan Mia hanya tersenyum melihat gelagat

Friday, June 24, 2011

Hanyeo 33-Prolog


HANYEO 33

PROLOG
Dedaun kering berwarna warni berterbangan,burung-burung berkicauan dan …
tempat itu terasa asing sekali bagi Eryna Damia.
Ibarat berada di Mystery Garden.Itulah yang dirasai oleh anak kecil itu.Semuanya ibarat satu lukisan yang sangat indah.
Mia tidak mengerti apa yang terjadi padanya.Tapi apa yang dia tahu.Dia mencari  penamatnya.Anak kecil ini masih lagi meneruskan perjalanannya merentasi  taman yang indah itu.Hatinya riang sekali.Seisi taman itu seolah-olah bernyanyi riang menyambut kehadirannya.Dia terasa tenang sekali.Sudah penat dia menangis sepanjang hari ini.Abah .Mia rindukan Abah.Itulah yang sentiasa meniti bibir anak kecil berusia 5 tahun ini.
Pagi itu Abah berjanji akan pulang awal untuk menyambut hari lahirnya.Tapi Abah tidak pulang.Mama kata Abah pergi tempat yang jauh.Tapi Mia tak tahu mana tempat tu.Mungkin kalau Mia jalan sampai penghujung jalan ni,Mia akan jumpa Abah.Omel anak kecil itu seorang diri sambil terus melangkah.
                Setelah penat berjalan akhirnya Mia memutuskan untuk berhenti.
Di hujung sana terdapat sebuah air terjun  yang sangat cantik dan jernih sekali airnya.
Entah mengapa Mia sangat teruja untuk mendekati air terjun  itu.Seolah-olah ada sesuatu yang menariknya ke sana.Sesuatu yang sangat dikenalinya.ABAH.Mia dengan sepenuh hati berlari mendapatkan bayangan Abah.Namun langkah Mia ternyata silap apabila dia tergelincir dan terjunam jatuh ke dalam dasar air terjun yang indah itu.
Mia cuba menjerit nama Abah namun …
Abah seolah tidak mengendahkan  suaranya.
Dalam dia bergelut kelemasan,muncul seorang lelaki yang menghulurkan tangan untuk menarik Mia ke atas.Siapa budak lelaki ini?Apa yang dia lakukan disini?Kenapa dia tolong Mia?Anak kecil itu berdialog dengan dirinya sendiri.
Mata lelaki itu seolah membicarakan sesuatu.Sesuatu yang Mia tidak  mengerti.Hanya kami berdua.Lelaki itu seolah sebuah tong oksigen yang membekalkan oksigen untuk Mia.Mia sendiri tidak sedar bagaimana mereka sudah berada di atas permukaan air.Abah tersenyum apabila melihat Mia selamat.Mia mula mencari bayangan budak lelaki yang membantunya sebentar tadi.Jauh ke dalam dasar air.Mata itu.Lelaki itu.OPPPPPPPPPPPPPAAAAAA.
……………………………………………………………………………………………………
“Ya Allah.Mia.Mia.Bangkit.Mengigau ke kau ni”,jerit Mama mengejutkan tuan puteri Eryna Damia yang sedang meronta-ronta ibarat si gila meroyan.
Mama yang sudah penat mengoncang tubuh Mia akhirnya mengambil keputusan menyimbah air ke atas Mia.Bijak dan genius.
“Ma.Apa ni”.Bangkit Mia serta merta.Ibarat terkena renjatan elektrik dibuatnya apabila air sejuk itu menodai tubuhnya.
“Apa ni”.Mama mengejek tutur kata Mia.Diva style la.Mama sapa.Mama sayalah.
“Habis basah kuyup Mia”,ujar Mia dengan wajah sayu memohon simpati Mama.
“Tu la.Mama dah pesan before you going to bed.Buat apa hah?”,ujar mama dengan nada geram sambil menarik hidung Mia yang mancung itu.
Segalanya mirip dengan arwah abahnya.Hidung yang mancung.Anak mata berwarna hazel itu.Segalanya membawa kembali memori Puan Sabrina kepada arwah suaminya.
“Ye.Basuh kaki ma’am”
“Hah.Dah pergi ambil wuduk.Kita solat subuh sekali”,arah mama.
“Baik ma’am”.Mia dengan serta merta bangkit dari katilnya dan bertabik hormat di hadapan mamanya.
                Seketika kemudian  bayangan mama mulai menghilang di balik pintu .
Mia sejenak sempat jua memikirkan lelaki di dalam mimpinya itu.Begitu panjang yang mimpi yang di lalui.Hanya mata lelaki yang masih diingatinya.
Sudah hampir 14 tahun mimpi yang sama di alaminya.At the end hanya mata itu saja yang diingatinya.Mata lelaki bernama oppa.Satu keajaiban sains yang sukar dirungkainya.Bagaimana seseorang itu mampu bermimpikan benda yang sama hampir setiap hari.Pelik dan magik.Itulah yang dirasainya.Semuanya ibarat magik.
Perlahan-lahan anak matanya beralih pada foto arwah abahnya.
                Rindu sungguh dia pada Abahnya,walaupun sekadar di dalam  mimpi ia sudah cukup buat Mia untuk melampiaskan rindunya pada abah.
Foto abah yang sentiasa berada di atas meja tidurnya itu ditarik ke dalam dakapannya.Anak gadis itu mula mengalirkan air mata tanpa sedar.14 tahun anak gadis ini membesar  tanpa seorang bapa.Luarnya,dia seorang gadis yang sentiasa ceria dan gila-gila tetapi hakikat sebenarnya,dia tidaklah sekuat luarannya.Hati anak gadis ini sentiasa meronta merindui bapanya.
Kejadian 14 tahun itu merubah segalanya.Malam itu sepatutnya mereka bersama-sama untuk meraikan hari lahir Mia.
 Profesion sebagai anggota polis sentiasa menuntut abah untuk bekerja tidak kira waktu.Malam itu abah terpaksa menangguhkan niatnya apabila ibu pejabat memintanya untuk menyertai satu operasi. Operasi yang mengambil abahnya pergi untuk selama-lamanya.Jauh daripada Mia.
Perlahan-lahan Mia menyeka air matanya.Sayup-sayup kedengaran suara mama memanggilnya.
“Eryna Damia!!!!!!Cepatlah.Apa kamu buat lama-lama tu”,jerit mama dengan amplitude yang sangat tinggi. Sikit lagi resonance kemungkinan bakal berlaku.
“Ya.I’m coming ma”.Jerit Mia sambil berlarian ke bilik air.
                Sekeping nota yang terselit rapi di belakang  bingkai foto abah terjatuh dan melayang di bawah katil Mia.Mia tanpa menyedari berlalu pergi.

My Little Mermaid
Little Mermaid,
It’s just like a magic of love,
I drank a potion and turned into human just like you,
All I know, I just want to be with you,
But somehow,
It seem doesn’t turn the way I dream off,
My prince left this Little Mermaid for his princess,
The little mermaid’s heart breaks into pieces.

If this little mermaid slays his prince she will become a mermaid again,
All her suffering will end and she will live out her full life.


The little mermaid’s hand holding a knife was shaking to die,
But next she threw away the knife,
The little mermaid then faded from his prince sight and threw herself into the sea.

And the little mermaid turned into sea foam and disappeared,
Forever and ever.
Oppa,

Tuesday, June 21, 2011

masak kuah Parpu



Anyeo dan Assalamualaikum
Entri kali ini cik Amira nak berkongsi lagi salah satu resepi
yang diturunkan daripada abah cik amira
iaitu Kuah Parpu.
Resepi nie tersangatlah simple dan mudah
untuk anak-anak dara macam cik amira
kat luar sana
yang nak tunjuk skill masak korang
why not korang try resepi abah cik amira

Masak Kuah Parpu



Bahan-bahan:
  • 100gm kacang parpu
  • 3 biji kentang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 tangkai cili kering
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji telur ayam
  • 2 sudu kecil kunyit
  • 1 cawan santan
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
1.rebus kacang parpu dan ubi kentang kita sehingga empuk.
2.Bila agak-agak rebusan kita dah mula empuk,tumiskan bawang besar,cili kering dan daun kari kita sehingga kekuningan
3.Masukkan tumisan kita ke dalam periuk merebus kita.
4.Kemudian masukkan kunyit dan pecahkan telur ayam kita
5.Kemudian masukkan santan kita.Then perasakan masakan kita dengan garam.
6.Buka mulut nganga luas-luas untuk makan.hahaha

Selamat mencuba~

Monday, June 20, 2011

Bila idea mencurah tapi jejari hilang skill



Adoi....bila idea dah mencurah-curah jejari ayam cik amira tangan cik amira tak nak menulis plak

hari cuba untuk menulis novel Hanyeo 33

at last kaku depan netbook

Mr.Ilham please comeback to me

I janji dengan you

I tak kan sia-siakan you lagi

please..

I sayang you..

Bila cik amira dah naik gila jadi macam ni lah...

dikesempatan 

Cik Amira memohon maaf sebab belum post entri utk novel 1
cik amira.Encik Ilham belum pulang bercuti.Segala kelambatan amat dikesali

annyeo~

Dalca daging/ayam cik Amira



Hari ini cik amira sakan berkongsi resepinya

hahaha

cik amira nie bukanlah pro sangat

bab masak ni

tapi tulah

curious

and 

cik amira memang suka 

masak

walaupun tak sesedap mana

ok,dalam entri malam ni

cik amira nak berkongsi resepi 

dalca daging/ayam

yang nie kawan cik amira

cik wani ghani yang request 

so apa lagi jom lah try

tapi maap la..takda gambar nya

nanti bebila lagi cik amira masak

Insya-Allah

cik amira upload

Dalca Daging/ayam
Bahan-bahan:
  • Ayam/daging(ikut kuantiti yang anda inginkan)
  • Kacang dhal(nama lain~kacang parpu)-selalu kat kedai cik amira minta seringgit..korang agak2 la
  • 3 biji kentang(potong dadu)
  • 1 peket serbuk kari daging
  • 1 batang kulit kayu manis*
  • 2 biji bunga cengkih*
  • 3 biji bunga lawang*
  • 3 biji pelaga*
  • 1 biji bawang besar(kisar)
  • 3 biji bawang putih(kisar)
  • 1 inci halia(kisar)
  • 1 cawan santan
  • 1-2 biji terung bulat
  • 2 batang kacang panjang
  • 1 batang carrot(rebus)
  • 2 tangkai daun kari
  • garam
Cara-cara:
1.Tumiskan rempah empat sekawan(*) hingga naik bau wanginya.Then tumiskan bahan-bahan yang dah dikisar dan daun kari hingga kekuningan.
2.Masukkan daging/ayam kita.Masak sekejap untuk make sure di empuk dan masak at the end nanti.
3.Kemudian masukkan rempah kari dan tambah sedikit air.Teruskan masak sampai daging kita empuk
4.Then,masukkan kacang parpu,carrot dan kentang yang kita dah rebus tadi.Tambah sikit air dan biar dia mendidih.Kemudian masukkan santan,sayur-sayur yang selebihnya.Perasakan dengan garam.Less is better..hi3
5.Sediakan perut untuk makan.

SELAMAT MENCUBA