Tuesday, June 21, 2011

masak kuah Parpu



Anyeo dan Assalamualaikum
Entri kali ini cik Amira nak berkongsi lagi salah satu resepi
yang diturunkan daripada abah cik amira
iaitu Kuah Parpu.
Resepi nie tersangatlah simple dan mudah
untuk anak-anak dara macam cik amira
kat luar sana
yang nak tunjuk skill masak korang
why not korang try resepi abah cik amira

Masak Kuah Parpu



Bahan-bahan:
  • 100gm kacang parpu
  • 3 biji kentang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 tangkai cili kering
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji telur ayam
  • 2 sudu kecil kunyit
  • 1 cawan santan
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
1.rebus kacang parpu dan ubi kentang kita sehingga empuk.
2.Bila agak-agak rebusan kita dah mula empuk,tumiskan bawang besar,cili kering dan daun kari kita sehingga kekuningan
3.Masukkan tumisan kita ke dalam periuk merebus kita.
4.Kemudian masukkan kunyit dan pecahkan telur ayam kita
5.Kemudian masukkan santan kita.Then perasakan masakan kita dengan garam.
6.Buka mulut nganga luas-luas untuk makan.hahaha

Selamat mencuba~

No comments: