Wednesday, February 22, 2012

#motivasi:: ini tidak adil bagiku.


Tak semua yang kita rancang akan menjadi.Kita merancang untuk berjaya tapi sebaliknya yang berlaku.Kita merancang untuk bahagia namun air mata yang sentiasa menemani kita.

Kita merancang hidup kita tapi Allah ada perancangan lain untuk kita.



Kita tunding kegagalan itu ke arah lain namun empat lagi jari menunding ke arah kita.

Kita mempertahankan alasan kegagalan kita namun ada saja mulut-mulut yang lancang mematahkan tutur kata kita.

Kita perlukan orang untuk mempercayai dan mendengar kisah kita namun HAKIKATnya
DIRI kita sahaja yang PERCAYAkan kita dan sudi mendengar penjelasan kita.

INI SANGATLAH TIDAK ADIL BAGIKU!!!



Inilah topik yang ingin aku lontarkan kepada semua.Sifat judgmental *which is somebody who thinks they know everything about you when they really don't know shit. Judgmental people basically just live in their own little bubble of delusion and have no patience for the superstitious nonsense formally know has "open-mindedness".
Atau bahasa mudahnya seseorang yang berlagak mereka mengetahui segalanya mengenai kamu padahal semua ideologi mereka itu hanyalah sampah semata-mata.


Mungkin entri ini berbaur kasar dan menyentapkan.Namun inilah yang ingin aku suarakan.Sifat menghakimi seseorang membabi buta.Aku yakin wujud individu atau 'doktor-doktor falsafah' seperti ini di luar sana.Mungkin peratusannya tidak banyak namun kehadiran mereka amatlah membahayakan.Dari mulut,fitnah boleh tersebar,dari fitnah keharmonian keluarga mampu tergugat,dari keruntuhan institusi keluarga negara mampu porak peranda.Dan semua ini hanyalah disebabkan mulut dan pemikiran sempit sesetengah individu.


Aku sendiri pernah menghadapi situasi sebegini.Dan aku yakin ramai lagi diluar sana yang turut mengalaminya,Mungkin penulisanku tidak sehebat A.Samad Said namun apa yang penting mesej yang inginku sampaikan mengenai sifat menghakimi ini.


Setiap orang akan mengalami kegagalan.It's a normal things for everyone.Sedangkan Thomas Edison beribu kali gagal dalam percubaannya mencipta lampu inikan kita.


apabila seseorang itu gagal mulalah pelbagai tuduhan dilontarkan


"tak studylah tu"
"banyak mainlah tu"


ayat yang sangat tipikal.Mungkin ada benarnya,namun jangan terlalu cepat melatah untuk menyuarakan pendapat.Walaupun semua orang berhak bersuara.Namun semua orang berhak juga untuk dihormati.






Ingin aku kongsi kisah seorang sahabat sewaktu aku dibangku sekolah.
Dia merupakan seorang yang sangatlah bekerja keras.Siang dan malamnya hanya dipenuhi dengan hal yang berkaitan akademiknya.Dari sudut ibadatnya juga dia merupakan seorang yang tekun dalam ibadahnya.Aku sendiri yakin dia akan berjaya dan peperiksaan besar kami.Namun Allah punya rencanaNya sendiri,dia kecundang dalam peperiksaannya.


Adakah itu masih salah dirinya?


Inilah dipanggil ketentuan Allah.He is a Wiser who's know better than you.
Tidak salah melontarkan pendapat,namun adakah dengan menuduhnya membabi buta mampu menghidupkan semangatnya untuk terus berjuang.Adakah mencurah minyak tanah ke atas api mampu memadamkan api itu.Aku pasti kamu semua ada jawapannya.Tepuk dada tanyalah akal.


Selain itu sebagai contoh.Apakah yang terlintas di hati kamu apabila melihat seorang gadis bawah umur yang sarat mengandung tanpa suaminya?


Aku pasti ayat-ayat basi seperti:


"alah dah terlanjurlah tu"
"tulah time seronok tak ingat dunia"
"harap ja pakai tudung labuh.Perangai macam @#$$"


akan terpancul di bibir sesetengah individu.






Tapi tahukah anda gadis itu mengandungkan anak hasil dia dirogol.Pernahkah kamu ingin duduk dan berbual dengan gadis itu?Menyelami hatinya?Pernahkah kita?


Mudah untuk kita melemparkan tuduhan namun susah sekali untuk kita mencari kebenaran.


Itulah mentaliti lapuk yang  masih terperangkap dalam masyarakat kita.




Aku tidak mengatakan aku tidak begitu.Bohonglah andai aku katakan alasan membabi buta seperti itu tidak pernah terlintas di hatiku.Kita sebagai generasi yang lahir di zaman moden,seharusnya lebih bijak menilai sesuatu.Setiap alasan kita haruslah hadir dengan fakta yang kukuh dan bukanlah sekadar sembang kedai kopi.


Aku tahu anda tahu.Siapa diri kita.Cubalah kita mengubah mentaliti kita supaya kita layak dipanggil generasi moden yang bukan hanya maju dalam bidang teknologinya tetapi turut maju dalam melontarkan pandangan.


Apa yang dapat aku simpulkan,
Sebelum kita menghakimi orang lain,hakimilah diri kita sendiri.
Adakah hidup kita sudah cukup sempurna.
Renung-renungkan sedalamnya.


Jangan hanya menjadi duri dalam daging,cubalah menjadi seorang individu yang berguna dan mampu membangunkan komuniti kita.




Tak semua yang kita rancang akan terjadi.Terimalah kegagalan kita dan sekelilingku,terimalah aku seadanya kerna aku tidak sempurna.




P/S::hold your beloved and never lost them.Once you lost them,you'll never meet that person anymore.





Friday, February 17, 2012

sambal udang Mak

Assalamualaikum & salam satu msia ><

Hari ni beta nak berkongsi resepi anak bujang hasil ilham bonda yang tercintan,Puan Siti Aishah
Resepi ni sangat dan teramatlah simple.It's only take 'bout 10-15 min to prepare it.
Kalau dah tahap pro you can manage it within 10-7 min ja.
So sebagai tuntasnya resepi sambal udang mak ni sangatlah sesuai dicuba oleh golongan bujang senang ,bujang sederhana atau bujang miskin di luar sana.So moh la kita mengusha resepi dapur anak Bujang beta hari ni.

sambal udang MAK
Barang-barang yg perlu dibeli bukan dicuri:

~Udang 10 ke 15 ekor(ikut kuantiti yg nk dilahap)
~4-5 camca besar cili  kering yg dikisar dan dibuang biji(takut kena appendices plak)
~ 3 sudu besar sos tomato
~2 sudu besar sos cili
~1/2 cili besar yang dicincang ++
~2 ulas bawang putih dicincang
~garam dan gula secukup rasa.

Cara mem'belasah' sambal udang mak:

  1. Tumiskan bawang bawang kita hingga kekuningan.Make sure jangan tumis sampai hangit.Nanti tak sedap dah.
  2. Masukkan cili kisar kita.Kemudian masukkan pula sos tomato dan sos cili.Tumis sampai pecah minyak bukan sampai pecah perut.^^
  3. Kemudian tambahkan sedikit air untuk melarutkan kuah kita.
  4. Masukkan udang.Masak.Jangan terlalu lama.Jika tidak manis udang akan hilang.
  5. Perasakan dengan garam.Kalau yang minat manis tambahkan gula.Usually amira tak masukkan gula,sebab sos dan udang dah manis
  6. Siap untuk ditelan.^^
sambal udang Mak

maaflah gambar tak canti,Kamera murah ja..hehe

Selamat mencuba!!!^^




Thursday, February 16, 2012

#NEVER EVER GIVE up#


Assalamualaikum ...salam satu msia :)

Topik yang nak digoreng hari ini oleh beta adalah mengenai BAD TIME STORY.
Dekat luar sana pasti ramai manusia serta insan yang mempunyai kisah sedih mereka.
Kisah sedih itu tak kiralah kegagalan,kematian or anything else yang bersangkut paut dengan kata sifat SEDIH.



Bagi beta,
Beta turut mempunyai kisah sedih sendiri..
Kisah sedih 2012 beta adalah result yang 'indah khabar dari rupa'
Sometimes when we put too much hope on something till kita tak sedar kita akan kecewa dihujung hari..
Life dekat universiti taklah semudah life kita zaman hingusan,tudung senget benget dulu.
Zaman kecik-kecik dulu ramai saja yang  menjerit ala Mariah Carey nak suruh kita pi study..
In university,everything is depend on you
either you nk masuk kuliah or not,nak submit assignment or not..suka hati kome la ada teman kesah..

So,disebabkan hidup yang a bit bebas..beta ni pun study ala kadar lah..almaklum bak kata pepatah "malam masih muda"

Akibatnya result pun 'gempak' gila.



Tapi alhamdullilah,
masih ada cahaya dan ruang untuk aku bertaubat.

Beta pun bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang sentiasa ada dalam sedih dan gembira.
They never let me down.Bukan senang untuk cari kawan yang mampu jadikan kamu a better person.Terima kasih kawan :) for being with me.

By new sem beta perlulah wake wake up .

Bercakap mengenai result ni gak,
ramai gaklah teman beta yang frust menongeng macam beta..
Tapi beta ambil kegagalan ini sebagai pemangkin untuk kejayaan hari esok.



Setiap insan tak dilahirkan untuk gagal,tapi untuk berjaya.
Usaha dan doa dan tawakal itulah kunci kejayaan setiap individu tidak kiralah agama dan bangsa apa sekalipun.
Believe me,kejayaan ada selangkah sahaja di hadapan anda.

Cuma masanya masih belum tiba.
InsyaAllah,bak kata orang potih 'afta a hurricane comes a rainbow' ..


Konklusi yang dapat disupkan oleh beta,
Never,ever,ever give up
Jatuh sekali tak bermakna jatuh selamanya.
MAKE A CHANGE for a better tomorrow.
No one can change your fate except than you.
Work hard and DON'T be a LOSER,
cause you are born to be a WINNER.








my fav

sekian.wasalam