Monday, August 15, 2011

hanyeo 33-bab 8


Bab 8
            Dingin hujan yang mencurah-curah membasahi alam ciptaan Ilahi ini membuai hati Mia yang kesepian ini.Nyanyian sumbang Mr.Froggie mencuit tetingkap rindunya pada Izz Rayyan.
            Tiga hari sudah Izz menghilang.Rindu sungguh dengan tempikan maut Izz ”weyh minah hodoh” itu.Kemanakah kau menghilangkan diri.Sunyi pula aku dibuatnya.
            Fikiran aku melayang sebentar.Tangan sibuk membilas pinggan mangkuk,tapi mata aku tidak henti-henti meng’usha’ kelibat Izz yang tak kunjung tiba.
            Merajukkah dia.Aku bukannya buat apa pun dengan dia.Aku just pengsan depan dia.Ke.Takkan aku ternodai dia…Astgafirullahhalazim.Syaitan amazon sekalian sila berambus daripada fikiran saya.
Sedang asyik aku termenung ibarat Doremon rindukan Michan.Tiba-tiba telefon bimbit cokia aku bernyanyi merdu irama lagu Ring Ring Dong(Shinee)
Ring ding dong
Ring ding dongRing diggi ding diggiDing ding ding (x2)
Private number.Who’s this.Takkan anak sultan nak masuk merisik aku.Perasaan taik punya anak Latif.
“Helo bin hai.And.Assalamulaikum”,sapa aku dengan penuh kelembutan seperti perempuan Melayu terakhir.Sempat juga aku loya buruk.
“Waalaikummusalam bin selamat sejahtera ke atas kamu jua .Cik Eryna Damia ke ni?”,ujar suara di hujung panggilan itu.Melayan jugak minah ni.
 “Yes.This is me speaking to you right now.May I help you?”.Wah.Spoking plak aku.
“Mia.Ni Kak Cham la “
“Oh Kak Cham.Ingat anak sultan mana tadi.Kecewa dinda .Ada apa hal yang Kak Cham call Mia ni?”
“Anak sultan pun fikir seribu kali dulu nak mengorat kamu.Macam-macamlah kamu ni.Ni kak Cham just nak confirmkan dengan Mia pasal pameran buku dekat PWTC tu.Mia boleh datang tak .I just nak confirmkan kehadiran Mia ja”
Mia terdiam sebentar.Jarinya pantas membelek kalendar yang melekat di dinding fridge.
“Insya-Allah.Mia boleh join”.Entah mengapa berat saja bunyi nadaku.Seolah ada sesuatu yang menghalang aku pergi.
“Baguslah macam tu.Kak Cham akan uruskan hal penginapan Mia and so on.So just prepare for that day ok.So anything you’ll like to ask?”,ujar Kak Cham.
“Tu je kot Kak Cham”
“Ok.If you have something to ask.Just call me .You know how to contact me right?And one more thing.I have email you a detail about the program .Go and check your email .Oklah.Assalamualaikum”,ujar Kak Cham panjang lebar sebelum mematikan talian.
“Waalaikummusalam”.
            Sekali lagi aku membelek kalendar itu.Satu keluhan dilepaskan.
            2 hari saja lagi yang tinggal untuk aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku di rumah agam ini.
Satu persatu gambaran rumah agam itu dikutipnya.Berat sekali rasa hati ini untuk melepaskan semua kenangan di sini pergi.Pengalaman di sini banyak mengajarnya untuk menjadi seorang yang lebih dewasa.Dia kini bukanlah lagi Mia yang dahulu.This is a new Mia.Mia yang lebih dewasa dan bukanlah lagi a Very Important Princess
(VIP) yang sentiasa dibelai oleh mama lagi.

Foto keluarga Tuan Akram ditatap sepi.Entah mengapa air matanya mula mengalir.Hiba sekali rasa hati.
Sedang asyik aku melayan perasaan, bunyi hon kereta milik Izz mengejutkan aku.Jamban betul punya mangkuk.
“Hai cik adik manis.Layan perasaan nampak.Ingat boyfriends ke?”,seloroh Izz.Debaran dihatinya cuba disembunyi sebaik mungkin.
Dada aku mula berombak rindu.Cool Mia.
“Ha’ah.Ingat’ boyfriends’”,bentak Mia.Malas hendak melayan orang bangang.
Siapalah yang nak dekat minah hodoh ni.Dahlah garang macam cheetah lapar.
“Kirim salam takziah akulah dekat boyfriends engkau tu.Ni tolong buatkan aku kopi ‘o’ kaw punya.5 minutes from now ok.Lembab”,arah Izz sambil berlalu masuk ke dalam kamarnya.Sempat juga dia menjelir lidah ke arah Mia.
“Lembab.Bangang punya mangkuk.Dulu hodoh.Sekarang upgrade jadi lembab pulak.Siap engkau”,ujar Mia separa berbisik.Mamat ni memang tak sah nak cari gaduh.Fine.2,3 kucing berlari,nak fight mai sini.
…………………………………………………………..
            Aroma kopi ‘o’ air tangan Mia itu mencuri perhatiannya.Makin Mia mampir,makin bergelora jiwa ini.Izz Rayyan.Sabar.
“Jemput minum Tuan Muda”,ujar Mia sambil meletakkan tray yang berisi kopi ‘o’ dan karipap sardine favourite  Izz.
Tuan muda?Buang tabiat ke budak perempuan ni.Izz mula pelik dengan perangai Mia.
“Terima kasih”,sambut Izz sambil menghirup kopi ‘o’ ‘special Mia.
Perhh.Masin nak mampus.Minah ni memang nak cari pasal.Sabar Izz.Ini hari engkau Mia.
“Emm.Sedap.Pandai awak buat.Saya kena suruh papa extend kontrak ni”,puji Izz tapi dalam hatinya Tuhan saja yang tahu.
“Sedap ke Tuan Muda.Kalau macam tu nak saya buatkan lagi ke?”.Padan muka engkau Izz Rayyan.Fire is a good friend,but a bad master.HAHA.
“No.Thanks”.Noktah Izz.Rasa masin yang maha masin itu cuba ditahannya.Apa lori garam terbalik ke.Siap kau Mia.
“Kalau macam tu.Saya sambung kerja dululah tuan muda”.Yes.Kemenangan milik Mia.Mampus kau mangkuk.
“Wait.Esok saya nak awak hantarkan lunchbox dekat office saya.Sharp 12.00 tengah hari.Bukan 12.01.Or 12.02.12 o’clock sharp.Ok.If awak gagal.Kita akan sambung kontrak anda for another 33 days”.HAHA.See Mia.You’ll not always win.Padan muka engkau.Baru kau tau. Eiffel Tower tu lagi hebat dari KLCC.
Mangkuk punya monyet.Fine.If you wanna play a game.I’ll do it.Hwaiting Mia.
“Ok.It’s a deal?”
“Deal”.
………………………………
You're My superstar 
Namanui meotjin heoniheoniheoni 
Eonje eodiseona nal jikyeojun jinijinijini You're My shining star Naemaeumsogeul hwanhi bichwojul dan han saram Sesangeseo yuilhan geudaeneun namanui superstar “
Wah. Talented gila kak Mia”,puji Maisara.Mia yang sedang asyik berkarok sedikit terkejut dengan sapaan Mai.
“Tak pergi sekolah lagi.Dah pukul 9 pagi nie.Awak ponteng erk”,leter Mia.Wah sudah gaya ibu berleter pulak.
“Kak Mia ni.Orang balik nak ambik fail projek tertinggallah”,jelas Mai.
“Oh.Ni ada permission tak?Ke ‘fly’”
“Tolong Bin Please sikit.Cikgu Mai temankan Mai.Dahlah kak Mia orang gerak dulu.And lagi satu.Orang kata kalau nyanyi dalam dapur nanti kahwin dengan orang tua.Bye”,seloroh Mai.Sempat juga budak mentah itu merembat ayam goreng yang baru diangkat Mia sebelum berlalu pergi.
Ngongek punya budak.Mahu aku ketuk dengan senduk ni.
Jam sudah menunjukkan jam 9.15 pagi.Awal lagi.Jangan risau pukul 11 pagi lunchbox kau siap Izz Rayyan oi.Jangan mimpi aku nak extend kontrak dengan kau.
se jam ++ kemudian…
Aku bernyanyi riang.Esok tinggal sehari lagi untuk dia berkhidmat dengan Tuan Akram.Selepas ini dia bebas.No Izz.No Izz.No Izz.Hiphip hooray.
Sedang aku cuba untuk menghidupkan enjin vespa aku.Sesuatu yang ganjil menghantui aku.
Asal tak boleh jalan ni.Cis.Izz Rayyan Tongek.Mangkuk jamban bin monyet punya jantan.Dia cabut tayar vespa aku.Macam mana vespa ni nak jalan pakai tayar cap ‘bata’.
IIIIIIZZZZZZZZZZZZ RRRRRAAAAAAAAAAYYYYYYAANNN.
Memang mangkuk ni cari pasal.
Kereta ‘mahal’ Tuan Akram habis dihantar untuk diservis.Bijak satu.
Vespa aku tersadai macam boya Amazon mati kering.Bijak dua.
Yang tinggal hanya basikal buruk yang penuh dengan peluh buntut Izz.Bijak tiga.
Jawapannya:Izz Rayyan Datuk Akram Williem memang bijak.
Jam di tangan sudah menunjukkan jam sebelas suku.Masak aku.
Tanpa berfikir panjang lagi basikal buruk itu ditunggangnya.Hampir tercabut nyawanya mengharungi jalan raya yang berbukit bakau lagi berliku itu.Sampai saja di jalan utama Mia menahan sebuah teksi.
“Mahu ke mana adik manis??”.Galak punya pak cik.Aku penampor seminggu tersadai dekat ICU.
“Tanjung”
“Mau shopping ke dik?”.
Banyak songeh punya pak cik.Aku dahlah lambat dah ni.
Jam menunjukkan jam 11.40 pagi.Kesesakkan lalu lintas menambahkan ke’gabra’an Mia.Kelembapan pak cik ini memandu menambahkan lagi gabranya.
“Pak cik stop dekat hujung jalan ni jap”,arah Mia.Dia nekad.
Ternyata pak cik teksi itu bertambah bingung lagi pabila Mia mengarahkan dia untuk keluar dan masuk ke seat penumpang.
Mia mula mengambil alih pemanduan.                                                                                      
Tanpa sebarang kata Mia men’drift’ laju teksi tersebut.
Pak Cik teksi itu ternyata kecut perut.Mulut lelaki tua itu tidak henti membebel dan berishgtifar.
Sampai saja ke Wisma Williem.Pak cik teksi itu berlari keluar mencari longkang untuk termuntah.Mia yang sudah kelewatan itu berlari menuju ke arah pejabat Izz.
Maaflah pak cik.
Sampai saja di hadapan lif.Ciss.
‘Haraf maaf sedang diselenggara’.
Masak bin mampus aku.Jam sudah menunjukkan jam 11.54 pagi.
Mia dengan segala kudrat yang berbaki berlarian mendaki tangga menuju ke tingkat 14 bangunan itu.
…………………………………………….
                Wahai Eryna Damia oi.Welcome my servant.Haha.Baru kau tahu.Betapa hebat lagi handsomenya lelaki bernama Izz Rayyan ni.
Jam sudah menunjukkan jam 11.58 pagi.Kontrak ‘Maid No.1’ sudah siap dicetak.Hanya menunggu kehadiran Mia untuk menandatangani kontrak ini.
Sedang asyik Izz bersenang lenang menikmati secawan teh cap Lipton.Mia merempuh masuk dan berlari menuju ke arah Izz.
“Siap.Lunchbox awak.And.I made it.11.59 pagi dan 55 saat”,ujar Mia sambil termengah-mengah.
Cheese bin keju punya minah.Macam mana kau boleh sampai on time.Tak boleh jadi ni.This is ridiculous man.I never lose.
Izz masih tergamam.Mia dengan senyuman kegembiran berlalu pergi meninggalkan Izz.
“And one more thing tuan muda.LOSER.HAHA”,ejek Mia sambil mengayakan gaya ‘loser’ nya.
Damn it.
Izz menumbuk mejanya.Tangannya meraup wajahnya yang ternyata merah padam itu.Alkmaklumlah anak mat Melayu celup pewarna Mat Salleh dengan Apek.
You wait for tomorrow Mia.I promise that I’ll not let you go.
………………………
Usai solat Isyak berjemaah bersama mama ,aku menyalami dan memeluk mama dengan sepenuh hati.Entah mengapa hatinya terasa sayu sekali.Bagaikan inilah kali terakhir kami akan bersama.
Setelah selesai solat mama mengajak aku menonton bersamanya.Tetapi aku menolaknya.Rindu sungguh dia pada kakaknya.Pantas nombor Kak Mel di dial.
Tut..tut..tut.
“Helo.Assalamualaikum.Adik Along.Asal call ni.Rindu erk?”,sapa Melissa dengan penuh riang.
“Mana ada rindu.Silap diallah.Orang nak call orang lain”,seloroh Mia.
“Nak call siapa?Ryan?Opss”,usik Melissa.Bukannya dia tidak tahu.Mia memang tidak suka apabila dia  diejek  dengan Ryan.
“Along ni.Asyik-asyik Ryan.Orang tak naklah dekat dia.Bagi along jela”,rajuk Mia.
“Ala busuk-busuk.Buruk bebenor kamu merajuk Mia.Back to the point.Asal kamu call along ni?”,pujuk Melissa.
“Saja ja.Orang rindu.Along bila nak balik bawa abang Chad Evans tu.Mama tak habis-habis tanya bila along nak bawak balik mat salleh tu jumpa mama”
Melissa tertawa.
“Nantilah.Dah confirm dia nak jadi laki along.Along guarantee bawa dia balik jumpa mama.Sekarang ni dia sibuk”,ujar Melissa panjang lebar.
“Alhamdullilah.Seronoknya nak dapat brother-in-law anak mat salleh”
“Insya-Allah Mia.Sekarang ni pun dia sibuk dengan kelas agama dia.Alhamdullilah dik.Dia suka dengan Islam bukan sebab along.Tapi sebab  Allah”
“Bertuah akak Mia sorang ni.Jelouslah Mia”
“tak payah kamu nak jelous Mia.Along lagi jelous dengan kamu”
“Why???”
“Because you have Aryan Qaiser. A man that willing to die for you”
“Choiii.Topic change”
“Whatever.Oklah along kena gerak dulu.Ada class.Kirim salam dengan mama ya.And.Pesan dengan mama.Masakkan rendang tok kegemaran along untuk raya ni tau.If tak ada aral melintang .Seminggu sebelum raya along sampai Malaysia ”,pesan Melissa panjang lebar.
“Baik boss”
“Oklah Assalamualaikum”
“Waalaikummusalam...Along.Mia sayang along tau.Mia minta maaf juga kalau Mia ada buat silap dengan along”,sayu Mia mematikan panggilan.Entah mengapa hatinya terasa kosong sekali.
Melissa terkedu.Suara dan nada adiknya yang nakal itu terasa lain sekali.Hatinya tidak sedap.Bagai ada sesuatu yang bakal terjadi.
‘Ya Allah.Lindungilah keluargaku daripada segala bencana dan kecelakan’.Amin.
…………………………
Matanya tidak dapat lelap.Mia bangkit dan membuka emailnya.Satu persatu mesej dalam mailbox yahoo diperiksa.Seperti dijangka.Email daripada Ryan memenuhi inbox.Salah satu email terbaru daripada Ryan diklik oleh Mia.

"Finding someone you love and who loves you back is a wonderful, wonderful feeling. But finding a true soul mate is an even better feeling. A soul mate is someone who understands you like no other, loves you like no other, will be there for you forever, no matter what. They say that nothing lasts forever, but I am a firm believer in the fact that for some, love lives on even after we're gone." 
-Cecelia Ahern(p/s I love you)
P/s: I will always be with you
Love & kiss
Ryan.

Sekali lagi Ryan menyentuh hatinya.Lelaki ini terlalu menyayangi aku.Tapi entah mengapa aku sukar untuk menerima kehadiranmu lebih daripada seorang teman.Maafkan aku Ryan.
Email Ryan akhirnya dibalas jua oleh aku.

Thanks a lot for sending me such a great quotation every single day. I’m sorry for not being a person that care for you like you did to me. I just want to say that ‘I’m so sorry’ .And I really mean it. Go and find someone that will love you just like you love her.
"You deserve someone who loves you with every single beat of his heart, someone who thinks about you constantly, someone who spends every minute of every day just wondering what you’re doing, where you are, who you’re with, and if you’re OK. You need someone who can help you reach your dreams and protect you from your fears. You need someone who will treat you with respect, love every part of you, especially your flaws. You should be with someone who could make you happy, really happy, dancing on air happy." 
-Cecelia Ahern
P/s: I’m sorry.
Love,Mia.


" Close together or far apart, you're forever in my heart."



2 comments:

zty said...

oit . ryan tu dgn zty la last skali . wawawa (lompat kegirangan)

amira said...

manyak la hang...dari bg kat hang baik ambk kat aq,,hihi