Sunday, May 22, 2011

diari cinta untuk-Nya oleh mierab



Diari Cinta Untuk-Nya
1 Januari 2011
            Selamat tahun baru dunia!!!.Aku jatuh cinta itulah tajuk utama untuk hari ini.Mungkin sudah terlalu lewat untuk gadis berumur 26 tahun untuk melafazkannya.Tapi itulah yang sedang aku alami.Dia bukan lelaki yang sempurna dan bukanlah jua lelaki idaman Malaya.Seorang duda dengan seorang anak.Itulah sebaris ayat yang dapat aku gunakan untuk mengambarkan lelalki istimewa itu.Pertemuan di hadapan Masjidil Haram menemukan aku dengan insan istimewa ini.Pada mulanya kehadiran aku ini hanyalah sekadar memenuhi kehendak syarikat.Aku sendiri tidak mengerti apa hikmah disebalik kehadiran aku ke Makkah.Tapi kini aku pasti kehadiran aku adalah untuk bertemu cinta sejati ku iaitu Qhalis Umar.Debaran di hati pula makin kencang apabila tarikh pernikahan kami makin mampir.Wish me luck.


3 Januari 2011 
    Hari ini aku bersama-sama Qhalis dan anaknya,Adam Darwis menghabiskan masa kami bersiar-siar di sekitar Penang untuk mencari kelengkapan perkahwinan.Mama dan papa menyerahkan sepenuh kepercayaan untukku bagi menjayakan majlis ini.Aku tahu mama dan papa tidak sepenuhnya bersetuju dengan perkahwinan ini.Tapi aku mengambil langkah ‘masuk telinga kiri keluar telinga kanan’.Akhirnya mama dan papa pun yang sudah give up dengan kedegilan aku dan merestui perhubungan kami.Yang peliknya,aku semakin tenang bersama Qhalis.Banyak yang aku belajar darinya mengenai Islam.Setelah hampir 26 tahun aku hidup sebagai seorang Islam baru kini aku mengenali agama ini.Papaku ialah seorang warga British dan mamaku pula ialah seorang wanita Melayu yang sentiasa sibuk dengan businessnya.Kejahilan aku terhadap Islam makin menebal apabila papaku menghantar aku ke Amerika.Hadirmu satu misteri itulah yang dapat aku gambarkan setelah Qhalis muncul dalam hidupku.Berita paling gembira ialah aku sudah mula bertudung.Alhamdulillah.Itulah ayat baru yang Qhalis ajarkan untukku.Terima kasih cikgu.

31 Januari 2011

    Tarikh keramat untuk aku.Akhirnya aku sah menjadi milik seorang lelaki bernama Qhalis Umar dengan sekali lafaz.Alhamdulillah.Itulah yang meniti di bibirku di saat itu.Suasana hiba mula menghantui di saat Qhalis mengucup dahiku.Debar hati ini makin kencang.Aku seolah terjaga dari mimpi.Tanggungjawab terhadap keluarga mula menghantui diriku.Namun kelembutan tangan Qhalis mengusap jauh segala keresahan itu dan seolah memberi kekuatan kepadaku.Di tambah pula,kehangatan pelukan anak kecil,Adam.Ia ibarat mimpi.Titisan air mata kesyukuran mengalir deras membasahi pipiku.Selamat pengantin baru Amanda Melissa Yusuf.

14 Februari 2011
    Sudah setengah bulan kami bernikah.Semuanya berjalan lancar.Walaupun ada sekelumit rasa terkilan kerana Qhalis membatalkan bulan madu kami akibat kesibukannya ia tidak mengapa.Hari-hariku makin sibuk apabila kini aku sudah mempunyai tanggungjawab baru.Syukur Mak Seha ada untuk membantuku.Aku akui ini semuanya cukup baru untukku.Sebelum ini segalanya diuruskan oleh pembantu rumah aku.Belajar itulah yang aku bisikkan ke dalam hati.Pertama kali jua Adam memanggil aku Ummi.Terkebil-kebil aku dibuatnya.Apa itu Ummi.Anak kecil yang petah berbicara itu berbuih-buih men’explain’kan kepadaku.Ummi=mama.Pertama kali aku mendengarnya tapi sedap bunyinya.Hari ini jua kelas pertama fardhu ain aku bersama Mak Seha.Wanita tua ini cukup mesra sekali.Terima kasih.

24 April 2011
    Bulan madu kami yang pertama bukanlah ke Paris atau Bali tetapi Makkah.Tempat pertama aku bertemu Qhalis dan kehadiran aku ke sini bukanlah untuk mencari cinta manusia lagi.Tetapi cinta hakiki iaitu cinta kepada Illahi.Kehadiran aku dalam keluarga ini banyak membawa aku mengenali pencinta yang sebenar.Hatiku terasa tenang sekali.Dalam hatiku tidak berhenti-henti aku memanjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana mengurniakan seorang suami dan bapa yang istimewa ini.Di hadapan Kaabah aku membisikkan rahsia hatiku supaya dikurniakan kebahagian dan kegembiran kepada Qhalis dan Adam.Aku jua berdoa supaya kami sentiasa dihidupkan dan dimatikan dalam Islam.Terik mentari cukup menginsafi diri kerdil ini.
Ya Allah tabahkanlah hati hamba-Mu ini untuk menjadi isteri dan anak yang solehah.Amin

21 November 2011
    Gembira sungguh hari ini apabila doktor mengesahkan aku mengandung.Pelbagai rencana sudah diatur untuk mengejutkan Qhalis.Perasaan teruja cuba dikawal.Kepulangan Qhalis dinanti dengan penuh debaran.Jam sudah menunjukkan jam 11 malam namun kelibat Qhalis masih tidak kelihatan.Tiba-tiba satu panggilan masuk.Qhalis.

25 Mei 2011
    Sudah masuk hari 5 namun aku masih belum dapat memberitahu Qhalis mengenai berita gembira itu.Kesibukkan Qhalis makin menjadi-jadi semenjak syarikatnya mendapat tendor baru.Rasa sedih di hati dipujuk.Tak apa beri ruang kepadanya.Aku rindukan kerjayaku.Takut.Itulah yang perasaan yang menghalang aku untuk meluahkan niat hati ini.Aku mengerti Qhalis tidak mahu aku berkerja.Kerjayanya kini sudah cukup untuk menampung kami sekeluarga.Dari segi wang ringgit,Alhamdulillah.Tambahan pula,Qhalis mahukan aku menumpukan sepenuh perhatian kepada Adam yang sejak dari kecil hidup tanpa seorang ibu.Tapi bagaimana dengan seorang lagi anaknya ini.Sabar.Ya itulah kunci rahsia yang diajar oleh Mak Seha.

1 Disember 2011
    Akhirnya Qhalis tahu jua kehadiran anak barunya ini.Setelah sekian lamanya aku menanti waktu yang sesuai untuk memberitahu.Tapi semuanya sudah terlambat aku mengalami keguguran.Mana ada wanita yang tidak sedih.Doktor memaklumkan bahawa rahimku tidak cukup kuat untuk menampung kandungan ini.Terasa sayu melihat raut wajah Qhalis.Maafkan aku.

2 Januari 2012
    Hari pertama persekolahan Adam.Kesibukan Qhalis menyebabkan dia tidak berkesempatan menghantar Adam pagi ini.Berteman Mak Seha aku menghantar Adam ke sekolah.Sayu hati ini melihat keriangan ibu bapa dan anak-anak mereka pada hari pertama persekolahan.Seronok rasanya andai memiliki zuriat sendiri.Makin hari semakin jauh rasanya Qhalis dari aku.Tidak pernah pula aku mensuarakan rasa hati ini padanya.Cuma kusuarakan moga Allah masih menyimpan sedikit rasa cinta Qhalis untuk aku.


22 Mac 2012
    Gembiranya rasa hati apabila doktor mengesahkan aku mengandung lagi.Qhalis dan Adam gembira sekali mendengarkan perkhabaran ini.Adam pula sudah sibuk mencari nama untu adik barunya ini.Qhalis pula tidak habis-habis member syarahan kepadaku.

22 Oktober 2012
    Sudah lama benar aku tidak menulis.Terlalu banyak yang aku sediakan untuk menyambut bayi pertama ini.Manakan sibuk dengan kelas fardhu ain dan mengaji.Sekarang pula bertambah satu lagi kelas iaitu kelas ibu dan bayi oleh Mak Seha.Qhalis pula sibuk menjadi doktor tidak bertauliah.Jangan makan itu ini.Gembira dan syukur ya Allah.Adam pun sibuk menghiasi bilik baby baru ini.Sebulan lagi aku bakal menyambut kelahiran anak ini.Tunggu Ummi ya sayang.
30 Oktober 2012
    Siapa sangka malam itu menjadi titik tolak perpisahan yang paling pilu dalam hidupku.Kesibukkan Qhalis menyebabkan kami memutuskan untuk pulang pada malam itu jua.Sayup mata ibu Qhalis melambai pemergian kami betul-betul meruntun hatiku.Qhalis kelihatan letih sekali lalu kami mengambil keputusan supaya aku yang memandu.Tambahan pula kami sudah menghampiri Kuala Lumpur.Siapa sangka.Takdir menentukan segalanya.Ketika aku memasuki persimpangan ke Kuala Lumpur tiba-tiba sebuah kenderaan hilang kawalan dan merempuh sebuah treler di hadapannya.Aku dengan sedaya upaya mengelaknya.Malang tidak berbau kami dirempuh oleh kenderaan lain pula.Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya mati di hadapan mata sendiri.
1 Disember 2012
    Hampir sebulan aku terlantar di hospital.Bangkit dari koma aku menerima khabar sedih apabila aku kehilangan anakku dan Adam.Saat itu Allah saja yang tahu perasaan ini.Bayang Qhalis langsung tidak kelihatan yang setia berada di sisi hanyalah Mak Seha.Bertambah sayu lagi hati ini.
15 Disember 2012
    Qadaq dan qadar itulah yang diajar oleh Mak Seha.Semua ini telah menjadi ketentuannya.Aku mula bangkit dari mimpi ngeri ini.YA Allah kurniakan ketabahan kepada hambamu ini.
22 Disember 2012
    Makin hari,kebencian Qhalis makin membara terhadapku.Semenjak aku sedar dari koma tidak sekalipun dia berbicara padaku lagi.Marahnya terhadap kecuaianku masih belum reda.Aku masih berharap dia akan kembali kepadaku dan memberi kekuatan sewaktu pertama kali aku menjadi hak sahnya.

18 Januari 2013
    Qhalis sudah mula berbicara denganku.Namun tiada lagi panggilan sayang.Yang ada hanyalah aku kau.Aku faham dia masih tidak dapat menerima kehilangan Adam anak kesayangannya.Ya Allah hari-hariku sentiasa diuji.Pernah sekali aku terserempak dengan seorang gadis yang bertudung litup yang jauh berbeza dengan aku sewaktu pertama kali aku bertemu Qhalis Umar sedang gembira bergelak tawa dengan suamiku.Hati mana tidak sedih.Keimananku makin diuji apabila doktor mengesahakan aku tidak mampu hamil lagi.Detik itu aku sudah hilang arah tuju.Aku merasakan seolah takdir sedang menghukum segala kekhilafan aku dahulu.YA Allah pada-Mu aku merintih janganlah Engkau jua pergi dari-Ku.Kehangatan air mata dari mata hati ini mengalir tanpa henti.Aku kini ibarat pengembara di tanah gersang.Tunjukkanlah aku jalan yang lurus.

23 April 2013
    Satu ungkapan dari bibir Qhalis cukup merobek hati wantina ini.Hari ini Qhalis pulang awal.Dapat jua aku dan ibu Qhalis makan bersamanya.Sedang sibuk aku menyiapkan air untuk suamiku,kedengaran ibu seolah-olah sedang bertengkar.Pertengkaran mengenai sikap Qhalis kepadaku.Selaju angin lintar Qhalis melafazkan perasaan bencinya padaku.Habis terhempas gelas yang dipegangku.Sedih.Apa salahku?Ya aku memang salah kerana aku Adam mati.Tapi bukankah ini kerana Qhalis jua yang ingin pulang pada malam itu.Tapi adakah aku yang salah kerana tidak mengelak dari kemalangan itu.Hati aku ibarat dirobek.Sakit sekali.
20 Mei 2013
    Bersyaratkah aku mencintaimu.Tidak.Tapi mengapa aku dikenakan syarat untuk mendapatkan cinta daripada seorang suami.Hari ini sekali lagi hatiku dicarik-carik apabila Qhalis menyuarakan niat hatinya untuk menikahi wanita lain.Aku diberi syarat supaya merestui pernikahan ini jika aku masih mahu menjadi isterinya.Bersyaratkah cintaku ini.
30 Mei 2013
    Selamat pengantin baru abang.

1 April 2013
    Buat pertama kalinya aku melangkah pergi tanpa izin seorang suami.Pergi yang tidak mungkin akan kembali lagi.Aku tidak perlu memperjudikan cintaku ini kepada seorang lelaki yang boleh melukakan hati.Kerna aku mencari cinta hakiki yang tidak mungkin akan melukakan hati hamba-Nya,Allah Hurabbi.Segala dokumen penceraian telah siap disediakan dan hanya menunggu perintah mahkamah.Hari ini aku bangkit mencari keadilan dan janji suci yang abadi.

1 April 2015
    Langit Jordan menjadi saksi seorang wanita mencari kebenaran dan kekuatan dalam hidupnya.Terima kasih ya Allah kerana masih mencintai hamba-Mu ini.Kini aku kembali mencari yang hakiki.Penerbangan kembali dari Tanah Suci terasa singkat sekali tidak seperti perjalanan dari Malaysia.Alhamdulillah pengembaraan aku ke sini menemukan dengan seorang insan bernama Umar Tahfiz.Hasil cinta dua insan ini lahirlah seorang putera.Kuasa Allah siapa yang tahu.Seorang wanita yang disahkan tidak mampu melahirkan anak akhirnya menjadi seorang ibu hari ini.Semuanya dengan kehendaknya.Sehebat mana kuasa sains tidak mampu menyangkal kehebatan Allah.Syukur Ya Allah.

3 Jun 2015
    Suara garau itu sudah lama tidak aku dengari.Qhalis Umar.Wajah itu masih sama cuma kelihatan sedikit cengkung.Matanya kelihatan sayu sekali.Secalit senyuman sahaja yang mampu kuhadiahkan.Kehadiran Muhammad Adib menarik tanganku mematahkan bicara yang terkunci di kerongkongku.Ucapan selamat tinggal mampu kuhadiahkan dengan lambaian sepi.Mungkin engkau bukanlah untukku tetapi dia menciptakan dirimu untukku supaya menunjukkan kepadaku kebesaran-MU.Dan mungkin cinta kau dan aku tidak akan bersatu di dunia ini dan mungkin kita akan bersama di atas sana.Insya-Allah.


4 comments:

ezzati hamid said...

mirabb . ni hang tulis ka ? wahh . aku excited baca nih . hee

amira said...

ya saya tulis,,zati hijau erk??

ezzati hamid said...

wahh wahh , penulis rupanya makcik ni ,
yeye , ezzatidanhijau , hee :)

amira said...

penulis tak bertauliah