Sunday, May 22, 2011

I'M NOT GEMUK!


I’M NOT GEMUKLAH!
            Hai!Nama diberi Liyana Yusof dan bukanlah Liyana Jasmin ok.Kekawan aku yang sempoi habis tu mengelarkan diri ini sebagai Yana.Pelajar tahun akhir jurusan multimedia di salah sebuah  universiti terkemuka di Malaysia ja(tak cukup kelayakan nak belajar seberang laut sebab pendek…akal).Tapi sekarang aku dah kaya-raya sebab dah kerja.Dulu berbajetkan biasiswa yang ciput je.Kisah aku dan bukan kisah kau ni of courselah  pasal aku bukan pasal korang.Kalau nak aku tulis pasal korang kena chargelah.Harga mengikut keboringan cerita kurang.Lagi boring lagi mahallah.Ok,berbalik pada kisah aku yang menarik lagi tetarik nie.Kisah aku bermula time tahun akhir aku.Masa mula-mula masuk tak da cerita lagi.Sekarang dah popular banyaklah sikit cerita.HAHAHA(gelak perasaan taik).
            Alkisahnya bermula apabila aku bertemu dengan sorang cowok gantang nie.Aku nie boleh dikategorikan dalam golongan yang berat berlebihanlah bukan obess ok.Tapi ok pe.Itulah identity aku kalau kurus tak jadilah Liyana Yusof lagi(erti kata nak sejukkan hati sebab malas nak diet+excersise).Pertemuan kitaorang cukup sadis.Yala.Korang kalau ada mamat usha sampai tembus dinding tengok korang of courselah korang nak usha balikkan.Samalah kes dengan aku.Aku ni pantang orang usha-usha nie.Aku mula naik gatal nak usha gak.HAHAHA.So,sedang syok aku dok usha rapat mamat nie.Tup-tup,aku terpeleot jatuh dalam longkang.Siot malu.Dahlah aku ni pop ular.Mamat nie pun dengan muka innocent menghulurkan bantuan mangsa longkang.
            Kusangka sampai di situ saja pertemuan kami.Sekali lagi kami terserempak.Wah macam dalam drama pula.HAHAHA.Kali ni lagi la best kerana plotnya di sebuah restoran makanan mengemukkan.Aku kalau sudah menghadap makanan .Nauzubillah.Ngeri mak kata.Aku pelahap bukan tengok orang kiri kanan lagi.Dijadikan ceritanya,sedang asyik aku melahap.Tak sedar la pula yang tulang ayam yang dimakan aku terpelanting masuk pinggan orang sebelah.Ganas tak.Aku sendiri tak pasti macam mana tulang ayam tu boleh jalan pergi meja sebelah(cerita sebenar aku terlebih bagi pressure masa nak ceraikan isi ayam.Lalu ayam aku slide  pergi meja sebelah).Sumpah mak malu.Mamat tu senyum ja.Dahla hari tu aku memalukan diri depan dia juga.Ada mak kisah.
            Alhamdulillah.Seminggu lebih juga aku tak serempak dengan mamat tu.Dah seminggu tak jumpa faham-fahamlah.Aku pun lupalah pasal kejadian memalukan tu.Hari yang cerah ni tetiba buddies aku yang separa masak nie ajak aku ber’futsal’.Siot dah la aku ni semput.Tapi nak jaga standard aku joinlah juga dengan separa hati.Sedang asyik aku menendang angin tup-tup macam mana dijadikan cerita mak tertendang sorang mamat yang lalu depan gua.Habis tersembam lalu derdarah hidungnya.Dahsyat jugak mak nie.Yang bertambah rasa bersalah mak nie bukannya apa.Mamat yang mak tending tu mamat yang sama.Apa kehal  ejang.Jenuhlah mak jadi nurse merawat mamat nie.
            Lagi sekali mak terserempak lagi  mamat tu.Kali nie kejadian berlaku di perpustakan.Wah.Macam iklan Sunsilk dah.Aku dengan muka poyo buat dek ja dengan mamat tu.Yala.Malu.HAHAHA.Beberapa jenak kemudian bayang mamat innocent tu hilang.Aku pun buat dek jala.So,aku pun berjalan sambil makan angin keluar dari perpustakaan.Adoi.Tiba-tiba mamat innocent tu bergerak ke arah aku(still control cute).Sampai ja depan aku mamat tu berhenti.Memmang patutlah dia berhenti takkan nak langgar kot.Tak pasal-pasal kahwin free pulak.Wah,tetiba dia perkenalkan diri sebagai Adam.Aku  dengan ternganga membalaslah salam perkenalkan daripada Adam.
            Wah makin lama makin mesra.Mula-mula teman tapi mesra sekarang wah memang mesra.Kitaorang dating memang lain dari yang lain.Tempat dating kami taman rekreasi(berjogging),gym,taman Negara(jungle trekking), dan semua tempat yang boleh bersukan.Ya Allah.Sabor jela.Tak masuk lagi part makan.Orang lain makan dekat Pizza Hut,Secret Recipe.Kitaorang kedai mamak.Hari-hari tosai dengan air kosong.Tak pun capati.Aduhai.Memang jaga kesihatan gila.Semenjak aku bercintun dengan Adam aku dah mula menghampiri golongan berat badan ideal.Mau taknya.Wah memang seronok.Tambah lagi nak shopping baju.Dulu nak pakai tu tak boleh nak pakai ni tak boleh(aku still balun gak) tapi sekarang tidak lagi.
            Hampir setahun berlebihan mak bercintun sampai masuk alam pekerjaan jugalah.Adam sekarang sedang berjayanya menguruskan syarikatnya.Adam’s Architecture Sdn.Bhd.Wh.Bukan Adam Nur Kasih.Nie Adam Nur Liyana ok.Yalah sedangkan lidah lagi tergigit inikan orang sedang bercintun(mak tak pernah lagi gigit dia ok).Satu hari kitaorang gaduh besar nasib baik tak perang tak pasal-pasal Malaysia darurat.Memang mak merajuk gila.Selalunya mak  merajuk mesti dia pujuk kali ni tidak.Rasanya Adam pun dah menyampah nak memujuk mak kot.Dijadikan cerita mak pun pergilah cari Adam.Dalam perjalanan jenuh juga mak mereka ayat nak minta maaf.Yalah selalunya bab minta maaf Adam yang selalu buat.Kali ni mak decide nak minta maaf dulu.Jangan tak tahu.Mak siap call kawan baik mak minta ayat nak pujuk orang.Yalah harap mak of courselah lidahku kelu seribu kata.
            So,aku pun bergerak dengan kadar 60 km/jam ke rumah Adam.Yalah pemandu berhemah katakan.Tah kenapa mak rasa tak sedap hati.Sampai ja depan pintu rumah dia aku pun tekanlah loceng.Tak berjawap.Aku pun dengan gaya detektif menghendap masuk.Mengikut undang-undang memang boleh dikatakan menceroboh.Ada aku kisah.Pintu tidak berkunci.Television masih terpasang.Aku mula menyahut.Tapi tak ada jawapan.Aku pun naik ke tingkat atas.Hampir tercabut jantung aku melihat kebenaran ini.
            Rupa-rupanya,Adam ialah Jantayu a.k.a Mak Nyah.Syukur aku belum menjadi isterinya.Tak pasal-pasal suamiku lembut isteriku brutal.Choi.Alhamdulillah,kami masih berkawan dan dah naik taraf jadi best friend.Adam kini tidak lagi perlu mengontrol macho depan aku.Mengingatkan kembali kejadian 2 tahun yang lalu memang lucu rasanya.Aku tidak boleh membayangkan bagaimana Adam dapat bertahan untuk berlakon.Tapi bak kata perpatah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.Adam kini sudah  mula menjadi lelaki sejati hasil lakonannya.Aku.Aku bukan lagi Yana Gemuk.I’m not gemuk ok.HAHAHA. Thank to Adam.
            Allah itu Maha Mengetahui.Semuanya di bawah rencana-Nya.Dia mempertemukan kami berdua untuk memenuhi kekurangan kami berdua.Oh,sebelum terlupa pasti semua tertanya.Apasallah Adam nak ambil aku jadi aweks dia.Inilah ceritanya.Rupa-rupanya,mamat nie desperate.Dijadikan cerita mak dia dapat tahu pasal aktiviti Nyah dia.So,disebabkan aku ni selalu menyusahkan dia.Akulah mangsa  keadaan.Kira aku nak marah pun tak jadilah.Kira bayar hutanglah.Orang kata dalam hidup ni kita kena positif.Kalau putus cinta tu tak payah lah nak telan panadol sedozen.Terjun bangunan.Kak Long,Pak Long bukan masuk Malaysian Book of Record.So,moral of story:hidup kena chillex.Auww.XOXO.

4 comments:

Anonymous said...

haha awesome lahh jalan crtaa hg!

amira said...

trimas....

ezzati hamid said...

haha , hebad lah makk , nanti buat cerita boh nama aku ye nokk , :)

amira said...

bole aja,,,bg main event...aq expand cer utk ank