Saturday, December 17, 2011

Adakah kita manusia akhir zaman itu?Bersediakah kita?

Assalamualaikum & afternoon everyone.



Adakah kita manusia akhir zaman itu?
Sebuah tajuk yang thethe rasa bukanlah satu yang boleh dipandang enteng.

Kenapa?Asal?Lambat lagi lah nak kiamat?

Itulah jawapan stereotype yang memang terdapat dalam skema jawapan umat manusia sekarang.

Sedar tak sedar.Dunia kita ini sudah berbillion-billion umurnya.Sebelum Adam dan Hawa diturunkan.Allah terlebih dahulu menciptakan dunia ini.

Setiap yang hidup pastikan akan mati.
Begitu jua dunia kita.
Thethe ingin mencuri sedikit masa anda.
Cuba renung sekeliling anda.

Keruntuhan akhlak spt homoseksual,pembuangan bayi.Keruntuhan sistem politik.Bencana alam.Dan yang terkini..
sedar atau tidak..dunia kita mungkin mengalami inflasi kewangan sekali lagi atau dalam bahasa mudah kejatuhan  ekonomi.
dan mungkinkah semua ini petanda kuat akhir zaman.

Cuba kita kembali semula kezaman lalu.
Faktor2 kejatuhan sesuatu tamadun itu jelas menyatakan.
Faktor penyebabkan kejatuhan mereka adalah disebabkan
keruntuhan akhlak,bencana alam,keruntuhan sistem politik.

Semua ini jelas tertulis dalam sejarah lalu.
Tapi manusia itu terlalu sombong dan bongkak untuk mengakui kesilapan mereka.
Walaupun sejarah dunia kita telah di caca marbakan oleh 'yang bijaksana' Yahudi laknatullah.
Tapi disebalik penipuan itu masih tersirat satu pengajaran besar.

Bila thethe baca akhbar,entri bloggers.
Nauzubillah.
Harus diakui.
Hakikat dunia sekarang memang sangat menakutkan.

Semua jelas tertulis dalam Al-Quran mengenai kejadian Kiamat..Allah telah menurunkan panduan yang cukup penting.Namun manusia selalu memandang enteng.Sudah memang begitu sifat manusia.


Ingin thethe petik sepotong ayat Al-Quran dari surah Al-Waqiah:

A001
Apabila berlaku hari kiamat itu,


A002
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. 


A003
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). 


A004
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. 

A005
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, 


A006
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, 


A007
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); 

A008 
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? 

A009
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? 


A010
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); 


A011
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), 

A012
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. 



surah Al-Azhaab:


A063
Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi. 



Sesungguhnya setiap benda yang bernyawa itu akan mati.
Yang megah itu akan jatuh.


Hidup ini ibarat roda.


Setiap umat manusia mestilah sentiasa ingat bahawa ada kehidupan lain lagi selepas ini


Bukan saja agama Islam.
Semua agama di muka bumi ini
Menyeru umatnya meninggalkan yang buruk dan beramal dengan yang baik.


Janganlah gunakan agama sebagai provokasi dalam politik atau apa2 saja.


Agama itu tidak bersalah.tapi manusia itu yang menyalahgunakannya.


Janganlah menyangka yang kita sudah menunaikan ibadat wajib-Nya dengan sempurna...
 syurga itu pasti milik kita..


Hanya Allah saja yang tahu nilai kita disisi-Nya. 


Thethe sendiri banyak kurangnya.Moga diri ini ditetapkan iman.Di hidupkan dengan hidayah-Nya.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah,yang cela itu datang dari kealpaan diri saya sendiri.



Selamat beramal dan renung2kan.(^.^)v


Renungan:Bila hati menguasai akal.Iman dan malu hanyalah semulia di bawah tapak kaki seorang pengemis.


For youth,via youth,by youth.

No comments: