Showing posts with label dapur anak BUJANG. Show all posts
Showing posts with label dapur anak BUJANG. Show all posts

Friday, February 17, 2012

sambal udang Mak

Assalamualaikum & salam satu msia ><

Hari ni beta nak berkongsi resepi anak bujang hasil ilham bonda yang tercintan,Puan Siti Aishah
Resepi ni sangat dan teramatlah simple.It's only take 'bout 10-15 min to prepare it.
Kalau dah tahap pro you can manage it within 10-7 min ja.
So sebagai tuntasnya resepi sambal udang mak ni sangatlah sesuai dicuba oleh golongan bujang senang ,bujang sederhana atau bujang miskin di luar sana.So moh la kita mengusha resepi dapur anak Bujang beta hari ni.

sambal udang MAK
Barang-barang yg perlu dibeli bukan dicuri:

~Udang 10 ke 15 ekor(ikut kuantiti yg nk dilahap)
~4-5 camca besar cili  kering yg dikisar dan dibuang biji(takut kena appendices plak)
~ 3 sudu besar sos tomato
~2 sudu besar sos cili
~1/2 cili besar yang dicincang ++
~2 ulas bawang putih dicincang
~garam dan gula secukup rasa.

Cara mem'belasah' sambal udang mak:

  1. Tumiskan bawang bawang kita hingga kekuningan.Make sure jangan tumis sampai hangit.Nanti tak sedap dah.
  2. Masukkan cili kisar kita.Kemudian masukkan pula sos tomato dan sos cili.Tumis sampai pecah minyak bukan sampai pecah perut.^^
  3. Kemudian tambahkan sedikit air untuk melarutkan kuah kita.
  4. Masukkan udang.Masak.Jangan terlalu lama.Jika tidak manis udang akan hilang.
  5. Perasakan dengan garam.Kalau yang minat manis tambahkan gula.Usually amira tak masukkan gula,sebab sos dan udang dah manis
  6. Siap untuk ditelan.^^
sambal udang Mak

maaflah gambar tak canti,Kamera murah ja..hehe

Selamat mencuba!!!^^




Tuesday, June 21, 2011

masak kuah Parpu



Anyeo dan Assalamualaikum
Entri kali ini cik Amira nak berkongsi lagi salah satu resepi
yang diturunkan daripada abah cik amira
iaitu Kuah Parpu.
Resepi nie tersangatlah simple dan mudah
untuk anak-anak dara macam cik amira
kat luar sana
yang nak tunjuk skill masak korang
why not korang try resepi abah cik amira

Masak Kuah Parpu



Bahan-bahan:
  • 100gm kacang parpu
  • 3 biji kentang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 tangkai cili kering
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji telur ayam
  • 2 sudu kecil kunyit
  • 1 cawan santan
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
1.rebus kacang parpu dan ubi kentang kita sehingga empuk.
2.Bila agak-agak rebusan kita dah mula empuk,tumiskan bawang besar,cili kering dan daun kari kita sehingga kekuningan
3.Masukkan tumisan kita ke dalam periuk merebus kita.
4.Kemudian masukkan kunyit dan pecahkan telur ayam kita
5.Kemudian masukkan santan kita.Then perasakan masakan kita dengan garam.
6.Buka mulut nganga luas-luas untuk makan.hahaha

Selamat mencuba~

Monday, June 20, 2011

Dalca daging/ayam cik Amira



Hari ini cik amira sakan berkongsi resepinya

hahaha

cik amira nie bukanlah pro sangat

bab masak ni

tapi tulah

curious

and 

cik amira memang suka 

masak

walaupun tak sesedap mana

ok,dalam entri malam ni

cik amira nak berkongsi resepi 

dalca daging/ayam

yang nie kawan cik amira

cik wani ghani yang request 

so apa lagi jom lah try

tapi maap la..takda gambar nya

nanti bebila lagi cik amira masak

Insya-Allah

cik amira upload

Dalca Daging/ayam
Bahan-bahan:
  • Ayam/daging(ikut kuantiti yang anda inginkan)
  • Kacang dhal(nama lain~kacang parpu)-selalu kat kedai cik amira minta seringgit..korang agak2 la
  • 3 biji kentang(potong dadu)
  • 1 peket serbuk kari daging
  • 1 batang kulit kayu manis*
  • 2 biji bunga cengkih*
  • 3 biji bunga lawang*
  • 3 biji pelaga*
  • 1 biji bawang besar(kisar)
  • 3 biji bawang putih(kisar)
  • 1 inci halia(kisar)
  • 1 cawan santan
  • 1-2 biji terung bulat
  • 2 batang kacang panjang
  • 1 batang carrot(rebus)
  • 2 tangkai daun kari
  • garam
Cara-cara:
1.Tumiskan rempah empat sekawan(*) hingga naik bau wanginya.Then tumiskan bahan-bahan yang dah dikisar dan daun kari hingga kekuningan.
2.Masukkan daging/ayam kita.Masak sekejap untuk make sure di empuk dan masak at the end nanti.
3.Kemudian masukkan rempah kari dan tambah sedikit air.Teruskan masak sampai daging kita empuk
4.Then,masukkan kacang parpu,carrot dan kentang yang kita dah rebus tadi.Tambah sikit air dan biar dia mendidih.Kemudian masukkan santan,sayur-sayur yang selebihnya.Perasakan dengan garam.Less is better..hi3
5.Sediakan perut untuk makan.

SELAMAT MENCUBA






mi kari CIK AMIRA




Hello..hello..

bersama lagi kita dalam rancangan

ketuk-ketuk

dapur Cik Amira

kali ini cik amira nak berkongsi 

resepi mi kari cik amira

agak lama juga cik amira 

tak update entri untuk bahagian dapur Cik Amira

actually banyak resepi cik amira

nak share

tapi

tula

malas nak upload gambar dari kamera

tapi kali ni

cik amira 

post dulu resepi

Insya-Allah

nanti cik amira akan 

post gambar mi kari cik amira

Mi Kari untuk Dummies(mcm cik amira la)

Bahan-bahan

1 peket mi
500gm daging ayam..kalau tak tau sukatan...beli ja dkt supermarket..isi ayam dkt bhgn frozen food
Kerang(ikut berapa banyak korang nak)-jgn lupa rebus n kopek isi dia..kan korang masuk ngn kulit plak..
1 peket Serbuk kari daging
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
1 bawang besar(tumbuk)
3 biji bawang putih(tumbuk)
1 inci halia(tumbuk)
1 peket santan
1 kiub ayam
2-3 biji kentang(rebus hingga empuk)

hiasan
tauge
tomato
sawi
fish ball and fish cake
telur ayam(rebus taw)
taugha goreng
limau nipis(kot nak masam-masam...ikut cita rasa)

Cara-cara:
1-tumiskan dahulu bunga cengkih ngan kulit kayu manis..sampai keluar bau yang wangi
2-masukkan daun kari ngn bahan-bahan yg ditumbuk..tumis hingga hangit  kekuningan
3-masukkan serbuk kari and tambah sedikit air
4-masukkan ayam kita.Masak sampai wangi kari tu dah naik
5-then masukkan santan,kerang,dan kentang kita
6-Masaklah sampai semua bahan kita tu dah masak.
7-bila dah siap hidangkan dengan bahan hiasan kita tu..ok
8-sediakan perut yang kosong untuk melantak

Selamat mencuba

Sunday, April 24, 2011

~western roll~

Hai semua..wah..wah...cik amira nie mmg tak da keja slain berbloggingkan

well.....pengganggur terhormatlah kataka...

ok...this time cik amira nk kongsi satu lg resepi express cik amira

resepi  nie tercipta time cik amira form 5

time tu dkt maktab cik amira ada hari usahawan

time tu ktaorg jual sphagetti..

resepi by cik amira gak(wink~)

so,,,dijdkn cerita sphagetti sold out

so ktaorg kne wat backup plan

time tu

ckg penasihat kami blikan sausage,isi ketam & telur

tetiba muncul ilham nk wat mkn baru

jeng,jeng western roll..

so cik amira nk sharelah ngn kekwn...especial ank dara dan anak bujang yg nk

try resepi murah lg cepat

n plg penting kenyang

so,try it out

WESTERN ROLL

Bahan2:

telur ayam bkn telur itik...tp klu nk gne telur itik pon no hal..telur itik lg berkhasiat



sosej



isi ketam


daun oregano(blh cari dkt herbs department)

daun parsli(sma gak )

garam

minyak petrol minyak masak

Cara-cara:

1.pecahkan telur ayam dan buang kulitnya.Then pukul sampai kembang.
Another tips letak air skit dlm telur kita utk buat dia lembut nanti.Nk gne mayonis pn ok.
tp u know.cik amira jaga kesihatan.ngee~
2.campak sosej dan isi ketam yg telah dipotong kuib ke dlm telur kita
3.Masukkan 3~4 sudu kecil daun parsli dan daun oregano.
5.pukul lagi sehingga sebati.Make sure sosej dan isi ketam tak hancur.
6.Atas minyak yg panas,tuangkan telur tadi.Dan wat la stunt plg bergaya korang 
utk sekatakan telur tadi
7.Tadaa siap

Kat bwh nie cik amira tgglkn sdkt gmbran western roll kita.sbb blum sempat cik amira nk
ambil gambar karya agung cik amira,adik cik amira dgn jayanya
dan kidnapp western roll cik amira.Insya-Allah,ada kesempatan cik amira upload rupa sebenar western roll kita.



Friday, April 22, 2011

~milo tabur~

                          Aloha....welcome to entri cik amira...hari nie cik amira nk berkongsi resepi       
  
milo tabur.Utk student kt luar sne yg dah jemu dgn 3 in 1..why not anda cuba resepi cik amira ini...murah dan 

jimat.

MILO TABUR

Bahan-bahan:
Milo
gula
creamer
mineral water
air panas
ais
bekas utk bancuh air
sudu





Cara-cara:
1~bancuh milo menggunakan air panas.Tuang air dlm satu pertiga.Sukatan:milo-4 camca,gula~3 camca besar
2~Kacau hingga sebati.Testlah dulu rasanya terlebih dahulu.Biaq tak manis.(cik amira tgh support kempen kementerian kesihatan).Kemudian masukkan creamer dlm 2-3 sudu.Kacau sampai lembam.
3~Afta tat,tuang air mineral ke dalam bekas tadi hingga agak-agak milo tu dah setengah bekas.
4~Kemudian tuang ais sehingga fulllah jag air tu.Lastly touch up dengan tabur milo dkt ats air milo kita.
TADA