Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Adakah kita manusia akhir zaman itu?Bersediakah kita?

Assalamualaikum & afternoon everyone.



Adakah kita manusia akhir zaman itu?
Sebuah tajuk yang thethe rasa bukanlah satu yang boleh dipandang enteng.

Kenapa?Asal?Lambat lagi lah nak kiamat?

Itulah jawapan stereotype yang memang terdapat dalam skema jawapan umat manusia sekarang.

Sedar tak sedar.Dunia kita ini sudah berbillion-billion umurnya.Sebelum Adam dan Hawa diturunkan.Allah terlebih dahulu menciptakan dunia ini.

Setiap yang hidup pastikan akan mati.
Begitu jua dunia kita.
Thethe ingin mencuri sedikit masa anda.
Cuba renung sekeliling anda.

Keruntuhan akhlak spt homoseksual,pembuangan bayi.Keruntuhan sistem politik.Bencana alam.Dan yang terkini..
sedar atau tidak..dunia kita mungkin mengalami inflasi kewangan sekali lagi atau dalam bahasa mudah kejatuhan  ekonomi.
dan mungkinkah semua ini petanda kuat akhir zaman.

Cuba kita kembali semula kezaman lalu.
Faktor2 kejatuhan sesuatu tamadun itu jelas menyatakan.
Faktor penyebabkan kejatuhan mereka adalah disebabkan
keruntuhan akhlak,bencana alam,keruntuhan sistem politik.

Semua ini jelas tertulis dalam sejarah lalu.
Tapi manusia itu terlalu sombong dan bongkak untuk mengakui kesilapan mereka.
Walaupun sejarah dunia kita telah di caca marbakan oleh 'yang bijaksana' Yahudi laknatullah.
Tapi disebalik penipuan itu masih tersirat satu pengajaran besar.

Bila thethe baca akhbar,entri bloggers.
Nauzubillah.
Harus diakui.
Hakikat dunia sekarang memang sangat menakutkan.

Semua jelas tertulis dalam Al-Quran mengenai kejadian Kiamat..Allah telah menurunkan panduan yang cukup penting.Namun manusia selalu memandang enteng.Sudah memang begitu sifat manusia.


Ingin thethe petik sepotong ayat Al-Quran dari surah Al-Waqiah:

A001
Apabila berlaku hari kiamat itu,


A002
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. 


A003
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). 


A004
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. 

A005
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, 


A006
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, 


A007
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); 

A008 
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? 

A009
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? 


A010
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); 


A011
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), 

A012
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. 



surah Al-Azhaab:


A063
Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi. 



Sesungguhnya setiap benda yang bernyawa itu akan mati.
Yang megah itu akan jatuh.


Hidup ini ibarat roda.


Setiap umat manusia mestilah sentiasa ingat bahawa ada kehidupan lain lagi selepas ini


Bukan saja agama Islam.
Semua agama di muka bumi ini
Menyeru umatnya meninggalkan yang buruk dan beramal dengan yang baik.


Janganlah gunakan agama sebagai provokasi dalam politik atau apa2 saja.


Agama itu tidak bersalah.tapi manusia itu yang menyalahgunakannya.


Janganlah menyangka yang kita sudah menunaikan ibadat wajib-Nya dengan sempurna...
 syurga itu pasti milik kita..


Hanya Allah saja yang tahu nilai kita disisi-Nya. 


Thethe sendiri banyak kurangnya.Moga diri ini ditetapkan iman.Di hidupkan dengan hidayah-Nya.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah,yang cela itu datang dari kealpaan diri saya sendiri.



Selamat beramal dan renung2kan.(^.^)v


Renungan:Bila hati menguasai akal.Iman dan malu hanyalah semulia di bawah tapak kaki seorang pengemis.


For youth,via youth,by youth.

Saturday, December 10, 2011

April showers bring May flowers(Dia yang Terbaik Untukmu)





Tuhan tolong lembutkan hati dia,
Untuk terima aku seadanya,
Kernaku tak sanggup,
Kerna ku tak bisa,
Hidup tanpa dia di sisiku.

Tuhan aku tahu banyak dosaku,
Hanya ingat kamu kala dukaku,
Namun hanya kamu yang mampu membuka pintu hatinya untuk cintaku.

Malam kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku,
Agar dia tidak kesepian,
Selalu rasa ada cinta agung.

Hujan bawa air mataku yang mengalir membasuh lukaku,
Agar dia tahu ku tersiksa,
Tanpa cinta dia dihatiku.

Hanya mampu berserah moga cahaya tiba nanti.

Bila kita duduk sendirian pasti tercuit rasa hati ni dengan persoalan nakal.

"Kenapalah aku seorang ja yang hidup sendirian.Semua orang dekat sekeliling aku ada pasangan hidup masing-masing.Anak Kak Kiah yang tak segak mana tu pun dah kahwin,Siap anak Dato lagi.Tak laku sangat ke aku ni?"



Tak selalu pun, pasti kekadang persoalan tu muncul.Tipulah cakap tak pernah.Tipu dosa,masuk neraka.Hehehe.Peace Yoo.

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman:

A036
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. 
(Yaa Siin 36:36

Jodoh pertemuan ajal maut rezeki.Semuanya ketentuan Dia.Kekadang kita tertanya,kenapalah si dia belum muncul lagi.

Bohonglah andai kata perasaan sunyi dan sepi tak pernah mengetuk pintu hati kita.

Semua ini sudah menjadi lumrah hidup sebagai manusia.Diciptakan untuk berkasih sayang.Dan saling perlu antara satu sama lain.

Tapi apa yang perlu kita pegang dan ingati

Jodoh kita memang wujud.Semua diciptakan berpasangan.
Cuma yang pasti Allah punya rencana-Nya sendiri.

Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
Dan pasti Dia sedang menyiapkan jodoh kita sebaik mungkin.
Agar 'masjid' yang bakal dibina terletak dengan eloknya.

Jadi janganlah bersedih wahai Hawa dan Adam sekalian.



Jodoh kita pasti ada di luar sana.
Cuma Allah belum menemukan kita dengannya
kerna Allah masih menyiapkan diri kita.
Untuk menjadi insan yang terbaik sekaligus pelengkap antara satu sama lain.

Yakinlah bahawa dia ada disana.
Andai kita tak ditemukan disini,
Insya-Allah mungkin di akhirat kelak kita pasti bertemu jua.
Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk diri Hamba-Nya.

Berdoalah agar dia menjadi insan dan pelengkap yang mampu membimbing kita bukan saja di dunia serta di akhirat.
Insya-Allah.
Disini Thethe titipkan doa yang Insya-Allah berguna untuk kita kelak.



P/s:mood ombak rindu punya pasallah aku berjiwang bawang.Insya-Allah moga Allah titipkan hidayah dalam hati hamba-Mu ini untuk menjadi insan yg lbh baik dari semalam.

Peace Yoo.




Friday, July 01, 2011

WANITA itu ibarat air

Wanita itu ibarat air.Itulah tajuk entri yang saya ingin bincangkan kali ini.
Ini satu mesej yang Cik Amira ingin kongsikan dengan semua pembaca
mesej ini cukup membuatkan Cik Amira terharu dan tersentuh
terima kasih kepada Cik Wani yang subuh-subuh buta
telah bersusah payah send mesej ini

"YA Allah,wanita yang membaca ini adalah wanita solehah
yang catik,kuat dan sabar.Sayangilah dia
serta kasihanilah dia.
Tolong bantu tingkatkan kehidupannya,
mudahkan rezekinya,
sihatkan badannya.
Jika dia melangkah mudahkanlah langkahnya
&
selamatkanlah dia
Amin"

terima kasih cik wani utk doa yang sangat indah ini.
Kebetulan Cik Amira dalam keadaan yg sangat memerlukan semangat sebegini

Zaman sekarang ramai blogger-blogger di luar sana yang mendiskusikan topik mengenai kaum Adam dan Hawa.
Kadang entri-entri tersebut agak menguris hati
tetapi dalam masa yang sama dia dapat menyedarkan kita sebagai wanita yang sering melakukan kekhilafan.

Wanita itu secantik air.Seperti air itu sendiri.Apabila ditiupkan dengan khalimah-khalimah yang baik maka cantiklah molekule-molekule air tersebut jika sebaliknya.Sebaliknya jua jadinya.

Sejak dari kecil lagi ibubapa kita telah membekalkan kita dengan ilmu agama
Oleh itu pabila kita melangkah ke alam dewasa
tanggunggjawab itu haruslah dipikul oleh individu itu sendiri
Bagi Cik Amira sendiri
Cik Amira bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang warak
apa yang boleh dikatakan
Ilmu agama yang dibekalkan cukup sederhana
Tetapi disebabkan azam dan niat yang baik 
Alhamdulillah
Allah sentiasa membuka jalan cik amira
untuk beramal kepadanya
kelas-kelas PAFA yang diadakan di asrama
banyak membentuk diri cik amira sekarang.

Orang kata jika ada azam dan takut akan kebesaran Allah
Insya-Allah 
Allah sentiasa memudahkan langkah kita menuju azam kita.
Dan kita oun mampulah menjadi air yang cantik

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." hadis Muslim 

Cik Amira pun sentiasa berdoa akan menjadi salah seorang daripada kalangan wanita itu.

Wanita itu setenang air.
Jangan disangkakan air itu sentiasa tenang
Wanita ini memiliki satu keistimewaan iaitu Kesabaran
Kadang-kadang tahap kesabaran ini jua memiliki limitnya sendiri
Hati wanita ini walaupun luarnya nampak kuat tetapi tidaklah seperti yang dilihat
oleh mata kasar.
Sekali ia terguris susah sekali untuk diubati
itulah bezanya antara lelaki dan perempuan.

Di sini cik amira ingin berkongsi
satu entri yang cik amira baca di sebuah blog
so kredit utk ownernya
54 keistimewaan WANITA
1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

14. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

15. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

16. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

17. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

18. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

19. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

21. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

22. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

23. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

24. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

25. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

26. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

29. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

30. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

31. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.

32. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

33. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

34. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

35. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

36. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

37. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

38. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

39. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

40. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

41. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

42. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

43. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

44. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

45. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

47. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

48. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

49. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

50. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

51. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

52. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

53. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

54. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.