Showing posts with label my cerpen. Show all posts
Showing posts with label my cerpen. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

A new cerpen arrived::Pada Bulan Aku Berpesan.

Pada Bulan Aku Berpesan

Ini sebuah lagi kisah cinta yang sangat random.Apa yang inginku sampaikan bukanlah sekadar sebuah kisah tetapi nilai kepercayaan,kesetiaan dan saling menerima kelebihan dan kekurangan individu.Nobody’s perfect.But Allah The Wiser create His umat to full fill each other weakness and accept the weakness.Kerana itu Dia menciptakan Adam dan Hawa.Supaya Hawa memenuhi kekurangan Adam dan sebaliknya.Bagaimana bisikan Iblis Laknatullah itu mampu merosak sesebuah komuniti.Prinsipku mudah:letakkan akal dihadapan dan iman di sekelilingnya.Jangan biarkan nafsu menguasai kehidupan kita.Inysa-Allah hidup kita akan berjaya di dunia mahupun akhirat.Kupotretkan PADA BULAN AKU BERPESAN agar ia menjadi sebuah kisah yang bukan saja sekadar sebuah kisah tapi sebuah hikmah disebalik kisahnya.
          Suasana Oriental Coffee  House  milik Uncle Foo kelihatan lengang sekali.Maniam pekerja Uncle Foo kelihatan tekun sekali menyental lantai kedai.Sekali sekala terasa lucu melihat gelagat Maniam yang  galak mengusik Fei Mei anak gadis Uncle Foo.Ada hati juga budak ni nak tackle Fei Mei yang sikit punya cun macam macam Shu Qi.Dari jauh kelihatan Uncle Foo memberi isyarat amaran terhadap Maniam.Maniam yang menyedari amaran keras itu kalut- kalut kembali menyambung pekerjaannya.
            Aku kembali berpijak di bumi yang nyata.Kelibat Ian Asyraf masih belum kelihatan.Teh yang dihidangkan sejak dari tadi masih belum berusik.Jam di tangan sudah menunjukkan jam 10.20 malam.Hampir sejam lebih aku terpacak di sini.Ian masih belum tiba.Sebal di hati disorok dengan menanyangkan senyuman yang paling manis.Tas tangan di atas  meja dicapai kasar.Hati ini bukan saja dirobek tapi bagai ditikam- tikam dan disiat-siat.Satu persatu janji yang terukir dicabuli.Enjin kereta dihidupkan .Radio  pula mengalunkan merdu lagu Sorry Seems To Be The Hardest Words dendangan Elton John.Empangan air mata yang cuba dibendung sejak dari tadi akhirnya pecah jua.

         Sedang asyik aku melayan perasaan telefon bimbitku berdering.Incoming call-Ian Asyraf.Mahu dihempuk saja telefon bimbit itu.Dengan teragak-agak juga panggilan itu diangkatnya.Sepi.
Tiada kata maaf mahu pun sahutan salam.Satu keluhan akhirnya meniti jua dari bibirku.

“Let’s we take a break”,bicara aku memecahkan kesepian yang bersarang sejak dari tadi.Tidak mahu emosi menguasai situasi kami berdua,akhirnya aku mematikan talian.
………………………………………………………………………..
Dari watak heroin,kini aku hanyalah watak sampingan dalam plot penceritaan ini.Aku dan dia.Kami pada mulanya pasangan yang sangat secocok ibarat jodoh dari syurga.Secocok Adam dan Hawa,Yusuf dan Zulaikha dan sepadan seperti Muhammad dan Khadijah.Semua yakin kami akan bahagia.Aku sendiri terlalu yakin kami akan bahagia selamanya.Benarlah kata orang tua.”Jangan terlalu berharap kasih,kelak jatuh terluka diri”.Keyakinan itu kadang-kadang bisa membunuh penyembahnya.Salah satu mangsanya.Aku.
 Tak semua cerita akan berakhir dengan happy ending.Sometimes we might end up forever alone.It’s depend on the story of us.
Aku hanya mampu merangka penceritaan ini..tapi Allah punya rencananya sendiri.Kini hanya pada bulan saja aku mampu berpesan.
…………………………………………………………………..
6 bulan sebelum itu.
“Ian.I’m so so so so so so sorry.Suddenly suddenly tetiba,board of director buat meeting mengejut.Sorry ok sayangss ku yang kacaks”,pujuk aku.Ian yang dari tadi masam mencuka masih lagi membatu.Ikutkan hati mahu saja disimbah minyak petrol lalu dicucuh api keatas mamat ni.Sudah berbelon-belon bibir aku menyumpah ayat-ayat jampi serapah memohon maaf.Final result:Failed belaka.
            Malas hendak melayan aku menyambung suapan vanilla ice creamku.Merajuklah sampai ke tua.Malas eden nak memujuk.Tua bangka pun merajuk sakan macam budak kecil.Ian yang memerhati dalam diam itu mula tidak senang dengan tingkah laku Yasmin Anisa.Dengan sengaja dia menyiku tangaku.Jamban awam punya mamat.Habis comot mukaku dibuatnya.Ian apa lagi ketawa terkekek.Tapi dibiarkan saja perlakuan Ian itu.Andai itu dapat memujuk rajuk Ian.Ngak apa-apa sih.

“Promise me.Don’t be late.Anymore”,ujar Ian dengan intonasi ibarat Hilter memberi arahan.
“I’m promise.Never again”.Satu senyuman paling manis dilemparkan padaku.
“I have something to say.This weekend I’m planning to bring rombongan merisik you.My mum dah excited gila”
“Your mum ke you yang excited gila”,sindirku sambil mengangkat kening double jerk
“I lagi la excited.Kalau boleh I nak bawak tok kadi terus.Senang sikit.Terus akad nikah.Sound so cool kan My Optimus Prime”,usik Ian.
Mahu saja penampar cap lempong ni melayang ke atas pipi Ian yang putih melepak itu.Gatal cap over.
“Gatal punya pok cik Megatron”.Ian apa lagi tersenyum kambinglah.
“Gatal nak kahwin takpa.Cepat kita kahwin.Senang sikit nanti I nak usung you merata-rata.Taklah asyik kena backhand aja bila wat electrostatic experiment dengan you”,usik Ian.
“Anda yakin dengan keputusan anda untuk mengahwini Yasmin Anisa?”,soalku ala Aznil Hj Nawawi dalam Jangan Lupa Lirik.
“Tet.Saya yakin dan saya kunci jawapan saya”,balas Ian.
“Tet.Kita tunggunya jawapan selepas ini”
“Selepas ini?”
“Yap.Iklan”
“Lol”,ujar Ian apabila aku menunjukkan isyarat makanan kami telah tiba.Habis pecah hilai tawa kami berdua.
…………………….
“Ting tong.Ada bunga untuk kamu Cik Adik Manis”,ujar Sally atau nama sebenar Salman Borhan  iaitu penyambut tetamu a.k.a pembuat kopi terbaik Les Drole production Sdn.Bhd.
“Hadiah?Santa mana hantarkan.Kacaks tak Santa tu?”,aku mula berlipur lara.
“Santa apanya Santan adalah.Ni hah.From Encik Megatron kamu”,ujar Sally sambil menghulurkan sejambak bunga yang hampir terjolok ke dalam lubang hidungku.
“Tengs ya ,Sally”.
“Sama-sama.Tak lama lagi company nie jadi taman bunga tertutup.Indoor garden.Jimat sikit tak payah beli penyegar udara dah”
“Sindir nampak.Nah sekuntum bunga ros merah”,ujar Nisa.
“Sekuntum ja?”
Aku mula mengangkat kening double jerk.
“Yala.Thanks”,ujar Sally sambil berlalu pergi.

From Melbourne with love.
                                       Mr.Megatron.

“Untunglah Nisa.Pakwe dok jauh pun ingat lagi nak hantar bunga.Pakwe aku dok aja sekentut dari aku bukan sekuntum bunga. Sketching bunga pun belum tentu lagi dapat”,ujar Sara rakan sepejabatku.
Satu senyuman saja yang mampuku hadiahkan.Adli yang menangkap sindiran buah hatinya,Sara mula buat muka tidak puas hati.
“Jangan risau sayang.Nanti I hadiahkan you bukan sejambak bunga je.I bagi you sekebun bunga lagi.Kalau kebun sayur I think better sikit kot.At least boleh makan sayur tu nanti”,sindir Adli.
“Nyampah.Asal lah aku boleh tersangkut dengan mamat sarkastik nie”,protes Sara.
Kehadiran Tuan Haji mematikan senda tawa kami.
“Nisa come to my office.I have something to tell you”,arah Tuan Haji Salleh.
“Baik Tuan Haji”.
“Nak naik pangkat pe Nisa.Untunglah kau”,Sara meneka.
“Pandailah kau”.

“Nisa congratulation .You gonna lead this new team”,ujar Tuan Haji Salleh.Aku yang baru melabuhkan punggung masih terpinga-pinga.Apa punya magic show pulak yang Tuan Haji buat ni?
“New team?Sorry Tuan Haji.Hari ni les ketchup sikit”
“Still you remember regarding those project yang kita discuss dengan Usamah tempoh hari?”,Tuan Haji mula menyusun per-puzzle yang membelenggu aku.
“Oh.Did you mean pasal projek mega yang kita nak collaborate with a Singapore’s team tu?”.BINGO.110 markah untuk anda Yasmin Anisa.
“Exactly.Pihak Universal Inc dah setuju berkolabrasi dengan kita untuk animated movie kita yang baru ni.So Usamah setuju untuk lantik you jadi team leader untuk projek ni”,hujah Tuan Haji panjang lebar.Berbuih-buih jugalah dia bercerita dengan aku yang agak lampi hari ini.
“Woww.Alhamdullilah.This is sooo unexpected Tuan Haji”
“I know.Saya yakin awak tak akan kecewakan saya.And one more thing.This gonna be a platform for you to get promoted.Board of Director dah setuju.If you hit the goal. They want to sponsor you to further up your study in FRANCE and awak akan bekerja dengan production di sana.Tapi semua bergantung pada prestasi kamu”,provoke Tuan Haji.
“Ok.This sound so cool and serious.Macam Hang Tuah dapat watikah kena pergi meminang Puteri Gunung Ledang ja”,seloroh aku.
“So tomorrow kita adakan meeting dengan semua orang kuat projek ni.And.You are the VIP guest .So don’t be late”,arah Tuan Haji.
“I’m captain!”.
………………………
            Pantas sungguh masa berlalu.Pejam celik pejam tak celik-celik.Hari ini aku selamat sudah terikat dalam perjanjian sehidup semati dengan si Ian Asyraf.Jantung ini ibarat hendak tersembur keluar ja saat mama Ian,Datin Balqis menyarungkan cincin pertunangan kami ke jari manisku.Aduh.Baru seminggu saja mereka datang merisik.Tup tup hari ini aku sudah selamat kena ‘cup’ dengan Ian Asyraf.
            Sedang asyik aku melahap versi sopan santun macam Puteri Hang Li Po,sempat lagi Ian pos laju ‘wink’ ke arah aku.Memang miang nak menikah betul mamat ni.Nasib baik Tok Imam sibuk nak khutbah Jumaat hari ni.Kalau tidak mahu di kidnapnya Tok Imam tu.Terus jadi kenduri kahwin.Sekian wasalamlah aku alamatnya.
……………………
            Semuanya berlalu secara normal.Mesej.Panggilan.Semua serba lengkaplah.Sara pula asyik terbakar ja dek kerana kasih sayang kami yang tak berbelah bahagi ini.Jika diharapkan mamat hati kering si Adli tu.Wasalam.Hati ini masih tertanya-tanya.Bagaimanalah Sara boleh tersangkut dengan Si Adli tu yang memang semua sedia maklum memiliki hati yang sangat kering tahap Anaconda nak telan orang.Tapi bak kata orang,kalau dah jodoh nak buat macam mana.Redha jala.
            Hari demi hari tugasan makin menimbun.Mananya nak dikejan due date untuk submit projek.Mana nak kejan date dengan Ian.Hampir meletup kepala ni.Makin lama hubungan kami kian hambar.Bukan niat aku hendak mengenepikan Mr.Megatronku tapi komitmen terhadap kerja tidak boleh dipandang enteng.Tambahan pula,ini merupakan satu landasan untuk aku pergi jauh lagi.
            Pernah suatu hari,kami berdua berjanji untuk bertemu di butik pengantin bagi menempah baju untuk akad nikah dan persandingan.Aku baru saja lewat 5 minit,Ian sudah memecut laju keretanya.Sakit di hati di biarkan saja menjadi nanah.Ibu selalu berpesan”time bertunang ni memang banyak cabaran.Nisa kena banyak bersabar dan jangan cepat melenting.Sifat amarah tu sifat syaitan.Maka janganlah kita jadi sebahagian dari itu”.Kerna nasihat ibulah aku masih bertahan,jika ikutkan badan yang penat,otak yang sakit,hati yang bernanah ni.Mahu saja aku sumbat Ian itu dalam lubang mana-mana lepas tu bom dia.Puas sikit hati.Alang-alang nak bunuh orang biar kejam sikit.
……………………
Optimus>Hi my Megatron sayangssss….see you in Kopitiam ya.Kita lunch together gather…J
Megatron>Ok.
Blackberryku dipandang sepi.’Ok’ ja dia balas.Dulu berkoyan-koyan ayat dia balas.Betullah kata pepatah “habis madu sepah dibuang”.
Lappy di’tidur’kan.Tas tangan ditarik pergi bersama langkahku. Here I comes my sayangss.


“Ni muka macam itik tertelan julap kenapa?”,soal Sally sejurus aku sampai di hadapan pejabat Les Drole.
“Bukan tertelan julap.Ni tertelan bom TNT”,selorohku tanpa riak jenaka.
“Ni kes serius.Kau gaduh dengan Ian lah ni”,teka Sally.
“Dah.Jangan disebut nama penderhaka tu”,noktahku sambil berlalu pergi membolosi lif.
“Emo memanjang.Nilah masalah wanita bila ‘bulan mengambang penuh’.Aku yang sakit jiwa”,omel Sally sambil membuntuti Nisa.
……………………………………………………………….
“Nisa kamu pergi tak lagi tengok cincin nikah?Aunty Balqis dok tanya ja memedan”,ujar ibu.Tapi aku tidak berminat langsung untuk membalasnya.
“Nisa kamu dengar tak apa ibu cakap”,sampuk abah yang tak berapa tekun melayan Buletin Utama.
Satu keluhan dilepaskan
“Tengoklah nanti”,noktahku sambil berlalu pergi meninggalkan ibu dan abah di ruang menonton.
“Kita cakap dengan dia tak habis lagi.Dia dah cabut masuk bilik.Bertuah punya anak dara.Siapa yang nak kahwin la ni.Tulah awak Encik Mukhriz oi.Manjakan sangat Nisa tu”,leter ibu menggunakan maksimum volume.
“Aik saya pula yang kena.Dahlah saya pun nak merajuk masuk bilik jugalah macam ni”,ujar abah sambil meninggalkan ibu.
“Ayah anak sama ja.Sakit jiwa saya melayan kamu berdua”,rengus ibu.
………………………………..
“Kita lunch sekali ya?”,tanyaku.
Sara,Adli,Meera,Eli,Mus,Zara,Ar-Jee,Padi semua saling berpandangan.Biar betul mak cik sorang ni nak lunch together gather.Selalu asyik berkepit dengan Mr.Megatron ja.Pelik bin ajaib.
“Any objection?”,tanyaku sekali lagi.
“Ok.Restauran Asam Pedas erk”,ujar Mus
Serentak semua bersetuju.

Akibat kelembaban dan ke’slow’an yang maha melampau.Aku bergerak selangkah lebih laju di hadapan.Sudah seharian perut aku meraih simpati pinta diisi.Sedang aku melangkah mataku tertangkap sepasang manusia yang sedap menjamah makan tengah hari.Ian?Siapa perempuan bertudung litup secantik Hana Tajima tu?Mahu meletup jantungku tika itu.Habis mati seleraku hendak mencekik.Pantas aku mengarahkan kawan-kawanku yang lain untuk mencari tempat makan yang lain.Tanpa sebarang bantahan dan rusuhan kami beredar.Akhirnya McD juga menjadi destinasi kami.
…………………………………..
Sorry.The person that you call currently unavailable.
Talian dimatikan.Sudah berbulu aku terpacak di kedai emas ini.Pak cik jaga di situ turut melemparkan pandangan slack terhadap aku.
Apa pandang-pandang.Aku korek biji mata tu bagi makan jerung ja nanti.Arggghhh.Ian Asyraf kamu memang cari pasal.
“Excuse me .Encik Ian Asyraf ada dekat pejabat tak?”,soalku kepada setiausaha merangkap perempuan yang ditangkap keringku tempoh hari.Cantik.
“Maaf.Encik Ian tak ada dekat pejabat Cik”,balas gadis 20-an itu.
“Ok”,ujarku sambil melangkah pergi.
“Maaf cik.Boleh saya tahu nama cik.Boleh saya maklumkan pada Encik Ian”,ujar gadis itu teragak-agak.
“Yasmin Anisa”,balasku senafas.
“Cik…”
Belum sempat dia menyambung baris ayatnya aku pantas memintas.
“Kawan dia..and please don’t tell him that I’m coming here”,potongku.
“Baiklah…ummm..saya Zara Alisa.Setiausaha baru Encik Ian”,ujar gadis itu.
Tidak berminat dengan informasi tersebut aku berlalu meninggalkan Zara Alisa dengan menghadiahkan segaris senyuman sebelum berlalu pergi.
ZARA ALISA.
…………………
“Kalau nak harapkan kamu dengan Ian alamat lingkuplah majlis kenduri kamu”,leter Puan Aishah.Sepanjang perjalanan ke Gurney Plaza,ibu tidak berhenti membebel.Mahu cair tahi telinga aku dibuatnya.


Buat apa aku nak ambil pusing pasal hal kenduri kahwin ni.Ian sendiri tidak ambil peduli.Tah dia pun dah  lupa yang dia ada seorang tunang bernama Yasmin Anisa.Nice shot Ian.

“Kamu dengar tak Nisa.Ibu nak pergi toilet sekejap.Kamu pergi dulu jumpa Aunty Balqis”,ujar ibu mematikan lamunanku yang sudah selamat melayang-layang ke Paris.
“Baik bos.Ibu ingat Nisa tak boleh lama kerja bertimbun lagi dekat office tu”,ujarku.
“Senang-senang,kamu kahwin ja dengan kartun-kartun kamu tu”,protes Puan Aishah sambil berlalu pergi.
Satu keluhan dilepaskan.Tak baik mengeluh Yasmin Anisa.
Dengan hati yang separa ikhlas aku bergerak pergi ke tempat yang dijanjikan.Kelibat Aunty Balqis masih belum kelihatan.Aku pun mengambil keputusan untuk singgah di Baskin Robin terlebih dahulu.

“Cik Yasmin”,sapa seorang wanita yang sangat aku kenali.
“Oh.Cik….Zara.Apa awak buat dekat sini?”,ujarku teragak-agak.
“Saja ja jalan-jalan.Weekend boring pulak duduk rumah.Boleh kita borak-borak kosong?”
Jam di tangan dilihat sekali imbas.Awal lagi.Biarlah ibu-ibu itu menyembang terlebih dahulu.
“Sure why not”
Cantik sekali wanita bernama Zara Alisa ini.Bertudung litup.Sopan.Ayu.Pakej lengkap isteri pilihan.Aku.Jauh panggang dari api.Tudung ok lah pass.Sopan.Umm..Ayu..lagilah tak.Pakej nak buat gaduh ada.
“Cik Yasmin dah lama ke kawan dengan Encik Ian?”,ujar Zara memecahkan awan-awan anganku.Soalan cepu mas.
“Lama jugak.Since we are in high school”
“Lamanya.Sure Cik Yasmin kenal sangat dengan Ian”
Ian.Amboi.Macam tu balakss kau ja.Cool Nisa.
“Boleh dikatakan.Zara dengan Ian ada apa-apa ke?”.Soalan jolok sarang tebuan oleh Yasmin Anisa.
“Mungkin proses mengenali hati budi.Umi dengan Waliq selalu pesan kalau dah ada yang berkenan janganlah lama-lama bermadu kasih.Nanti tercampak kekancah maksiat.Tapi tak akan saya yang nak buat first move”.Satu jawapan yang mampu mencabut nyawa sesiapa(mungkin Yasmin Anisa ja kot).Kini aku sedar kedudukan aku kian tergugat.
Dengan senyuman paling plastic aku gagahkan jua untuk menjawab soalan cepu emas daripada Zara.
“Ian tu memang slow sikit.Kalau kita tak cakap kita sukakan dia ,dia buat tak endah ja dengan kita.Actually,dia tu macam budak-budak.Perlukan perhatian.Kadang-kadang kelakuan dia memang menyakitkan hati dan menyampah.But that’s the way he is.He can be a good man and shelter.Kalau suka dengan dia ,you yang kena gerak dulu.If not.Good bye baby good bye la”,perinciku mengenai diri Ian.Dengan segala kudrat aku berjaya juga memaksa diriku untuk tersenyum.
“Macam tu pulak”.Ketawa Zara.
“Oklah Zara.I need to go.See you next time”.
I hope not to see you anymore. Omelku sambil berlalu pergi meninggalkan Zara.

“Hah.Tu pun Nisa.Ke mana tah budak  ni menyinggah”,laung ibu.Pantas kedua-dua pasang mata itu memandang kearahku.
Ian turut serta turun pandang hari ini.Habis mati mood aku.
“Zara pergi mana?Jomlah tengok-tengok barang hantaran yang korang berdua nak pilih”,ujar Aunty Balqis.
Langkah diatur membuntuti langkah ibu dan Aunty Balqis.Kewujudan Ian disisi dipersetankan sahaja.Malas dia hendak menegur.Biarlah kali ini dia pula yang merajuk.
…………………
“Bang,Aishah risaulah tengok Ian dengan Nisa”,ujar Puan Aishah memecahkan kebuntuannya.
“Yang kamu nak risau-risau ni kenapa?Diaorang bukannya budak kecik lagi.Dah besar panjang”,balas abah ala kadar.Janji penuh skrip.
“Tulah awak.Tak pernah nak ambik pusing hal Nisa tu.Awak tahu tak.Diaorang berdua tu dah tak bertegur sapa”,luah ibu.
“Yaka?”
“Eii.Malas saya nak cakap dengan awak.lagi kusut saya”,bentak ibu.
“Sikit-sikit merajuk.Tua-tua pun nak merajuk.Kahwin satu lagi baru tau”,ujar abah separu berbisik.
“Saya dengar”,laung ibu.
**************
            Malam itu aku tidur dengan hati yang bengkak.Sakit di hati hanya Allah sahaja yang tahu.Sudahlah tiada sebarang mesej.Nak harapkan panggilan.Wasalam.Mimpi jalah.Hampir sejam lebih dia terpacak di Oriental House Coffee itu,tapi akhirnya Ian tidak muncul-muncul.Irama lagu Natallia Kills-Kill My Boyfriend yang berkumandang di radio turut sama dilalakkan oleh Nisa supaya sama kuat dengan volume radionya. Esok semuanya harus dibereskan.
Optimus> Jumpa you dekat tempat biasa.We need to talk.If you can’t come. Please give me a miscall.

5 minit selepas aku tiba di tempat yang dijanjikan.Ian sampai.Dia dengan muka tidak bersalah menarik salah satu kerusi dihadapanku.
Sepi seketika. As usual jika aku tidak memulakan bicara,haram pak cik Megatron dihadapanku ini hendak bercakap.
Satu nafas yang paling panjang kuambil.
“Ian Asyraf”
“Emm”
Emm ja.Oh My Prada.
“Seriously we need to talk.Apa masalah you?I ada buat salah ke?Ok.I admitted it.Lately I’m quite busy.You tahukan.I need to handle those project and I must take a responsible for it.If I’m wrong.I’m so sorry”,lafazku senafas.
“Ok”
“If I’m wrong tell me.Kalau you diam I diam.Sampai bila tak selesai kes kita”,ujarku lantang.Bengang dengan sikap acuh tak acuhnya.
“I’m sick of this”,ujar Ian
Aku terkedu sebentar,tapi diberikan ruang untuk Ian berbicara.
“Lets we take a break”,ujar Ian sambil berlalu pergi.
Air mata yang mula bergenang cuba ditahan dengan sedaya upaya.
“I need a reason to convince me”,ujarku tanpa menoleh ke arah Ian.
“I think I had lost you. I completely lost you.I dah tak kenal you Nisa”,ujar Ian
“Kita perlukan ruang untuk berfikir pasal semua ni”,ujar Ian sekali lagi.Kali ini air mataku tidak dapat lagi dibendung.Dengan sedaya upaya aku menyeka air mata ini dengan hujung bajuku.
“I kan dah try my best to fix it”,pujukku untuk menyelamatkan hubungan ini.
“The best you cakap?”,sindir Ian.
“Fine.Lets we take a break”,noktahku sebelum berlalu pergi meninggalkan Ian.Hati ini terlalu rapuh.Hari ini patah jua hati yang telah rapuh ini.
Lagu You Lost Me daripada Christina Aguilera yang berkumandang di corong radio itu cukup menambah kesedihan hatiku.Langit yang mula gelap dan mencurahkan mutiara-mutira jernih itu seolah mengambarkan kesedihan hatiku.Saat itu hanya abah saja orang yang aku ingati.Pantas nombor abah didail.
“Abah.Nisa dah gagal”,ujarku sejurus abah mengangkat panggilannya.Air matanya makin laju meluncuri pipi.Hanya esakkan Yasmin Anisa saja yang mampu didengari sekarang.
…………………..
Tututut.
“Helo Ian I need to see you”,ujarku dihujung talian.Setelah selesai melafazkan apa yang patut terlafaz pantas dimatikan talian tersebut.Pasti Ian akan membalas ‘emm’.Sebelum hatinya bertambah sakit baik dijauhi penyakitnya.

            Keadaan di Starbucks kelihatan lenggang sekali.Situasi ini cukup bagus bagi plotting drama yang bakal aku persembahkan nanti.Kelihatan dari jauh Ian tiba.

 “I tak nak ambil masa you.I kan busy women.I ‘ll  make it as short as possible”,ujarku.
“Let we break up.I dah fikir masak-masak.I’m not suite for you.Nak masuk dunia you pun I rasa I tak layak.I knew there’s someone’s else yang few times better than me.If compare she and me.Surely I’ll lose in this battle.Kita bawa haluan masing-masing”,ujarku lagi.
“And..I dah penat nak beralah and bersabar dengan you.You tahu kena apa Allah ciptakan Adam dan Hawa?Sebab Allah nak Hawa penuhi kekurangan Adam and vice versa.But I don’t think kita boleh terima kekurangan masing-masing and penuhi kekurangan tersebut.Maybe we meet a wrong person.Like people always said:you’ll meet a wrong person before you meet the right one’s”.Sekali lagi perasan sebak menguasai diri.Namanya wanita pasti sebak saja memanjang.Ian masih lagi mendengar.Untuk bertentang mata dengannya.Belum ada keberanian.
“To make it’s short.I’ll ask my parents  untuk postpone this wedding.I’ll fly to France by end of this month.And just wait for another one month.I akan suruh family I putuskan pertunangan kita.Don’t worry I tak akan libatkan you.Thanks for everything.I akan ingat persahabatan kita sampai bila-bila.Let the rest be the history”,noktahku sebelum pergi meninggalkan Ian.Tidak pula Ian membantah.
Langkah diatur tanpa menoleh ke belakang lagi.Keputusannya muktamad.


            Hampir dua tahun setengah dan 13 hari sudah aku berada di bumi Perancis.Satu bumi yang cukup asing dan aku sebagai watak makhluk asingnya.Sumpah first time berada di sini.Nak speaking France.Failed.Alhamdullilah.Allah tak akan meletakkan sesuatu kesukaran itu tanpa kesenangan di kemudian hari.Kini,Nisa speaking France berabuk.Alhamdullilah juga filem animasi yang aku usahakan bersama barisan-barisan askar bersatu aku.Pecah panggung.Tanpa bantuan mereka tak ada maknanya aku terpacak di bumi Perancis ni.
Berita perkhabaran watikah pemutusan pertunangan antara Yasmin Anisa dan Ian Asyraf cukup mengejutkan seluruh Malaysia.Mahu tidaknya.Pasangan paling ideal Malaysia tersungkur di ufuk senja pelamin mereka.Penat juga aku memujuk ibu.Namun hati ibu mana boleh merajuk lama-lama.Ibu tumpas juga dalam perang saraf yang dilancarkan oleh Yasmin Anisa.Alhamdullilah abah dan family Ian dapat menerima keputusanku.Ian?Let it be the history.
Kesejukkan akibat musim salji mula terasa.Namun akibat penyakit gatal tak reti duduk diam aku sampai juga ke Paris,City of Love.Class kau Nisa.Tapi macam tragis ja.Datang sini seorang diri.Aroma hot chocolate dan bunyi gesekan biola yang tahap amartur cukup mewarnai malam aku yang sepi ni.

Magik bin tarada.Yasmin Anisa sedang berada di bumi Holland.Macam mana aku boleh berada di sini.Sila tanya penulis.Akibat cuti musim sejuk sekali combo Xmas Eid.Plus duit yang terlalu banyak.Plus tak nak balik Malaysia takut kena buli jadi suri rumah tak bergaji.Taradaa.Aku selamat berada di bumi Holland.And.Again Alone and forever alone.Memang niat dihati sudah lama hendak sampai ke sini.Konon dulu nak honeymoon di sini.Romantik sikit.Sebenarnya idea untuk honeymoon di sini gara-gara novel hlovate aA+bB la.Sekarang.History belaka ja.

Sedang asyik aku meronda sakan seluruh Bandar Amsterdam,aku tertarik untuk memasuki sebuah kedai seni dan antik.Aku tertarik melihat sepasu bunga tulip yang diperbuat daripada kayu yang terdapat di dalam kedai tersebut.Cantik dan teliti sekali ukirannya.Habis aku meneroka kedai tersebut perjalan diteruskan.Salji makin menebal.Memang Yasmin Anisa bijak.Bercuti time musim salji.
Kaki yang sudah sakit minta simpati untuk berehat dan lantaslah aku mencari tempat untuk bersantai seketika.

“Hai.Assalamualaikum”,sapa seorang lelaki yang tak berapa tinggi dan tak berapa kacaks itu.
Ignore the strangers.Itulah konsep aku.Apa-apa pun jawab salam.Waalaikummusalam.
“Seorang ja.Boleh saya duduk dekat sini”
Kau nak duduk dekat mana pun ada aku kisah ke.Eii.Wait.Is he a malay people?
“Orang Malaysia?”,soalku tanpa salam.
“A’ah.You datang bercuti ke?”,ujar lelaki yang sudah lewat 20-an itu.
“Yap.And you?”
“Waiting for someone”,balas lelaki tersebut.
“Someone special?”,aku mula mengorek lubang.
“Very important and special one’s”
“Bertuah perempuan tu”,pujiku.Kalau Ian nak tunggu aku.Wasalam.Wait.Ian again.Apa masalah dunia aku ni.Dah la cakap dengan bulan sorang-sorang.Ni mengigau dalam sedar nama dia pulak.Enough Nisa.Dia tak ingat kau pun.Nafas ditarik panjang.
“For you”,ujar lelaki tersebut sambil menghulurkan sekuntum bunga tulip yang diperbuat daripada kayu.
“Bukan you tunggu someone ke?Bunga ni bukan untuk dia ke?”.Aku mula berteka-teki.
“Sebab someone tu dah ada dekat sebelah saya”,balas lelaki tersebut.
Kutenung sedalam-dalamnya wajah lelaki yang berada dihadapanku kini.
Ian Asyraf.
Jambang ala Osama Bin Laden itu berjaya mengelirukan aku.
Tiada kata yang dapat kulafazkan.Lidahku sebeku salji diluar sini.
“I’m sorry for letting you go.Let we turn over a new leaf”,ujar Ian
Aku masih terkesima.Sumpah dua tahun ni.I never forget him.Always true statement:first love is the hardest thing to let it go.
“Sudi tak awak terima Asyraf ni jadi suami awak?”
“Why Asyraf?”,satu soalan spontan terpancul dari bibirku.
“Because Asyraf is a new me.Asyraf yang sudi terima kelemahan Anisa.Asyraf yang hidup untuk memenuhi kekurangan Anisa”,tutur Ian lagi.Kali ini empangan Tasik Air Mata Anisa memang pecah teruk.
“Anisa ni speechless”,selorohku versi tak lawak.
“Never say anything cuz your body language have answered it”
“Fine!!Main body plak”.
Automatik Ian Asyraf memusingkan badannya membelakangi aku.
“Pukullah Asyraf macam Nisa selalu buat masa kecik-kecik dulu bila Nisa geram dengan Asyraf”,ujar Ian memujukku.
Apa lagi peluang yang ada digunakan sebaiknya.Dalam teresak-esak aku meluahkan rasa hatiku sambil membelasah belakang Ian.
“You tau tak dua tahun ni I dah macam orang gila meroyan cakap seseorang dengan bulan.Sampai jiran sebelah I ingat I ni gila.You tau tak macam mana I nak survive.It’s killing me.I benci you.Macam budak-budak .Ego.You ja betul….ishk..ishk..but the truth..I never stop loving you.And.I hate it”.
Dalam kesakitan Ian Asyraf memalingkan tubuhnya menghadap aku.
“I minta maaf.I love you more.Dan sayang saya untuk awak kerana Allah Nisa.Dan I nak jadikan you teman,bukan saja di dunia tapi peneman saya di akhirat kelak jua”,ujar Ian Asyraf sejujur hati.

Dan kini bersaksikan bulan kami mencipta sebuah lagi kisah cinta yang mungkin tidak setanding Adam dan Hawa tapi cukuplah buat tatapan cucunda dan cicitku kelak.
Siapa kata kisah cinta Addin Shah dan Benz Alif saja yang bermula semula di Holland.Aku jua punya ceritera sendiri.
Terlupa pula pasal Zara Alisa.Let it's be a history.Bak kata Ian Asyarf.

Tamat sudah perutusan cik BULAN.

….Dan amaran keras terlajak perahu boleh reverse terlajak kata badan binasa.Nasib baik kisahku ini ada button reverse and renew.But remember.Don’t try this at home.Wasalam.
  

Tuesday, July 05, 2011

Musical short story:Breaking up

BREAKING UP
This is a tragic love story between you and me.The story that only us did know it.Only two of us.....


Falling in love with you is just like a car accident.Everything happens to fast until  I didn't realize when everything turn into chaos.

This is not a love story between prince and Cinderella...This is about Mr.Z and Miss A.....And I as a narrator of this tragic love story.

Everything when smooth till Miss A decided to work as a model.She know Z wouldn't like her decision.But Miss A has her own reason.A reason that only she knows.

For Mr.Z this is really crazy.How can he pretend to ignore Miss A.His career as a singer cause him to lie about Miss A.But truly,madly...deeply in his heart he really want to shout out to the universe that Miss A is his lady.

This pathetic situation became worst when Miss A keep lying to him.Till one day,he caught Miss A with another guy.Again and again he been hurting.


Every moment Miss A was thinking about telling Z about a truth..but she doesn't has any strength to mouth out the truth.....


And every moment also...Z keep hurting..and he has tired of waiting.Then...the tiredness turn into a word...I hate you.He knows the best way is leaving her.


Now they not more than a stranger to each other.Miss A knows,she must explain the truth...otherwise thing will completely ruin.


The next day only a rainy days for Miss A,after knowing that Z has dated with another women.He is such a bad guy .She wasn't has a space to tell him the truth.Her heart was ached too much.This is such a cruel fairytale.


Love is pathetic.It's really pathetic and make Miss A can't even breath and kept blaming herself.It's an amount that she should paid for keeping the truth for Mr.Z??.She still wondering until.....now.


Every single days that passed was killing Z.He knows till now he can't live without you....A.Because in my heart there is a space that only you can fill it.


Now I still love you girl...


and...


I'll back......to know the truth...cause you my girl and I'm you're boy..






List of songs:
Again and again-2pm
tired of waiting-2pm
I hate you-2pm
Bad guy-joo ft changsung 2pm
cruel fairy tale-IU
Love is pathetic-Lee Gikwang(B2ST) & Ahn jin Kyoung
without you-2pm
only you -2pm
still-2pm
i'll back-2pm



Monday, June 06, 2011

aishiteru


AISHITERU




         
Dingin subuh seolah membisik mesra nota-nota rindu pada Sophia Zahra.Detik yang berlalu dinanti dengan penuh debaran.Beberapa tika lagi dia bakal menjadi milik putera impiannya.Seolah baru semalam saja dia melakar impian.Keindahan senyuman sang mentari  membuai hati insan yang sedang asyik bermimpi berada di langit ke-7 ini.Mengimbau kembali perjalanan hidupnya.Sophia Zahra sedar,pengalaman banyak membentuk dirinya sekarang.Prosa ayatnya kini jua kini lebih matang.Itulah Sophia Zahra kini.Sehelai notasi lagu yang dicipta khas untuknya itu dipandang sepi.Sesepi hatinya kepada pemiliknya.Tanpa sedar notasi itu terbang bersama angin rindunya dan igauan semalam.
……………………………………………………………………………………………………………
Tiada puisi atau lagu ,tiada potret tiada ragu ,yang dapat ku ilham seindahmu ,nyata kau satu dalam berjuta 
Wahai jelita kau istimewa “
“lalalalaalalallaaalla~”,sampuk Pit jejaka macho Kampung Mata Ayer

“Dasar rempit tersepit.Oit tak da keja lain ka ko nak buat”,jerkah Pi a.k.a Sophia Zahra
“Nilah kerja sepenuh masa aku”,balas Adeed Adwan a.k.a Pit rempit sejati Kampung Mata Ayer.
“Ni aku nak naik antu ni.Baik ko blah sebelum aku kapak ko”,bebel Pi sambil bercekak pinggang.
“Relaks la jelita.Ala sorrylah aku bukan senjaga nak report ko cilok dari sekolah.Aku kan pengawas berwawasan”
“Ahaks.Tuih.Piraahla mabuk.Aku sepak seminggu makan dengan straw.Rempit tak da masa depan.Blahla”
“Ala,jomla.Kembung dah rindu nak jumpa ko”
“Lembu jantan tu memang galak.Tuan lembu sama ja”
            Tok Ipin yang memerhati dari kejauhan sudah kembang kempis hidungnya melihat gelagat cucu kesayangannya,Sophia dan cucu Nek Yam Rugged itu.Kaki dan tangannya sudah mulai gatal untuk membelasah mereka berdua.Tok Ipin memang cukup pantang apabila keturunannya berteman tapi mesra dengan keturunan Nek Yam Rugged.Semua ini gara-gara Tok Ipin tidak berpuas hati dengan Nek Yam Rugged yang sudah merampas tender kelapanya dengan kedai Lim Bulat.Habis Pi dan Pit menjadi mangsa.
            Pi dan Pit yang sudah menyedari kehadiran Tok Ipin mula gabra biawak dan lari bertempiaran.Si tua Ipin itu dengan sepantas kilat berlari mendapatkan mereka berdua.Habis sawah bendang diredahnya.Kecekapan Pi dan Pit yang bijak untuk men’cilok’ itu sudah diakui oleh kementerian pelajaran Malaysia .Habis-habis Tok Ipin dimarahi oleh Opah Seha kerana memporak perandakan sawah bendang mereka.Pipit berdua itu seperti biasa dengan muka tidak bersalah memperapikan Opah Seha lagi.Indah sungguh zaman kecil-kecil dahulu.
            Bak kata perpatah ‘setiap pertemuan pasti ada perpisahan’.Selepas tamat SPM.Ibubapa Sophia telah membawa Sophia pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajian di sana.Hati mana yang tidak sedih ingin meninggalkan tempat permainan dan persahabatannya bersama Pit.Masih terngiang di kotak “khayalan langit ke-7 Cik Pi” saat-saat mereka merempit,dimarahi guru displin gara-gara ponteng dan aksi koboi bersama Tok Ipin.Semuanya terlalu mahal untuk dijual beli.Rindu masih tersisa.Kini anak kecil itu sudah dewasa dan tanpa sedar semua memori itu kian pudar.
…………………………………………………………………………………………………………….
            Semester baru ini terasa berat sekali tatkala Sophia melihat jadualnya.Namun kehadiaran F atau nama saintifiknya Emir Afeef membantu menceriakan harinya yang makin gelap tatkala mengetahui Madam Virmala a.k.a Singa Betina bakal menggantikan Coastal Geology’s  lecturernya yang cuti bersalin.Hari pertama Sophia telah didenda berjalan itik kerana lewat ke kelas.Ini semua kerana Cik Yana a.k.a mak yang beria-ia mengajaknya untuk sama-sama berdating dengan Adam.Tak pasal-pasal aku yang kena.Sumpah Sophia di dalam hati. Sedang asyik dia menyumpah tiba-tiba sebuah objek handsome melintasinya.Jeng,jeng,jeng.Siapa lagi tidak lain tidak bukan lelaki idaman Sophia seorang.Emir Afeef.
            Muka yang tidak boleh blah atau bahasa lembap muka sombong,ditambah lagi keputihan merah kulitnya atau bahasa mak jambu cukup membuat hati wanita di Malaysia ini cair kecuali mak(sebab mak suka Nyah).Alang-alang sudah bercerita biar sampai pengsan.Emir Afeef pelajar jurusan kejuruteraan aeronautik tahun akhir.Pelajar dekan setiap semester.Kaya.Kacak.Keras(jantan sejati la tu).Korean look.Lelaki 4K abad ini.Siapa yang tidak mahu lelaki sempurna seperti Afeef kecuali kawan baik ku Yana a.k.a mak(sila refer cerpen I’m not gemuk).I think cukup kot.Berbalik pada cerita.Sophia terkedu lalu terkaku di situ.Afeef yang menyedarinya,berhenti seketika di hadapannya.Masih tiada respon daripada Sophia.
“Babe sapa letak patung lilin ni kat sini.Gila artistiklah.Kau tau siapa mastermind dia?”,ujar Afeef sambil diselangi ketawa besar.
“Aku tak tau la.Tapi aku rasa patung ni mangsa fashion suicide.Baju pink,seluar hijau.Comel+pakai contact lens=tak comel.Apa cer?”,komen Arif a.k.a bff Afeef.
“I think that cute pa Ark”,ujar Afeef sambil disilangi oleh hilai tawa.
Setelah berbuku-buku mengutuk Sophia mereka berdua pun berlalu pergi.Sophia yang di bawah pengaruh sihir ‘F’ akhirnya tersedar.Mulut Sungai Pinang punya Arif.Aku sepak tercekik gusi nanti.Leter Sophia.Tapi dia nampak aku babe and he said I’m cute.Emir Afeef cakap pasal aku.Syoknya.Takpa.Aku maafkan engkau,Arif. You should thanks to Afeef.Pagi yang gelap kini sudah terang.Aku Beautymu,jadi kau Beastku.Kuamat merindui kamu.Lalala~
…………………………………………………………………………………………………………….
            Hujung minggu yang sepatutnya diisi untuk ke kompleks sukan untuk menyaksikan Afeef beraksi terpaksa dikuburkan apabila Sophia terpaksa pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri kahwin mak su.Sudah hampir 4 tahun dia tidak menjejakkan kaki ke sana semenjak pemergian arwah Opah dan Tok.Suasana permai desa dan bayu sawah menyambut riang kepulangan Sophia.Rindu rasanya pada zaman kanak-kanak dulu.Minah brutal kini sudah berubah menjadi seorang wanita yang penuh dengan sifat wanita Melayu zaman moden terakhir.Adeeb Adwan.Apakah khabar jejaka itu.Teman yang sentiasa ada di saat susah ataupun senang.Tiba-tiba saja rindu padanya mengusik jiwa Sophia.Setelah meredah perjalanan yang panjang akhirnya sampai jua dia ke desa permai ini.Mak Su dan jiran tetangga sibuk bergotong-royong memasak untuk majlis kenduri esok.Mak Su dengan penuh riangnya menyambut kepulangan kami.Dan.Adeed Adwan jua tersenyum riang menyambut kepulangan kekasih tak pastinya,Sophia Zahra.
            Dari semalam hingga sekarang masih belum sepatah kata pun yang disuarakan Sophia kepada Adeeb.Terasa kekok sekali.Dalam lautan manusia yang menghadiri majlis kenduri , mereka berdua hanya sempat bermain mata saja.(macam sweet ja bunyi).Sophia kelu.Adeeb malu.Mak Su sudah naik bulu melihat aksi Pipit sensasi itu.Akhirnya Adeeb mengalah.
“Hai.Lama tak jumpa.Ko sihat.Makin cantik aku tengok”,ujar Adeeb memulakan bicara dalam rasa kekok.
“Ehem.Alhamdullilah.Ko pun.Dah segak”,ujar Sophia sambil tersipu malu.
“Asal aku tak segak ka dulu?”,aju Adeeb dengan wajah yang serius sekali.
“Hahaha.Ko memang tak boleh blah.Dulu kurang sikit.Ko lani buat apa?”,ujar Sophia dengan wajah yang merah padam menahan sisa tawanya.
“Aku kerja dekat bengkel moto ujung kampong tu”
“Yaka.Aku gerak dulu.Mak Su dok jelling tajam ja tu”
“ok”
“Sophia Zara”,ujar Adeeb mematahkan langkah Sophia.
“Umm”
“Jumpa lagi”
“Oh.Ok.Bye”
            Rindunya pada gadis bernama Sophia Zahra itu akhirnya terubat jua.Siapa sangka persahabatan yang terikat suatu ketika dahulu menjadi bait cinta.Dia tidak pasti akan bicara hati gadis itu.Tapi yang pasti dia sayangkan gadis itu.Setelah bayang gadis itu hilang barulah Adeeb tersedar akan origami yang ingin diberinya kepada Sophia masih digenggamnya.Sophia sangat mengemari origami belalang ini.Suatu tika dulu,setiap hari Adeeb akan dipaksa menganyam origami belalang tersebut.Rindu sungguh dia dengan semua itu.Siapa sangka busak nakal lagi keras kepala ini akan memenuhi permintaan Sophia yang agak girlish itu(menganyam=perempuan punya keja).Sophia awak ingin lagikah.
…………………………………………………………………………………………………………..
            Pagi Isnin selalu saja menjadi huru-hara.Tambahan pula kelas pertama untuk hari itu ialah bersama Madam Virmala.Damn it.Asallah aku tak stay ja kat kampong dua tiga hari.Omel Sophia sambil merenungi harinya yang malang ini.Sedang dia kalut-kalut menuju ke kelas secara tidak senjaganya dia terlanggar dengan sebuah objek dari arah bertentangan.Beautiful disaster.Oh my Chanel!.Emir Afeef.Tanpa sepatah kata Sophia dengan aksi kalutnya memungut fail-failnya yang bertaburan.Afeef jua turut membantu sambil matanya tidak habis mengusik Sophia.Sophia dilanda gelisah.Semenjak Afeef mengetahui perasaan Sophia terhadapnya.Mamat cute ini tidak henti-henti menterjah Sophia.Ini semua angkara Yana yang mencabarnya supaya meluahkan perasaannya.Adat anak Melayu pantang dicabar.Sophia dengan semangat Jebat menyahut cabarannya.At last aku yang ‘suei’.Choi punya Yana.
            Setelah dia berjaya untuk berdiri.Sophia mula mengatur langkah.Namun langkah itu sekali lagi dimatikan.Saya suka awak juga Sophia.Sebaris kata yang memaku anak gadis ini.Adakah ini mimpi.Oh my Armani!.Saat itu masa ibarat terhenti.Dedaun kering seolah berputar dan berterbangan membentuk notasi-notasi sonata cinta Sophia.Kaku dan sunyi.Dalam hati gadis ini,perlahan-lahan dia membisikkan kalimah 1437 Afeef.Kod rahsia hatinya kini sudah berjaya dipecahkan.Hanya Sophia dan Afeef.Hanya mereka.
…………………………………………………………………………………………………………..
            Sebuah teddy bear sebesar kanak-kanak 5 tahun tersenyum riang sambil memegang sekeping kad hari lahir.Selamat hari lahir Sophia,from Adeeb Adwan.Namun Mr.Teddy itu hanya dipandang sekilas lalu.Hati Sophia lebih tertarik dengan bungkusan berwarna merah jambu yang tertera nama pengirimnya,Emir Afeef.Sebuah CD.Sophia dengan perasaan terujanya berlari-lari anak mencapai laptop Appelnya.Sebuah lagu dikarang indah untuk Sophia.Itulah hadiah yang paling bermakna yang pernah diterimanya.Hari ini genap jua 100 hari mereka bergelar kekasih dan Afeef jua berjanji untuk membawanya untuk makan malam.Yana dari kejauhan menarik muka muncung 14nya.Geram hatinya melihat kebahagian Sophia.Adam jangan mimpilah ingin membawanya ke restoran mahal.Sabor jela Yana oi.
……………………………………………………………………………………………………………
            Adeeb dari tadi sibuk menyediakan juadah untuk makan malam bersama Sophia.Hampir sebulan dia merancang majlis ini.Sophia sangat suka dengan warna pink.Segalanya dihias dengan warna kegemaran Sophia.Malu jua di buat apabila dia membeli belah di kedai My Pink World itu.Tapi kerna ingin menyanbut birthday girl ini dia ketepikan malunya itu.Buat apa malu untuk orang yang kita sayang.
            Jam sudah menunjukkan 9 malam.Kelibat Sophia masih belum kelihatan.Malam semalam Sophia telah berjanji ingin makan malam bersamanya.Adeeb masih menanti.Pada masa yang sama Sophia dan Afeef bersama rakan-rakannya yang lain sedang bergumbira meraikan parti hari lahirnya.Adakah ini hukum karma.Yana tampak berdiam diri di sepanjang parti itu.Jarinya berkira-kira untuk menaip mesej kepada Adeeb.Serba salahnya makin menebal tatkala melihat gelagat Sophia dan Afeef.Tanpa teragak….
………………………………………………………………………………………………………….
            Hampir seminggu Sophia memencilkan diri di dalam biliknya.Dia tidak henti-henti menghukum dirinya akibat kedaifannya.Kerna cinta kita lupa diri.Sophia akui kekhilafannya itu.Banyak hati yang terluka kerna cintanya.Maafkan aku.Segala permainan Afeef kini sudah terbongkar.Perasaan curiganya terhadap seorang gadis bernama Farah Luna dalam friends list’s Afeef akhirnya terjawap apabila Arif membongkarkan segala rahsia Afeef.Afeef dan Farah sudah lama ‘berkawan’ malahan keluarganya mereka juga sudah berkira-kira untuk menjodohkan mereka berdua setelah Farah sudah tamat pengajian di Russia kelak.Hancur hati ini lagi apabila mengetahui Afeef hanya menerima Sophia sebagai kekasih gelapnya apabila dicabar oleh rakan-rakannya dan akan diberikan ganjaran sebanyak RM1000 jika dia berjaya menjadikan Sophia sebagai kekasih separuh masanya selama 100 hari.Pada saat itu hanya seorang insan yang bermain di kotak fikirannya.Dengan pantas Sophia mendail.Calling-Pit.Dalam masa yang sama irama lagu On Rainy Days-BEAST memenuhi ruang bicara Sophia.




When the world turns dark
And the rain quietly falls
Everything is still
.
 Even today, without a doubt
I can’t get out of it
I can’t get out from the thoughts of you
.
 Now
I know that it’s the end
I know that it’s all just foolishness
Now I know that it’s not true
 I am just disappointed in myself for
Not being able to get a hold of you because of that pride
.
On the rainy days you come and find me
Torturing me through the night
When the rain starts to stop, you follow
Slowly, little by little, you will stop as well
I must be drunk, I think I need to stop drinking
Since the rain is falling, I think I might fall as well
Well this doesn’t mean that I miss you, no it doesn’t mean that
It just means that the time we had together was a bit sharp
When it’s the type of day that you really liked
I keep opening the raw memories of you
Making the excuse that it’s all memories, I take a step forward
I don’t even make the effort to escape
.
 Now
I erased all of you
I emptied out all of you
But when the rain falls again
 All the memories of you I hid with effort
It all comes back, it must be looking for you
.
 On the rainy days you come and find me
Torturing me through the night
When the rain starts to stop, you follow
Slowly, little by little, you will stop as well
.
 Now there is no path for me to return
But looking at your happy face
 I will still try to laugh since I was the one
Without the strength to stop you
.
 On the rainy days you come and find me
Torturing me through the night
When the rain starts to stop, you follow
Slowly, little by little, you will stop as well
.
 What can I do about something that already ended?
I’m just regretting after like the stupid fool I am
Rain always falls so it will repeat again
When it stops, that’s when I will stop as well
.
 Rain always falls so it will repeat again
When it stops, that’s when I will stop as well

………………………………………………………………………………………………………….
            Adeeb Adwan terkaku berdiri di tengah-tengah kesesakan orang ramai di KLIA.Panggilan yang dipenuhi esakan tangis Sophia betul-betul menyesakkan jiwanya.Panggilan penerbangan ke California sudah memanggilnya.Adeeb tidak keruan namun ada seseorang yang lebih penting daripada Sophia.Bumi Stanford University masih memanggil kepulangannya.Langkahnya diatur.Adakah lagi kesempatan dan ruang untuk Sophia Zara dan Adeeb Adwan.Hujan yang lebat seolah menangisi sesuatu yang tidak pasti.Adakah itu tangisan hati dua insan ini.
…………………………………………………………………………………………………………….
12122012
“Aku terima nikahnya,Sophia Zara Yunus dengan mas kahwin RM300 tunai”
            Dengan sekali lafaz aku sah menjadi milik lelaki bernama Adeeb Adwan Azman.Kisah hati yang terpendam selama 19 tahun itu akhirnya berakhir ke jinjing pelamin.Alhamdulillah.Siapa sangka Central Park,New York menjadi saksi lafaz cinta Adeeb Adwan.Tanpa sedar rasa cinta itu sudah hadir sejak mula lagi dalam diri mereka.


…………………………………………………………………………………………………………
“Pn Sophia sayangku cepat lah.Tak pasal-pasal kita pi Jeju naik tongkang”,laung Adeeb.
            Lamunan Sophia tersetak dengan laungan tersebut.Wajah lelaki itu direnung sayu.Dari kejauhan Afeef melambai pemergian Sophia.Namun lelaki itu tidak lagi membuatkan Sophia bergetar. Emir Afeef.Engkau hanyalah sebuah diari hidup yang telah aku kuburkan.Mungkin kita adalah utas benang yang hanya bersilang tapi tidak bertemu.Selamat tinggal semalam.
“Sekejap la honey dewku”,laung Sophia samba berlari-lari anak ke arah balai pelepasan.Selamat tinggal EMIR AFEEF.