Bab3
Satu persatu foto wanita itu dibeleknya.Hatinya sakit sekali.Sudah hampir 5 tahun peristiwa itu berlalu,tetapi bayang wanita itu masih terperangkap di suatu ruang sejuk di dalam hatinya.Senyuman wanita itu cukup menjadi racun paling berbisa untuk membunuhnya.Hatinya sudah cukup tenat tetapi entah mengapa dia masih lagi mengejar bayang wanita itu.Jejarinya kini beralih pada keyboard laptopnya sambil meneka butang next di ruangan ‘photo album Mel’.Tetingkap facebook inilah menjadi ruangan jejak kasihnya.Jejak kasih yang tidak mungkin bertemu lagi.
Aroma kopi itu cukup menenangkan mindanya yang serabut ini.Serabut dengan istilah ERYNA DAMIA.
Izz menjengah keluar tingkapnya.Minah hodoh itu masih di situ menyidai baju.Apa punya lembablah minah ni.Kritik Izz.
Izz lalu bangkit dan menuju ke arah piano ke sayangannya.Irama melodi The Beatles-Yesterday itu dilagukannya dengan penuh syahadu.Sesyahdu hatinya hinggalah irama serombong kapal yang sangat sumbang memumbing itu mengganggu kesyahaduan lontaran irama pianonya.
Laman ampaian villa Tuan Akram
Irama lagu Wonder Woman daripada Seeya,Davichi dan Tara memenuhi ruang telinga Mia.I-pod pink yang tersemat rapi di celah pinggang kain batik lepas Mia ,tidak henti-henti melalak.Walaupun gaya pemakaian kain batik era moden ini compang-camping tapi masih ada style.Tangannya ligat menyidai baju yang dibasuhnya sejak Subuh tadi.Dingin pagi masih belum reda lagi.Pagi-pagi Mia sudah meredah embun pagi dengan vespanya yang antik tapi mantap itu untuk datang ke sini.
Kalau Tuan Akram tengok mesti dia triple up gaji aku.HAHAHA.Mia mula memasang angan sambil mulutnya tidak henti-henti melalak.
“GOING TO THE MOVIES, GOING TO THE ZOO
GOING TO THE BEACH, GOING TO THE PARTY
seryeondoen yeojadeurui PARTY seksihan yeojadeurui STORY
STYLE itge saragallae jayuropge jeulgyeobollae UH”.
GOING TO THE BEACH, GOING TO THE PARTY
seryeondoen yeojadeurui PARTY seksihan yeojadeurui STORY
STYLE itge saragallae jayuropge jeulgyeobollae UH”.
Suara Mia yang memecah keheningan pagi itu menarik perhatian Qaisara dan Maisara untuk menjenguk maid baru mereka itu.Sudah hampir setengah jam mereka memerhati gelagat Mia yang terkinja-kinja sambil menyanyikan lagu-lagu korea yang entah apa tajuknya(out of pic actually).
Sejenak kemudian dari kejauhan jua mereka dua dapat mendengar deruan tapak kaki Sang Kelembai a.k.a Along Izz.Kiamat sudah dekat.Mereka berdua pun mengambil keputusan untuk bersembunyi
“Hoi.Memekak apa pepagi buta nie.Ada juga yang nak kena pang ngan aku pepagi buta ni”.Amuk Izz.
Mia yang terkejut gorila dengan jeritan suara dari kubur itu pantas mengemas bakul bajunya dan memasang langkah seribu.Maisara dan Qaisara pula tidak henti-henti ketawa melihat gelagat Kak Mia mereka.
“Ha.Nanti dulu.Peraturan pertama untuk kau.Orang yang hodoh dilarang sama sekali menyanyi dalam rumah ni.Paham”.Jerit Izz dengan menayangkan muka minta penyepaknya.
Mia dengan sepantas kilat mencari pelindungan.
“Tong sampah MPPP punya mamat.Ada juga yang nak kena parang ni.Dia kata aku hodoh.Ni memang kurang ajaq.Siap kau.Kau tak kenal siapa Eryna Damia.Aku cukup pantang bersalin kalau ada orang berani cakap aku hodoh tanpa beralas meja.Kau tunggu Izz”.Omel Mia.
Geramnya masih berbaki.Mahu saja dia penyepak saja lelaki sarkas itu.Tapi memikirkan,bukan gaya Einstein untuk membalas balik kata-kata orang bodoh.Mia harus berdiam dahulu.Barulah nampak genius.
………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Ruang makan villa
Ruang makan villa
Baru saja Mia ingin berbaik dengan Izz,pagi-pagi lelaki itu sudah menempiknya.Nasib baik Mia ini spesies yang telinga gajah.Jika tidak mahu saja dia menangis sambil hentak-hentak kaki.
Setelah selesai Mia menguruskan baju-baju tersebut,kini beralih pula pada meja makan untuk menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga.Memang penat.Jika sarapan di rumah roti bakar dan susu rendah lemak sudah mencukupi.Tapi tidak bagi keluarga ini.Nasi goreng,mee goreng,roti bakar dan macam-macam lagi.Kalau habis dimakan tidak apa jua.Ini tidak.Mahu tidak bernanah hati ini.Pantang tok moyang aku orang tak habis makan.Tambah-tambah Izz.Mamat sarkas itu.Adakah patut sudah dia kauk semua makanan itu dalam pinggan yang berbeza dan kemudian rasa sikit terus buang.Memang bangang namanya.Sabo jela.
Leter Mia sambil tangannya ligat membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun itu.
“Oit manusia hodoh kat dapur tu.Mana roti canai aku”.Jerit Izz.Sabar Mia.
Roti canai?Dia tak pesan pun nak makan semalam.Ni memang nak kena.Semalam kata nak makan bihun sup untuk sarapan.Eii.Penat aku bangkit pagi buta masak.Apa yang penting Mia.Sabar.Dengan muka manis mencuka Mia menuju ke arah Izz
“Encik Izz tak kata pun nak makan roti canai semalam”,jelas Mia dengan muka tak bersalah.
“Itu semalam.Hari ni saya nak makan ROTI CANAI.Paham”,ujar Izz separa berbisik dengan kesan efek tanduk nates di atas kepalanya yang bulat tak jadi itu.
“Apa lagi tercegat.Pergi ambik moto buruk kau tu.Pergi beli sekarang.No accuses.Paham.SEKARANG”,jerit Izz dengan nada sarkastik.
Mia dalam keadaan terpinga-pinga berlarian mendapatkan vespanya.
“Along tak baiklah buat macam tu.Ni lagi satu asal tetiba ja ambik breakfast?Along bukan allergi breakfast ka?”,ujar Qaisara dengan nada simpati.
“Eh.Korang nak mak tiri baru ke.Kalau tak nak.Ikut je cara Along.Along tak nak tambah PATI baru dalam rumah ni.Dahlah malas nak layan budak-budak macam korang”.Setelah selesai menghabiskan segelas fresh orange,Izz berlalu pergi ke pejabat.
“Along siapa nak makan roti canai Along?”,soal Qaisara.
“Suruh je maid korang tu makan”,balas Izz lalu mencapai briefcasenya.Qaisara dan Maisara hanya mampu mengeleng kepala.
“Danish.Mari makan dengan kakak”,pelawa Qaisara yang sejak dari tadi melihat Danish bersembunyi di dapur.
Terusik hatinya melihat anak kecil itu.Danish pasti terasa dengan istilah PATI itu.Itulah gelaran yang dinobatkan Along untuk Danish.Dendam Along pada ibu Danish masih belum reda.Qaisara dan Maisara sendiri tidak mengerti akan sikap along mereka itu yang masih belum dapat melupakan peristiwa hitam dulu.Hanya Allah yang tahu rahsia hati Along.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Ruang Tamu Villa Tuan Akram
Setelah pulang dari pasar,dapat jua Mia bernafas.Penat sungguh hari ini.Sedang dia cuba untuk take a nap,tiba-tiba telefon berdering.
“Hello.Assalamualaikum.Ini villa Tuan Akram.Boleh saya bantu”,sapa Mia memulakan bicara.
“Amboi macam gaya secretary dah.Ini uncle Akramlah Mia.Mia dengan anak-anak uncle apa khabar?”,perkenal Tuan Akram.
“Oh,uncle!Alhamdullilah dalam keadaan baik hendaknya”,balas Mia dengan penuh bersemangat.
“Alhamdullilah.Baguslah.Oklah uncle nak kena pergi dah ni.Assalamualaikum.Sampaikan salam rindu pada mereka semua”.Noktah Tuan Akram.
“Insya-Allah.Waalaikummusalam”.Baru saja Mia meletakkan gagang.Suara dari tong MPPP sudah kedengaran.Mia mula berteka-teki.
“Amboi seronok bergayut.Papa aku bayar gaji bukan suruh bergayut.Peraturan kedua.Aku tak suka orang yang hodoh bergayut dalam rumah aku.Paham”.Jelas Izz dengan nada yang cukup sarkastik.Mia masih berlagak steady.
“Maaflah encik.Saya janji saya tak bergayut.Saya berjalan ja lepas ni”,ujar Mia dengan muka manis mencuka.
Izz agak terperanjat dengan jawapan Mia,tetapi dia cuba tidak mengendahkannya.Sikap ambil endah kata-kata orang hodoh bakal menjatuhkan reputasinya sebagai lelaki handsome lagi genius abad ini.
“Apa-apalah.Ni.Saya terpaksa ke Cherating selama seminggu.Tapi jangan syok sangat.You better watch it.Peraturan ke-3.Saya tak suka orang hodoh masuk atau kemas bilik saya.So,apa lagi tercegat pergilah buat kerja awak”,arah Izz dengan gaya Firaun minta penyepaknya.
“Baiklah Encik Izz.Saya sedia berkhidmat untuk Negara.Annyeo”.Noktah Mia sambil berlalu pergi.Malas dia hendak bertekak mengenai status ‘hodoh’ itu.Makin bertekak makin jatuh asset kegeniusannya.
Setelah bayang Izz menghilang,Mia dengan serta merta melompat dengan gaya badut tanpa suara.Akhirnya dapat jua dia bernafas dengan senang.Mimpi ngeri bakal di ‘pause’ sebentar.Hooray.Mia tahniah atas kemerdekaan anda.So it is a time for party.Aku patut call Zty and Sya-i.Wild party.Baru gempak.HAHAHA.Mia dengan gaya tarian beruk kena belacannya bergerak ke arah dapur untuk menyediakan makan tengah hari.Izz yang secara tidak senjaga melihat perlakuan Mia itu tertawa handsome sendirian.
Love is red
You are great
4 comments:
wahhhh...best...lg2....hehe
love is green
you are ... errr err . haha
bukukan terusla wehh . hehe . x sabaq nak tengok cita pasai kawan kawan mia tuhh . hahaha
love is green
you are please to lean on me..
nak bukukan...tulis pon tak abis lg..
bt pray...for my success..
haha . insyaAllah . pray for your succes wehh ,
amin
zty .
Post a Comment