Saturday, July 02, 2011

Hanyeo 33-bab 2

BAB 2

Pon!pon!.Kereta berbunyi ,ada orang dalam kecemasan.
Mama yang sibuk-sibuk mengemas meja makan hanya mampu ketawa mendengar nyanyian tuan puterinya itu.Kawannya Marissa seperti yang dijanjikan tepat jam 8 sudah terpacak di hadapan rumahnya untuk menjemput Mia.
“Mia siap tak lagi”.Jerit mama memanggil Mia.
“Saya datang”.Sahut Mia dengan ber’background’kan melodi Wonderpets.
                Dalam keadaan kilang-kabut  Mia menyalam mamanya.Aunty Mar yang berada di luar mula memberi  isyarat supaya cepat.
“Mia pergi dulu ma”
“Good luck my girl”
“Gamsa hamnida”.Balas Mia sambil mengenyit mata ke arah mamanya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Kereta buruk Aunty Mar
            Suasana sepanjang perjalanan menuju ke arah ‘bau duit’ dipenuhi oleh bebelan Aunty Mar.PotpetPotpet.Hampir cair tahi telinga Mia dibuatnya.Pelbagai pesanan diberinya.Aunty Mar seolah-olah menakutkan Mia supaya dia menyerah kalah.Apalah orang tua ni.Ni Mia ok.Naga Tasik Chini.Belum try belum tau.Omel Mia seorang diri.
Setelah melewati perjalanan selama sejam,akhirnya mereka sampai jua ke sebuah resort.Mak oi.Punyalah besar tempat ni.
Mia yang seperti beruk masuk kampong itu hanya mampu ternganga melihat keindahan resort milik Tuan Akram tersebut.
“Ok Mia.Kita dah sampai.Tapi aunty hantar Mia sampai sini ja.Aunty ada hal nak uruskan.Nanti dekat dalam ada orang yang akan bawa Mia.Best of luck ya”.Ujar Aunty Mia.Setelah mengucapkan terima kasih,aunty Mar berlalu pergi.
“Mak datuk.Mau aku sesat dalam ni.Dahlah handphone aku tak da GPS.Aunty Mar nie pun kot ya pun at least tinggallah peta ke dekat aku”.Mia yang sudah kepenatan mencari arahnya terduduk di bawah sebuah pohon palma di situ.
“Cik Mia?”.Tegur seorang wanita 70-an itu.Nenek kebayan mana pula yang tegur aku ni.Dahlah tengah hari rembang ni.Nenek aku kata time tengah hari.Hantu suka jalan-jalan.Sudah.Ala time nilah juga tergagap nak baca ayat Kursi.
“Ya saya.Puan ni siapa?”.Wah berprotokol gila aku ni.Well.Anak sapa.
“Panggil ja saya ummi.Tuan Akram dah lama tunggu Cik Mia.Penat juga ummi cari Mia.Kenapa tak tanya guard dekat luar tadi?”.Soal wanita 70-an itu.
“Oh.Maaf ummi.Tadi Mia dah nak tanya.Tapi guard tu tengah membuta.Naik tercabut anak tekak Mia jerit panggil”.Jelas Mia.
“Hashim ni.Memang nak kena.Tak apalah Cik Mia.Jom kita gerak”.Mia menyambut huluran tangan ummi yang cuba membantu dia untuk bangun.Buat malu je Eryna Damia oi.Keluh Mia.
………………………………………………………………………………………………………………….
Pejabat Tuan Akram
“Terima kasih Cik Mia sebab sudi terima kerja ni.Dah lama Tuan Akram cari pembantu.Tapi semuanya tak kena”,ujar ummi
“Sama-sama ummi”.Sambut Mia dengan muka tersenyum kambing.
“Ummi nak cerita sikit latar belakang keluarga Tuan Akram sebelum kita jumpa dia”.
“Ok je ummi”
“Tuan Akram ni duda anak 4.Yang paling tua 24 tahun.Kira abang kamulah ni.Yang paling kecil,7 tahun.Mama diaorang dah meninggal”.Jelas ummi
“Ada can nak jadi mak tirilah ni ummi.Dia tu dato ke ummi?”.Usik Mia.Ummi yang mendengar hanya tersenyum.
“Kamu jangan cakap macam tu depan anak sulung dia,Izz.Kalau dia dengar kamu nak jadi mak tiri dia.Mengamuk satu kampung dibuatnya nanti.A’ah.Tapi Tuan Akram tu tak suka bahasakan dirinya datuk.Dia lagi selesa bahasakan diri dia sebagai Tuan”
“Kenapa Izz tu tak suka?”.Mia mula curious mengenai mamat bernama Izz tersebut.
“Adalah kisahnya.Nanti kamu akan tahu.Tapi pesanan khidmat masyarakat Ummi.Hati-hati sikit dengan Izz tu”.Noktah ummi apabila kami sudah sampai di dalam pejabat Tuan Akram.
“Selamat pagi Akram”,sapa Ummi.
“Oh.Ummi.Selamat pagi.Silalah masuk ummi and…”,sahut Tuan Akram.
“Cik Mia.Bakal maid baru Tuan Akram”,sambung ummi.
“Selamat datang Cik Mia.Saya pun tengah rushing sekarang ni ummi.Malam ni saya dah kena fly ke Macao.Apa kata kita bertiga berbincang dalam perjalanan kita ke villa saya.Nanti ummi bolehlah terangkan tugas Mia”,ujar Tuan Akram
“Boleh saja tuan”.Noktah ummi.Aku yang berdiri di sini ummi hanya mampu berdiam diri.Handsome juga uncle ni.Macam abah muda-muda.Kalau abah ada mesti dia se’handsome’ uncle.Mia mula bermonolog dalaman.
…………………………………………………………………………………………………
Kereta mewah Tuan Akram.
            Perjalanan ke villa Tuan Akram mengambil masa lebih kurang sejam lebih-lebih.Perjalanan merentasi jambatan Pulau Pinang itu sungguh memenatkan.Baru pagi tadi dia melintasi jambatan ini.Kali ini sekali lagi.Omo.Sejak dari tadi Tuan Akram tidak henti-henti membelek-belek fail yang dipegangnya.Workaholic rupanya Tuan Akram ni.Reject.Tak boleh jadi laki aku.Omel Mia.
“Cik Mia atau nama mengikut i/c Eryna Damia Binti Latif.Baru saja habis selesai menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi.19 tahun.Penganggur tegar.Akademik awak pun cemerlang.Pandai memasak,mengemas,menjaga kanak-kanak.Orangnya bijak dan cantik.Satu pakej maid yang sukar saya nak cari sekarang”,ulas Tuan Akram ketika membaca profil Mia.
“Eh,Tuan Akram ni terlalu memuji pula!Segan saya dibuatnya”,nafi Mia sambil tersenyum kerang busuk.
Part pandai layan budak-budak itu tak betul ok.Mama ni pandai ja nak auta.
“Ok Cik Mia.Uncle rasa kamu dah go through kontrak ni.Uncle harap Mia tak kan cabut lari pula.Dekat sini uncle serahkan cek pendahuluan sebanyak RM1000.Lepas Mia berjaya melaksanakan tugas Mia selama 33 hari,uncle akan serahkan yang selebihnya”,jelas Tuan Akram.
Mia bagai tidak percaya dia memegang wang sebanyak ini.Wah!Mia,you have hit a jackpot.That’s cool.
“Baik Tuan Akram.Saya akan cuba yang terbaik”.Mia sudah berkobar-kobar untuk berjuang.Semangat Puteri Gunung Everst sudah mulai meresap ke dalam dirinya.Lautan dalam pun Mia akan selami.
“Bagus Mia.Tak perlu bertuan-tuan.Panggil ja uncle.Uncle harap sangat Mia akan bertahan hingga keakhirnya.Uncle akan ke Macao dalam lebih kurang sebulan lebih.Kalau Mia ada apa-apa masalah,Mia bolehlah refer dengan ummi”.Jelas Tuan Akram.
“Baik Tuan Akram..eh..uncle.Insya-Allah.Mia akan cuba”.Janji Mia sambil memberi harapan kepada Tuan Akram.
“Uncle pegang janji Mia.Oklah sampai dah pun”
            Wah!Itulah satu perkataan yang terpacul dari mulut Mia.Villa seluas 1 hektar itu.Dahsyat.Mau aku pengsan bersih satu villa ni.
Kereta yang dipandu oleh pemandu Tuan Akram  betul-betul memberhentikan kami di hadapan pintu rumah agam Tuan Akram.Kelihatan seorang anak kecil berlari-lari menyambut kepulangan Tuan Akram.Pasti anak bongsunya.Mati aku.Dahlah aku allergi budak-budak.Cool Mia.Tak macholah buat muka cuak.
“Papa”,jerit anak kecil itu dengan penuh keriangan.Kelihatan dua orang anak gadis membuntuti anak kecil itu.
“Danish Zacry anak papa”.Tuan Akram menyambut pelukan anaknya itu dengan penuh riang.Rindu Mia pada pelukan abahnya.Sebak dadanya.
“Mia.Ini anak-anak saya.Yang kecil lagi nakal ni,Danish Zacry.Yang pendek ni,Adelia Qaisara.Tahun ni dah nak ambil SPM tapi still kecik kemetot.Yang tinggi mengayut ni pula,Adelia Maisara.Tahun ni nak ambil PMR.Anak-anak papa sekalian ni Kak Mia.Orang gaji baru kita”Jelas Tuan Akram memperkenalkan anak-anaknya.Dengan mesra mereka mencium tanganku.
Sopan santun betul.Tapi hati-hati.Budak-budak depan parents pijak semut tak mati.Belakang parents baru nak sentuh, gajah pun boleh mati.
“Mana Along??”,soal Tuan Akram.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
5 tahun yang lalu…
“Mel.Lepas habis persediaan ni kita tunang you nak?”,aju Izz.Melissa masih membisu.Suasana di taman tasik itu sepi sesepi jawapan Mel.Izz masih cuba membaca jawapan hati gadis itu.
“Izz…”,keluh Mel.Cinta dan cita sentiasa menjadi dua perkara yang sentiasa menghimpit hidup Melissa.
“Mel.I tahu.I’m not a good man.But you nampakkan.How I try to improve myself”,pujuk Izz.
“Izz..you sempurna sangat Izz.Tapi masa dan waktu tak mengizinkan kita Izz”,terang Melissa untuk menyakinkan lelaki yang bakal patah hati ini.
“Why???.It’s a crime for someone aged 19 years old to get marry? Satu kesalahan ke Mel?”
“Tak salah.Tapi Izz.I nak kejar cita-cita I dulu”
“Cita-cita?.Again.Tulah alasan you”Izz tersenyum sinis.Jawapan Mel itu dianggap cukup tidak professional langsung baginya.Melissa yang dari tadi cuba bersikap tenang sudah mulai goyah.Dia perlu pergi sebelum air matanya menitis di hadapan lelaki itu.Inilah yang terbaik.Dia punya cita-cita.Dia sudah berjanji akan belajar setinggi yang boleh.Janji Abah dan ….
haruslah dipegangnya.
“Maafkan Mel,Izz”
“Mel.Once you go.I’ll never hold you again”.Noktah Izz sebelum Melissa berlalu pergi.
Hatinya benar-benar sakit dan parah.Buat pertama kali dia ditolak mentah-mentah.Wanita itu cukup hebat.Cukup hebat untuk membuka hatinya dan jua menghancurkan impiannya.’Mel..I pun ada cita-cita..my dream is you’.Bisik Izz sambil menyeka sisa air matanya.Tika itu ketenangan tasik juga tidak mampu meredakan gelora hatinya.Sakit sekali rasanya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Kamar Izz
            Air yang jernih mula membasahi pipi lelaki kesepian itu.Mimpi ngeri itu sentiasa menghantui tidurnya.Sakit hatinya pada Melissa cukup menyiksa dirinya.Sukar sekali untuk membenci wanita yang cukup sempurna itu.Lengan tangannya masih setia menutupi matanya yang berkaca itu.Dia benci menangis untuk insan bernama wanita.Benci.Sakit.Hatinya bagai dirobek.Sakit sekali.
Sedang asyik dia melayan perasaan.Sayup-sayup suara Tuan Akram memanggilnya.
“Along.Come here for awhile”,arah Tuan Akram
“Ada-adalah orang tua ni.Sekejap”.Izz dalam keadaan separa rajin bangkit dari pembaringannya sambil menyeka sisa-sisa air matanya.
…………………………………………………………………………………………………………………………
Ruang tamu villa Tuan Akram
“Ha’ah.Itu pun anak sulung saya Mia”,ujar Tuan Akram memperkenalkan lelaki yang menuruni anak tangga dengan muka minta penyepak itu.
“Ada apa papa.Bisinglah pagi-pagi buta ni”,komen lelaki tersebut.
“Papa nak kenalkan Izz dengan maid baru kita.Mia.Kenalkan ini Izz Rayyan anak sulung saya”.Tuan Akram memperkenalkan aku pada lelaki sarkastik lagi patetik itu.
“WHAT!!”.Jerit lelaki sarkas itu dengan matanya yang terjegil dan muka yang tidak puas hati.
Amboi cantik punya muka kau,nak jegil dekat aku.Mahu ja aku sepak laki ni.Mia mula mengeluarkan aura sinisnya untuk membalas panahan petir dari mata lelaki sarkas itu.Suasana semakin dingin.
Tuan Akram yang menghidu ketidakselesan itu mengambil langkah dengan mengarahkan ummi membawa Mia pergi. Dia tahu,Izz pasti bengang dengan tindakan dia membawa pembantu rumah ke dalam rumah mereka.Sudah 32 kali dia berganti pembantu.Tapi apakan daya,dia perlukan seseorang untuk membantu adik-adiknya.Tuan Akram masih berharap Izz akan memahaminya suatu hari nanti.
Adakah ini satu kebetulan atau suratan.Hidup ini penuh dengan rahsia.
Kata-kata hikmah Cik Mia untuk hari ini: Meeting  you just like you chewing a cotton candy.Sweet and addicted….but…letting you go just like you putting a blade in your neck.Painful  and fearful.
                     With luv,
Ur beloved novelis~Luluk.
Successfully posted.Butang sign out ditekan Mia apabila matanya sudah terasa perit sekali.Hari ini cukup mencabar baginya.Lelaki bernama Izz Rayyan itu perlu bijak dibereskannya andai Mia ingin terus bertaktha di villa itu.Ya.Dia harus melakukan sesuatu.Chaiyok Eryna Damia.Lagu My Man daripada Davichi itu cukup menceriakan harinya kembali

You got to be my man.I want your love.Neon naega wa oh yeah oh yeah~

MY MAN ~Davichi



1 comment:

ezzati hamid said...

bestbest . nak dengaq lagu ni pastu begerak ke bab 3 . hee