“Tut..tut..tut..Mia di sini.Siapa di sana?Boleh amoi cantik nak bercakap dengan Zty?”
“Yo..yo..yo.Ztydreamz corporation.Maaf our lady boss ngak ada”,sahut zty dengan gaya secretary yang tidak bertauliah.
“Oh really.Bilang sama dia.Sama ada dia mahu join venture wild party Miss Wonderful a.k.a Miss Mia a.k.a Mrs.Yoseop.Please text me when she get back to office okitotie”,ujar Mia dengan gaya diva tak menjadinya.
“Wild party.Kat mana weyh.Aku on ja.Ce cer.Pub mana kau nak kasi gegar”.Serta merta gaya kuak kepitnya bertukar gaya bebas.Zty sudah tidak senang duduk.Keterujaannya telah menyebabkan dia berlari-lari seperti orang gila.
“Astgafirullahalazim.Kita party kat masjid ja la macam ni.Halau setan yang sampuk kau”,sindir Mia dengan muka berlagak alim.
“Amboi.Perli nampak”.
“Ala busuk-busuk.Auw chak.La lalink.Cuti sekolah start esok kan??Mia yang genius lagi cute nie ada plan.Aku nak ajak kau,Sya-I,Ekin and Izhan pergi Genting.Then kita tour Kl terus.Amacam ok tak?Esok kita gerak”,jelas Mia dengan panjang lebarnya.
“Aku ok ja.Yang lain confirm dah ke??”
“Semua ok.And aku bawa anak Tuan Akram aku sekali.Kau kisah tak?”
“Aku tak kisah.Selagi budak-budak tu tak buat show dalam kereta nanti.Siapa drive ni?”
“Aku dengan Izhan.Bapak Izhan sponsor MPV dia”
“Set.Tapi aku kena beli helmet siap-siaplah ni?”,peril Zty
“Amboi Cik Zty.Perli rapat nampak.Jangan risau.Pengalaman dah dekat setahun lebih drive ok.Oklah.Aku chow dulu.Esok aku jemput kau dan yang selebihnya dekat jeti”
“Set”.Noktah Zty sebelum mematikan panggilan keramat YoMia(Yoseop + Damia).Zty setelah menamatkan panggilan terus bergerak ke biliknya mencari bagasinya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………..
MPV bapak Izhan yang punya
Sepanjang perjalanan menuju ke Genting hilai tawa dan lawak bangang tidak henti-henti mewarnai perjalanan kami.Mia dari tadi tidak henti-henti melalak dan mengayakan lagu korea Three Bears.Habis satu kereta mendapat virus Cik Mia.Setelah seketika akhirnya suasana menjadi sepi.
“Asal diam semacam ja kat belakang tu”,ujar Izhan.
“Mau tak diam semua dah lentok”,balas Mia.
“Eh,kau ni bawak bebudak ni.Bapak diaorang tak marah ke.Takut mak.Kang kena tuduh menculik plak.Gee~.You jangan”,terjah Izhan dengan gaya Azwan Ali.Amboi,amboi.
“Eii.Kau ni.Aku dah dapat pas kebenaran.Siap bapak diaorang sponsor semua.Kau chillex la.Lagipun.Aku Kesian tengok bebudak tu.Yala.Asyik terperuk dalam rumah”.Mia dengan muka simpati menolah ke arah belakang melihat Danish,Mai dan Qai yang sedang nyenyak tidur.
“Mak dah rasa aura dia gee~”,sindir Izhan.
“Aura apa kejadahnya kau gee~”,soal Mia
“Aura keibuan.Mia kalau dah tak da perempuan kat muka Bumi ni.Sure aku buat kau jadi bini aku”,usik Izhan.Mia yang duduk di sebelah hampir tersembur sweet corn yang dikunyahnya.
“Tak kebulurnya aku.Please~”,bantah Mia sekeras-kerasnya.
“Aku pun tak naklah gee~.Tak pasal-pasal aku jadi surarumah”
“Perli nampak.Siapa yang kahwin dengan aku,dialah laki paling bertuah dalam dunia ni tau”.Mia mula mengangkat bakul rotannya sendiri.
“Malas mak nak gaduh dengan kau gee~.Apa cerita anak laki Tuan Akram tu.Apa nama dia Izz Rayyan.Not bad pa Mia.Taylor Lautner look tu. Asal kau tak baham lagi.Kalau mak dah lama mak terkam”,ujar Izhan dengan gaya gaynya.
“HAHAHA.Minta simpang malaikat 44 la gee~.Lelaki macam tu,campak dalam laut.Belum tentu jerung nak makan.Sengal.Hati busuk”,kritik Mia.
“Jangan Mia.Kang melekat dalam hati”.Izhan mula tersenyum kambing.Mia sudah mula hendak membuka silatnya.
Izz Rayyan.Lelaki itu terlalu sukar untuk difahami.He is more complicated than solving trigonometry.Biar masa menceritakan segalanya.Pandangan Mia juga mula beralih ke luar tingkap.Tiba-tiba dia teringat akan seseorang.Seseorang yang sentiasa mengharapkannya.
………………………………………………………………………………………………….
Genting Highland
Setelah mengharungi perjalanan selama 4 jam lebih-lebih,akhirnya sampai jua mereka ke tanah Genting Highland.Setelah selesai mendaftar di Hotel Seri Malaysia kami bergerak ke puncak Genting Highland dengan menaiki Skyway.Danish yang baru pertama kali menaiki Skyway itu begitu teruja.Mia sendiri turut teruja.Ini jua pengalaman pertama baginya bercuti sendirian tanpa mama.Dengan khidmat nasihat perunding bertauliah Encik Izhan akhirnya mamanya berjaya jua membenarkan Mia untuk merealisasikan ideanya yang teragung ini.
“Ok ladies.You guys lepak jap.Mak nak pergi beli tiket jap”,arah Izhan sambil mengenyit mata ke arah Ekin.
Sejak dahulu lagi mereka semua tahu,Izhan menaruh hati pada Ekin.Namun disebabkan sifat kewanitaan yang ada dalam diri Izhan.Akhirnya dengan jayanya Ekin me’reject’ mamat bau duit itu.Izhan Dato’ Rozi.Rupanya sudah ada.Tetapi dari segi gaya = zero to infinity.
“Eii.Geli aku.Macam nak penyepak ja Izhan tu.Asal kau tak bagi tau dia ikut”,lenting Ekin.
“Kalau aku bagitau.Surelah kau tak nak ikut.Alah enjoy kay.Ala kerang busuk mak ni”,pujuk Mia.
“Whateverlah.Tapi make sure mamat toik tu tak dekat dengan aku”,arah Ekin.
“Baik bos”
“Maisarah,Qaisarah,Danish.Nak apa-apa just ask me ok”,ujar Mia yang memulakan bicara.
Mia tahu mereka masih kekok melihat situasi yang kecoh itu.Sudah menjadi lumrah apabila mereka segeng bertemu pasti riuh rendah dibuatnya.Kalah perhimpunan Bersih lagi.
“Ok girls.Kita ENJOY”,jerit Izhan dengan suara lunaknya.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Sudah seharian mereka bersuka ria.Mia sudah ketar lutut dibuatnya akibat terlalu banyak berjalan.Anak-anak Tuan Akram ni tak tahu penat ke.Aku dah nak tercabut lutut dibuatnya.Kawan-kawan aku ni pun satu tak tahu penat ke.Yang diaorang usung bebudak tu ke hulu ke hilir.Aku juga mangsa keganasan jalan raya.Omel Mia yang sudah tersandar kepenatan.
“Kak Mia lepas nie kita naik Bumper car pulak.Please”,pujuk Qaisara.Mia hanya mampu tersenyum pahit.Abang mereka tak da depa pulak yang buli aku.Leter Mia.
“Ok.Tapi janji lepas nie kita balik hotel ok?”,ujar Mia sambil memujuk dirinya sendiri.
“Ok.Promise”
“Banyaklah punya promise”.Hatinya tidak berhenti-henti membebel.Ingin diluahkan tapi tak luak.Sabarlah anakku Eryna Damia.
Sedang mereka menuju ke arah barisan Bumper Car itu.Mia seolah ternampak bayangan ngeri seseorang.Seseorang yang sangat dikenalinya.
Ish,takkan dia kot.Mia get back to your sense.Omel Mia.Kedai Famous Amos itu menarik perhatian Mia.
Dia ingin mencari sesuatu untuk men’sweet’kan kembali dirinya yang sudah pahit kepenatan ini.Entah bila Maisara dan Qaisara menghilang.Mia sudah naik gila dibuatnya.Ekin,Sya-i,Zty dan Izhan sudah menghilang entah ke mana.Resah dirinya.Mampus aku nak jawap apa dekat Tuan Akram.Relaks Eryna Damia.
“Kak Mia”.Danish memanggil Mia sambil menarik-narik jeansnya.Danish pula tidak henti-henti mengaju jarinya ke arah sekelompok manusia.Mia yang seolah terbangkit dari mimpi ngeri terlopong melihat objek ngeri itu.
“Izz Rayyan”.Luah Mia sambil menyambung aksi terlopongnya.Kelihatan Mai dan Qai sedang bersembang mesra dengan Along mereka dan seorang perempuan.Izz pula seolah-olah mencari sesuatu yang mengarah ke arah Mia.
Ah,sudah masak aku.
“Danish,jom kita balik hotel.Esok kita datang balik”,pujuk Mia.
“Ala Danish nak naik bumper car.Kak Qaisara dengan Maisara pun tak balik lagi”,bentak Danish.
“Ala Danishkan budak baik.Please.Kak Mia janji kita datang esok”.Mia makin terdesak.Izz mula bergerak ke arahnya.
Ah,mati aku.Cabut.
Belum sempat Mia melangkah pergi.Tangan Izz sudah lebih pantas menangkap bahu wanita itu.
Mati aku.Eryna Damia selamat tinggal.Abah tunggu Mia di pintu syurga.
“Cik Eryna Damia Latif.We need to talk.Maisara,Qaisara bawa Danish pergi balik hotel.Jangan nak mengada-gada nak naik bumper car and what so ever.And you Cik Eryna Damia.Come with me”,arah Izz.
“Maria,you balik hotel dulu”,pujuk Izz.Perempuan itu berlalu sambil sempat menjeling ke arah Mia.
“Menyampah aku”,kritik Mia separa berbisik.
……………………………………………………………………………………………………..
Venice Gondola,First World Plaza.
Suasana sepi seketika.Izz toleh kekiri,aku kekanan.Kata ‘we have to talk’.Ni diam macam iceberg .Cis.Aku balik tidur lagi bagus.Leter Mia seorang diri.
Izz mula berdehem.Dia akui.Dia kekok sekali apabila bersama perempuan hodoh ini.Perempuan ini seolah-olah memiliki satu aura yang sangat kuat untuk menempis serangan bertalu-talu daripadanya.
“Ehem.Peraturan ke-4.Aku tak suka perempuan hodoh bawa adik-adik aku bercuti.Faham”.Mia hanya mengangguk.
Dia sudah tidak terdaya hendak melayan Izz.Kelihatan banyak mata-mata yang memerhati ke arah mereka berdua.Izz sudah mula tidak selesa.Habis jatuh asset ke’handsome’an aku.Gertu Izz.Hatinya makin membengkak apabila Mia sudah mula menguap seperti anak badak.
“Aku nak warning kau .Jangan berani-berani nak rapat dengan papa aku”,gertak Izz.
“Asal.Kau takut aku jadi mak tiri kau.Ke kau syok dekat aku”.Bravo.Jawapan paling bijak dan genius daripada Eryna Damia.10 bintang untuk anda.Setelah melafazkan kata-kata keramat itu.Mia berlalu pergi meninggalkan Venice Gondola dan Izz yang masih tercenggang dengan statement berani mati itu.Ternyata gadis hodoh ini bijak sekali.Izz masih membatu.Dan Mia…
………………………………………………………………………………………………
“Ok guys.Cepat mak nak gerak dah ni.Gee~ cepat sikit.Hurry up everyone”.Pagi-pagi lagi Izhan sudah berleter.
Mia dari tadi asyik berkejaran menyiapkan anak-anak Tuan Akram.Izhan hanyan mampu tertawa jahat melihat kekalutan Mia.
“Bisinglah hang ni.Macam langit nak runtuh je”,komen Sya-i.
“Ala gee~..jangan marah.Mak saja buat kecoh.I love attention”,pujuk Izhan.
“Aku yang tension dengar suara kau.Zty dengan Ekin mana”
“I thought you guys together gather ”,ujar Izhan sambil tangannya sibuk menguruskan bagasi-bagasi mereka untuk dimasukkan ke dalam kereta.
‘Nevermind.I’ll get them”
“Thanks”.Maisara dan Qaisara turut membantunya.
Sedang asyik Mia dan geng berkemas.Tetiba sebuah objek yang sangat hodoh muncul memusnahkan keindahan pagi Mia.
“Maisara,Qaisara dan kau,Danish.Ikut Along balik Penang.Tak terkecuali kau,perempuan hodoh”,arah Izz.
Mia sudah mula berapi.Dari semalam dia menahan geram.Ikutkan hatinya mahu saja dia penyepak lelaki bernama Izz itu tapi demi menjaga air muka majikannya itu,dia membatalkan niat murninya itu.
Kawan-kawannya masih tergamam melihat kejadian itu.Izz Rayyan=menakutkan.Mia masih berdiam dan menyambung kerjanya.Izz yang tercabar dengan kedegilannya itu merentap tangan Mia dan mengarahkan adik-adiknya yang lain menaiki keretanya.
“Hoi.Apa hal lu ni.Ni aku nak angin pepagi ni.Encik Izz Rayyan.Ini juga salah satu daripada tugas saya.Saya bukan nak jual adik-adik encik dekat pasaran gelap pun.I just nak bawa diaorang bercuti.Harapkan Along diaorang.Along diaorang sibuk usung betina ke hulu ke hilir.Kata ada hal dekat Cherating.Ha’ah.Nonsense. Tapi if you going to bring your sisters and brother juga.You’re please to do it. But not me”.Noktah Mia.Izz sekali lagi kalah dalam perbalahan ini.Habis segala katanya ditelan wanita ini.
“Masak.Naga Tasik Chini jumpa Hulk=disaster”,bisik Izhan pada Zty yang baru sampai dan masih terpinga-pinga.
“Ok find.See you at home nanti”.Izz memberi amaran gempa bumi dan berlalu pergi.
“Kak Mia ok?It’s ok for us ikut kak Mia?”,aju Qaisara dalam keadaan serba salah.
“It’s ok.Jom gerak”.Tanpa bantahan suara mereka bergerak ke arah bandaraya Kuala Lumpur.
Semua masih tergamam melihat kejadian sebentar tadi.Hari ini dalam sejarah.Itulah kali pertama Mia melenting.Izhan jua lebih bersopan santun dalam meluahkan kata.Apabila tengah hari menjelma keadaan pulih seperti sedia kala.Percutian ini tidak harus berakhir dengan tragis.I need to do something .Dia tahu sampai saja ke Penang dia harus bersiap sedia dengan barisan pertahanannya untuk menentang kejahatan Izz.Noktah Mia.
The craziest thing in this world
Is when I don’t realize that I’m
Falling for you