Thursday, August 04, 2011

entri khas untuk Zty::F>R>I>E>N>D>S


Alhamdulillah,selamat juga aku mengisi surat cinta untuk jpa.
Dalam dok mengisi borang permohonan jpa tu,tangan nie pon gatal nak reply entri yang dikarang khas untuk thethe oleh zty..thankz kawan.



Kami nie bukanlah kawan rapat pun..tapi dunia blogging n facebooking la..banyak merapatkan kami..
ceh bff cyber la nie.Kami berkawan pun disebabkan keluar outing sekali masa zaman matrik dulu.Thankz to ainiwany yang mengusung zty sekali masa outing hari tu.

Thankz..untuk entri yg dikarang panjang lebar.

kawan?sahabat?friend?

For me those people is person yang kedua terpenting dalam hidup aku.Kawan nie ada bermacam-macam ada kawan sejati dan kawan yang boleh bawak 'mati'.Kita nie as people yang educated kenalah pandai dalam menilai kawan-kawan yg patut kita kawan.

Peer influence is one of the reasons yang selalu menjadi topik kalau masuk bab remaja bermasalah
So wahai remaja.kadang-kadang kita kena muhasabah diri.Dun show your finger yang tak runcing tu dekat orang lain.
kita sebagai remaja(thethe still remaja k)..kena la bijak memilih yang mana buruk yg mana baik

like people said

"kawan gembira bersepah dekat kaki lima,kawan sedih dalam lubang cacing pon belum tentu jumpa'
renungkan~



when bloggers hate bloggers

Assalamualaikum and good morning to all bloggers and readers yang comel lote and handsome belaka deh~

Alhamdullilah nampaknya dah masuk hari ke-4 kita berpuasa.Pantas sungguh masa berlalu.
Ok so in this grey sky morning,thethe nak berdiskusi dengan dengan koma semua pasal topik yang spt tertera di atas.

Thethe nie dah dekat 2 tahun juga dalam dunia blogging tapi i'm a type of blogger yang bukanlah famous macam Hanis Zalikha or theotherkhairul..

Thethe nie juz tertumpu pada cerpen,novel,resepi and cerita hidup thethe yang boring nie..and i'm a type of blogger yg bukanlah jenis kejar trafik utk cari duit..My blog is My Diary and Life.For thethe memang seronok bila orang suka dengan story kita.

Ok beralih pada topik.Pengalaman yg tak banyak nie thethe nak kongsilah dengan newbies or oldies yg berkecimpung dalam dunia blogging nie.Semua pengalaman nie thethe pungut dekat blog-blog senior bloggers juga.Yala kita budak baru belajar jangan segan untuk mencari ilmu.Bersastera pulak dah.

1.Blog yang terlalu banyak 'decoration'

Tak semua bloggers yg suka dengan decorations comel-comel macam 'please leave ur comment' yg menyemak dekat tepi blog korang.Seriously,I hate tat too.Memang sangat menganggu readers utk baca.Dulu thethe ltk juga.But frankly speaking,memang menyakitkan hati bila tgk 'benda' tu menyemak dekat sebelah esply bila kita excited nk baca entri korang.Plus siap ada snow yg ala-ala snow queen tu.Oh My Armani~pleasela..sgat menyakitkan hati.

in addition,tahukah anda,,,internet dekat Msia taklah selaju dunia-dunia maju lain.So bila korang ltk segala macam mak nenek tu.Sumpah memang mencabar jiwa bila siot lama gila nak tggu loading.

honestly ur blog mmg look nice but buat apa if readers fed up nak tggu blog korang loading smpai nek berasap lubang hidung menunggu.WTF.And finally they end up pangkah blog korang.Memang penamat yg sadis

2.Blog yang unstoppable melalak 


Maaflah ayat tunggang terbalik.Wat i mean kan adalh blog yg ltk background music.It's okay for you nak ltk but make sure u use player yang ada button function untk stop kan or pause kan music tersebut.Manusia lain caranya.Ada certain bloggers yg menyampah dgn benda tu.And ada yg tak kisah.So utk cara selamat use music player yg ada button function utk stop or lagi bagus tak payah letak terus.Barulah readers boleh concentrate dengan entri korang

thethe pun kadang-kadang letak jugak.Tapi tak pa kot.Sebab trafic thethe takda la gila-gila.hu3.If you hate tat  please bear it or mutekan sound anda. 

3.Blog gila desperate dengan traffic 


Maksudnya disini bloggers yang berblogging just b'cuz nak kejar trafik.Macam dekat tajuk entri diaorang 'macam mana nak jadi bloggers yang superb'..at last buka blog diorang they asking the readers back.Apa kejadah.Memang sengal.Dun make urself look desperate.

4.blog sebagai medan perang


Ada certain bloggers nie suka nak jatuhkan or kutuk and maki hamun si pulun yg diorang tak puas hati menggunakan blog.This is so pathetic man.Memang mencemarkan dunia blogging and it's look very uneducated.Honestly.Buat apa nak canang hal bawah kain dekat strangers.The best way.Face to face.

Tuntasnya,kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat itu people will love it but they dun.So,terpulanglah kepada bloggers di luar sana untuk menentukan hala tuju and konsep blog korang.Lain orang lain bulu.But dalam berblogging nie apa yg thethe belajar.Mutu tulisan anda and idea adalah satu benda yang menjadi kunci rahsia korang boleh berjaya dalam dunia blogging nie tak perlu blog yg canti-cantik but not terlalu hudu,If you hv a good entri and idea to be share.For sure ramai readers yg kerumun blog korang macam lalat keruan taik.Opss soorrry.who's know satu hari nanti korang boleh jadi editor terkenal not even in Msia but in this world.Wah hebatkan.So best of luck and selamat berblogging semua.Blog anda wajah anda.

Salam Ramadhan.



Wednesday, August 03, 2011

hanyeo 33-bab 5

Bab 5



…Aqil.
Tanah yang basah berwarna merah semerah mawar dan jua rindu itu menjadi saksi tangisan hati seorang lelaki bernama Aqil.Satu penyesalan yang maha besar sedang menghimpit jiwanya dan menghukumnya .Ingin digapai  wanita seolah mengapai bayangan di dalam air.Penat dan perit.Lia kini sudah kembali pada Pencipta-Nya.Terlalu banyak dosanya pada wanita itu ibarat pasiran di tepian pantai.Kini apa yang mampu Aqil bicarakan pada pusara yang masih merah itu hanyalah kalimah maaf.Maaf dan maaf….untuk segalanya  Nur Amelia Adawiyah.Tamat epilog Diari Cinta Untuk-ya.
            Setelah selesai mengepos bahagian akhir novel Diari Cinta Untuk-Nya di blognya,mata Mia terarah untuk meneliti komen para pembacanya di Shoutmix Widget Boxnya yang berwarna-warni itu.
Para-para sakura:Luluq tak nak publish kew novel nie.Sdihlah ending.Bt I still like it.Yes not every story end up with happy ending.n.n

Akubukankau:Luluq thumbs up for ‘Semanis Nutella’. Curious gla dengan identity Luluq.Hope to see u in this be coming book festival.

Xoxo:Luluq..suka3..semanis nutella..sweet sangat..Diari hati untuk-Nya..best juga,,sedih,,and make people realize about the reality…luluq tak nak tulis novel baru lagi kew,,,hoping to see another side of you again…(=

            Mia tersenyum sendirian.Kata-kata peransang daripada peminatnya ini cukup memberi semangat padanya untuk terus menampak dalam bidang penulisan ini.Luluq.Nama itulah menjadi penanda aras siapa dia pada tika ini .Minat dan bakat itulah anugerah Ilahi yang cukup besar baginya.Dalam hatinya dia tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana mengurniakan bakat sebegini.Terima kasih dan terima kasih.Setelah muscle pipinya penat tersengih sendirian akhirnya jejari-jemarinya kembali berdansa di atas papan kekunci komputer ribanya yang berwarna hijau itu.
Luluq:Thx semua…mmg Luluq ada plan nak sambung novel seterusnya.Tapi buat masa nie..hajat terpaksa dibekukan dalam bilik kebal.Luluq sekarang sedang berada di tengah  medan perang bersama-sama skuad Power Rangers,Ultraman dan Doremon & the gang.Doakan raksasa hodoh itu dapat ditumpaskan.

            Setelah selesai mengemaskini blognya,Mia pun kembali berbaring di atas singgahsananya.Jantungnya tidak berhenti berdengup sejak dari siang tadi(apalah punya bangang kalau berhenti berdengup matilah aku..maaf Mia sedang menghadapi tekanan mental).Izz Rayyan.Meter of kecuakkannya kini sudah berada pada paras bahaya.Mia sepatutnya dia harus mengawal api kemarahannya pada hari itu tetapi apakan daya sudah menjadi pantang larang Mia.Pantang sekali andai ada lelaki yang tidak ada kena mengena dengan salahsilah keturunannya menyentuh dirinya dengan erti sengaja.Esok pasti tidak akan menjanjikan ending yang indah belaka seperti buah Melaka.Mia hwaiting~..I’m daebak..*Daebak=the best.
            …………………………………………………………………………………………………………………
            Usai Subuh Mia terus merempit  ke rumah agam Tuan Akram.Konflik emosi semakin meruncing.Lagu Russian Roulette daripada Raihana memenuhi suasana yang cukup getir itu.Langkahnya diatur satu persatu.Tari yang diaturnya tidak harus sumbang.Sampai saja di hadapan pintu rumah agam itu,Mia mengambil langkah berhati-hati dengan melakukan pengintipan bagi mengesan kedudukan musuh ketatnya,Izz Rayyan terlebih dahulu.Musuh=undefined.Masak aku.Sedang asyik dia tertongek-tongek mengintai, datang sebuah objek menakutkan menyergahnya dari arah belakang.
“Oppocot mak engkau kau kahwin dua tiga.Ya Allah Ummi.Mia ingat penyamun tadi”.Mia yang terkejut gorilla itu mula membuka silat apabila disergah Ummi.Hampir pengsan dia dibuatnya.Ummi pula tidak henti mentertawakan Mia.
“Lawaklah Mia ni.Nak tercabut gigi palsu Ummi ni dibuatnya.Dia yang terintip-intip macam penyamun kata Ummi pula penyamun.Ni asal dah macam James Bond nie”.Ummi masih tidak berhenti ketawa.Mia sudah merah padam menahan malu.Nasib baik Ummi,kalau Izz lagi malu aku.
“Dak Mia allergi sikit dengan ayam katik yang selalu sesat masuk laman Tuan Akram tu.Tu yang Mia intip dulu kedudukan ayam tu.Sediakan payung sebelum hujanlah orang kata”.10 bintang untuk anda Mia.Tak pasal-pasal ayam katik tu jadi sasaran kau.Tipu sunat tak apalah kot.Mulia sungguh kamu Eryna Damia menipu orang tua.Ewahewah.
“Macam-macamlah kamu Mia”
“Mia masuk dululah Ummi.Nak siapkan breakfast dulu”.Mia pun berlalu pergi setelah memohon izin daripada Ummi.Mia masih mengumpul kembali semangatnya yang terbang bersama-sama kuman di udara akibat di sergah Ummi.
“Mia,mia”,ujar Ummi sambil tergeleng-geleng kepalanya.Langakh tua Ummi diatur menuju ke kamar Izz.Sudah lama dia tidak menjenguk anak kecil itu.Gerak hatinya berkata anak kecil ini pasti dalam kesusahan lagi  dan dia harus memastikannya.

…………………………………………………………….
“Morning Kak Mia”,sapa Maisara.
“Morning.Yang lain mana?”,soal Mia.
“Angah dengan Danish baru bangun..Along tak bangun lagi.Mabuk tak hilang lagi kot.Semalam pukul 4 pagi baru dia balik dari pub”,jelas Maisara panjang lebar.
“Selalu ke dia macam tu?”.Wah Eryna Damia tajuk berita utama ni.
“Yang tu dah biasa.Nak luar biasa kalau Along tak balik”.Mia makin tertarik dengan laporan pagi Maisara itu.
“Luar biasa macam mana tu.Ce cite?”.Mia mula mencucuk Maisara supaya membuka pekung Izz.
“Kalau dia tak balik tu.Maknanya,Kak Mia pepahamlah.Dia overnite dekat rumah girlfriends dialah tu”.Bravo.10 bintang untuk anda Encik Izz Rayyan.Hebat juga mangkuk tu.So nampaknya list of people that I should avoid makin bertambah.Tangga pertama.Jeng,jeng,jeng.Izz Rayyan Dato’ Akram.Bravo.Excellent.
“Mia.Tolong masakkan bubur ayam untuk Izz sekejap”,arah Ummi.Maisara mula memberi isyarat menyatakan Izz pasti mabuk teruk semalam.
“Baiklah ummi.Sekejap”.Mia pun berlalu pergi.Dalam fikirannya pelbagai gambaran ganas Izz bermain di mindanya.
…………………………………………………………………………………………………….
Kamar Putera Mangkuk a.k.a Izz
            Wah.Itulah ayat yang terpacul daripada mulut Mia.Bilik lelaki itu cukup kemas dan rapi.Kalah aku kemas.Patutlah dia tak bagi aku memijak lantai biliknya.Cis.Sarkastik lagi patetik punya mamat.Cukup ,cukup.It’s enough.
“Ummi.Oh ummi”,sahut Mia sambil mencari bayangan ummi.Lepas ni kena bawa GPS masuk bilik mangkuk ni.Omel Mia.
“Mia sini “,sapa Ummi.
“Nah ummi buburnya”
“Terima kasih Mia.Apa nak jadi dengan budak Izz nie tah.Mia boleh sambung kerja.Biar ummi brain wash budak ni”,arah Ummi.
Mia tanpa melakukan bantahan suara serta demonstrasi haram pun berlalu pergi.Izz masih separuh sedar.Bau alkohol memenuhi segenap ruang.Mia hampir termuntah dibuatnya.Kelihatan botol-botol wain bersepah di atas lantai bilik Izz.Pasti mangkuk ini mabuk teruk.Cis.Kritik Mia.  
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
            Usai solat zuhur dan makan tengah hari Mia pun bersidai di hadapan televisyen sambil menanti jam 3.Mia sudah berjanji akan membantu Qai dan Mai untuk menyiapkan tugasan mereka.Dia sendiri tidak pasti sama ada dia masih mengingati segala mak nenek yang dipelajarinya sewaktu di bangku sekolah dulu tetapi janji tetap janji.
             Kita redah aje.Baru saja punggungnya berlabuh di atas sofa Tuan Akram yang bernilai ratus ribu hinggit itu.Tiba-tiba...
“Ewah-ewah.Sedapnya berbaring.Dah macam dugong hodoh yang bunting aku tengok.Eh!Manusia hodoh.Pergi siap cepat.Ikut aku.Lagi satu wear your sport attire kalau tak da hang pakai ja tukang kebun attire hang”.Arah Izz tanpa sedikit noktah pun.
Mangkuk segala mangkuk punya mamat.Muka sikit punya cun macam Natasha Hudson lepas accident hang suruh aku pakai tukang kebun attire.Dahlah dok mengarah aku macam aku kuli dia.Bangang bin bengong punya Izz tongek.
“Tapi...saya dah janji..”.Belum sempat aku menjelaskan Izz terlebih dahulu memincang kataku.
“Apa dia aku tak dengar.Pukul 3 bukan 3.01 orr 3.02.3 o’clock sharp.Dalam kereta aku”.Mia tidak mampu membangkang lagi.Semua arahan Putera Mangkuk perlu dipatuhi .Nasiblah kau Mia.Ya Allah tempatkanlah aku dikalangan orang beriman.Amin.
            Pasti Izz ingin mem’brain’ wash aku gara-gara kejadian Genting Highland hari itu.Mia memukul mulutnya.Benar kata orang telajak kereta boleh reverse,telajak kata ‘batu dua’lah alamatnya.
..............................................................................................................................................
            Mak datuk.Hampir tercabut skru lutut aku dibuatnya apabila Putera Mangkuk tak guna ini mengajak aku menemaninya bermain tenis.Habis aku dihentamnya.
Ini kes nak balas dendam sambil lepas geramlah ni.
Bertubi-tubi serangan daripada Izz terpaksa dihadapinya.Mahu naik lembab badan-badan aku dibuatnya dek mamat slanga ini.
Setelah hampir 3 jam aku menghadapi azab siksa di court tennis itu,akhirnya Izz berhenti juga.Ingin ditengking.Tidak berani.Mahu dia tinggalkan aku berjalan kaki pulang ke villa.Sabarlah Mia.2,3 kucing berlari,engkau tunggu esok hari.
Izz masih tercungap-cungap kepenatan.Apa yang difikirkan lelaki itu dia tidak pasti.Apa yang Mia pasti Izz bukanlah lelaki idaman a.k.a suami idamannya.He is nappeun namja(bad guy).And.He’s totally out of the list.
Seketika aku terpaku pada raut wajah Izz.Entah mengapa mata ini gatal sekali untuk meratahi wajah kacukan Cina Irish Melayu Belanda itu.Banyak sungguh genetic yang diangkut oleh mangkuk ini.Arwah mamanya setahu aku berdarah kacukan Cina Irish manakala Tuan Akram Melayu Belanda.No wonder darah barat memberati gene Izz.Cuma matanya sahaja yang sepet menandakan dia berdarah kacukan Cina.Badan yang sasa macam badang versi moden.Kulit yang putih gebu.Tinggi yang cukup ideal untuk menjadi model.Pulah wekk.Kacak.
Astgafirullahhalazim.Eryna Damia.Gilakah engkau.Ni mesti kemaruk lama tak tengok lelaki.Just stop it Mia.
Izz yang perasan akan renungan stim Mia mula bergerak mencari ruang privasi.Gila seks punya minah hodoh.
“Apa kau tengok-tengok.Aku bagi penampar baru tau.Peraturan ke-5.Ke-5 ka??Apa-apa jela.Orang hodoh dilarang meng’usha’ orang yang handsome.Faham.Dah jom ikut aku”
“Pi mana pulak.Kaki saya ni dah nak tercabut rasanya”,rintih Mia sayu.
“Wei hodoh jangan banyak komen.Aku bayar kau hari ni.Just temankan aku and keep your mouth shut up.Faham.Ke aku nak kena cakap dengan lutut”.Bayar.Mia ternyata mata $$$ yang tak boleh blah.
Mia hanya mengangguk tanda setuju.Lagi dibantah lagi menjadi.Ikut sajalah.Lagipun tak lama dah aku nak kerja dekat sini lagi 20 hari lebih lebih.Lama tu.YA Allah lindungilah aku dan matikanlah aku dalam keadaan yang sempurna.
............................................................................................................................
Angin sepoi-sepoi bahasa di tambah dengan keenakkan deruan ombak cukup menenangkan jiwa insan-insan yang serabut seperti Izz.Pantai Batu Feringghi itu direnung sepi oleh lelaki itu.Seolah sejuta kesedihan dan kesepian mencengkam jiwanya.Apa yang aku tahu melalui Qaisara.Izz sangat membenci aku dan orang gaji yang lain kecuali Ummi kerana maidlah mama dan papanya bercerai.Ratna Inderawasih.Wanita itulah yang telah mencuri hati papanya hingga tegar meninggalkan mama Izz.Orang gaji berdarah Indonesia itu telah merampas kebahagiaan mereka sekeluarga.Dan.Kerana itulah dia benci akan semua orang gaji yang hadir dalam hidup mereka dan..juga..dia bencikan Danish Zacry.Kerana di dalam tubuh Danish mengalirnya darah Ratna.
Benci.Pasti itulah yang ditanggungnya.Aku seperti ingin menepuk bahunya.Dan..

Izz it’s okay to lean on me.I’ll be there for you.


Mia kau dah sewel ke.Nyah kau.Mia mula mematikan angan ngerinya.
Izz masih berdiri di atas tunggul batu itu.Sepi.
“Mia engkau pernah ditinggalkan”.Buat kali pertamanya Izz memanggil namaku.Ibarat mimpi di siang hari.Apa sudah disampuk syaitan ke mamat ni.
“Mia”.Izz mematikan lamuanku dengan panggilan yang cukup lembut.Hampir cair hati gadis ini dibuatnya.
“Apa”.Dingin sungguh engkau Mia.Lantaklah.Lelaki ni kalau kita cakap lembut-lembut.Tunjuk caring gila-gila nanti perasan kita syok dekat dia pulak.
“Kau pernah ditinggalkan tak”.Mia diam sambil berfikir.
“Pernah”
“Apa yang kau rasa”
“Sakit.Sedih.Sepi”
Izz hanya tertawa.
“Asal kau gelak.Kau pulak apa yang kau rasa”
“Mati”.Mia tergamam.
“Yang pergi tetap pergi Izz.Allah pinjamkan rasa sayang itu.Dan apabila Dia kehendaki rasa itu.Kita kena lepaskan ia pergi.Sebab semua yang ada atas muka bumi ini hanya pinjaman-Nya”
“Ha.Perempuan macam kau ni pun pandai nak bagi ceramah agama.Amazing”.Izz seolah mempersendakan nasihatku.
Berdosakah wanita yang tidak berhijab itu menyampaikan sesuatu yang baik.Mungkin dari segi penampilan mereka tidak sempurna.But.Don’t judge the book by it cover.Tak semua yang tidak sempurna itu busuk.
“Saya sentiasa memohon supaya Dia akan menurunkan hidayah-Nya dan dihidup serta matikan dalam iman”,bahas Mia mencantas kepincangan kata Izz itu.
            Ternyata Izz kelu dengan kata-kata anak kecil ini.
“Kenapalah saya tak fikir macam awak”.Bahasanya makin lembut.Hari ini Mia melihat seorang lelaki bernama Izz Rayyan yang sangat berbeza.Ingin sekali dia selami lautan hati lelaki itu.Entah kenapa.Dia sendiri tidak mengerti.
            Petang itu,kami berbual mesra.Buat pertama kalinya aku mampu bergelak tawa dengan lelaki sarkastik lagi patetik itu.Perasaan dan suasana yang cukup berbeza.Kuselami hati lelaki itu.Tapi ada sesuatu yang menganggu fikiranku semenjak perbualan hati ke hati kami.Siapakah Melissa.Apakah kaitan wanita itu dengan kesakitan Izz.Adakah aku cemburu.Stop it Mia.Fullstop.

If you love something, let it go. If it comes back to you, it’s yours forever. If it doesn’t, then it was never meant to be.