Pada Bulan Aku Berpesan
Ini sebuah lagi kisah cinta yang sangat random.Apa yang inginku sampaikan bukanlah sekadar sebuah kisah tetapi nilai kepercayaan,kesetiaan dan saling menerima kelebihan dan kekurangan individu.Nobody’s perfect.But Allah The Wiser create His umat to full fill each other weakness and accept the weakness.Kerana itu Dia menciptakan Adam dan Hawa.Supaya Hawa memenuhi kekurangan Adam dan sebaliknya.Bagaimana bisikan Iblis Laknatullah itu mampu merosak sesebuah komuniti.Prinsipku mudah:letakkan akal dihadapan dan iman di sekelilingnya.Jangan biarkan nafsu menguasai kehidupan kita.Inysa-Allah hidup kita akan berjaya di dunia mahupun akhirat.Kupotretkan PADA BULAN AKU BERPESAN agar ia menjadi sebuah kisah yang bukan saja sekadar sebuah kisah tapi sebuah hikmah disebalik kisahnya.
Suasana Oriental Coffee House milik Uncle Foo kelihatan lengang sekali.Maniam pekerja Uncle Foo kelihatan tekun sekali menyental lantai kedai.Sekali sekala terasa lucu melihat gelagat Maniam yang galak mengusik Fei Mei anak gadis Uncle Foo.Ada hati juga budak ni nak tackle Fei Mei yang sikit punya cun macam macam Shu Qi.Dari jauh kelihatan Uncle Foo memberi isyarat amaran terhadap Maniam.Maniam yang menyedari amaran keras itu kalut- kalut kembali menyambung pekerjaannya.
Aku kembali berpijak di bumi yang nyata.Kelibat Ian Asyraf masih belum kelihatan.Teh yang dihidangkan sejak dari tadi masih belum berusik.Jam di tangan sudah menunjukkan jam 10.20 malam.Hampir sejam lebih aku terpacak di sini.Ian masih belum tiba.Sebal di hati disorok dengan menanyangkan senyuman yang paling manis.Tas tangan di atas meja dicapai kasar.Hati ini bukan saja dirobek tapi bagai ditikam- tikam dan disiat-siat.Satu persatu janji yang terukir dicabuli.Enjin kereta dihidupkan .Radio pula mengalunkan merdu lagu Sorry Seems To Be The Hardest Words dendangan Elton John.Empangan air mata yang cuba dibendung sejak dari tadi akhirnya pecah jua.
Sedang asyik aku melayan perasaan telefon bimbitku berdering.Incoming call-Ian Asyraf.Mahu dihempuk saja telefon bimbit itu.Dengan teragak-agak juga panggilan itu diangkatnya.Sepi.
Tiada kata maaf mahu pun sahutan salam.Satu keluhan akhirnya meniti jua dari bibirku.
“Let’s we take a break”,bicara aku memecahkan kesepian yang bersarang sejak dari tadi.Tidak mahu emosi menguasai situasi kami berdua,akhirnya aku mematikan talian.
………………………………………………………………………..
Dari watak heroin,kini aku hanyalah watak sampingan dalam plot penceritaan ini.Aku dan dia.Kami pada mulanya pasangan yang sangat secocok ibarat jodoh dari syurga.Secocok Adam dan Hawa,Yusuf dan Zulaikha dan sepadan seperti Muhammad dan Khadijah.Semua yakin kami akan bahagia.Aku sendiri terlalu yakin kami akan bahagia selamanya.Benarlah kata orang tua.”Jangan terlalu berharap kasih,kelak jatuh terluka diri”.Keyakinan itu kadang-kadang bisa membunuh penyembahnya.Salah satu mangsanya.Aku.
Tak semua cerita akan berakhir dengan happy ending.Sometimes we might end up forever alone.It’s depend on the story of us.
Aku hanya mampu merangka penceritaan ini..tapi Allah punya rencananya sendiri.Kini hanya pada bulan saja aku mampu berpesan.
…………………………………………………………………..
6 bulan sebelum itu.
“Ian.I’m so so so so so so sorry.Suddenly suddenly tetiba,board of director buat meeting mengejut.Sorry ok sayangss ku yang kacaks”,pujuk aku.Ian yang dari tadi masam mencuka masih lagi membatu.Ikutkan hati mahu saja disimbah minyak petrol lalu dicucuh api keatas mamat ni.Sudah berbelon-belon bibir aku menyumpah ayat-ayat jampi serapah memohon maaf.Final result:Failed belaka.
Malas hendak melayan aku menyambung suapan vanilla ice creamku.Merajuklah sampai ke tua.Malas eden nak memujuk.Tua bangka pun merajuk sakan macam budak kecil.Ian yang memerhati dalam diam itu mula tidak senang dengan tingkah laku Yasmin Anisa.Dengan sengaja dia menyiku tangaku.Jamban awam punya mamat.Habis comot mukaku dibuatnya.Ian apa lagi ketawa terkekek.Tapi dibiarkan saja perlakuan Ian itu.Andai itu dapat memujuk rajuk Ian.Ngak apa-apa sih.
“Promise me.Don’t be late.Anymore”,ujar Ian dengan intonasi ibarat Hilter memberi arahan.
“I’m promise.Never again”.Satu senyuman paling manis dilemparkan padaku.
“I have something to say.This weekend I’m planning to bring rombongan merisik you.My mum dah excited gila”
“Your mum ke you yang excited gila”,sindirku sambil mengangkat kening double jerk
“I lagi la excited.Kalau boleh I nak bawak tok kadi terus.Senang sikit.Terus akad nikah.Sound so cool kan My Optimus Prime”,usik Ian.
Mahu saja penampar cap lempong ni melayang ke atas pipi Ian yang putih melepak itu.Gatal cap over.
“Gatal punya pok cik Megatron”.Ian apa lagi tersenyum kambinglah.
“Gatal nak kahwin takpa.Cepat kita kahwin.Senang sikit nanti I nak usung you merata-rata.Taklah asyik kena backhand aja bila wat electrostatic experiment dengan you”,usik Ian.
“Anda yakin dengan keputusan anda untuk mengahwini Yasmin Anisa?”,soalku ala Aznil Hj Nawawi dalam Jangan Lupa Lirik.
“Tet.Saya yakin dan saya kunci jawapan saya”,balas Ian.
“Tet.Kita tunggunya jawapan selepas ini”
“Selepas ini?”
“Yap.Iklan”
“Lol”,ujar Ian apabila aku menunjukkan isyarat makanan kami telah tiba.Habis pecah hilai tawa kami berdua.
…………………….
“Ting tong.Ada bunga untuk kamu Cik Adik Manis”,ujar Sally atau nama sebenar Salman Borhan iaitu penyambut tetamu a.k.a pembuat kopi terbaik Les Drole production Sdn.Bhd.
“Hadiah?Santa mana hantarkan.Kacaks tak Santa tu?”,aku mula berlipur lara.
“Santa apanya Santan adalah.Ni hah.From Encik Megatron kamu”,ujar Sally sambil menghulurkan sejambak bunga yang hampir terjolok ke dalam lubang hidungku.
“Tengs ya ,Sally”.
“Sama-sama.Tak lama lagi company nie jadi taman bunga tertutup.Indoor garden.Jimat sikit tak payah beli penyegar udara dah”
“Sindir nampak.Nah sekuntum bunga ros merah”,ujar Nisa.
“Sekuntum ja?”
Aku mula mengangkat kening double jerk.
“Yala.Thanks”,ujar Sally sambil berlalu pergi.
From Melbourne with love.
Mr.Megatron.
“Untunglah Nisa.Pakwe dok jauh pun ingat lagi nak hantar bunga.Pakwe aku dok aja sekentut dari aku bukan sekuntum bunga. Sketching bunga pun belum tentu lagi dapat”,ujar Sara rakan sepejabatku.
Satu senyuman saja yang mampuku hadiahkan.Adli yang menangkap sindiran buah hatinya,Sara mula buat muka tidak puas hati.
“Jangan risau sayang.Nanti I hadiahkan you bukan sejambak bunga je.I bagi you sekebun bunga lagi.Kalau kebun sayur I think better sikit kot.At least boleh makan sayur tu nanti”,sindir Adli.
“Nyampah.Asal lah aku boleh tersangkut dengan mamat sarkastik nie”,protes Sara.
Kehadiran Tuan Haji mematikan senda tawa kami.
“Nisa come to my office.I have something to tell you”,arah Tuan Haji Salleh.
“Baik Tuan Haji”.
“Nak naik pangkat pe Nisa.Untunglah kau”,Sara meneka.
“Pandailah kau”.
“Nisa congratulation .You gonna lead this new team”,ujar Tuan Haji Salleh.Aku yang baru melabuhkan punggung masih terpinga-pinga.Apa punya magic show pulak yang Tuan Haji buat ni?
“New team?Sorry Tuan Haji.Hari ni les ketchup sikit”
“Still you remember regarding those project yang kita discuss dengan Usamah tempoh hari?”,Tuan Haji mula menyusun per-puzzle yang membelenggu aku.
“Oh.Did you mean pasal projek mega yang kita nak collaborate with a Singapore’s team tu?”.BINGO.110 markah untuk anda Yasmin Anisa.
“Exactly.Pihak Universal Inc dah setuju berkolabrasi dengan kita untuk animated movie kita yang baru ni.So Usamah setuju untuk lantik you jadi team leader untuk projek ni”,hujah Tuan Haji panjang lebar.Berbuih-buih jugalah dia bercerita dengan aku yang agak lampi hari ini.
“Woww.Alhamdullilah.This is sooo unexpected Tuan Haji”
“I know.Saya yakin awak tak akan kecewakan saya.And one more thing.This gonna be a platform for you to get promoted.Board of Director dah setuju.If you hit the goal. They want to sponsor you to further up your study in FRANCE and awak akan bekerja dengan production di sana.Tapi semua bergantung pada prestasi kamu”,provoke Tuan Haji.
“Ok.This sound so cool and serious.Macam Hang Tuah dapat watikah kena pergi meminang Puteri Gunung Ledang ja”,seloroh aku.
“So tomorrow kita adakan meeting dengan semua orang kuat projek ni.And.You are the VIP guest .So don’t be late”,arah Tuan Haji.
“I’m captain!”.
………………………
Pantas sungguh masa berlalu.Pejam celik pejam tak celik-celik.Hari ini aku selamat sudah terikat dalam perjanjian sehidup semati dengan si Ian Asyraf.Jantung ini ibarat hendak tersembur keluar ja saat mama Ian,Datin Balqis menyarungkan cincin pertunangan kami ke jari manisku.Aduh.Baru seminggu saja mereka datang merisik.Tup tup hari ini aku sudah selamat kena ‘cup’ dengan Ian Asyraf.
Sedang asyik aku melahap versi sopan santun macam Puteri Hang Li Po,sempat lagi Ian pos laju ‘wink’ ke arah aku.Memang miang nak menikah betul mamat ni.Nasib baik Tok Imam sibuk nak khutbah Jumaat hari ni.Kalau tidak mahu di kidnapnya Tok Imam tu.Terus jadi kenduri kahwin.Sekian wasalamlah aku alamatnya.
……………………
Semuanya berlalu secara normal.Mesej.Panggilan.Semua serba lengkaplah.Sara pula asyik terbakar ja dek kerana kasih sayang kami yang tak berbelah bahagi ini.Jika diharapkan mamat hati kering si Adli tu.Wasalam.Hati ini masih tertanya-tanya.Bagaimanalah Sara boleh tersangkut dengan Si Adli tu yang memang semua sedia maklum memiliki hati yang sangat kering tahap Anaconda nak telan orang.Tapi bak kata orang,kalau dah jodoh nak buat macam mana.Redha jala.
Hari demi hari tugasan makin menimbun.Mananya nak dikejan due date untuk submit projek.Mana nak kejan date dengan Ian.Hampir meletup kepala ni.Makin lama hubungan kami kian hambar.Bukan niat aku hendak mengenepikan Mr.Megatronku tapi komitmen terhadap kerja tidak boleh dipandang enteng.Tambahan pula,ini merupakan satu landasan untuk aku pergi jauh lagi.
Pernah suatu hari,kami berdua berjanji untuk bertemu di butik pengantin bagi menempah baju untuk akad nikah dan persandingan.Aku baru saja lewat 5 minit,Ian sudah memecut laju keretanya.Sakit di hati di biarkan saja menjadi nanah.Ibu selalu berpesan”time bertunang ni memang banyak cabaran.Nisa kena banyak bersabar dan jangan cepat melenting.Sifat amarah tu sifat syaitan.Maka janganlah kita jadi sebahagian dari itu”.Kerna nasihat ibulah aku masih bertahan,jika ikutkan badan yang penat,otak yang sakit,hati yang bernanah ni.Mahu saja aku sumbat Ian itu dalam lubang mana-mana lepas tu bom dia.Puas sikit hati.Alang-alang nak bunuh orang biar kejam sikit.
……………………
Optimus>Hi my Megatron sayangssss….see you in Kopitiam ya.Kita lunch together gather…J
Megatron>Ok.
Blackberryku dipandang sepi.’Ok’ ja dia balas.Dulu berkoyan-koyan ayat dia balas.Betullah kata pepatah “habis madu sepah dibuang”.
Lappy di’tidur’kan.Tas tangan ditarik pergi bersama langkahku. Here I comes my sayangss.
“Ni muka macam itik tertelan julap kenapa?”,soal Sally sejurus aku sampai di hadapan pejabat Les Drole.
“Bukan tertelan julap.Ni tertelan bom TNT”,selorohku tanpa riak jenaka.
“Ni kes serius.Kau gaduh dengan Ian lah ni”,teka Sally.
“Dah.Jangan disebut nama penderhaka tu”,noktahku sambil berlalu pergi membolosi lif.
“Emo memanjang.Nilah masalah wanita bila ‘bulan mengambang penuh’.Aku yang sakit jiwa”,omel Sally sambil membuntuti Nisa.
……………………………………………………………….
“Nisa kamu pergi tak lagi tengok cincin nikah?Aunty Balqis dok tanya ja memedan”,ujar ibu.Tapi aku tidak berminat langsung untuk membalasnya.
“Nisa kamu dengar tak apa ibu cakap”,sampuk abah yang tak berapa tekun melayan Buletin Utama.
Satu keluhan dilepaskan
“Tengoklah nanti”,noktahku sambil berlalu pergi meninggalkan ibu dan abah di ruang menonton.
“Kita cakap dengan dia tak habis lagi.Dia dah cabut masuk bilik.Bertuah punya anak dara.Siapa yang nak kahwin la ni.Tulah awak Encik Mukhriz oi.Manjakan sangat Nisa tu”,leter ibu menggunakan maksimum volume.
“Aik saya pula yang kena.Dahlah saya pun nak merajuk masuk bilik jugalah macam ni”,ujar abah sambil meninggalkan ibu.
“Ayah anak sama ja.Sakit jiwa saya melayan kamu berdua”,rengus ibu.
………………………………..
“Kita lunch sekali ya?”,tanyaku.
Sara,Adli,Meera,Eli,Mus,Zara,Ar-Jee,Padi semua saling berpandangan.Biar betul mak cik sorang ni nak lunch together gather.Selalu asyik berkepit dengan Mr.Megatron ja.Pelik bin ajaib.
“Any objection?”,tanyaku sekali lagi.
“Ok.Restauran Asam Pedas erk”,ujar Mus
Serentak semua bersetuju.
Akibat kelembaban dan ke’slow’an yang maha melampau.Aku bergerak selangkah lebih laju di hadapan.Sudah seharian perut aku meraih simpati pinta diisi.Sedang aku melangkah mataku tertangkap sepasang manusia yang sedap menjamah makan tengah hari.Ian?Siapa perempuan bertudung litup secantik Hana Tajima tu?Mahu meletup jantungku tika itu.Habis mati seleraku hendak mencekik.Pantas aku mengarahkan kawan-kawanku yang lain untuk mencari tempat makan yang lain.Tanpa sebarang bantahan dan rusuhan kami beredar.Akhirnya McD juga menjadi destinasi kami.
…………………………………..
Sorry.The person that you call currently unavailable.
Talian dimatikan.Sudah berbulu aku terpacak di kedai emas ini.Pak cik jaga di situ turut melemparkan pandangan slack terhadap aku.
Apa pandang-pandang.Aku korek biji mata tu bagi makan jerung ja nanti.Arggghhh.Ian Asyraf kamu memang cari pasal.
“Excuse me .Encik Ian Asyraf ada dekat pejabat tak?”,soalku kepada setiausaha merangkap perempuan yang ditangkap keringku tempoh hari.Cantik.
“Maaf.Encik Ian tak ada dekat pejabat Cik”,balas gadis 20-an itu.
“Ok”,ujarku sambil melangkah pergi.
“Maaf cik.Boleh saya tahu nama cik.Boleh saya maklumkan pada Encik Ian”,ujar gadis itu teragak-agak.
“Yasmin Anisa”,balasku senafas.
“Cik…”
Belum sempat dia menyambung baris ayatnya aku pantas memintas.
“Kawan dia..and please don’t tell him that I’m coming here”,potongku.
“Baiklah…ummm..saya Zara Alisa.Setiausaha baru Encik Ian”,ujar gadis itu.
Tidak berminat dengan informasi tersebut aku berlalu meninggalkan Zara Alisa dengan menghadiahkan segaris senyuman sebelum berlalu pergi.
ZARA ALISA.
…………………
“Kalau nak harapkan kamu dengan Ian alamat lingkuplah majlis kenduri kamu”,leter Puan Aishah.Sepanjang perjalanan ke Gurney Plaza,ibu tidak berhenti membebel.Mahu cair tahi telinga aku dibuatnya.
Buat apa aku nak ambil pusing pasal hal kenduri kahwin ni.Ian sendiri tidak ambil peduli.Tah dia pun dah lupa yang dia ada seorang tunang bernama Yasmin Anisa.Nice shot Ian.
“Kamu dengar tak Nisa.Ibu nak pergi toilet sekejap.Kamu pergi dulu jumpa Aunty Balqis”,ujar ibu mematikan lamunanku yang sudah selamat melayang-layang ke Paris.
“Baik bos.Ibu ingat Nisa tak boleh lama kerja bertimbun lagi dekat office tu”,ujarku.
“Senang-senang,kamu kahwin ja dengan kartun-kartun kamu tu”,protes Puan Aishah sambil berlalu pergi.
Satu keluhan dilepaskan.Tak baik mengeluh Yasmin Anisa.
Dengan hati yang separa ikhlas aku bergerak pergi ke tempat yang dijanjikan.Kelibat Aunty Balqis masih belum kelihatan.Aku pun mengambil keputusan untuk singgah di Baskin Robin terlebih dahulu.
“Cik Yasmin”,sapa seorang wanita yang sangat aku kenali.
“Oh.Cik….Zara.Apa awak buat dekat sini?”,ujarku teragak-agak.
“Saja ja jalan-jalan.Weekend boring pulak duduk rumah.Boleh kita borak-borak kosong?”
Jam di tangan dilihat sekali imbas.Awal lagi.Biarlah ibu-ibu itu menyembang terlebih dahulu.
“Sure why not”
Cantik sekali wanita bernama Zara Alisa ini.Bertudung litup.Sopan.Ayu.Pakej lengkap isteri pilihan.Aku.Jauh panggang dari api.Tudung ok lah pass.Sopan.Umm..Ayu..lagilah tak.Pakej nak buat gaduh ada.
“Cik Yasmin dah lama ke kawan dengan Encik Ian?”,ujar Zara memecahkan awan-awan anganku.Soalan cepu mas.
“Lama jugak.Since we are in high school”
“Lamanya.Sure Cik Yasmin kenal sangat dengan Ian”
Ian.Amboi.Macam tu balakss kau ja.Cool Nisa.
“Boleh dikatakan.Zara dengan Ian ada apa-apa ke?”.Soalan jolok sarang tebuan oleh Yasmin Anisa.
“Mungkin proses mengenali hati budi.Umi dengan Waliq selalu pesan kalau dah ada yang berkenan janganlah lama-lama bermadu kasih.Nanti tercampak kekancah maksiat.Tapi tak akan saya yang nak buat first move”.Satu jawapan yang mampu mencabut nyawa sesiapa(mungkin Yasmin Anisa ja kot).Kini aku sedar kedudukan aku kian tergugat.
Dengan senyuman paling plastic aku gagahkan jua untuk menjawab soalan cepu emas daripada Zara.
“Ian tu memang slow sikit.Kalau kita tak cakap kita sukakan dia ,dia buat tak endah ja dengan kita.Actually,dia tu macam budak-budak.Perlukan perhatian.Kadang-kadang kelakuan dia memang menyakitkan hati dan menyampah.But that’s the way he is.He can be a good man and shelter.Kalau suka dengan dia ,you yang kena gerak dulu.If not.Good bye baby good bye la”,perinciku mengenai diri Ian.Dengan segala kudrat aku berjaya juga memaksa diriku untuk tersenyum.
“Macam tu pulak”.Ketawa Zara.
“Oklah Zara.I need to go.See you next time”.
I hope not to see you anymore. Omelku sambil berlalu pergi meninggalkan Zara.
“Hah.Tu pun Nisa.Ke mana tah budak ni menyinggah”,laung ibu.Pantas kedua-dua pasang mata itu memandang kearahku.
Ian turut serta turun pandang hari ini.Habis mati mood aku.
“Zara pergi mana?Jomlah tengok-tengok barang hantaran yang korang berdua nak pilih”,ujar Aunty Balqis.
Langkah diatur membuntuti langkah ibu dan Aunty Balqis.Kewujudan Ian disisi dipersetankan sahaja.Malas dia hendak menegur.Biarlah kali ini dia pula yang merajuk.
…………………
“Bang,Aishah risaulah tengok Ian dengan Nisa”,ujar Puan Aishah memecahkan kebuntuannya.
“Yang kamu nak risau-risau ni kenapa?Diaorang bukannya budak kecik lagi.Dah besar panjang”,balas abah ala kadar.Janji penuh skrip.
“Tulah awak.Tak pernah nak ambik pusing hal Nisa tu.Awak tahu tak.Diaorang berdua tu dah tak bertegur sapa”,luah ibu.
“Yaka?”
“Eii.Malas saya nak cakap dengan awak.lagi kusut saya”,bentak ibu.
“Sikit-sikit merajuk.Tua-tua pun nak merajuk.Kahwin satu lagi baru tau”,ujar abah separu berbisik.
“Saya dengar”,laung ibu.
**************
Malam itu aku tidur dengan hati yang bengkak.Sakit di hati hanya Allah sahaja yang tahu.Sudahlah tiada sebarang mesej.Nak harapkan panggilan.Wasalam.Mimpi jalah.Hampir sejam lebih dia terpacak di Oriental House Coffee itu,tapi akhirnya Ian tidak muncul-muncul.Irama lagu Natallia Kills-Kill My Boyfriend yang berkumandang di radio turut sama dilalakkan oleh Nisa supaya sama kuat dengan volume radionya. Esok semuanya harus dibereskan.
Optimus> Jumpa you dekat tempat biasa.We need to talk.If you can’t come. Please give me a miscall.
5 minit selepas aku tiba di tempat yang dijanjikan.Ian sampai.Dia dengan muka tidak bersalah menarik salah satu kerusi dihadapanku.
Sepi seketika. As usual jika aku tidak memulakan bicara,haram pak cik Megatron dihadapanku ini hendak bercakap.
Satu nafas yang paling panjang kuambil.
“Ian Asyraf”
“Emm”
Emm ja.Oh My Prada.
“Seriously we need to talk.Apa masalah you?I ada buat salah ke?Ok.I admitted it.Lately I’m quite busy.You tahukan.I need to handle those project and I must take a responsible for it.If I’m wrong.I’m so sorry”,lafazku senafas.
“Ok”
“If I’m wrong tell me.Kalau you diam I diam.Sampai bila tak selesai kes kita”,ujarku lantang.Bengang dengan sikap acuh tak acuhnya.
“I’m sick of this”,ujar Ian
Aku terkedu sebentar,tapi diberikan ruang untuk Ian berbicara.
“Lets we take a break”,ujar Ian sambil berlalu pergi.
Air mata yang mula bergenang cuba ditahan dengan sedaya upaya.
“I need a reason to convince me”,ujarku tanpa menoleh ke arah Ian.
“I think I had lost you. I completely lost you.I dah tak kenal you Nisa”,ujar Ian
“Kita perlukan ruang untuk berfikir pasal semua ni”,ujar Ian sekali lagi.Kali ini air mataku tidak dapat lagi dibendung.Dengan sedaya upaya aku menyeka air mata ini dengan hujung bajuku.
“I kan dah try my best to fix it”,pujukku untuk menyelamatkan hubungan ini.
“The best you cakap?”,sindir Ian.
“Fine.Lets we take a break”,noktahku sebelum berlalu pergi meninggalkan Ian.Hati ini terlalu rapuh.Hari ini patah jua hati yang telah rapuh ini.
Lagu You Lost Me daripada Christina Aguilera yang berkumandang di corong radio itu cukup menambah kesedihan hatiku.Langit yang mula gelap dan mencurahkan mutiara-mutira jernih itu seolah mengambarkan kesedihan hatiku.Saat itu hanya abah saja orang yang aku ingati.Pantas nombor abah didail.
“Abah.Nisa dah gagal”,ujarku sejurus abah mengangkat panggilannya.Air matanya makin laju meluncuri pipi.Hanya esakkan Yasmin Anisa saja yang mampu didengari sekarang.
…………………..
Tututut.
“Helo Ian I need to see you”,ujarku dihujung talian.Setelah selesai melafazkan apa yang patut terlafaz pantas dimatikan talian tersebut.Pasti Ian akan membalas ‘emm’.Sebelum hatinya bertambah sakit baik dijauhi penyakitnya.
Keadaan di Starbucks kelihatan lenggang sekali.Situasi ini cukup bagus bagi plotting drama yang bakal aku persembahkan nanti.Kelihatan dari jauh Ian tiba.
“I tak nak ambil masa you.I kan busy women.I ‘ll make it as short as possible”,ujarku.
“Let we break up.I dah fikir masak-masak.I’m not suite for you.Nak masuk dunia you pun I rasa I tak layak.I knew there’s someone’s else yang few times better than me.If compare she and me.Surely I’ll lose in this battle.Kita bawa haluan masing-masing”,ujarku lagi.
“And..I dah penat nak beralah and bersabar dengan you.You tahu kena apa Allah ciptakan Adam dan Hawa?Sebab Allah nak Hawa penuhi kekurangan Adam and vice versa.But I don’t think kita boleh terima kekurangan masing-masing and penuhi kekurangan tersebut.Maybe we meet a wrong person.Like people always said:you’ll meet a wrong person before you meet the right one’s”.Sekali lagi perasan sebak menguasai diri.Namanya wanita pasti sebak saja memanjang.Ian masih lagi mendengar.Untuk bertentang mata dengannya.Belum ada keberanian.
“To make it’s short.I’ll ask my parents untuk postpone this wedding.I’ll fly to France by end of this month.And just wait for another one month.I akan suruh family I putuskan pertunangan kita.Don’t worry I tak akan libatkan you.Thanks for everything.I akan ingat persahabatan kita sampai bila-bila.Let the rest be the history”,noktahku sebelum pergi meninggalkan Ian.Tidak pula Ian membantah.
Langkah diatur tanpa menoleh ke belakang lagi.Keputusannya muktamad.
Hampir dua tahun setengah dan 13 hari sudah aku berada di bumi Perancis.Satu bumi yang cukup asing dan aku sebagai watak makhluk asingnya.Sumpah first time berada di sini.Nak speaking France.Failed.Alhamdullilah.Allah tak akan meletakkan sesuatu kesukaran itu tanpa kesenangan di kemudian hari.Kini,Nisa speaking France berabuk.Alhamdullilah juga filem animasi yang aku usahakan bersama barisan-barisan askar bersatu aku.Pecah panggung.Tanpa bantuan mereka tak ada maknanya aku terpacak di bumi Perancis ni.
Berita perkhabaran watikah pemutusan pertunangan antara Yasmin Anisa dan Ian Asyraf cukup mengejutkan seluruh Malaysia.Mahu tidaknya.Pasangan paling ideal Malaysia tersungkur di ufuk senja pelamin mereka.Penat juga aku memujuk ibu.Namun hati ibu mana boleh merajuk lama-lama.Ibu tumpas juga dalam perang saraf yang dilancarkan oleh Yasmin Anisa.Alhamdullilah abah dan family Ian dapat menerima keputusanku.Ian?Let it be the history.
Kesejukkan akibat musim salji mula terasa.Namun akibat penyakit gatal tak reti duduk diam aku sampai juga ke Paris,City of Love.Class kau Nisa.Tapi macam tragis ja.Datang sini seorang diri.Aroma hot chocolate dan bunyi gesekan biola yang tahap amartur cukup mewarnai malam aku yang sepi ni.
Magik bin tarada.Yasmin Anisa sedang berada di bumi Holland.Macam mana aku boleh berada di sini.Sila tanya penulis.Akibat cuti musim sejuk sekali combo Xmas Eid.Plus duit yang terlalu banyak.Plus tak nak balik Malaysia takut kena buli jadi suri rumah tak bergaji.Taradaa.Aku selamat berada di bumi Holland.And.Again Alone and forever alone.Memang niat dihati sudah lama hendak sampai ke sini.Konon dulu nak honeymoon di sini.Romantik sikit.Sebenarnya idea untuk honeymoon di sini gara-gara novel hlovate aA+bB la.Sekarang.History belaka ja.
Sedang asyik aku meronda sakan seluruh Bandar Amsterdam,aku tertarik untuk memasuki sebuah kedai seni dan antik.Aku tertarik melihat sepasu bunga tulip yang diperbuat daripada kayu yang terdapat di dalam kedai tersebut.Cantik dan teliti sekali ukirannya.Habis aku meneroka kedai tersebut perjalan diteruskan.Salji makin menebal.Memang Yasmin Anisa bijak.Bercuti time musim salji.
Kaki yang sudah sakit minta simpati untuk berehat dan lantaslah aku mencari tempat untuk bersantai seketika.
“Hai.Assalamualaikum”,sapa seorang lelaki yang tak berapa tinggi dan tak berapa kacaks itu.
Ignore the strangers.Itulah konsep aku.Apa-apa pun jawab salam.Waalaikummusalam.
“Seorang ja.Boleh saya duduk dekat sini”
Kau nak duduk dekat mana pun ada aku kisah ke.Eii.Wait.Is he a malay people?
“Orang Malaysia?”,soalku tanpa salam.
“A’ah.You datang bercuti ke?”,ujar lelaki yang sudah lewat 20-an itu.
“Yap.And you?”
“Waiting for someone”,balas lelaki tersebut.
“Someone special?”,aku mula mengorek lubang.
“Very important and special one’s”
“Bertuah perempuan tu”,pujiku.Kalau Ian nak tunggu aku.Wasalam.Wait.Ian again.Apa masalah dunia aku ni.Dah la cakap dengan bulan sorang-sorang.Ni mengigau dalam sedar nama dia pulak.Enough Nisa.Dia tak ingat kau pun.Nafas ditarik panjang.
“For you”,ujar lelaki tersebut sambil menghulurkan sekuntum bunga tulip yang diperbuat daripada kayu.
“Bukan you tunggu someone ke?Bunga ni bukan untuk dia ke?”.Aku mula berteka-teki.
“Sebab someone tu dah ada dekat sebelah saya”,balas lelaki tersebut.
Kutenung sedalam-dalamnya wajah lelaki yang berada dihadapanku kini.
Ian Asyraf.
Jambang ala Osama Bin Laden itu berjaya mengelirukan aku.
Tiada kata yang dapat kulafazkan.Lidahku sebeku salji diluar sini.
“I’m sorry for letting you go.Let we turn over a new leaf”,ujar Ian
Aku masih terkesima.Sumpah dua tahun ni.I never forget him.Always true statement:first love is the hardest thing to let it go.
“Sudi tak awak terima Asyraf ni jadi suami awak?”
“Why Asyraf?”,satu soalan spontan terpancul dari bibirku.
“Because Asyraf is a new me.Asyraf yang sudi terima kelemahan Anisa.Asyraf yang hidup untuk memenuhi kekurangan Anisa”,tutur Ian lagi.Kali ini empangan Tasik Air Mata Anisa memang pecah teruk.
“Anisa ni speechless”,selorohku versi tak lawak.
“Never say anything cuz your body language have answered it”
“Fine!!Main body plak”.
Automatik Ian Asyraf memusingkan badannya membelakangi aku.
“Pukullah Asyraf macam Nisa selalu buat masa kecik-kecik dulu bila Nisa geram dengan Asyraf”,ujar Ian memujukku.
Apa lagi peluang yang ada digunakan sebaiknya.Dalam teresak-esak aku meluahkan rasa hatiku sambil membelasah belakang Ian.
“You tau tak dua tahun ni I dah macam orang gila meroyan cakap seseorang dengan bulan.Sampai jiran sebelah I ingat I ni gila.You tau tak macam mana I nak survive.It’s killing me.I benci you.Macam budak-budak .Ego.You ja betul….ishk..ishk..but the truth..I never stop loving you.And.I hate it”.
Dalam kesakitan Ian Asyraf memalingkan tubuhnya menghadap aku.
“I minta maaf.I love you more.Dan sayang saya untuk awak kerana Allah Nisa.Dan I nak jadikan you teman,bukan saja di dunia tapi peneman saya di akhirat kelak jua”,ujar Ian Asyraf sejujur hati.
Dan kini bersaksikan bulan kami mencipta sebuah lagi kisah cinta yang mungkin tidak setanding Adam dan Hawa tapi cukuplah buat tatapan cucunda dan cicitku kelak.
Siapa kata kisah cinta Addin Shah dan Benz Alif saja yang bermula semula di Holland.Aku jua punya ceritera sendiri.
Terlupa pula pasal Zara Alisa.Let it's be a history.Bak kata Ian Asyarf.
Tamat sudah perutusan cik BULAN.
….Dan amaran keras terlajak perahu boleh reverse terlajak kata badan binasa.Nasib baik kisahku ini ada button reverse and renew.But remember.Don’t try this at home.Wasalam.